Selasa, 5 Ogos 2008

"Nak Anak Lelaki Ke Perempuan, Bang?"

Assalamualaikum.

Baru-baru ni ada pengunjung blog yang tanya ummi, camana nak buat untuk dapatkan anak lelaki? Haii...susah nak jawab tu. Ummi cakap, kaedah yang paling utama adalah solat hajat, mohonlah daripada Allah SWT kerana Dialah yang Maha Pemberi Rezeki.

Walaubagaimanapun, untuk tidak menghampakan permintaan tadi, ummi tuliskan balik di sini artikel yang ditulis oleh Dr Hamid Arsyat dalam blog beliau.

Merancang Jantina Bayi Oleh: Dr Hamid Arsyat

Merancang anak lelaki

Petua yang saya berikan tidak boleh dijamin sepenuhnya keberhasilannya. Mungkin dengan izin Allah s.w.t. anda akan mencapai 70% kejayaan.

Sebenarnya benih lelaki adalah menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa kromosom X dan Y. Sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa kromosom X.

Jantina anak bergantung kepada percantuman kromosom. Percantuman kromosom XY menghasilkan anak lelaki manakala percantuman kromosom XX menghasilkan anak perempuan.

Ciri-ciri benih lelaki adalah berbeza. Benih Y lebih cergas dan bergerak lebih laju tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama. Selain daripada itu, benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair berasid.

Untuk mencuba anak lelaki, ikutilah garis panduan berikut:

1. Makanan yang berasid seperti buah-buahan limau, nenas, mangga, cuka, minuman bergas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan. Zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah-kaedah mengesan waktu penetasan telur, sila rujuk laman Kesuburan dan Kemandulan.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan douching atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 mls air bikarbonat dimasukkan ke dalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonat (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses layering, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Walaubagaimanapun kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Merancang anak perempuan

Kaedah-kaedah yang digunakan adalah sama dari segi prinsipnya. Ikutilah garis panduan berikut:

1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ovulation yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. Sila rujuk laman Kesuburan dan Kemandulan.

3. Melakukan douching dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) dua jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Kita hanya merancang, Allah swt jua yang akan menetukan. Allah yang memberi rezeki kepada maanusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur.

(Artikel asal – sila lawati blog Dr. Hamid Arsyat)

Bagaimana Pula Pandangan Ilmuan Islam?

Sila baca artikel di bawah yang ummi 'copy & paste' dari email.

Para ilmuan Islam terdahulu berpendapat bahawa sifat tertumpahnya nutfah ke rahim sewaktu jima', iaitu dari segi sama ada mani suami atau isteri terdahulu keluarnya dari banyaknya, melambangkan jantina anak yang akan lahir dari perlakuan jima' tersebut. Perbincangan mengenainya boleh dirujuk dalam kitab 'Ubab'.

Menurut Sheikh Ajhuri, anak dijadikan oleh Allah s.w.t. dari mani lelaki dan mani perempuan. Jika mani lelaki itu banyak daripada mani perempuan, maka anak yang bakal dilahirkan itu akan menyerupai bapanya dan jika mani perempuan yang lebih banyak maka akan menyerupai ibunya.

Menurut Sheikh Ibnu Hajar dalam Syarh Bukhari, bahawa keadaan anak itu samada menyerupai bapanya atau ibunya bergantung kepada enam keadaan.

1. Mani lelaki dahulu keluar dan lebih banyak - anak yang bakal lahir adalah anak lelaki yang menyerupai bapanya.

2. Mani perempuan dahulu keluar dan lebih banyak - anak yang bakal dilahirkan adalah anak lelaki yang menyerupai ibunya.

3. Mani lelaki dahulu keluar tapi mani perempuan yang banyak - bakal anak yang dilahirkan adalah anak perempuan yang menyerupai ibunya.

4. Mani perempuan dahulu keluar tapi mani lelaki banyak - bakal anak yang dilahirkan adalah anak perempuan menyerupai bapanya.

5. Mani lelaki dahulu keluar dan sama banyak dengan mani perempuan - bakal anak yang dilahirkan adalah lelaki yang tiada serupa dengan bapanya atau ibunya.

6. Mani perempuan dahulu keluar dan sama banyak dengan mani lelaki - bakal dilahirkan anak perempuan yang tiada serupa dengan bapa atau ibunya.

Tersebut juga di dalam Syarh Hadis sekiranya tiada diketahui samada keluar atau tidak mani kedua-duanya maka anak yang bakal lahir itu adalah lelaki dan perempuan (tidak dapat ditentukan jantinanya)

Apabila diteliti akan tanda-tanda pengenalan ini, disedari bahawa amatlah sukar bagi dipastikan mani suamikah atau isteri yang keluar dahulu dan mani siapa terlebih banyak. Menurut seksologi moden, perempuan hanya mengeluarkan satu ovum pada satu pusingan haid dan sperma lelaki berenang menuju ovum itu bagi bersenyawa. Kemungkinan besar bahawa apa yang dimaksudkan dengan keluarnya mani itu ialah inzal, kerana inzal boleh terdahulu terkemudian. ..

Wallahua’lam.

Semoga kedua-dua artikel yang ummi ’copy & paste’kan ini bermanfaat hendaknya...temui ummi dalam topik yang lain selepas ini, InsyaAllah.

Tiada ulasan: