Isnin, 20 Oktober 2008

Selamat Hari Lahir Along...!

Assalamualaikum.

Subhanallah…lamanya Ummi tak update blog. Bukan tak menjenguk, tapi entah kenapa terasa berat jari-jemari ni nak menaip sesuatu. Bukan tak ada idea, tapi hati tak mengizinkan. Walau apapun Alhamdulillah, pagi ni Allah izinkan Ummi untuk kembali mencoret sesuatu.

Balik dari kerja malam tadi, lampu di tingkat bawah kelihatan menyala. Biasanya time Ummi dan Abi balik kerja, memang dah gelap-gelita sebab semua anak-anak dah tidur. Heran juga Ummi. “Aik, bibik lupa tutup lampu ke?” Bila pintu rumah dibuka, rupa-rupanya semua anak-anak Ummi masih di bawah, sedang bertungkus-lumus membuat sesuatu. Nak tahu apa yang dia orang buat? Kad birthday untuk abang kesayangan mereka, Along! MasyaAllah..terharu Ummi tengok. Sayangnya, gambar diaorang sedang menulis dan melakar kad lupa pulak Ummi nak snap..ada yang sambil tertonggeng, ada yang sambil meniarap, ada yang sambil terlentang! Waduhhh..

Memangpun semalam (19 Oktober) Hari Lahir Along tapi tanpa Along di sisi. Huhuhu..sedih pulak Ummi. Biasanya setiap kali tiba hari kelahiran anak-anak atau hari kelahiran Ummi dan Abi sendiri, kami akan sambut bersama-sama dengan sedikit kenduri kecil dan bacaan doa selamat serta penyampaian cenderahati untuk birthday person! Rupa-rupanya bila sampai giliran birthday Along semalam, adik-adiknya pakat-pakat nak ra’ikan juga dengan menghantar kad istimewa buat abang kesayangan mereka. Alamak..jiwang pulak anak-anak Ummi nih..dah ‘menurun’ ummi tu..he,he.

Nak tengok kad kreatif dari diaorang? Ummi dan Abipun tumpang sekaki le…






Ni kad dari Angah. Tengok pantun power dari Angah..

'Jangan Berputus Asa, Mengejar impian Bersama,
Al-Hafiz Impian Kita, Syurga Matlamat Semua'

InsyaAllah Along, Angah dan semua anak-anak Ummi & Abi bakal hafiz dan hafizah..ameen...





Yang ni pulak kad kongsi dari Kakak Amirah & Adik Aisyah



Akhir sekali, kad kongsi dari Ummi & Abi ! Oleh kerana dalam banyak-banyak ucapan, ucapan dari Abilah yang paling POWER, maka Ummi pastekan balik ucapan Abi untuk Along..



Demikianlah adanya..
Moga kejayaan yang cemerlang dunia dan akhirat akan menjadi milik Along dan kita semua..

*************************************************************************************

3 ulasan:

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Assalamualaikum..

Emm..terharunya kak...adik2 ingat kat abang walau jauh di mata tapi dekat di hati..begitu lah ukhwah air yang dicincang tak akan putus, ikatan kasih sayang dan darah yang mengalir menjadikan betapa eratnya ikatan persaudaraan..doa huda untuk anak2 akak semoga mereka berjaya di dunia dan akhirat..insyaAllah..:)

Tanpa Nama berkata...

Ameen...T.kasih adikku Huda. Selalu dapat doa dari Huda.Emm..Kak Ummi pun doakan Huda agar berjaya dunia dan akhirat..Ameen...

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Ameenn..terima kasih kak..:)