

Adab-Adab Menziarahi Orang Sakit :
1. Jangan duduk terlalu lama semasa menziarahi pesakit kerana perbuatan ini boleh mengganggunya.
2. Semasa berada di sisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya (hanya untuk sesama muhrim), kemudian letakkan tangan di dahinya dan tanya mengenai penyakit dan keadaannya sekarang (jika sekiranya si pesakit ada keupayaan untuk bercakap yang tidak sampai mengganggu keterukan penyakit yang dihidapi).
3. Hendaklah kita mendoakannya supaya cepat sembuh dengan menyebut, “Semoga Tuhan menyembuhkanmu…” (sebutkan nama dan pangkat panggilan)
4. Doa dan ceritakan mengenai kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, rasul, nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak berasa resah gelisah pada kesakitan yang dialaminya.
5. Berikanlah nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan, “Sabarlah, sakit ini adalah salah satu ujian Tuhan dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang kepada Tuhan. Kerana sakit ini juga seseorang itu akan memperoleh ganjaran pahala yang banyak.”
6. Jangan memakan makanan yang dihadiahkan ataupun makanan yang disediakan kepada pesakit.
7. Sunat membacakan doa untuknya seperti doa yang biasa diucapkan Rasulullah s.a.w yang bererti, “Ya Tuhan, hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada yang dapat menyembuhkannya melainkan Engkau jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit.”


4. Doa dan ceritakan mengenai kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, rasul, nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak berasa resah gelisah pada kesakitan yang dialaminya.

6. Jangan memakan makanan yang dihadiahkan ataupun makanan yang disediakan kepada pesakit.
7. Sunat membacakan doa untuknya seperti doa yang biasa diucapkan Rasulullah s.a.w yang bererti, “Ya Tuhan, hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada yang dapat menyembuhkannya melainkan Engkau jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit.”




Akhir sekali, cuba kita kira dalam ramai-ramai tamu yang datang berziarah, agaknya berapa kerat aja yang lafazkan doa kesembuhan untuk si pesakit? Banyak masa hanya dihabiskan dengan berbual-bual kosong sehingga merimaskan pesakit! Semoga Allah melindungi diri kita dari mendatangkan kesusahan kepada orang lain. Sama-samalah kita mengambil iktibar daripadanya.
Sesungguhnya segala yang baik itu dari Allah dan segala kekhilafan dan kesilapan bicara adalah dari kelemahan diri ummi sendiri. Semoga Allah mengampuni dosa-dosaku…
Allahua’lam.
*************************************************************************************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan