10 Jan 2017 - Jam 4.45 ptg, Ummi terima panggilan dari Atiqah yang menggunakan telefon awam yang tersedia di asrama. Inilah kali pertama Atiqah telefon sejak mendaftar. Angkat jer telefon, dah dengar suara Atiqah sebak. Allahu...
"Ummi, Atiqah rindu Ummi.."
Sedihnya Ummi dengar suara Atiqah. "Jangan gitu Atiqah. Atiqah kan kuat."
Dalam masa 10 minit menelefon, tahulah Ummi yang Atiqah cukup homesick selepas ditinggalkan hari tu. Jadual orientasi yang sangat pack menyebabkan masing-masing terkejar-kejar waktu. Pernah Atiqah tak sempat makan malam kerana bersiap mandi dulu sebelum ke dewan makan. Siap-siap dah sampai masa untuk berkumpul di surau. Akibatnya, Atiqah diserang gastrik. Kawan-kawan yang rapat pula ramai yang homesick. Bertambahlah lagi kesedihan di hatinya.
Selesai bercakap dengan Atiqah di telefon, Ummi ambil keputusan untuk ziarah Atiqah di sekolah sambil menghantar ubat gastrik. Atiqah tak mintak Ummi datangpun sebab lusa dah boleh balik katanya. Namun hati seorang ibu, macam-macam yang difikirkan. Dibuatnya melarat sakit Atiqah nanti? Dahlah esok ada ujian untuk penentuan kelas. Ada tak ada, Ummi pecut ambik Abi di klinik dan terus menuju ke Smaasza. Biarlah bukan waktu melawatpun. Harap pihak sekolah mengizinkan.
Bertubi-tubi Ummi, Abi dan kakak memberikan motivasi pada Atiqah. Akhirnya nampak Atiqah mula tenang...Alhamdulillah. Cara-cara makan ubat gastrik di depan tupun dah diterangkan pada Atiqah. |
Yakin! Haa...macam tulah anak Ummi :-D Atiqah perlu berjiwa besar untuk menjadi insan yang hebat! |
Lega sikit nampak Atiqah dah mula ceria bersama kawan baiknya, Wahidah. |
Berjalanlah menuju kejayaan wahai anakku. Ummi percaya segala halangan dan rintangan yang bakal dilalui akan mematangkan Atiqah dan seterusnya menjadikan Atiqah seorang insan yang berjiwa besar. |
Percayalah....Atiqah pasti akan jadi insan yang hebat di sini! Ummi, Abi, Along, Angah, Kakak, Kak Aisyah...semuanya melalui cabaran yang sama sebelum berjaya. Yang penting, hadapinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan.
If you feel that you're very down, just close your eyes and say "This is my journey. He puts me here. It's His plan. So I have just to carry on and trust Him."
"Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya..." (Al Baqarah :286)
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah Allah menguji kita kerana Dia sangat kasih kepada kita. Sekarang Atiqah diuji dengan kesedihan kerana berpisah dengan keluarga, namun yakinlah di sebalik kesedihan itu pasti akan ada kegembiraan.
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya : "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)" (Al-Baqarah :214)
Lantaran itu, bersyukur dan berbahagialah wahai anakku kerana ujian kesedihan sementara yang Allah kurniakan ini adalah sesungguhnya hadiah daripada Allah untuk nanti Atiqah benar-benar mengecapi nikmat kegembiraan apabila tiba saatnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan