Assalamualaikum.
Petang kelmarin ummi dapat hadiah paling berharga dari suami tercinta. Apa dia?
Ni dia..! Komputer All-In-One dari Abi! He,he...Abi dah tak sampai hati tengok ummi menaip kat komputer versi lama yang begitu lembab sekali..nak download sekeping gambarpun ummi kena tunggu 5 minit! Wowww..ingat senang ke ummi buat artikel hari-hari? Download gambarpun 'setengah mati'..hu,hu,hu...
Terimakasih Abi..Jazakallahu khairan jaza'..tiada ucapan paling indah yang mampu ummi lahirkan atas rasa terima kasih ummi yang tak terhingga ini...semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kasihsayangNya buat kita...
Kata Abi.."Semoga ummi lebih semangat, lebih istiqamah dan lebih 'power' lagi dalam menyampaikan ilmu yang bermanfaat di blog ummi..". Jawab ummi.."InsyaAllah Abi..kata-kata perangsang darimu adalah kunci semangat yang paling utama. Semoga ummi diberi kekuatan untuk menyampaikan sedikit ilmu sebagaimana yang diseru oleh junjungan besar kita, Rasulullah saw..'sampaikanlah walaupun satu ayat'.."
Uishh..ummi rasa pelik semacam pulak tekan komputer hari ni..segala-galanya LAJU! Biar betul? Selama ni ingatkan 5 minit download sekeping gambar tu dah cukup laju..kih,kih,kih..punyalah ketinggalannya aku..kalau macam ni, seronok sangat le buat blog..!!!
Hi,hi,hi,hi....(dah excited sangat le tu...)
*************************************************************************************
Isnin, 25 Ogos 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
salam kak han..wa... sgt bes dan seronoknya dapat kompite baru! lepas nih, dalam sehari mesti dapat buat 2,3 entry at least! :).
Memangpun Kin..seronok habis! Uihh..tekan sana tekan sini, laju semacam pulak tu! Hi,hi...InsyaAllah Kin..tak tau le semangat bertahan lama mana tu...kih, kih, kih...
wa...cik han ada pc baru...ni nk g KT ni..
Ha! Ni mesti EvaAyra ni. Betul tak? Mailah KT, tengok PC baru Cik Han! Canggih-manggih lagi tu..hi,hi...
Catat Ulasan