Bila dah pening cam ni, teringat pulak nak bagi advice kat pembaca blog..jangan sekali-kali abaikan sarapan pagi. Penting tau! Cuba baca artikel di bawah:
Kepentingan Sarapan Pagi
Untuk Tenaga Berpanjangan

Biasanya mereka akan mempunyai tenaga yang banyak, mampu berfikir secara rasional dan mempunyai kurang peluang untuk berhadapan dengan masalah berat badan. Malah, pakar pemakanan juga menyifatkan mereka yang bersarapan pagi mempunyai potensi untuk hidup lebih lama. Kajian telah membuktikan bahawa pengambilan sajian yang sesuai sebelum waktu tengahari akan memperbaiki fungsi tubuh badan sekaligus memberi tenaga dalam menyudahkan tugasan harian.
Selain daripada itu, bersarapan pagi juga mampu menambah konsentrasi dan keupayaan menyelesaikan masalah sepanjang hari, sekali gus memberi impak kepada hasil kerja yang dilakukan. Ada juga yang berpendapat mengabaikan pengambilan sarapan pagi merupakan salah satu cara untuk menguruskan badan. Pendapat ini tidak benar sama sekali, malah ia boleh memudaratkan diri.
Untuk melakukan tugas seharian, sejumlah tenaga diperlukan dan tenaga ini akan diperolehi daripada pengambilan makanan. Jurucakap Persatuan Sains Pemakanan Amerika Syarikat, Gail Frank menjelaskan pengambilan sarapan pagi adalah sangat penting untuk otak dan badan. Mereka yang kerap mengabaikan sarapan pagi biasanya akan berasa letih dan mudah marah...he,he...nasib le tak de 'patient' yang kena 'telan' hari ni disebabkan perbuatanku yang tidak bersarapan..
Tambahan dari ummi...sebab itulah dalam Islam kita digalakkan sangat-sangat bersahur apabila berpuasa. Bukan sekadar untuk mendapatkan pahala sunat tetapi kelebihannya dari sudut kesihatan amatlah banyaknya!
Ok..Ummi berenti dulu...nak balik breaklunch (breakfast+lunch) pulak! He,he...
Sehingga bertemu kembali...wassalam.
*************************************************************************************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan