Wahai Diri Yang Sedang Menanggung Kesakitan;

Nabi Muhammad s.a.w menjelaskan, ”Sesiapa yang dijanjikan Tuhan memperoleh kebaikan, dia pasti dikenakan musibah.”
Beberapa orang pemuda telah menemuiku dalam tempoh lapan atau sembilan tahun ini. Mereka meminta aku mendoakan kesihatan mereka daripada penyakit-penyakit yang dialami, sekalipun aku bukanlah orang yang layak untuk berbuat demikian.

Apa yang aku dapati, akibat penyakit yang dideritai, sebahagian daripada mereka banyak menghabiskan masa berfikir dan mengingati akhirat. Mereka tidak lagi tenggelam dan mabuk dalam kealpaan masa muda. Malah mereka sedikit sebanyak memelihara dan menjaga diri daripada terjerumus ke lembah nafsu kehaiwanan.
Oleh itu, kuperingatkan mereka, penyakit yang masih boleh ditanggung itu sebenarnya adalah pemberian ihsan daripada Tuhan. Aku berkata, ”Aku tidak menentang penyakit yang saudara alami. Aku juga tidak merasa kasihan kepada saudara sehingga membolehkan aku mendoakan saudara.”

Aku juga berkata, ”Sesetengah orang seperti saudara sedang memusnahkan tiang
kehidupan abadi kerana mahu memperoleh kenikmatan zahir yang sementara di dunia ini. Mereka hidup dalam kealpaan kerana kesihatan yang dimiliki. Sebenarnya kesihatan itu menjadi bala apabila mereka meninggalkan sembahyang, lupa kepada kematian dan lalai daripada melaksanakan perintah Tuhan.”


Aku menyambung lagi, ”Oleh itu segala tindakan dan perlakuan saudara adalah berdasarkan apa yang saudara lihat itu. Sebenarnya penyakit saudara adalah ibarat kesihatan kepada saudara. Manakala kesihatan yang dinikmati oleh sebahagian manusia pula adalah seperti penyakit buat mereka.”
-Risalah atau wasiat ini ditulis oleh pemimpin agama, Badiuzzaman Said Nursi (1876-1960)
*************************************************************************************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan