Sabtu, 30 Ogos 2008

Kembar 7-Anugerah Allah Tak Ternilai!

Assalamualaikum.

Setelah 2 hari bergelumang dalam kesibukan, di pagi hari kemerdekaan ini baru dapat menjenguk ke blog, Alhamdulillah. Pagi ni ummi dapat berita pasal kelahiran kembar 7 di Egypt! Terimakasih pada Adik Basyir Kamaruzaman, First Year Medical Student, Alexandria University, Egypt yang menyampaikan maklumat di c-box - salam ukhuwwah fillah dari ummi.

Kembar 7 ??! Subhanallah! Tak dapat ummi bayangkan gejolak rasa dan perasaan dari si ibu dan si ayah. Sememangnya melahirkan anak kembar adalah satu peristiwa yang sangat menggembirakan setiap ibu dan bapa. Ia merupakan rahmat dan kebesaran dari Allah SWT kerana dikurniakan tujuh orang anak sekaligus dalam satu kehamilan!

Walaubagaimanapun nun di sana...berbagai persoalan, debaran, kerungsingan dan bermacam-macam lagi perkara pastinya bergejolak di benak si ibu dan si ayah memikirkan corak kehidupan yang bakal ditempuh selepas ini. Bayangkan...7 cahayamata dititipkan serentak buat mereka sebagai amanah dari Allah SWT!

Sebelum pergi lebih jauh, mari kita ikuti dahulu berita ini...

A 27-year-old Egyptian woman gave birth to septuplets early Saturday in the coastal city of Alexandria, family members and the hospital director said.

Ghazala Khamis was in good condition after having a blood transfusion during her Caesarean section due to bleeding, said Emad Darwish, director of the El-Shatbi Hospital where she gave birth.

The newborns, four boys and three girls, weigh between 3.2 pounds and 6.17 pounds and are in stable condition, Darwish said. They have been placed in incubators in four different hospitals that have special premature baby units, he said.

"This is a very rare pregnancy something I have never witnessed over my past 33 years in this profession," Darwish told The Associated Press by phone from the hospital.

Darwish decided to carry out the Caesarean section at the end of Khamis' eighth month of pregnancy due to the pressure on her kidneys. He said Khamis, who already has three daughters, took fertility drugs in an effort to have a son.

Khamis, the wife of a farmer in the northern Egyptian province of Beheira, was admitted to the hospital two months earlier, Darwish said.

"From the initial checkup, I say that none of the babies have any sort of deformities or incomplete organs," Darwish said.

The woman's brother, Khamis Khamis, said even though his sister was trying to conceive more children so she could have a son, the family was astonished when they found out she would give birth to multiple babies.

"We thought about an abortion, but then we felt it's religiously forbidden. So we said 'Let God's will prevail,'" he told the AP by phone.

Egypt's health minister announced that the seven babies will receive free milk and diapers for two years, the brother added.

Hmm...septuplets? Septuplets tu adalah term yang digunakan untuk kembar 7. Nak belajar term yang digunakan untuk kehamilan/kelahiran berganda?

Kembar 2 = Twins
Kembar 3 = Triplets
Kembar 4 = Quadruplets
Kembar 5 = Quintuplets
Kembar 6 = Sextuplets
Kembar 7 = Septuplets
Kembar 8 = Octuplets
Kembar 9 = Nonuplets
Kembar 10 = Decaplets
Kembar 11 = Undecaplets
Kembar 12 = Duodecaplets
Kembar 13 = Tredecaplets
Kembar 14 = Quattrodecaplets
Kembar 15 = Quindecaplets

Hahh..cukuplah tu. Ada ke kelahiran kembar 15? Segala-galanya mungkin. Kalau Allah nak sesuatu itu terjadi, maka akan terjadilah ia..kun fayakun...

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Kehamilan Berganda?

Iaitulah apabila lebih dari satu janin terbentuk dalam satu hehamilan. Kalau kandungan tu kembar 2, term yang digunakan adalah twins, kembar 3 - triplets, kembar 4 - quadruplets dan seterusnya...

Yang paling biasa terjadi adalah kembar 2. Nisbah kejadiannya 1:80 (sekali dalam setiap 80 kehamilan).

Bagaimana Ia Berlaku?

Kejadian kehamilan berganda ini biasanya berlaku secara spontan. Tiada siapa boleh mengawal kejadian ini. Bagi seorang muslim, segala-galanya berlaku dengan kehendak Allah. Tegasnya...seseorang itu tidak boleh berbuat apa-apa untuk menentukan kehamilan kembar walaupun dia benar-benar menginginkannya.

Walaubagaimanapun, kelahiran kembar ada kaitannya dengan keturunan kerana ia sering berlaku berulang kali dalam sesebuah keluarga.

Di samping itu, penggunaan ubat subur turut menyumbang kepada peningkatan kejadian kehamilan kembar atau kehamilan berganda sebagaimana kes di atas. Sebagai contoh : kadar kejadian kehamilan kembar di kalangan pengguna ubat subur clomiphene adalah 4-5%, manakala penggunaan suntikan gonadotrophine meningkatkan kejadian kehamilan kembar sebanyak 20-30%.

Jenis Kembar

Kejadian kehamilan kembar dan berganda bergantung kepada bilangan benih yang dikeluarkan oleh pihak wanita.

Pada kebiasaannya seseorang wanita hanya mengeluarkan satu benih sahaja dalam satu pusingan haid. Benih ini dikeluarkan pada pertengahan pusingan haid. Setelah persenyawaan berlaku menerusi percantuman antara benih lelaki dengan benih perempuan maka satu embryo akan terbentuk.

Dalam kes kehamilan kembar:

Pasangan kembar yang dihasilkan daripada satu telur atau identical twin (monozygotic), yang kemudiannya pecah untuk menghasilkan dua jasad akan menjadi pasangan kembar satu uri. Kembar yang dihasilkan begini biasanya mempunyai jantina yang sama, sama ada keduanya lelaki atau perempuan, rupa paras yang sama dan juga sifat dan perwatakan yang hampir-hampir sama.

Manakala pasangan kembar yang dihasilkan dari dua telur atau non-identical twin (dizygotic) biasanya mempunyai jantina yang berbeza iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan dan rupa paras, perwatakan dan sifat mereka tidak sama.

Dalam kembar yang sama biasanya satu uri sahaja yang dihasilkan dan uri ini digunakan bersama oleh kedua-dua bayi ketika dalam kandungan. Manakala dalam pasangan kembar yang tidak sama uri biasanya ada dua, satu bagi setiap bayi.

Dalam kes kelahiran berganda pula, tidak mustahil berlakunya proses kombinasi. Sebagai contoh, kembar 3 mungkin terhasil daripada janin tak seiras dari satu telur + janin kembar seiras (identical twins) dari telur kedua. Ini dipanggil kelahiran polizygotic.

Kembar siam juga dari identical twins tetapi menghadapi masalah pembandingan anggota kepada dua daripada satu embryo. Dengan ini kedua jasad tidak berpisah seluruhnya tetapi sebahagian daripada anggota mereka ini akan berganding atau terbendung. Bahagian anggota yang mungkin terbendung ini berbeza antara satu pasangan kembar siam dengan yang lainnya. Ada yang berbendung di bahagian dadanya dengan berkongsi satu jantung, ada pula yang berbendung di bahagian abdomen iaitu berkongsi satu tali perut sahaja.

Pembedahan untuk memisahkan kembar siam, biasanya hanya dilakukan pada kes yang berganding pada bahagian yang kurang penting seperti bahu atau punggung. Gandingan anggota penting seperti jantung, tali usus atau otak tidak boleh dibedah. Pernah juga tercatat dalam sejarah, kembar siam ini terus hidup hingga ke akhir hayat. Mereka berbendung di bahagian tubuh. Kedua kembar ini mempunyai perwatakan yang amat berlainan dan setiap seorang mempunyai isteri dan keluarga sendiri. Mereka bergilir-gilir menjalankan tugas masing-masing. Akhirnya apabila seorang mati, kembar yang kedua juga mati.

Ini adalah pasangan kembar tak seiras (dizygotic) berumur 2 minggu (Gambar Kiri)

(Gambar Kanan) : Kembar 3 seiras ini terhasil daripada satu telur yang disenyawakan terbelah menjadi dua dan kemudiannya salah satu dari dua telur tersebut terbelah sekali lagi. Kelahiran berganda (kembar 3 atau lebih) boleh juga terhasil daripada kombinasi fraternal (genetik berlainan) + identical (genetik sama) - disebut super twins. Sebagai contoh, set quadruplets boleh terbentuk daripada 2 identical twins + 2 fraternal twins.

Identical triplets atau quadruplets ini tersangat jarang berlaku. Seperti yang dinyatakan di atas, ia terjadi hasil daripada satu telur yang disenyawakan terbelah menjadi dua dan kemudiannya salah satu dari dua telur tersebut terbelah sekali lagi (dalam kes triplets). Manakala dalam kes quadruplets, salah satu daripada telur yang terhasil daripada belahan kedua itu, terbelah pula sekali lagi atau mungkin juga telur asal yang dipersenyawakan terbelah dua kali (menghasilkan 4 embryo) dan keempat-empat embryo tersebut sekiranya hidup akan melahirkan kembar 4 yang seiras (identical). Jika sekiranya salah satu embyo mati akan menghasilkan kembar 3 yang seiras.

Berikut adalah bayi kembar perempuan (fraternal twins) sedang melelapkan mata...

Walaupun kelahiran berganda yang paling biasa berlaku adalah kembar 2 tetapi sejarah pernah mencatatkan kelahiran kembar 8 yang kesemuanya lahir hidup! Walaubagaimanapun rekod kembar berganda yang mampu bertahan hidup sehingga beberapa hari adalah kembar 7, kali pertama pada tahun 1997.

Ada juga kelahiran kembar 9 yang dicatat tetapi hanya beberapa orang sahaja yang dilahirkan hidup, dan selepas beberapa hari kesemuanya meninggal dunia. Ada juga yang mengandung kembar 10, 11 atau 12 di peringkat permulaan kehamilan tetapi gugur kemudiannya. Kebanyakan kejadian sebegini berpunca daripada pengambilan ubat atau suntikan kesuburan serta teknologi kehamilan secara bantuan (assisted reproductive technology) sepertimana yang terjadi pada pasangan Becki dan Keith Dilley dari Decatur, Indiana yang melahirkan kembar 6 (sextuplets), 4 lelaki dan 2 perempuan setelah mengambil ubat kesuburan.

Walaubagaimanapun ada juga yang berlaku secara spontan sepertimana kejadian pada tahun 1992 di Argentina - seorang ibu mengandung kembar 12 tanpa melalui sebarang rawatan kesuburan!

Risiko Kehamilan Berganda Pada Ibu

1. Tekanan darah tinggi (Hypertension) - biasanya disertai bengkak kaki dan kencing kotor (air kencing mengandungi protein). Gabungan tiga masalah ini dikenali sebagai toxaemia atau pre-eclampsia.
2. Sawan atau eclamptic fits - akibat toxaemia yang teruk.
3. Anaemia atau kurang darah - kerana zat besi dan zat asid folik dalam tubuh ibu akan diambil oleh bayi dalam kandungan bagi membina darahnya sendiri.
4. Kelahiran tidak cukup bulan - Seringkali berlaku di peringkat 8 bulan kandungan atau lebih awal. Ini adalah kerana rahim menjadi kembang dan membesar serta tidak berupaya untuk mengembang lebih besar lagi pada peringkat itu.
4. Tumpah darah selepas bersalin - Ini disebabkan oleh otot rahim menjadi kendur akibat rahim yang terlalu kembang untuk menampung dua jasad atau lebih. Juga disebabkan oleh luka pada tempat uri itu melekat pada rahim. Perlu diingatkan bahawa kejadian tumpah darah selepas bersalin adalah sebab utama kematian ibu di Malaysia.

Ancaman Terhadap Bayi

Risiko kematian bayi kembar lebih tinggi berbanding bayi tunggal, terutama pada peringkat awal kehidupan sehingga umur sebulan. Dalam kelahiran kembar ini juga, bayi kedua adalah lebih terancam daripada bayi pertama. Sebab utama kematian adalah:
1. Tidak cukup bulan
2. Tidak cukup timbangan berat
3. Lemas akibat kerumitan dan kesukaran semasa proses kelahiran

Cabaran Kepada Ibubapa

Menjaga seorang bayipun kadangkala menimbulkan kekecohan, inikan pula menjaga dua orang bayi yang amat kecil, apalagi menjaga 7 bayi serentak! Pada masa ini, bantuan dan sokongan dari ahli keluarga yang lain amat penting. Sungguh ianya merupakan suatu cabaran yang sangat hebat!

Kita mendoakan mudah-mudahan pasangan ibubapa Egypt ini diberi pertolongan dan kekuatan oleh Allah SWT dalam menjaga dan mendidik anugerah Allah ini. Di pihak kita, hanya doa yang mampu kita lafazkan moga kesemua anak kembar yang dilahirkan itu membesar menjadi ummat Muhammad, pewaris Nabi yang bakal menegakkan agama Allah di mukabumi ini. Ameen Ya Rabbal 'Alamin...

Sumber Rujukan :

- Laman web Dr Hamid Arsyat
- Laman Wikipedia

*************************************************************************************

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Subhanallah! memang kalau difikirkan, sangat besar kuasa Allah, menghidupkan 7 jasad sekaligus dalam perut ibunya.
Di kala ada rasa kesusahan saya dalam menjaga anak kembar lelaki saya, pasti saya akan terfikir, ada lagi orang yang lebih susah daripada saya. Ini adalah salah satu buktinya. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kami para ibu bapa yang ada anak kembar untuk memelihara mereka sehingga besar. Amiin..

queen_ann81 berkata...

Mohon izin untuk kongsikan maklumat dan kekuasaan yang Maha Mulia di blog saya...

Tanpa Nama berkata...

After getting more than 10000 visitors/day to my website I thought your klinikummi.blogspot.com website also need unstoppable flow of traffic...

Use this BRAND NEW software and get all the traffic for your website you will ever need ...

= = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com

In testing phase it generated 867,981 visitors and $540,340.

Then another $86,299.13 in 90 days to be exact. That's $958.88 a
day!!

And all it took was 10 minutes to set up and run.

But how does it work??

You just configure the system, click the mouse button a few
times, activate the software, copy and paste a few links and
you're done!!

Click the link BELOW as you're about to witness a software that
could be a MAJOR turning point to your success.

= = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com

Tanpa Nama berkata...

Normally, I've uncovered that men and women who use this machine say 210 pounds isn't
plenty of resistance.

my weblog: src=�http://c.statcounter.com/8445543/0/1e46c7cd/1/� alt=�website statistics�>

Tanpa Nama berkata...

This will likely thoroughly exhaust the muscle tissues and help you fit into
your favorite dress or pants.

My site: Personal Site

Tanpa Nama berkata...

If you are looking for dumbbells that don't make sound, attempt dumbbells having a urethane coating.

My site ... http://www.getfitnstrong.com