Selasa, 26 Ogos 2008

"Aii..Malaslah Nak Ziarah..."

Assalamualaikum.

Pagi ni ummi busy dengan urusan klinik. Tak sempat nak buat pengisian untuk blog. Masuk klinik sesi petang…huwaa..panasnya! Aircond kat bilik rawatan hilang??? He,he..tak delah..dah kena hantar servis. Kepanasan le kita! Nasib baik lepas tengok dua patient, aircond sampai!

Sekarang ni dah nyaman semula, ummi kembali menulis di blog. Jeling kat aircond yang kadangkalapun ‘sakit’ macam manusia sehingga terpaksa dihantar servis, teringat pula ummi nak sentuh pasal ganjaran besar terhadap mereka yang menziarahi orang sakit...bukan ziarah aircond sakit! He,he..Nipun nak kasi tazkirah untuk diri ummi sendiri. Bukan apa, keletihan kerja siang-malam ni, kadang-kadang macam-macamlah alasan yang dicari untuk meringan-ringankan amalan sunat ini. Kena pulak, orang yang sakit tu memang dah datang sendiri ke klinik kita untuk dapatkan rawatan..mulalah kita beralasan..dah jumpa kat klinik tu, kira ziarah le. Hai..Dr Ummi..Dr Ummi..betul ke alasan tu? Hu,hu….

Bukankah menziarahi orang sakit tu hukumnya sunat dan amat-amat digalakkan oleh Islam? Natijah daripada perbuatan tersebut akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama Islam. Sebab itulah ziarah dituntut untuk dilakukan pada bila-bila masa sahaja..apa lagi semasa sakit! Amalan ziarah ini sentiasa dilakukan oleh baginda Rasulullah saw kepada kaum keluarga baginda dan bukan keluarga baginda sekalipun.

Rasulullah saw menegaskan, “Tidak seorangpun yang menziarahi orang yang sedang sakit di pagi hari, kecuali keluar bersamanya tujuh puluh ribu malaikat yang meminta keampunan baginya sehingga petang harinya.”

Dan nabi menyambung kata-katanya, “Sesiapa yang menziarahinya di petang hari, keluar bersamanya tujuh puluh ribu malaikat yang meminta keampunan baginya sehingga pagi harinya.”

Seterusnya baginda Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang menziarahi orang sakit ataupun menziarahi saudaranya kerana Tuhan, dia pasti mendengar suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkahmu dan ambillah tempat tinggalmu di dalam syurga.”

Subhanallah! Betapa besarnya ganjaran yang menanti terhadap amalan ziarah ini. Mudah-mudahan selepas ni ummi tak lagi ‘mencipta alasan’ untuk menangguh-nangguh dan mengabaikan amalan sunat ini..moga diberi kekuatan oleh Allah terhadap diriku. Ameen…

**************************************************************************************

Tiada ulasan: