Rabu, 22 Oktober 2008

Vitamin Hanya Me-MAHAL-kan Air Kencing?

Assalamualaikum.

Pernahkah anda dinasihati oleh seseorang ; "Alahh..tak payah ambik vitaminlah kak. Makanan yang kita makan hari-hari tupun dah cukup dah untuk kita. Telan vitamin ni hanya me'mahal'kan air kencing kita aje..."

Tak tahulah Ummi betul ke tidak ada orang yang pernah cakap sedemikian. Tapi memang pernah Ummi terbaca 'ayat nasihat' sebegitu. Benar atau tidak? Mari kita sembang-sembang, ingat-ingat dan fikir-fikir, benarkah kata-kata itu?

Bagi Ummi..kalaulah benar kita ni boleh jaga pengambilan makanan harian kita sehari-hari dengan ertikata makan makanan seimbang yang berzat dalam nilai kalori yang betul...hmm memang tak payah nak ambik vitamin atau supplemen atau makanan tambahanpun. Buat perabih duit dan buatkan air kencing kita jadi mahal je le. Ya le...dah vitamin tu sebahagiannya akan dikumuhkan melalui air kencing, tu pasal air kencing jadi mahal! Tapi bila difikir-fikirkan balik, hakikatnya boleh ke kita betul-betul jaga pemakanan harian kita ikut piramid makanan dengan kepelbagaian hidangan dan sukatan tu? Uisyyhh..rasa-rasanya le..mustahil, kan?

Tambahan pula :

1. Makanan sekarang ni bukan macam dulu dah. Banyak yang tak berkhasiat dari yang berkhasiat. Banyak makanan yang telah diproses berbanding makanan dari sumber yang tulin. Yang ditanampun, hasil daripada tanah-tanih yang telah pupus nutriennya. Apalagi yang diproses, diangkut dan yang melalui hayat simpanan yang panjang. Kesemuanya ini sudah pasti akan menjejaskan nilai nutrien dalam makanan!

2. Bahan-bahan kimia semakin ditambah ke dalam makanan.

3. Pencemaran air dan udara berada pada tahap yang teruk! Hujan asid, pembunuhan ikan, buangan toksik dan sebagainya sudah pasti akan turut menjejaskan nilai nutrien sumber makanan.

4. Pilihan makanan dan tabiat makan kita abad ini tak sama macam dulu. Sekarang ni hanya segelintir kita sahaja yang dapat menikmati tiga hidangan masakan di rumah. Dah nak buat macamana. Gaya hidup masa kini yang betul-betul mengejar masa sudah semestinya tidak menjamin pemakanan yang optimal untuk diri kita dan seisi keluarga.

5. Sesetengah penyakit yang biasa dikaitkan dengan kelanjutan usia kini didapati sebenarnya ada kaitan dengan pemakanan kurang sempurna sepanjang hayat. Contohnya penyakit osteoporosis yang berkait dengan kekurangan pengambilan kalsium.

Habis tu? Masih kita nak harapkan zat nutrien hanya dari sumber makanan harian? Fikir-fikirkanlah...

Saja Ummi nak sembang bab vitamin hari ni sebab nak peringatkan diri yang dah agak lama tak ambik supplemen. Bukan sebab tak mampu beli. Issyhhh! Kat klinikku pun berlambak pil-pil vitamin ni! Tapi 'culas' (malas) punya pasal, maka bila dah datang balik rasa sengal-sengal tulang, rasa letih tak bermaya, kena batukpun punyalah ambik masa yang lama nak sembuh..barulah teringat, hmmm dah lama rupanya diriku tak dibelai dengan pil-pil makanan tambahan ni.

Nak tahu fungsi-fungsi vitamin dan sumbernya? Ummi pastekan gambar-gambar yang menarik di bawah ni khusus untuk tatapan anda sekalian...!




















































*************************************************************************************

2 ulasan:

kin hashim berkata...

Kak han, faktor makanan tu satu hal... lifestyle pun penyebab jugak... yelah, konon2 bz kan...tak sempat nak masak... main sapu je mana2 yg sempat beli kat kedai... mana sempat nka pikir berkhasiat ke tidak...

saya pun samalah... sekrg nih, hampir setiap ari masak utk famili, nnati bila balik mesia, balik macam dulu gak kot...heheheh...

Tanpa Nama berkata...

Tulah pasal Kin.Hmmm...lifestyle kat M'sia ni hancusss! Huhuhuhu...

Kak Han, time masak lepas Subuh! Semua bahan get ready dulu, balik tengahari tinggal campak! Jadi le 'lauk campak'..hahaha...

Kin, best ek duk kat oversea. Berapa tahun lagi Kin kat sana?