Hari ni ummi tak nak buka cerita pasal penyakit tertentu tapi tolong bagi ummi peluang untuk berleter pulak. Dalam minggu ni ummi rasa betul-betul cuak dengan gelagat sesetengah pesakit ummi. Bukan apa, bila kita bagi advice dengan hati yang penuh ikhlas, dengan mulut yang berbuih-buih (tapi tak le berbuih macam berdebat dengan DSAI..he,he) dan dengan harapan yang cukup tinggi agar pesakit dapat menerima dan ikut nasihat kita..tengok-tengok..hampeh tak dilayannya cakap kita! Astaghfirullahal’azim..sabar...sabar...wahai Dr.Ummi..
Kalau nak diikutkan, banyak sangat yang ummi nak curahkan kat sini. Tapi untuk hari ni, cukuplah ummi berleter satu bab saja dulu. Yang lain ummi ’keep’ dulu sehingga tiba waktu yang sesuai untuk diledakkan..ha,ha...
Selalu sangat pesakit datang dengan aduan pening kepala dan bila ummi cek tekanan darahnya...ya Allah, ’menggunung’ dia punya bacaan! Masa nilah kita dengan ’penuh semangat’ memberi penerangan, nasihat dan sebagainya untuk memenuhi tanggungjawab kita sebagai orang yang tahu terhadap orang yang tidak tahu. Kadang-kadang dalam masa kita memberi penerangan ni, macam-macamlah yang ditanya dan kita jawab dengan sesungguh hati untuk memastikan dia balik sebagai orang yang tahu. Sehinggalah tiba kepada ayat:
”Ok, lepas ni pakcik ambik ubat, makan betul-betul ubat tu ikut arahan,ya”.
Nak tahu apa jawapan yang selalu ummi terima?
”Eh, tak payah bagi ubatlah doktor.Orang kata, kalau dah start makan ubat, kena makan ubat sokmo” (loghat Terengganu: sokmo=selalu)
Fuh, lagi-lagi ayat ni yang keluar! Ok, ummi nak tanya balik;
”Agak-agak, kalau pakcik tak makan ubat, tekanan darah yang tinggi ni boleh turun tak?”
Maka menjawablah si pakcik ni;
”Tak pe doktor.Pakcik cuba cara kampung dulu.Tak jadi, pakcik mari (datang)lah pulak.”
Inilah jawapannya yang biasa ummi terima.
Kalau si pakcik ni betul-betul mengotakan apa yang dikata, tak mengapa. Cuba dulu kaedah lain, bila tak jadi, datang balik ambil ubat. Tapi apa yang selalu berlaku, pakcik yang sama akan datang dalam keadaan dirinya sudah tidak lagi berupaya untuk menanyakan soalan dan tidak lagi berupaya berjalan dengan kudrat yang dikurniakan Allah swt akibat serangan stroke (angin ahmar)! Lahaulawala quwwatailla billahil aliyyil’azim.
Kenapa masyarakat kita takut dengan ubat? Walhal bagi penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi, komplikasi (akibat) penyakit tersebut jauh lebih merbahaya dari kesan sampingan ubat yang selalu diwar-warkan oleh sesetengah pihak. Tidak dinafikan bahawa setiap ubat ada kesan sampingannya tetapi kesan sampingan ubat jauh terlalu sedikit dan tidak membahayakan berbanding komplikasi penyakit itu sendiri jika tidak dikawal.
Satu lagi perkara yang tidak sepatutnya berlaku, sering sangat sesetengah pihak yang menjual produk kesihatan atau ubat-ubat tradisional, memberi nasihat kepada pesakit darah tinggi atau kencing manis yang sedang dalam rawatan, untuk memberhentikan dahulu pengambilan ubat hospital/klinik. Si pesakit diminta untuk mengamalkan produk/ubatnya sahaja. Dalam masa pengamalan produk tersebut, apabila pesakit mengadu tekanan darahnya semakin tinggi atau tidak turun, maka ’pujukan’ yang disampaikan selalunya adalah dengan alasan ”Pakcik jangan risau..bila makan produk ni, memang akan ada krisis pemulihan (healing crisis) dulu. Nanti dah habis healing crisis ni, tekanan darah akan turun.” Tahu tak apa akibat yang sering berlaku sewaktu tempoh menunggu hilangnya ’healing crisis’ tadi? Masa nilah selalunya pesakit diserang stroke! Ya Allah..ummi cukup sedih dengan sikap masyarakat kita.
Ummi bukan orang yang taksub kepada perubatan moden, malah ummi sendiri sekarang adalah juga pelajar perubatan syifa’ dan pengamal produk kesihatan. Namun dalam kes yang melibatkan penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan sebagainya..tolonglah..ummi nasihatkan JANGAN TAKUT PADA UBAT! Kalau dalam masa yang sama pesakit teringin untuk mencuba kaedah lain, jangan ditinggalkan dahulu pengambilan ubat hospital/klinik.
Anda mungkin boleh mengurangkan dos ubat hospital/klinik sedikit demi sedikit sekiranya tekanan darah stabil dengan kaedah/rawatan alternatif tetapi pastikan tekanan darah sentiasa dipantau! Lebih elok sekiranya pesakit memiliki sendiri alat pemeriksaan tekanan darah digital dan membuat pemeriksaan sendiri di rumah setiap hari...sebab tidak mustahil anda diperdayakan oleh penjual yang tidak bertanggungjawab yang mengatakan bahawa tekanan darah anda stabil sewaktu mengambil produk, walhal apabila diperiksa di klinik, bacaannya menggunung! Maaf. Ummi tidak membuat tuduhan sembarangan kepada semua penjual. Amaran ini terpaksa ummi sampaikan kerana tidak sedikit kejadian seumpama ini berlaku. Walau apapun ummi tetap respeks kepada penjual yang benar-benar ikhlas untuk membantu memberikan kesejahteraan dan kesihatan kepada masyarakat.
Akhirkata, sekali lagi ummi menyeru...ikutilah nasihat doktor. Melalui pemeriksaan, doktor tahu bila sepatutnya seseorang pesakit itu perlu mengambil ubat. Sekiranya masih boleh diikhtiarkan dengan kaedah lain, doktor sendiri akan mencadangkan kepada pesakit tersebut untuk menurunkan tekanan darah melalui penjagaan makanan, penurunan berat badan dan sebagainya. Tetapi jika telah sampai waktunya seseorang pesakit itu perlu mengambil ubat, maka janganlah kita lari daripada hakikat. Terlebihlah lagi sedihnya ummi bilamana mereka yang menolak rawatan hospital/klinik ini lebih sanggup mengambil ubat-ubatan tradisional tanpa kelulusan KKM dan tanpa jaminan ’keselamatan’...dibeli hanya kerana terpengaruh dengan testimoni-testimoni yang tidak disokong oleh ujian-ujian klinikal!
Marilah kita saksikan apakah komplikasi yang bakal menimpa sekiranya darah tinggi tidak dikawal atau dirawat. Mudah-mudahan menjadi kegerunan kepada kita untuk tidak mengabaikan rawatan terhadap penyakit darah tinggi ini.
Jangan tunggu sehingga begini...
Stroke atau Angin Ahmar!
Kegagalan Buah Pinggang!
Serangan Jantung!
Kematian!
Ingatlah Orang Yang Tersayang...!
1 ulasan:
salam..
sejak bekerja di klinik kesihatan saya pun sentiasa berdepan dengan masalah macam ni..lagi-lagi la kerja kat kampung kan...
minggu lepas ada seorang pesakit ni datang berjumpa dengan saya...masih lagi muda dalam lingkungan 30-an..seorang guru bakal menyambung pelajaran ke peringkat phd..lagi dahsyat dari kita tuh...
3 bulan dulu dia dah datang jumpa saya mengadu dysphagia..history significant jugakla..so suggest utk buat OGDS..patient tu masa tu refused...sampaila sebulan lepas dia rasa dah makin teruk so dia pi buat OGDS kat private hosp...
ok la kan...
hasil OGDS tu, saya baca report dia: fungating mass at esophagus at 33 cm. biopsy taken. HPE came back as MODERATELY DIFFERENTIATED ADENOCARCINOMA. ...
doktor kat private tu refer mai Gov hosp la...tapi patient tu tak pi...dia p berubat alternatif dan tok moh bgtau kata dia kena santau...ok la fine...
bukan saya tak percaya dengan sihir...benda tu mmg wujud...
tapi dalam kes macam ni dah terbukti depan mata ada penjelasan disebalik maslah dysphagia dia tu....dia sendiri pun tengok rakaman OGDS dia...but... ..ntahla denial kot kan...
lagi satu yang saya hangin...sedara dia staffnurse kat tempat saya pun sama naik percaya ke tok moh tuh....
aduhai...education yang macamana lagi nak bagi kat org2 yang educated macam ni...?
sesape leh tolong saya tak...?
itu tak cerita lagi kesah pesakit diabetic yg dah dapat nephropathy tapi tak nak control diet lagi..tu dah lebih dari berbuih mulut duk nasihat...
kita nasihat diorg macam nasihat bapak sendiri..(my own father pun diabetic gak)
tapi diorg punya jawab lagi pandai dari kita....
last2 kita pun dalam hati..lantokle. ....badan kau..yang sakit kau...aku nak tolong kau tak nak.....
hmmmm...mencabar keimanan dan kesabaran tul...hehhehehehe. ..
komen sikit....
Catat Ulasan