Rabu, 8 Oktober 2008

Batuk Selsema Pulak...

Assalamualaikum.

Hari ni Ummi diserang batuk bertalu-talu setelah bertahan selama beberapa hari dengan pengambilan madu – tds dose (3x sehari)! Alhamdulillah, walaupun tak berjaya menyekat gejala batuk ni dari dizahirkan tapi kelainan serangan batuk kali ni memang terasa. Jauh lebih ringan dari yang biasa tanpa perlu mengambil antibiotik. Hmm..selama nipun memang dah tahu madu tu bagus tapi punyalah susah nak dimulakan dan diamalkan.

Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 69:


"Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan."

Kali ni bila anak-anak dah mula diserang ‘batuk raya’ dan pesakitpun tak henti-henti datang dengan gejala ‘batuk raya’, tak semena-mena Ummi terasa gerun yang teramat dengan pengalaman dua tahun lepas – 2 minggu kutersadai di rumah kerana BATUK siang dan malam. Nak bercakap pun batuk, nak makanpun batuk, nak minumpun batuk! Boleh dikatakan 24 jam diserang batuk tanpa henti sampai terasa nak tercabut ‘urat-urat perut’ku!

Itulah sebenarnya ujian Allah sebagai peringatan untuk hambaNya yang seringkali lalai dan leka dengan nikmat sihat yang dikurniakan. Kalau tidak kerana pengalaman itu, kita tak sedarpun betapa nikmatnya dapat bercakap tanpa gangguan batuk, mampu makan tanpa gangguan batuk dan berupaya minum tanpa gangguan batuk!

Batuk Dan Selsema

Musim raya ni selain daripada masalah cirit-birit, masalah yang kerap juga berlaku ialah batuk dan selsema. Walaupun badan akan melawan sendiri serangan virus selsema, tetapi paling tidakpun gejala selsema tetap akan kita hadapi di antara 5 hingga 7 hari.

Selsema tidak dapat disembuhkan dengan ubat. Sesetengah ubat hanya mampu melegakan gejalanya sahaja. Oleh kerana itu, penting untuk kita menentukan gejala manakah yang kita alami supaya ubat yang berkesan untuk menghilangkan gejala-gejala tadi dapat dikenalpasti.

Sedikit Maklumat Mengenai Gejala Dan Ubat

Sakit tekak - dapat dilegakan dengan lozenges dan ubat penahan sakit sederhana seperti aspirin atau paracetamol.

Hidung berair - hidung berair boleh dikeringkan dengan ubat decongestant (dimakan atau disembur ke dalam hidung) dan/atau ubat antihistamine.

Hidung tersumbat - disebabkan bengkak pada pengalas saluran hidung. Boleh dilegakan dengan menggunakan ubat decongestant.

Demam - sesetengah ubat penahan sakit juga mengandungi antipyretic untuk menurunkan suhu, seperti paracetamol.

Batuk - batuk kering yang merengsakan boleh diredakan dengan ubat menahan batuk atau dipanggil suppressant. Tetapi ubat jenis ini tidak boleh digunakan jika pesakit mendapat batuk yang menghasilkan mukus atau kahak. Untuk batuk yang banyak mengeluarkan kahak, ubat penyedut atau inhaler dan ubat pengeluar kahak atau expectorant boleh membantu memudahkan pengeluaran kahak.

Decongestant:

• Ubat decongestant dapat melegakan kesesakan hidung dengan mengecutkan saluran darah. Ini akan ini meluaskan saluran hidung dan memperlahankan penghasilan mukus.

• Jika anda menghidap tekanan darah tinggi, diabetes, masalah tiroid, penyakit jantung atau glaukoma, hubungilah pegawai farmasi atau doktor sebelum mengambil sebarang ubat yang mengandungi decongestant.

• Ubat semburan/titisan hidung (topical decongestant nasal spray/drops) - ia bertindak lebih cepat tetapi penggunaan ubat-ubat ini adalah untuk waktu yang terhad sahaja, tidak melebihi 7 hari. Jika digunakan berterusan, gejalanya mungkin menjadi bertambah teruk.

• Penyedutan lembapan air panas yang mengandungi bahan sebatian seperti menthol dan eucalyptus didapati mujarab untuk merawat gejala-gejala di peringkat akut.

Expectorant:

Expectorant atau ubat mengeluarkan kahak berfungsi untuk mencairkan mukus atau kahak di dalam saluran pernafasan. Dengan ini, ia membantu membersihkan saluran udara dari sebarang perengsa bagi memudahkan kahak dibatuk keluar.

• Minum lebih banyak air (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari) kerana air dapat mencairkan mukus.

Suppressant:

• Ubat penahan batuk atau suppressant digunakan untuk batuk kering dan yang keras. Ia tidak boleh digunakan untuk batuk yang menghasilkan mukus atau kahak. Ubat ini dapat mengurangkan desakan untuk batuk dengan menyekat pusat kawalan batuk di dalam otak.

• Ubat ini akan meningkatkan kesan alkohol dan boleh menyebabkan pening.

• Jika diambil terlalu kerap, ia boleh menyebabkan sembelit.

• Ia tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah umur 12 bulan.

Expectorant + Suppressant:

• Sesetengah ubat batuk mengandungi kedua-dua expectorant dan suppressant. Expectorant menolong mencairkan mukus manakala suppressant mengurangkan kekerapan batuk anda. Apabila digabungkan kedua-dua ramuan ini ia akan membuat batuk anda lebih produktif dengan mengeluarkan lebih banyak kahak dan mukus. Dengan yang demikian, menjadikan anda terasa lebih selesa.

Antipyretic/Penahan Sakit

Antipyretic atau ubat penahan sakit membantu melegakan sakit otot, sakit kepala, dan menurunkan suhu badan yang tinggi.

• Ulser gastrousus : sesetengah ubat penahan sakit seperti aspirin, ibuprofen, indomethacin, mefenamic acid dan naproxen sodium tidak boleh diberikan kepada mereka yang menghidap gastrik atau ulser peptik. Di samping itu juga, penggunaan jangka panjang ubat-ubatan ini boleh menyebabkan pendarahan gastrousus/ulser.

• Jangan beri aspirin atau salicylate kepada kanak-kanak dan remaja melainkan atas pengawasan seorang doktor. Ini disebabkan kaitannya dengan sindrom Reye. Sindrom Reye merupakan sejenis penyakit yang jarang berlaku tetapi ia sangat serius. Ia selalunya berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur antara 3 dan 12 tahun. Ia boleh memberi kesan ke atas semua organ dalam badan, tetapi ia kerapkali menyerang otak dan hati yang boleh membawa kepada kerosakan otak yang kekal atau kematian.

Antihistamine:

Antihistamine bertindak mengeringkan rembesan hidung.

• Kesan sedatif: mereka yang mengambil antihistamine sedatif dinasihatkan supaya lebih banyak berehat dan elakkan dari memandu dan membuat kerja-kerja yang memerlukan penumpuan seperti memandu atau mengendalikan mesin yang berat. Ini kerana, ubat-ubat ini boleh menyebabkan seseorang itu rasa mengantuk. Walau bagaimanapun, ianya sangat berguna jika diambil pada waktu malam kerana ia dapat membantu anda tidur .

Antihistamine boleh meningkatkan kesan alkohol dan lain-lain ubat (dapatkan nasihat doktor/pegawai farmasi).

PENGURUSAN SENDIRI

• Selalulah memilih ubat-ubatan mengikut gejala yang anda alami. Baca dan fahamilah ramuan yang tersenarai dalam produk tersebut. Dapatkan maklumat dari doktor atau pegawai farmasi jika anda tidak pasti.

• Elak dari menggunakan ubat batuk yang mempunyai ramuan yang sama, walaupun dari jenama yang berbeza. Sebagai contoh, sesetengah ubat batuk dan selsema mungkin mengandungi gabungan ubat paracetamol dan chlorpheniramine. Oleh itu elakkan dari mengambil ubat-ubatan lain yang juga mengandungi ramuan paracetamol atau chlorpheniramine semasa mengambil ubat yang mengandungi bahan yang sama.

• Sebelum mengambil sebarang ubat batuk, pastikan anda tidak alah kepada mana-mana ramuan yang terkandung di dalam ubat tersebut.

• Untuk batuk yang produktif (batuk yang mengeluarkan kahak/mukus):
(a) Minumlah lebih banyak air kerana air dapat mencairkan mukus dan melegakan sakit tekak.
(b) Mandi dengan air panas kerana wap dapat membantu mencairkan mukus.

• Untuk batuk bukan-produktif (batuk kering):
(a) Minumlah lebih banyak air.
(b) Minum minuman panas seperti teh limau dan MADU untuk melegakan tekak.
(c) Buatlah ubat batuk sendiri. Campurkan satu bahagian jus limau dengan 2 bahagian MADU.

Berjumpalah Doktor Jika Sekiranya:

1. Gejala berterusan lebih dari seminggu.
2. Batuk menjadi semakin teruk.
3. Batuk diikuti dengan bunyi ronkus, demam, berpeluh di sebelah malam, penurunan berat badan atau terdapat darah di dalam mukus.

Demikian sedikit maklumat dari Ummi untuk para peminat blog KlinikUmmi (he,he..cam selebriti lak le..). Moga bermanfaat adanya dan sehingga berjumpa lagi di lain waktu dan hari, InsyaAllah jika dipanjangkan usia....

*************************************************************************************

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Keep all of your pans and pots where one can effortlessly attain them. Use a pot hanger which comes downward in the roof or making use of wall surface hooks which can be very easily arrived at to hold your cooking equipment. This will help steer clear of bending that can pressure your joints in the kitchen. [url=http://www.ss12w12ws.info]Illnerev5ss[/url]

Tanpa Nama berkata...

Preparing food can be a happiness that anyone can do taking part in. There is no need as a master cook to produce food that will make the mouth area normal water. If you have the proper information regarding tactics and tips to use in your kitchen, you are able to produce the exact same culinary projects since the experts. Take advantage of the assistance in this article at home cooking area for cookery success. [url=http://www.ss12w12ws.info]Dividfr5y4en[/url]