
Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 69:




Batuk Dan Selsema

Selsema tidak dapat disembuhkan dengan ubat. Sesetengah ubat hanya mampu melegakan gejalanya sahaja. Oleh kerana itu, penting untuk kita menentukan gejala manakah yang kita alami supaya ubat yang berkesan untuk menghilangkan gejala-gejala tadi dapat dikenalpasti.
Sedikit Maklumat Mengenai Gejala Dan Ubat


• Hidung tersumbat - disebabkan bengkak pada pengalas saluran hidung. Boleh dilegakan dengan menggunakan ubat decongestant.


Decongestant:
• Ubat decongestant dapat melegakan kesesakan hidung dengan mengecutkan saluran darah. Ini akan ini meluaskan saluran hidung dan memperlahankan penghasilan mukus.

• Ubat semburan/titisan hidung (topical decongestant nasal spray/drops) - ia bertindak lebih cepat tetapi penggunaan ubat-ubat ini adalah untuk waktu yang terhad sahaja, tidak melebihi 7 hari. Jika digunakan berterusan, gejalanya mungkin menjadi bertambah teruk.
• Penyedutan lembapan air panas yang mengandungi bahan sebatian seperti menthol dan eucalyptus didapati mujarab untuk merawat gejala-gejala di peringkat akut.

• Expectorant atau ubat mengeluarkan kahak berfungsi untuk mencairkan mukus atau kahak di dalam saluran pernafasan. Dengan ini, ia membantu membersihkan saluran udara dari sebarang perengsa bagi memudahkan kahak dibatuk keluar.
• Minum lebih banyak air (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari) kerana air dapat mencairkan mukus.

• Ubat penahan batuk atau suppressant digunakan untuk batuk kering dan yang keras. Ia tidak boleh digunakan untuk batuk yang menghasilkan mukus atau kahak. Ubat ini dapat mengurangkan desakan untuk batuk dengan menyekat pusat kawalan batuk di dalam otak.
• Ubat ini akan meningkatkan kesan alkohol dan boleh menyebabkan pening.
• Jika diambil terlalu kerap, ia boleh menyebabkan sembelit.
• Ia tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah umur 12 bulan.

• Sesetengah ubat batuk mengandungi kedua-dua expectorant dan suppressant. Expectorant menolong mencairkan mukus manakala suppressant mengurangkan kekerapan batuk anda. Apabila digabungkan kedua-dua ramuan ini ia akan membuat batuk anda lebih produktif dengan mengeluarkan lebih banyak kahak dan mukus. Dengan yang demikian, menjadikan anda terasa lebih selesa.
Antipyretic/Penahan Sakit

• Ulser gastrousus : sesetengah ubat penahan sakit seperti aspirin, ibuprofen, indomethacin, mefenamic acid dan naproxen sodium tidak boleh diberikan kepada mereka yang menghidap gastrik atau ulser peptik. Di samping itu juga, penggunaan jangka panjang ubat-ubatan ini boleh menyebabkan pendarahan gastrousus/ulser.

Antihistamine:

• Kesan sedatif: mereka yang mengambil antihistamine sedatif dinasihatkan supaya lebih banyak berehat dan elakkan dari memandu dan membuat kerja-kerja yang memerlukan penumpuan seperti memandu atau mengendalikan mesin yang berat. Ini kerana, ubat-ubat ini boleh menyebabkan seseorang itu rasa mengantuk. Walau bagaimanapun, ianya sangat berguna jika diambil pada waktu malam kerana ia dapat membantu anda tidur .
• Antihistamine boleh meningkatkan kesan alkohol dan lain-lain ubat (dapatkan nasihat doktor/pegawai farmasi).
PENGURUSAN SENDIRI

• Elak dari menggunakan ubat batuk yang mempunyai ramuan yang sama, walaupun dari jenama yang berbeza. Sebagai contoh, sesetengah ubat
batuk dan selsema mungkin mengandungi gabungan ubat paracetamol dan chlorpheniramine. Oleh itu elakkan dari mengambil ubat-ubatan lain yang juga mengandungi ramuan paracetamol atau chlorpheniramine semasa mengambil ubat yang mengandungi bahan yang sama.


• Untuk batuk yang produktif (batuk yang mengeluarkan kahak/mukus):
(a) Minumlah lebih banyak air kerana air dapat mencairkan mukus dan melegakan sakit tekak.
(b) Mandi dengan air panas kerana wap dapat membantu mencairkan mukus.


(a) Minumlah lebih banyak air.
(b) Minum minuman panas seperti teh limau dan MADU untuk melegakan tekak.
(c) Buatlah ubat batuk sendiri. Campurkan satu bahagian jus limau dengan 2 bahagian MADU.
Berjumpalah Doktor Jika Sekiranya:

2. Batuk menjadi semakin teruk.
3. Batuk diikuti dengan bunyi ronkus, demam, berpeluh di sebelah malam, penurunan berat badan atau terdapat darah di dalam mukus.
Demikian sedikit maklumat dari Ummi untuk para peminat blog KlinikUmmi (he,he..cam selebriti lak le..). Moga bermanfaat adanya dan sehingga berjumpa lagi di lain waktu dan hari, InsyaAllah jika dipanjangkan usia....
*************************************************************************************
2 ulasan:
Keep all of your pans and pots where one can effortlessly attain them. Use a pot hanger which comes downward in the roof or making use of wall surface hooks which can be very easily arrived at to hold your cooking equipment. This will help steer clear of bending that can pressure your joints in the kitchen. [url=http://www.ss12w12ws.info]Illnerev5ss[/url]
Preparing food can be a happiness that anyone can do taking part in. There is no need as a master cook to produce food that will make the mouth area normal water. If you have the proper information regarding tactics and tips to use in your kitchen, you are able to produce the exact same culinary projects since the experts. Take advantage of the assistance in this article at home cooking area for cookery success. [url=http://www.ss12w12ws.info]Dividfr5y4en[/url]
Catat Ulasan