
Risalah yang dituliskan adalah merupakan surat kepada pesakit sebagai penyembuh, penenang, penghibur dan preskripsi ubatan buat para pesakit. Ia ditulis berdasarkan peribahasa (terjemahan) "Penyakit telah hilang, pujian bagi Tuhan kerana mendapat kesihatan".
Dalam risalah ini terdapat 25 rawatan ataupun ubat yang boleh menjadi penghibur yang hakiki kepada mereka yang ditimpa bala bencana dan musibah, InsyaAllah. Ummi petik risalah ini daripada buku karangan Khairul Ghazali, terbitan PTS Millennia Sdn Bhd yang bertajuk Berita Gembira Buat Pesakit & Doktor (promosi nih...tapi promosi tak de kepentingan noo...)

Pernah tak bila kita nasihatkan kenalan atau ahli keluarga kita supaya bersabar, tiba-tiba kita diherdiknya, "Engkau apa tahu? Engkau tak rasa apa yang aku rasa!"
Maka terkedulah kita dengan herdikan sebegitu. Memang betulpun tak sama orang yang menanggung dan orang yang melihat...tapi apa lagi yang boleh kita nasihatkan? Sebab nak bersabar tu susahlah, maka kita sepatutnya sentiasa diperingati supaya bersabar.
Kesabaran memainkan peranan utama. Sakit yang kita alami sebenarnya bukan penyakit buat kita, tetapi ia adalah sejenis rawatan. Ini adalah kerana umur merupakan modal

Maka sakit sebenarnya memberikan keuntungan besar kepada modal yang dimiliki oleh seseorang dalam ertikata ia tidak membenarkan umurnya dihabiskan dengan segera secara sia-sia. Sakit juga melambatkan perjalanan langkah kehidupan serta memanjangkan umur dan akhirnya berhenti selepas membuahkan hasil.
Wallahua'alam...bertemu kembali dalam siri rawatan ke-2...sabar deh..!
**************************************************************************************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan