
1) Ibadat Positif : Iaitu ibadat yang dilakukan dengan anggota badan melalui sembahyang, doa dan seumpamanya.
2) Ibadat Negatif : Iaitu ibadat yang dilakukan dengan hati.
Seorang yang ditimpa musibah penyakit akan kembali meminta perlindungan daripada Tuhan (tadharru’). Ini semua bertitik tolak daripada perasaannya yang merasakan dirinya lemah semasa berhadapan dengan pelbagai jenis penyakit dan musibah. Dengan tadharru’ itu dia memperoleh ibadat hakiki yang ikhlas dan suci daripada sebarang perasaan riak.
Beberapa riwayat sahih mengatakan : Umur seorang mukmin yang bercampur dengan sakit dianggap sebagai ibadat, dengan syarat dia tidak berkeluh kesah dan berputus asa dengan rahmat daripada Tuhan.

Dari itu wahai hamba yang sedang diuji,
Jauhilah perasaan ragu dan syak. Satu minit daripada kesukaran yang kita alami disebabkan sesuatu penyakit boleh saja ’memanjangkan umur’ kita menjadi seribu minit...maka sewajarnyalah kita bersyukur.
Allahua’lam.
*************************************************************************************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan