Assalamualaikum.
12 Jan 2017 - Alhamdulillah, hari ni Atiqah balik kampung setelah seminggu berorientasi! Ceria habis suara Atiqah bila telefon Ummi tanya nak datang ambik pukul berapa tadi. Ummi, Abi dan kakakpun bersemangat nak ambik Atiqah...hehe.
|
Sampai di asrama, kakak ditegur oleh sorang pelajar di sana. "Eh, Kak Amirah ke ni?" Rupanya kawan Aisyah, Izzah yang tegur kakak. Ex SRIP Tahfiz. Ingat lagi Izzah pada Kak Amirah ya. |
|
Haa tu dia...bawak balik beg macam dah tak nak datang balik ke asrama dah...hihi. |
|
Atiqah bersama Wahidah dan sorang lagi kawannya. Lupa pulak Ummi nama kawan Atiqah sorang lagi ni. Atiqah dah dapat buku teks. Patutlah banyak yang di bawa balik. Nak sampul buku di rumah rupanya. |
|
Happynya dapat naik Serena semula. Siap tayang buku balik kampung dia...haha. |
|
Balik ambik Atiqah, singgah klinik dulu untuk tugasan sesi petang di klinik. Tak jumpa rumah lagilah ni. Time tak der patient, sempat lagi kakak ajak main doktor-doktor...hihi. Saja nak posing. InsyaAllah semoga tercapai cita-cita kakak untuk jadi doktor nanti. Boleh ganti tugas Ummi di Klinik Ummi pulak, InsyaAllah. |
|
Habis sesi klinik, Abi menghala ke Restoran Terowong Corner, nak ajak Atiqah makan-makan dulu. Tutup pulak lagi restoran ni. |
|
Akhirnya Restoran Biku-Biku menjadi pilihan. Jamu dengan lamb chop dulu hari pertama balik kampung. Lepas ni kita makan airtangan Ummilah pulak ya :-D |
14 Jan 2017 - Khamis sampai Sabtu Atiqah di rumah. Tiba hari Sabtu dah datang pulak sedihnya sebab nak balik ke asrama semula. Alahai Atiqah. Tak habis-habis lagi homesick dia. Malam tadi dah baca artikel pasal nak mengatasi homesick. Bagus nasihat yang diberikan dalam blog
hanacorner ni. Atiqah kena ingat nasihat dan panduan yang diberikan di situ, okay.
|
"Ummi, Ummi tulislah sesuatu kat frame ni. Nanti tiap-tiap pagi Atiqah nak baca. Biar hilang sikit rindu Atiqah." Hmmm...macam-macamlah Atiqah ni ya. Haa tu dia. Penuh frame Ummi tulis...hihi. |
|
Kannn...dah moyok muka budak nak balik asrama ni..hihi. Atiqah oh Atiqah... |
|
First thing yang Ummi request sesampainya kami di asrama, ambik gambar contoh baju PBSM Smaasza. Bukan apa. Nak tunjuk kat tukang jahit design baju ni. Kat kedai tak derlah pulak dijual baju pbsm design labuh gini. Ada tak ada, kena tempah jugak. Simple jer rupanya baju dia. Tak der poket bagai. Yg penting labuh sampai bawah lutut, berkolar dan bercuff serta belah tepi. Butang tu boleh aja pakai butang hitam besar atau butang balut kain putih. |
|
Ni jadual balik kampung dan outing Atiqah. Terbaliklah pulak. Camana entah nak betulkan keterbalikan ni..hihi. Alhamdulillah Sabtu nanti Atiqah boleh outing pulak. Horey...nanti Ummi ambik Atiqah bawa balik rumah masa outing tu ya. Jangan homesick lagi... |
|
Sambungannya... |
|
Haaa cam tulah baru Ummi happy. Anak Ummi kena ceria-ceria selalu... |
|
Yang pasti, paling ceria adalah kakaknya! Haha...apa taknya, cuti panjang di rumah habis SPM :-D |
Begitulah al kisahnya Atiqah...
Malamnya kakak hantar satu tulisan dari somebody (Tak tercatat dari siapa) ke grup whatsapp family. Betul sangat nukilan tu. Ummi kongsikan di sini ya.
Being scolded by lecturers. Dying for high pointers. Hungry at the end of the semester. Endless night with books and notes.
At some points, you cried for a moment.
"I'm tired." "I can't do this anymore." But, know that there's two person patiently waiting for you at home. Praying for you. Hoping that someday you gonna make them proud.
That's it mate, this pain, this tears, this hardworks. It's gonna worth it.
Their smiles and their happiness, it's gonna worth it. It's priceless :')
They are not giving up on you. Then, don't give up on yourself. Slap yourself, shout to your heart. You gonna make it!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan