Rabu, 25 Januari 2017

Atiqah Oh Atiqah

Assalamualaikum.

19 Jan 2016 - Atiqah balik kampung lagi hari ni. Amboi! Acap bebenar sekolah kasi balik...hihi. Alhamdulillah. Terimakasih buat pihak pengurusan Smaasza yang membenarkan anak-anak Tingkatan 1 balik lagi minggu ni. Dapat jugak bantu anak-anak ubati homesick. Atiqah memang happy sangatlah haa...

Tu haa...tersenyum bahagia..hihi..
Seperti biasa, lepas ambik Atiqah singgah klinik dulu untuk kerja sesi petang. Kakaknya dah siap bawak baju baru untuk Atiqah tukar di klinik. Di Smaasza rupanya tak boleh pakai jubah. Hanya baju kurung yang dibenarkan. Tak taulah kenapa. Mungkin agaknya jubah zaman moden ni seksi dan seksa sangat. Ni yang Ummi orderkan online baju kurung untuk Atiqah.

Alhamdulillah...ngam dengan Atiqah.
Rutin biasa jugak, habis klinik singgah makan di Restoran Biku-Biku! Kat sini memang best masakan westernnya. Harganya pun tak mahal. Boleh pilih nak saiz kecik ke besar. Tu yang suka sangat datang sini.

Sementara menunggu hidangan sampai, kakak hafaz qur'an dulu. Alhamdulillah...

Atiqahpun sama...sedang bertasmi' dengan Abinya.
Alhamdulillah...mudah-mudahan kita semua jadi insan yang sentiasa mencintai ayat-ayat Allah. Dalam masa cuti 2 hari ni nampak sangat Atiqah dah tak sedih macam mula-mula masuk asrama. Dah boleh adaptpun dengan kehidupan di asrama. Lega sangat Ummi rasa. Atiqahpun bersemangat menghafaz di rumah.

Nak sangat tengok anak-anak Ummi jadi insan yang faqeh dalam agama. Smaasza - Di sini lahirnya ulama' dan umara'!
Hari Sabtu - masanya untuk hantar Atiqah balik ke asrama. Tenang jer Atiqah kali ni. Alhamdulillah. Tak sedih lagi dah. Agaknya bila kat sekolah dah mula banyak aktiviti, anak-anakpun dah mula dapat melupakan rasa sedih tu. Jadi nasihat Ummi pada mak ayah yang hadapi masalah anak-anak homesick ni, bersabarlah. Jangan dilayan kehendak anak nak bertukar ke sekolah harian. InsyaAllah masa yang berlalu akan mengubat segala-galanya. Nak kena sabar jer dulu.

Atiqah bergambar bersama Huda. Huda nipun ada ura-ura nak tukar sekolah jugak sebab homesick. Harap sangat Huda dapat bertahan.

Bagus konsep asrama dalam taman ni. InsyaAllah nanti Atiqahpun akan menghayati falsafah ini - asramaku, rumahku, syurgaku...

Alalala...sian Abi kena tunggu kat luar sorang-sorang. Abi tak boleh masuk ke asrama puteri.
Kali ni kitaorang dapat tinggalkan Atiqah tanpa rasa terkilan sebab Atiqah dah balik kepada sifat asalnya - happy go lucky! Mabruk Atiqah....cam tu lah anak Ummi.

24 Jan 2017 - Buat lawatan mengejut ke Smaasza. Bukan hari lawatanpun tapi urgently nak kena ambik IC Atiqah untuk permohonan hadiah anugerah kecemerlangan 6A UPSR 2016. Ada ke patut JPN singkirkan anak-anak cemerlang dari sekolah swasta untuk terima anugerah tu Khamis ni. Tak pasal-pasal anak-anak dari sekolah swasta nak kena buat surat untuk terima hadiah kecemerlangan tu. Terasa sangat di anaktirikan walhal anak-anak sekolah swasta ni turut menyumbang kepada kecemerlangan negeri. Aduhai negeriku...malulah kalau benda-benda ginipun nak dipolitikkan.


Ummi sempat beli roti dan kek jer habis klinik tadi untuk Atiqah.

Sebelum balik, bergambar dulu depan bunting - Yes! Kita kena jadi orang yang BERANI, JUJUR & HEBAT!

Bye bye Ummi, bye bye Abi...hahaha...kakak rindukan saat-saat dia lambai Ummi Abi setiap kali hantar dia ke asrama...Tu numpang Atiqah bye bye :-D
Bye bye Atiqah...Jadi anak soleh yang cemerlang dunia dan akhirat ya. Ummi Abi sentiasa mendoakan anak- anak. InsyaAllah faqeh belaka anak-anak Ummi Abi dalam agama. Moga kelak jadi orang yang bermanfaat bagi orang lain kerana itulah sebaik-baik manusia.

Diriwayatkan dari Jabir berkata, "Rasulullah SAW bersabda ; "Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia." (HR Thabrani dan Daruquthni)

Selasa, 24 Januari 2017

Lawatan Ke Padang-Bukit Tinggi Indonesia!

Assalamualaikum.

Raya Qurban Ke-2 (13 September 2016) - Alhamdulillah Ummi sekeluarga diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk bercuti bersama keluarga di Padang-Bukit Tinggi, Indonesia.

Tarikh ini dipilih kerana kebetulan masa ni semua ahli keluarga sedang bercuti. Lepas ni dah payah dah nak kumpul sekali. Hujung tahun Angah Anas dah balik Mesir. Tak apalah kakak belum SPM pun. Sedang elok juga kakak baru habis trial SPM, kita enjoy sekejap ya. Tenang-tenangkan fikiran...hehe.

Awal pagi kami bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke KLIA2. Sesampainya kami di airport, kami ke bank dulu untuk tukar duit. Risau pulak kot sampai di Indon nanti susah nak tukar duit.

Masing-masing excited tengok duit juta-juta setelah ditukarkan dari RM ke Rupiah...hehe.
Inilah kadar nilaian wang pertukaran pada hari itu.
Sebanyak RM2000 ditukarkan ke wang rupiah. Dapatlah pegang sejumlah 5,970,149.25 rupiah. Haa banyak tu! Haha...
Kat mana-mana jerpun boleh lepak sementara tunggu penerbangan...hehe..
Jauh sangat sebenarnya kena berjalan nak sampai ke terminal C
Penerbangan ke Padang, Indonesia pula adalah pada jam 1.25pm, mengambil masa selama 1 jam. Sampai di sana jam 1.30pm (Indonesia). Macam waktu tak bergerak jer...hehe. Beza masa di Indon lewat 1 jam dari Malaysia. Padanlah macam waktu tak berubah.

Dah nampak bumi Indon.
Sesampainya kami di Lapangan Terbang Minangkabau, kami disambut oleh Mr Eno dari Syarikat Pelancongan Saffira. Alhamdulillah dapat tour guide yang peramah sangat. Kami dibawa menaiki coaster pelancong yang memuatkan kami bertujuh bersama Mr Eno dan seorang pemandu.

Kelihatan di depan sekali adalah pemandu dan Mr Eno. Abi dan Angah di barisan kedua.
Atiqah bersama Ummi di barisan ketiga
Manakala paling belakang 3 beradik - Along, kakak dan Aisyah.
Kami terus dibawa menghala ke Bukit Tinggi dan singgah di sebuah restoran untuk makan tengahari. Terkejut sakan juga kami di restoran ni kerana dihidangkan dengan nasi bersama lauk-pauk yang pelbagai secara berjujuk. Begini rupanya Nasi Padang yang sebenar. Camana entah nak habiskan kesemuanya. Tapi dibuatnya perut tengah berkeroncong, hampir habis juga lauk pauk tu kami bedal...haha.




Nampak lauk-pauk yang berjujuk tu?
Hehe..tersengih Angah duk fikir camana nak perabih ni.
Nah ambik...2 botol air sepuluh ribu rupiah...hehe...RM3.35 jerpun :-D Air ni Along beli asing sebab dahaga sangat. Nak air sejuk katanya. Dalam hidangan kami hanya dibekalkan air botol mineral sahaja.

Cara cuci tanganpun cara traditional...hihi..main celup dalam mangkuk.
Selesai makan, terus kami solat jamak dan qasar di surau yang disediakan di belakang kedai. Selesai solat, kami meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi dengan melalui Kampung Anai.

Tukar kedudukan pulak...hehe...
Kenderaan kami kemudiannya berhenti sebentar di Lembah Anai. Nampak ramai pengunjung tengah singgah kat sini.


MasyaAllah. Pemandangan di air terjun ni tersangatlah indahnya.

Macam gambar poskad kan?
Kot tak caya..haa ni. Atiqah posing depan air terjun.
Gilirin Angah pulak.
Puas menikmati panorama di sini, kami meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi. Jalanraya utama di sini persis jalanraya di kampung-kampung sahaja. Kenderaanpun terpaksa jalan secara perlahan kerana peluang untuk memotong kenderaan lain sangat tipis kerana jalannya yang kecil dan sibuk. Kata Mr Eno, nak sampai ke Bukit Tinggi ambik masa 6 jam tak silap Ummi. Jarak dari satu destinasi ke satu destinasi diukur dengan berapa jam perjalanan, bukan diukur dalam kilometer. Namun begitu perjalanan terasa sangat menyeronokkan kerana kami dijamu dengan pemandangan di sekililing yang sangat indah dan cantik. Tak puas mata memandang.

Nah! Cantik sangat kan? Macam gambar poskad jugak yang inipun...
Dalam perjalanan itu juga, sempat kami singgah shopping di Butik Putri Minang. Awalnya shopping! Nak buat camana, dah travel agent ni pandai-pandai bawak kami ke sini...haha. Tak reti sebenarnya Ummi nak shopping di sini sebab nampak apa yang dijual cam sama jer dengan apa yang ada di Terengganu. Yalah, Indonesia ni memang terkenal dengan batiknya. Samalah juga di negeri tempat lahir Ummi, Terengganu. Ada tak ada, belilah juga kain batik pasang sorang satu untuk anak-anak perempuan dan maknya. Tak sampai hati pulak nak keluar tangan kosong. Sempat juga 'berkelahi' dengan tuan kedai sebab harga yang diletakkan dalam Indon lebih mahal dari harga pertukaran ke RM. Nyesallah pulak dah tukar ke duit Indon tadi. Baik belanja dalam RM jer...kiki.

Butik Putri Minang!
Macam kat Terengganu jugak kan? Hihi...
Anak lelaki ambik angin kat luar jer.
Sambil menikmati pandangan Bukit Merapi dari kejauhan.
Nilah dia Bukit Merapi. Kalau aktif ni, keluar larva gunung berapi tu..jangan main-main.
Keluar dari kedai, kami dibawa pula ke tempat pembikinan songket. Kat sini hanya tengok-tengok ajer sambil posing depan sawah padi. Tak minat nak beli sebab kat Terengganupun banyak songket.


Duk termenung apa tu kakak?
Merenung sawah padi yang menghijau.
Atiqahpun suka menikmati keindahan alam.
Keluar dari sini, hari dah agak gelap. Kami terus menuju ke hotel dan singgah di restoran untuk makan malam. Kalau dah balik hotel dulu, penat pulak nanti, kata Mr Eno.

Posing depan restoran.
Makan kat sinipun best.
Restoran Gonrayalamo. Nak sebutpun terkehel lidah..huhu.
Seperti biasa di restoran ini kami dihidangkan dengan nasi padang. Paling best adalah sambal hijau dan desertnya. Siap makan, terus bergerak ke hotel.

Mr Eno tengah buat lawak...hehe. Suka sangat dapat tourist guide cam Mr Eno ni. Bukan saja pandai buat lawak, pengetahuannya tentang sejarah negaranya Indonesia juga cukup hebat!
Di Bukit Tinggi ni, kami menginap di Hotel Royal Denai. Hotel bertaraf 3 bintang. Sangat selesa, Alhamdulillah. Kami dapat 3 bilik. 1 bilik untuk mak ayah, 1 bilik untuk anak-anak perempuan dan 1 bilik lagi untuk anak-anak lelaki. Dah balik hotel, apa lagi, tersadai keletihanlah kami. Sayangnya wifi di bilik tersangatlah slownya. Nak maklum kat Ki yang kami dah selamat sampai Indonpun tak dapat. Terpaksa tunggu esok hari. Mudah-mudahan Ki di Terengganu tak terlalu risaukan kami.

Hari Ke-2 : 

Sebelum bersarapan di hotel, round dulu tengok kawasan. Singgah di ruangan kolam dan posing di sini.

Baca apa tu Angah..hehe..
Kakak dan Aisyah berlatar belakangkan Hotel Royal Denai
2 beradik yang sangat rapat...suka gaduhpun ya..haha...gaduh-gaduh sayang :-D
Angah tak sabar nak terjun kolam sebenarnya ni...
Kakak duk fikir apa pulak?
Budak baru lepas habis UPSR..hehe..dialah yang paling enjoy sebenarnya.
Angah bersama adik bongsunya. Pandai-pandailah teleng kepala nak tengok gambar ni ya..hihi..
Kemudiannya kami bergerak ke ruang makan hotel....

Macam-macam menu tersedia...haa..pilih, pilih, jangan tak pilih.
Menu paling jadi rebutan di sini adalah lontong. Best sangat lontong Indon ni. Baru tahu rasa lontong sebenar.
Nampak cam family kita jer tengah pulun pilih menu..hehe.
Selesai bersarapan, kami dibawa menjamu mata ke kawasan-kawasan menarik di Bukit Tinggi. Sesuai dengan namanya Bukit Tinggi, memang kawasan di sini berbukit-bukau. Jenuh kenderaan kami menaiki bukit untuk ke lokasi yang mana view nya sangat-sangat menarik.

Tak pasti kami berada di ketinggian berapa ratus meter tapi memang tinggi sangat sehingga nampak kampung di bawah bukit nun jauh di sana.
Gambar diambil dari sebuah kedai yang menjual cenderahati.
Aisyah sedang menikmati panorama
Ummi lagi best...menikmati panorama sambil menghirup air halia...hahhhh nyaman rasanya :-D
Cuaca kat sini sejukkkk sangat.
Along pulak bergambar kenangan.
Aisyah tak minum ke?
Abi dengan gaya santainya..hehe.
Atiqah juara tangkap gambar.
Kakak tengok apa tu?
Lama jugaklah kami posing di sini...sampai 2x Ummi masuk tandas, kesejukan...hihi..
Sungguh warna hijau alam ciptaan Allah ini cukup mendamaikan hati
Tak puas-puas Angah menghirup udara nyaman di sini...
Aih...tak gayat ke Atiqah? Ummi tak boleh nak pandang bawah sangat, terasa gayatnya.

Kakakpun sama. Suka sangat tengok view dari sini.
Bergambar lagi sebelum beredar.
Ummi dan anak solehnya, Angah!
Ooo view dari sini dipanggil Panorama Sungai Landia rupanya. Mana tak der sungaipun? Hihi...
Puas menikmati panorama dari ketinggian paling atas, kami mula menuruni bukit melalui kelok 44. Kenapa di panggil kelok? Kerana selekohnya tajam-tajam! Setiap kali kenderaan nak melalui selekoh, kena bunyikan hon dulu. Kalau dah pasti tak ada kenderaan di depan yang nak melalui kelok, baru kenderaan kita boleh melaluinya. Kalau tak, tak lepas. Puas turun bukit, tiba-tiba kami dikejutkan dengan pemandangan tasik yang sangat besar dan cantik di depan mata. MasyaAllah!

Nampak? Indah sungguh pemandangan di sini.
Abipun nak bergambar juga berlatarbelakangkan Tasik Maninjau yang sangat indah.
Gambar dekat rumah minangkabau di tepi Tasik Maninjau.
Satu lagi nampak macam gambar poskad. MasyaAllah, cantik sungguh!
Dari view yang agak jauh
Ambik gambar banyak-banyak Angah. Jangan tak ambik...
Kenangan 1 family..tak tahan pulak nak pandang depan...tengah panas terik walaupun cuacanya sejuk.
Pemandangan tempat penggambaran..hihi..
Nampak jer kami duk posing kat situ, berlumba-lumba pulak datang penjual jalanan di tempat kami.
"Indahnya alam ciptaanMu ya Allah."...agaknya itu yang diperkatakan Along.
Kakakpun nak ambik gambar kenangan jugak.
Oklah..dah puas posing, kita shopping pulak..hihi.
Tak puas rasanya menikmati keindahan panorama di sini tapi kami terpaksa beredar juga untuk lawatan ke rumah Buya Hamka. Rumah Buya Hamka ini terletak di Kg Sungai Batang, tak jauh dari Tasik Maninjau tadi.

Buya Hamka : 17 Feb 1908 - 24 Julai 1981
3 beradik bergambar di sebelah mesin taip Buya Hamka yang digunakan untuk menghasilkan karya-karyanya.
Ada pulak student interview Abi pasal setakat mana pengetahuan Abi tentang Buya Hamka
Round sekeliling rumah Buya Hamka
Angah bergambar ngan penjaga rumah tu. Ada dijual sekali buku sejarah Buya Hamka di situ.
Bilik tidur Buya Hamka
Atiqah pulak nak posing
InsyaAllah Angah nantipun nak jadi ulamak macam Buya Hamka
Antara karya Buya Hamka
Banyak sangat koleksi bukunya tersimpan di sini
Hmmm...muhasabah diri : kita sendiri sebuah bukupun belum terhasil
Ummi dikelilingi karya-karya Buya Hamka

Sebelum balik, bergambar dengan anak saudara Buya Hamka (di sebelah Abi)
Di luar rumah Buya Hamka
Demikian berakhirnya lawatan di rumah Buya Hamka. Sesi petangnya pula adalah sesi shopping! Kami kemudiannya meneruskan perjalanan...

Sesak betul jalanraya di pekan ni.

Ada pasartani rupanya..
Alhamdulillah dah sampai Restoran Simpang Raya.
Enak banget makan di Indon ni. Kalau lama di sini, boleh naik berat badan woo...
Tapi tak derlah pulak nampak penduduknya gemuk-gemuk..hehe...agaknya pelancong ajer yang dijamu sebegini.
Selesai makan dan solat, kami dihantar ke pasar atas. Bergambar berlatarbelakangkan jam gadang.
Along di hadapan jam gadang.
Inilah dia pasar atas. Pelancong seringkali di bawa ke sini utk shopping kerana harga di sini murah walaupun beli dalam kuantiti yang sedikit. Kalau nak beli borong barulah molek ke pasar kuning, kata Mr Eno.
Walaupun pakaian yang dijual sama jer cam Terengganu kiter tapi dah masuk kedai rambang mata juga dibuatnya..hihi.
Siap shopping, masih ada banyak masa lagi sebelum Mr Eno sampai. Kitaorangpun apa lagi, jom berkereta kuda! Hihi...
Ummi, Along, Angah dan kakak dalam satu kereta kuda.
Abi, Aisyah dan Atiqah dalam kereta kuda yang lain.
Haha...seronok Angah kat depan. Kita kat belakang tunggang-terbalik..hihi.
Enjoy sokmo anak dara sorang ni..haha...Along yang kelam kabut kawal kedudukan bimbang jatuh tu.
Ummipun tengah kontrol macho...haha....padahal rasa cam nak jatuh jer.
Kuda Abi sedang mengejar kuda Ummi

Akhirnya, kereta kuda Abi dah potong jauh kereta kuda Ummi! Huhu...
Walaupun dapat berkereta kuda hanya sekitar 20 minit tapi puas hati.
Kuda Ummi nipun nak posing..hehe.
Posing dengan kereta kuda Abi pulak.
Abipun nak posing jugak dengan kereta kuda dia..hehe..
Jam 4.30pm, kami dah balik hotel. Ingatkan nak main kolam di hotel pulak, tengok-tengok diwajibkan pakai baju renang. Tak jadilah. Lepak kat hotel jer sementara tunggu Mr Eno datang ambik untuk makan malam pulak.

Wuhuu...berayam penyet kita malam ni..
First time rasa ayam penyet terus rasa ayam penyet asli. Sedapppp tak terkata. Alhamdulillah...
Hari Ke-3 :

Hari ini kami di Lobang Jepang (Terowong Jepun)! Tak retilah pulak Ummi nak cerita sejarah pasal Terowong Jepun ni. Tengok gambar jerlah kita yek...


 




 
 






Yang Ummi ingat, inilah dia pintu di mana mayat-mayat di tolak melalui sini terus ke sungai. Sengaja ia di buat dinding dan ditinggalkan lubang kecil sahaja untuk keselamatan pelancong.
Akhirnya sampai juga ke pintu keluar Lobang Jepang.
Keluar dari Lobang Jepang, kami dibawa shopping ke kedai makanan tradisional Indonesia pula.

Sakan anak dara ni pilih kerepek...hehe...
Yang di belakang Ummi dan kakak tu kenalan baru kami dari Sabah. Pengurus salah sebuah travel agent di Sabah.
Kemudiannya kami dibawa pula ke tempat pemprosesan kopi dan pisang salai. Kat sini kami disediakan bahan-bahan untuk membancuh kopi dalam tempurung! Hei..best jugak minum kopi dalam tempurung. Kopi ni pulak bukan sebarang kopi. Ia dipanggil teh daun sebenarnya kerana pembuatannya bukan menggunakan biji kopi tapi daun kopi yang direndam. Dapat pulak hidangan pisang salai free!

Best!!! Hidangan tradisional pisang salai bersama teh daun dalam tempurung.
Ni tempat pisang salai yang dah siap ditabur bijan.
Ummi minum dalam tempurung, Abi minum dalam teko..hihi.
Akhirnya kami di bawa melawat ke Istana Pagaruyung!

Pemandangan dari jauh...
Setibanya di atas Atiqah terus diapit oleh badut-badut yang sedia menunggu
Habis anak dara Ummi diapit. Rupa-rupanya selepas kitaorang beredar menuju ke istana, badut-badut ni mula kejar kita orang untuk dapatkan tips (duit)...ayoyo..tak tau pulak..huhu.
Suasana dalam istana
Tengah duk meeting bincang nak sewa baju ke tidak..haha..
Aih...ingatkan Along Angah bergambar dengan orang hidup tadi..
Pengiran jawa tengah bersemayam..hehe..
Set perempuan sibuk sewa baju...haha..kakak sedang dipersiapkan.
Kenapa Aisyah? Geli ke?
Wahhh...nampak macam siap nak kahwin jer anak Ummi..hihi..
Tu dia..hiasan kepala dah mula dipasang.
Dah nak siap dah kakak.
Akirnya Atiqah dulu yang siap dengan pakaian warna kegemarannya, kuning!
Aisyah tak habis-habis tersenyum..
Puteri kecil Ummi!
Bergaya sat di pelamin bilik bawah istana
Ada gaya puteri minang ni.
Giliran adik bongsu pula diapit.
Puteri-puteri di tingkap istana.
Jauh merenung...
Puteri bongsu...
Puteri sulong...
Puteri tengah...
Lagi di pelamin istana
Ada gaya puteri-puteri minang jugak ni.
Haha...posing sakan.
Aisyah dah longgarkan ikatan baju. Ketat sangat katanya.
Habis semua pelamin puteri-puteri ni posing.
Teruknya gaya putera minang! Haha...kacau daun sungguh.
Pemandangan dari atas istana
Ada jugak pelancong yang baik hati tolong potretkan kami.

Bergambar satu family di hadapan istana pagaruyung!
3 Puteri di hadapan istana pagaruyung.
Dah puas posing di Istana Pagaruyung, kami menuju ke kenderaan yang sedang menunggu. Terjumpa pulak kedai cenderahati. Berkenanlah pulak anak-anak bujang ni dengan topi jawa yang dijual di situ..hihi. Dah memang anak jawapun...

Menyibuk jer Angah..haha..
Memang jowo sungguhlah anak sulung ni.
Haa..2 beradik jawa.
Amacam?
Yang ni dah tinggal bapaknya aja yang jowo..hihi..
Jenuh Mr Eno duk menunggu kitaorang bergambar. Kami kemudiannya di bawa menghala ke restoran pula untuk makan dan solat sekali di sana.

Asyikkkk...3 hari kat sini terasa macam tak berhenti makan.
Mr Eno kata, "siapa nak tengok ikan makan berdiri?" Punyalah excited kitaorg...semua pakat bangun tengok. Rupanya Mr Eno dah kenakan kita...maksudnya kitaorglah yang berdiri sambil tengok ikan makan..hahaha...
Alamak! Mr Owl ni tak nak pandang Angahlah..hehe..
Peace...tak apalah Mr Owl tak nak pandang kamerapun.
Siap makan, selisih pula dengan pekerja restoran yang tengah nak hidang lauk. Haa ngko...tengoklah banyak mana pinggan lauk sekali bawak...hihi..
Berkenan pulak Abi dengan parang/keris yang dijual di situ.
Selesai makan dan solat, kami menuju ke rumah minangkabau yang tak sempat kami lawati pada hari pertama.

Inilah pemandangan di dalam rumah minangkabau. Antara tiang dan tiang terdapat sebuah bilik.
Pada tiang ini juga terdapat ukiran berbentuk kucing yang membawa maksud tertentu.
Kami diberi taklimat mengenat adat minangkabau.
Seronok pulak dengar kakak ni cakap dengan slang minang.
Kecik banget biliknya.
3 anak dara di anjung.
Along terpaksa sengetkan badan untuk nampak lurus dengan tingkap. Yang sebenarnya tingkap ni sengaja dibina senget untuk hadapi gempabumi katanya.
Ni rumah penyimpanan beras.
Anak-anak bergambar di hadapan rumah minang
Bilalah agaknya boleh ke sini lagi ya?
Perjalanan ke Padang diteruskan melalui Kg Pariangan. Hari ini kami berpindah ke hotel di Padang pula. Di Padang, kami ditempatkan di Hotel Grand Zuri. Sebelum sampai hotel, Mr Eno bawa kami ke restoran terakhir di sepanjang percutian ini. Sedih pulak rasa...

Sampai ke restoran ni dah masuk waktu maghrib.
Hidangan nasi padang terakhir sebelum kami balik esok pagi. Kali ni ada lauk ikan bakar, sotong bakar bagai. Best!
Berselera Abi makan sambil dihiburkan oleh penyanyi jalanan.
Hari Ke-4 :

Tak ada aktiviti dah hari ni. Tinggal nak bertolak balik jer. Lepas sarapan di hotel, kami tunggu Mr Eno datang ambik pada jam 10.00 pagi.

Lamalah pulak tunggu kaunter buka. Apalagi, terus lepak kat simen...haha. Selamba jer...
Alhamdulillah...sekian lama menunggu akhirnya dapat juga masuk ke perut kapal terbang. Sempat juga solat jamak zohor-asar dulu lepas check in tadi.
Alhamdulillah dah sampai KLIA2. Jenuh pulak berjalan keluar untuk check in ke KT pulak.
Ni dah check in untuk penerbangan KL-K.Trg. Panik jugak tadi bila tetiba Abi perasan beg galasnya tertinggal. Jenuh pusing balik. Alhamdulillah jumpa kat kaunter masuk tempat mula-mula cek baggage tadi.
Selamat Tinggal Padang-Bukit Tinggi! Ada rezeki InsyaAllah anak-anak boleh datang lagi ke sana. Ummi Abi tak dahlah kot. Ada peluang, nak tengok bumi Allah yang lain pula...hehe.
Demikianlah berakhirnya percutian kami di Padang-Bukit Tinggi, Indonesia. Tahun 2015 percutian di Mesir. 2016 - di Padang-Bukit Tinggi, Indonesia. 2017? Tak tahulah lagi kat mana rezekinya. InsyaAllah kita cuba cari masa berkumpul semua ahli keluarga pulak nanti. Mudah-mudahan, percutian yang penuh bermanfaat bersama anak-anak ini dapat dijadikan rutin tahunan kami dalam usaha untuk mengeratkan kasih sayang dan seterusnya menimba ilmu dan mengambil ibrah dalam perjalanan. Doakan Ummi Abi dimurahkan rezeki yang barakah...