Assalamualaikum.
8 Januari 2017 - Bermula kehidupan baru buat anak bongsu Ummi, Atiqah Maisarah. Awal-awal pagi lagi Atiqah dah mula bersiap untuk pendaftaran ke Sekolah Berasrama Penuh, SMAASZA yang bakal mencorak masa depannya kelak.
Sungguh pemilihan sekolah yang dibuat oleh Atiqah kali ini agak mengejutkan Ummi. Atiqah tolak tawaran ke Imtiaz Kemaman dan memilih Smaasza! Walhal dia boleh berteman dengan kakaknya, Aisyah Farihah di Imtiaz Kemaman dan prasarana di Imtiaz juga jauh lebih selesa. Ummi sekeluarga pasrah dengan keputusan akhir Atiqah, hasil petunjuk dari istikharahnya. InsyaAllah tidak menyesal keputusan yang dibuat hasil petunjuk dari Allah SWT. Ada keberkatannya di situ, InsyaAllah.
|
Dengan wajah penuh ceria, Atiqah menyarung kasut barunya untuk ke sekolah. Tudung dan baju kurung hijau, kain dan kasut hitam - itulah pakaian seragam Smaasza. |
|
Bergambar sebelum memulakan perjalanan. Kali ini kakaknya, Amirah Zahidah berpeluang menemani adiknya mendaftar di asrama kerana sedang bercuti menunggu keputusan peperiksaan SPM. |
|
Atiqah ditempatkan di Tingkatan 1 Abu Bakar. Pendaftaran di adakan mengikut kelas. |
|
Selesai penyerahan borang pendaftaran, Atiqah beratur untuk pendaftaran kelab. |
|
Sekali lagi kami terkejut dengan pilihan Atiqah. Kelab Pencegahan Jenayah telah menjadi pilihan utamanya. Waduh! Jiwa kental sungguh anak bongsu ummi ni. |
|
Seterusnya menunggu giliran untuk pendaftaran rumah sukan. |
|
Ketawa Abi dengar rekomen anak-anak Smaasza rumah sukan mana yang terbaik... |
|
Akhirnya Rumah Sukan Kuning menjadi pilihan Atiqah! Memang Atiqah suka warna kuningpun..hehe.. |
|
Seriusnya Ummi Abi menyemak carta pendaftaran, bimbang tertinggal mana-mana kaunter. |
|
Apa lagilah masalahnya tu...hihi.. |
|
Dah complete semua kaunter, bergambar dululah sekali dengan Atiqah di meja tukang jahit yang belum tiba. Atiqah pegang kain batik untuk dijahit baju kurung bagi penggunaan outing. |
|
Keluar dari kaunter tukang jahit, terserempak pula dengan sahabiah Papisma, Dr Ji! MasyaAllah...sukanya hati bila tahu anak Dr Ji pun sekelas dengan Atiqah. Tak sangka masing-masing anak dapat berteman di sini. Indahnya aturan Allah. |
|
Jam 11 pagi - aturcara majlis di dewan besar bermula. |
|
Tuan Pengetua menyampaikan ucapan. Antara yang diperkatakan, motto Smaasza adalah melahirkan ulama' dan umara'. Allahu...patutlah di sini lahirnya ramai pemimpin dan ulamak yang hebat. Antaranya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Almarhum Tuan Guru Ustaz Harun Taib. Mudah-mudahan Atiqah juga dapat dicorakkan menjadi mujahidah cemerlang dan terbilang, InsyaAllah. |
|
Selesai majlis di dewan, berkejar kami ke kantin asrama untuk pendaftaran asrama. Bukan apa nak cepat tu. Nak book katil bawah untuk Atiqah. Alhamdulillah dapat juga Atiqah booking katil bawah di bilik 2B. |
|
Tupperware besar untuk storage turut diberikan kepada semua pelajar. Baguslah Smaasza ni. Bila storage dah diberikan, tak perlulah lagi pelajar beli lain. Tempat penyimpanan barangpun dapat diseragamkan. Cantik jer tersusun di atas almari masing-masing. |
|
Haa tu dia! Dah siap Atiqah pasang cadar...semangat you...hihi... |
|
Almaripun besar ni. Alhamdulillah. Jauh lebih besardari almari zaman Ummi tinggal di asrama dulu. Tunggu Abi dan kakak bawa naik beg pakaian pulak ni, baru boleh kemas almari. |
|
Tu dia! Nampak macam sekelip mata jer dah siap susun barang. Apa taknya. Ramai pembantu. Bertungkus lumus Ummi dan kakak membantu Atiqah menyusun barang-barang dalam almari. Tak susah mana dahpun. Atiqah dah siap lipat baju cantik-cantik dari rumah lagi. Abi turut membantu menulis nama pada peralatan harian Atiqah. Siap ubat gigipun bernama...hehe. |
|
Inilah rupa dorm Atiqah. Katil tersusun memanjang. Bilik 1B & 2B digabungkan. Lantaipun siap bertile. Lupa pulak nak bilang berapa katil ada dalam dorm ni. |
|
Siap berkemas, sesi mengenal ruang-ruang penting untuk kehidupan harian pulak. Haha...sesi ni Ummi Abi sendiri create. Jumpa bilik menggosok bersebelahan bilik Atiqah tadi. Senanglah Atiqah nak iron baju. Ada 4 iron dan ironboard disediakan di sini. |
|
Bersebelahan bilik iron pulak adalah bilik membasuh pakaian. Haa tu dia! membasuh sendirilah anak bongsu Ummi. Atiqahpun dah biasa berdikari di rumah. InsyaAllah tak susah lagi. |
|
Masa untuk lunch! Cantik dewan makan Smaasza ni. Atappun berwarna warni, nampak ceria. Makanpun mesti selera ni :-D |
|
Atiqah dah siap makan! Senyum meleret dia timba pengalaman pertama makan dalam tray di sekolah asrama..hehe. |
|
Inilah asrama puteri blok B di mana Atiqah ditempatkan. Dengar cerita, blok B ni menempatkan semua pelajar yang bukan dalam tahun peperiksaan iaitu form 1, form 2 dan form 4. Anak-anak Form 3 dan Form 5 ditempatkan di blok A. Kecik jer nampak Atiqah dan kakak di beranda tu...hehe. |
|
Selesai makan tadi Ummi Abi bawa Atiqah balik ke rumah sebentar untuk solat zohor dan Asar di rumah sambil mengambil beberapa barang yang tertinggal. Ambik peluang memanfaatkan jarak rumah yang dekat dengan sekolah..hehe. Ini gambar dalam kereta semasa dalam perjalanan nak menghantar Atiqah semula ke sekolah selepas Asar. Hmmm...dalam keretapun boleh baca. Hebat anak sorang ni. Alhamdulillah. |
|
Inilah dia pintu pagar utama Smaasza. Sebelum sampai pintu ni, kami masuk ikut pintu tepi jalan besar. Tengok-tengok, terkunci rapat. Suspen dah kitaorang. Tengok jam belum pukul 6pm pun lagi. Nasiblah ada anak-anak yang sedang bermain bola di situ. Terus diaorang kasitau pintu masuk yang sebenar. Alahai...patutlah terkunci yang sebelah jalan besar. Bukan pintu utama rupanya. |
Demikianlah kisah perjalanan Atiqah menuju cita-cita. Kakak tanya Ummi, agaknya apalah perasaan Ummi terpisah dengan anak-anak seorang demi seorang. Ummi senyum jer. Agaknya apa perasaan Ummi ya? Mestilah sedih kan? Tapi demi kelangsungan cita-cita dan masa depan anak-anak, pengorbanan perasaan itu perlu. Apalah sangat yang Ummi boleh berikan pada anak-anak di rumah. Ilmu perlu dicari dan dituntut.
Belajar sungguh-sungguh ya Atiqah. Be the best among the best. Fight for tamayyuz class. InsyaAllah Ummi yakin Atiqah boleh!
Ummi tahu salah satu perkara yang membuatkan Atiqah tawar hati untuk ke Imtiaz adalah kerana permohonan pertama Atiqah ditolak sedangkan di Smaasza sejak dari interview lagi cikgu di sana nampak begitu bersemangat nak menerima Atiqah. Dengan keputusan cemerlang Atiqah 6A UPSR cikgu di Smaasza yang interview Atiqah nampak begitu teruja sedangkan di Imtiaz, Atiqah dikecewakan dalam saringan pertama walaupun telah menjawab dengan baik dan lancar menghafaz dalam ujian hafazan. Terngiang-ngiang lagi kata-kata Atiqah pada Ummi sewaktu Ummi cuba menguji keyakinan Atiqah memilih Smaasza sebagai sekolah pilihan Atiqah. "Atiqah tak nak merendahkan potensi diri Atiqah sampai terpaksa merayu untuk masuk ke Imtiaz." Allahu...tegas dan nekad sungguh keputusan Atiqah. Mudah-mudahan jatidiri Atiqah ini akan membawa kebaikan selamanya.
"Ummi jangan risau. InsyaAllah Atiqah akan cemerlang di Smaasza. Atiqah nak naikkan nama Smaasza." Allahu...sekali lagi Ummi terpana.
Atiqah oh Atiqah. Sungguh jiwamu begitu kental. Semoga Allah terus mengurniakanmu hati yang terang, jiwa yang lapang, ingatan yang kuat, kefahaman yang jitu serta ketabahan dan semangat yang tinggi untuk terus berjuang di bumi SMAASZA. Kurniakanlah buatnya ilmu yang bermanfaat ya Allah. Kami berlindung kepadaMu daripada hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dikabulkan. Allahumma Amiin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan