
Tak tahulah Ummi betul ke tidak ada orang yang pernah cakap sedemikian. Tapi memang pernah Ummi terbaca 'ayat nasihat' sebegitu. Benar atau tidak? Mari kita sembang-sembang, ingat-ingat dan fikir-fikir, benarkah kata-kata itu?
Bagi Ummi..kalaulah benar kita ni boleh jaga pengambilan makanan harian kita sehari-hari dengan ertikata makan makanan seimbang yang berzat dalam nilai kalori yang betul...hmm memang tak payah nak ambik vitamin atau supplemen
atau makanan tambahanpun. Buat perabih duit dan buatkan air kencing kita jadi mahal je le. Ya le...dah vitamin tu sebahagiannya akan dikumuhkan melalui air kencing, tu pasal air kencing jadi mahal! Tapi bila difikir-fikirkan balik, hakikatnya boleh ke kita betul-betul jaga pemakanan harian kita ikut piramid makanan dengan kepelbagaian hidangan dan sukatan tu? Uisyyhh..rasa-rasanya le..mustahil, kan?

Tambahan pula :

2. Bahan-bahan kimia semakin ditambah ke dalam makanan.

4. Pilihan makanan dan tabiat makan kita abad ini tak sama macam dulu. Sekarang ni hanya segelintir kita sahaja yang dapat menikmati tiga hidangan masakan di rumah. Dah nak buat macamana. Gaya hidup masa kini yang betul-betul mengejar masa sudah semestinya tidak menjamin pemakanan yang optimal untuk diri kita dan seisi keluarga.
5. Sesetengah penyakit yang biasa dikaitkan dengan kelanjutan usia kini didapati sebenarnya ada kaitan dengan pemakanan kurang sempurna sepanjang hayat. Contohnya penyakit osteoporosis yang berkait dengan kekurangan pengambilan kalsium.
Habis tu? Masih kita nak harapkan zat nutrien hanya dari sumber makanan harian? Fikir-fikirkanlah...

Nak tahu fungsi-fungsi vitamin dan sumbernya? Ummi pastekan gambar-gambar yang menarik di bawah ni khusus untuk tatapan anda sekalian...!




















2 ulasan:
Kak han, faktor makanan tu satu hal... lifestyle pun penyebab jugak... yelah, konon2 bz kan...tak sempat nak masak... main sapu je mana2 yg sempat beli kat kedai... mana sempat nka pikir berkhasiat ke tidak...
saya pun samalah... sekrg nih, hampir setiap ari masak utk famili, nnati bila balik mesia, balik macam dulu gak kot...heheheh...
Tulah pasal Kin.Hmmm...lifestyle kat M'sia ni hancusss! Huhuhuhu...
Kak Han, time masak lepas Subuh! Semua bahan get ready dulu, balik tengahari tinggal campak! Jadi le 'lauk campak'..hahaha...
Kin, best ek duk kat oversea. Berapa tahun lagi Kin kat sana?
Catat Ulasan