Awal tahun baru ni, sempat ziarah anak-anak di Imtiaz Kemaman semasa dalam perjalanan ke KL. Dah niat juga nak pasang tikar getah di bilik anak-anak, biar selesa. Ummipun dah minta kebenaran pengetua untuk benarkan Abi dan Along naik ke asrama jap bantu pasang tikar getah.
Legaa...dah siap pasang. |
Lepak jap di bilik Aisyah. |
Sebelum beli tikar getah ni, siap google lagi warna apa yang sesuai untuk anak-anak belajar. Jawapannya, hijau lambang ketenangan, kedamaian dan keamanan. Hijau selalu dikaitkan dengan keindahan dan kesegaran alam, kerana itu ia bertindak membangkitkan unsur tenaga dan ketenangan. Malah hijau boleh membantu menstabilkan emosi dan mempunyai kesan penyembuhan serta meredakan tekanan...
Kan bagus tu? Hijau bukan sebarang hijau...
Sekali lagi pada 20 Feb, Ummi dan Abi berpeluang menziarahi Kakak dan Aisyah di IKEM (Imtiaz Kemaman). Kebetulan Abi dijemput sebagai penceramah untuk program motivasi RCC di Majlis Bandaraya Kemaman, celah sekalilah ziarah anak-anak.
Ni mesti ketawa sebab ada ayat usikan dari Abinya ni... |
Haa kakak...tak habis2 ketawa :-D |
3 kembar...hehe... |
Semoga anak-anak Ummi jadi anak-anak soleh dan solehah semuanya. Ya Allah, himpunkanlah kami kelak di syurga FirdausMu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan