Rabu, 20 Januari 2016

Pendaftaran 2 Beradik Di Imtiaz Kemaman Baru!

Assalamualaikum.

Akhirnya tiba juga masanya hari pendaftaran persekolahan 2016 anak-anak Ummi di Imtiaz Kemaman. Apa yang seronoknya tahun ini? Pemindahan anak-anak soleh dan pintar Imtiaz Kemaman ke bangunan baru di Kg Beris Meraga!


Dari kejauhan, nampak bangunan Imtiaz Kemaman tersergam indah. Ni yang anak-anak seronok sangat ni. Sepanjang cuti asyik duk dengar diaorang cakap tak sabar nak masuk sekolah baru jer....hehe. Tapi memang betullah, cantik dan gah sangat nampak tempat pengajian Imtiaz Kemaman yang baru ni.Dah macam bangunan universiti pulak.



Haa...tengok ajalah dewan makannya. Nak makanpun rasa semangat semacam...haha. Harap-harap si kecil kakak cepat membesarlah lepas ni..kiki...

Dewan besarnya jangan cakaplah. Memang sangat besar dan gah. Lupa lak Ummi nak ambik gambar di dewan. Lepas dah siap daftar, terus kami naik ke bilik. Mula-mula jumpa bilik kakak dulu.

Kakak pilih katil paling hujung..
Ni bergambar di bilik Aisyah pula...
Locker almarinya pun cukup besar dan selesa!
Di Imtiaz Kemaman yang baru ni, sebilik cuma 6 orang. Tandas dan bilik mandipun bersambung dengan bilik. Aduhhh...selesanya asrama anak-anak zaman sekarang. Time Ummi dulu, bilik di hujung sini, bilik airnya nun di hujung dunia! Haha...nak ke tandas malam-malampun terpaksa kejut kawan untuk temankan :-D

Siap kemas barang semua, kami ke dewan belajar untuk ambik buku...


Haa...ini pemandangan tempat perhimpunan dari atas. Atiqah sedang membayangkan dirinya berada di tempat perhimpunan ini pada awal 2017 nanti, InsyaAllah. AllahuAkbar! InsyaAllah impian Atiqah pasti akan jadi kenyataan. Yang penting, usaha, doa dan tawakkal. Yakin!

Kalau kakak dan Kak Aisyah boleh, Atiqahpun pasti BOLEH!!!
Siap ambil buku, kami outing jap. Cari barang-barang yang perlu. Balik outing, akhirnya tibalah masanya untuk Ummi, Abi dan Atiqah beransur pulang.

Posing dulu sekali dengan anak-anak solehah Ummi...
Abipun tak nak ketinggalan posing...hehe..
Ok kakak, ok Aisyah. Ummi Abi balik dulu ya. Belajar elok-elok kat sini. Semua kemudahan dah disediakan. Penginapan dan tempat belajarpun sangat-sangat selesa. Yang tinggal lagi, hanya kesungguhan dalam diri kakak dan Aisyah. Azam untuk jadi pelajar yang cemerlang! Cemerlang akademik, cemerlang akhlak, cemerlang agama. Biar esok-esok kita semua juga layak untuk menduduki Jannatul Firdaus, jannah yang terbaik yang disediakan untuk hamba-hambaNya yang cemerlang amalnya...


Ilal Liqa'...

Rakan-rakan pengunjung boleh lawati juga laman Ummi yang lain di www.zarosakitchen.blogspot.com



Tiada ulasan: