Sabtu, 4 Oktober 2008

Angin Kembung Di Angin Raya...!

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya, Selamat Hari Raya, Selamat Hari Raya...!!!

Hmmm...ucap Selamat Hari Raya ni buat apa, ya? Hari je le yang selamat nampak gaya. Sepatutnya yang kita harapkan, kita ni le yang diselamatkan oleh Allah dunia dan akhirat, kan?

Sebab itulah sebenarnya apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:

“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu)” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.

Raya punya pasal, dah 1 minggu lebih blog tak update! Haru sungguhlah. Hari ni Ummi dah mula kerja cam biasa! Sebenarnya dah hari ke-3 pun Ummi kerja tapi sebelum ni time malam je.Hari ni baru start kerja penuh. Sebagaimana yang dijangka, majoriti c/o (complaint) time raya-raya ni semestinya masalah diarrhoea! Dan sebagaimana yang tak dijangka, orang pertama yang diserang diarrhoea kali ni adalah diriku sendiri..! Huwaaaa...

Jam 2.00 pagi Raya ke-2 terkulat-kulat sorang diri ulang-alik ke toilet! Heran jugak, apasal orang lain nyenyak je tidur walhal beraya kat rumah yang sama, makan hidangan yang sama, minumpun minuman yang sama..tapi yang kena diarrhoeanya kita sorang je..! Huhuhu..tulah namanya takdirrrrr...Walaubagaimanapun Alhamdulillah tak sampai 12 jam, diarrhoeanya dah terhenti. Boleh le sambung beraya...

Oleh kerana mood raya masih ada, Ummi ingat Ummi nak tangguh dulu cakap bab-bab penyakit ni. Hari ni kira nak upload gambar raya je le. Tapi untuk mengubati rasa rindu pengunjung-pengunjung blog Ummi yang selalunya datang berkunjung ke sini untuk dapatkan tip-tip kesihatan or whatever yang berkait dengan penyakit (mentang-mentang le nama blog ni diambik sempena nama klinik...huhuhu...) maka Ummi selitkan juga le kat entry kali ni Tips Elakkan Angin Kembung! Topik ni diambil sempena meraikan masalah-problem yang selalu berlaku di musim 'Angin Raya'......maka menjadilah entry kali ni dengan tajuk 'Angin Kembung Di Angin Raya...! He,he,he....best gak tajuk tu...

Okey..Semoga tips ni berguna hendaknya...">


How to prevent Flatulence (Aerophagy)


Aerophagy results simply from “eating” air. The condition is not dramatically serious, but it does bloat the stomach and can prove embarrassing (stomach gurgles, etc.)


How to prevent it?

  • Above all chew your food properly and savor it fully. Swallowing too much is a direct cause of aerophagy. So don’t swallow needlessly.

  • Don’t drink a lot when you eat.

  • Avoid tobacco and alcohol, cabbage, radishes, doughy bread, strong spices and bubbly drinks.

  • Don’t eat food that is too hot or too cold.

  • And pay attention to the kinds of food you eat together: make a note of any combination that seems to provoke an attack and avoid it in future.

Sekarang sampailah pula masanya untuk kita menatap gambar-gambar kemeriahan di hari raya. Saja nak taruk kat sini, tak payah susah-susah pi cuci gambar sambil mempromosikan blogku untuk kaum kerabatku..he,he,he...

Hari Raya Pertama : Dengan warna kegemaranku...semestinya HIJAU! Hi,hi...

Ayah Chik n Family...

Mak Teh n Family...

Keluarga 69...He,he..Belum cukup 69. Tahun ni Ayah Long beraya di Temerloh dan Ayah Ngah di Perak. Tu yang tak cukup 69...

Cucu-cucu lelaki Wan yang macho-macho ..tolak yang baju hijau! Tu dah kategori bapa orang...hi,hi...

Cucu-cucu pompuan Wan yang cute-mute...

Lagi gambar cucu-cucu pompuan Wan yang suka posing..hihi...

Aik..ada lagi? Memang sah suka posing nih!

Anak-anak pompuan Ummi..3 dara pingitan!

Lagi posing dari 3 dara pingitan. Time beli baju memang masalah. Nak kena cukup 3 kategori saiz!

Hajat di hati nak beraya di rumah mak sedara..tengok-tengok jalan jamp! Lastly beraya di Pulau Duyung..tempat berlangsungnya monsoon cup yang penuh dengan isu sensasi!

Bot penambang tak bertuan...habislah dikerjakan oleh anak-anak sedara & anak-anakku yang memang satu kepala! Siap kena jerit dek pegawai keselamatan..baru lari lintang-pukang! Hahaha...

Abi bersama anak sulung & anak bongsunya...!

Bergambar sakan!

Tak habis-habis ngan gaya 'thumbs up'. Alahai..tak de gaya lain dah ke Abi? He,he...sambil tangkap gambar,sambil 'kutuk'...

Dan yang ini, baru diambil sebentar tadi di rumah mak sedaraku yang mempertemukan Angah (Anas) dengan 'bidan' yang menyambut kelahirannya 11 tahun yang lalu, Dr Zul (Pakar O&G,HSNZ K.Trg)...he,he..sambut ikut 'tingkap' (LSCS)

Demikianlah adanya...sehingga bertemu kembali..nak gi beraya rumah pak sedara yang lain pulak..sebulanpun belum tentu habis ziarah ni!

*************************************************************************************

5 ulasan:

Qhazi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Qhazi berkata...

salam umi,..
qhazi sll ader mslh kembung prt,..
maklumlah,stdent ni mknnye tak menentu,..kls bermula seawal 8pg, kdg2 tak sempat nk sarapan..n terus mkn tghari dlm jam 1ptg,..n mkn mlm pukul 6 atau 7 mlm.. kdg2 tak sempat nak mkn tghari sebab sibuk...atau sebab lain "JIMAT" hehe..kalo kembong tu, tak lak nak pg toilet,.tapi sakit sgt,.. sllnye belah mlm la, sebab siang tu tak sedar sakit..sakit tu qhazi tak kisah sgt tapi perut tu nnt buncit umie..malu la..nnt nk kawen mcm mn dgn prt buncit tu..hehe..
so umie mcm mn ni..?

Qhazi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kak Ummi To Qhazi berkata...

Wksmlm.Woit!Camana tak kembung,memang habit makan Qhazi tu tak baguih.selagi tak tukar habit makan tu,memang masalah payah nak selesai dik wehhhh. Haha...

Nak kempiskan perut, senang aje.Rajin-rajin buat senaman sit-up position tu.Baring-duduk-baring-duduk..buat acap-acap.Tapi kena rajin le.Kak Ummi sendiri,malaih..tu pasal perut payah nak kempis..he,he..syyyyhh...

Qhazi berkata...

salam..dah pyh nak ubah tabiat mkn ni umie..dah dkt 22 thn mkn mcm tu hehe..nk buat sit-up blh umie tapi sit jer la,.up tak blh-blh hehe,,..
ape pun terima ksh yer umie..