Isnin, 7 Mac 2016

Berkumpul Sekeluarga Di Hujung Minggu

Assalamualaikum.

Hari Jumaat hujung minggu adalah hari perjumpaan keluarga kami di Terengganu, Keluarga Haji Salleh. Biasanya kami berkumpul di rumah Mak Teh Malisa kerana Ki tinggal di sana. Sekali-sekala bertukar angin ke rumah Che Su Zaihan dan Ayah Chik Jafree.

Bergambar beramai-ramai di rumah Mak Teh
 Kebetulan minggu ni Ayah Long Khairi sekeluarga berkunjung dari Kelantan. Apalagi, jamu Nasi Arab ler di rumah Mak Teh. Tak lama lagi bibik Mak Teh dah nak balik Indon, tak dapatlah lagi nak merasa Nasi Arab yang awesome.

Di bawah ni pulak gambar masa berkumpul di rumah Che Su Zaihan.

Geng muslimat makan di bawah...

Gulai ayam kampung trademark jamuan di rumah Che Su...hihi...

Ada 3 keluarga jer kali ni. Tu tak ramai gentleman...

Jamuan sempena sambut pengantin baru yang tak berapa baru dah jugak ni..hehe. Dah lama Che Su nak ajak pengantin kita, Kak Long Asmaa dan Syed Aiman makan-makan di rumah, ni baru berkesempatan. Baarakallahulakuma wabaaraka'alaikuma wajamaabainakuma fiikhair...

Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kami sekeluarga dan kelak kami semua dihimpunkan kembali di syurga Firdausi...Aamin ya Rabbal'alamin.

Tiada ulasan: