Selasa, 28 Oktober 2008

Jamuan & Keutamaannya !

Assalamualaikum.

Singgah di blog amdang81 dan nasikerabupetro pagi ni… “Alamak! Dah ada post pasal Raya kelmarin! Cepatnya kauorang..” Hmm..kali ni Kak Ummi kalah. Eh,eh,eh…,mana aci. Habis beraya petang kelmarin, malamnya Kak Ummi dah kena masuk kerja. Tak sempat nak buat report lagi. Huhu…

Apapun, kita orang memang enjoy sakan dapat jumpa dengan teman-teman di alam maya yang selama ini tak pernah dikenali. Wahh..rasa berdebar semacam juga ye? Rasa-rasanya zaman nak kahwin dulupun tak berdebar cam tu…sebab memang dah kenalpun dengan siapa kita nak kahwin. Hihihi….

Mula-mula, ditujukan ucapan untuk tuan rumah :

Amdang & Jue,

Terimakasih banyak-banyak kerana telah merealisasikan janji pertemuan ini. Makan-makan tu cerita kedua sebenarnya. Yang lebih utama adalah majlis yang mempertemukan dan mempereratkan ikatan ukhuwwah antara kita. Kalau sebelum ni, Kak Ummi & Abang Lan hanya sebagai secret admirer terhadap tulisan-tulisan amdang81 terutama di musim pilihanraya dulu, maka sekarang bila menatap tulisan amdang81 lebih lagilah terasa sentuhannya kerana antara kita telah wujud ikatan persaudaraan kerana Allah. Jika dulu cerita-cerita mengenai zaujah dan anakanda Balqis hanya dibayangi dengan susuk tubuh dan bayangan imaginasi, selepas ini cerita-cerita itu akan menjadi lebih hidup dengan bayangan realiti yang telah wujud. Alhamdulillah, Segala Puji bagiMu ya Allah yang telah mempertemukan dan mengikat hati-hati ini di jalanMu…

Baity,

Tak tahu apa perkataan yang sepadan untuk diungkapkan.. ‘you are so nice..!’ Tak jemu rasanya berbicara denganmu. Apalagi bila dah tahu rupanya Baity tinggal di kampung kelahiran Kak Ummi, pernah mengajar anak saudara Kak Ummi dan memang kenal sangatpun dengan kakak kandung Kak Ummi! Aduhai..kecilnya dunia ini. Semoga susulan daripada pertemuan ini akan ada lagi pertemuan-pertemuan lain yang akan menambah erat ikatan ukhuwwah antara kita.

Narumy,

Terkilan juga tak dapat bersua dengan Narumy di majlis ini. Nampaknya bayangan imaginasi antara kita akan masih terus menjadi imaginasi. Semoga tidak lama lagi bayangan itu akan bertukar menjadi realiti…

Aeman & Ayu,

Wah! Terkejut sakan Kak Ummi bila disapa soalan dari Aeman yang baru pertama kali datang ke Klinik Ummi : “Kak Ummi gi rumah Amdang hari ni?” “Uikk! Mana tahu ni?” “He,he,he…tengok Kak Ummi tulis kat blog Amdang le..” “Hah! Memang sah. Kalau bukan blogger atau pembaca blog, mana nak tahu…” Apapun, kauorang berdua memang best! Aeman & Ayu yang sentiasa tersenyum...InsyaAllah anak dalam kandungan tupun nanti pasti suka senyum! Dah bersalin, jangan lupa inform tau!

Hmmm..bilalah pula agaknya giliran Ummi nak jemput pulak, ya. Macam yang Ummi respond kat tulisan Baity..agaknya nak tunggu ‘Rumah 3 Juta’ Ummi siap? Hihihi…Tunggu dan lihat !

Sedikit Renungan Berkaitan Keutamaan Jamuan
(Dipetik daripada tulisan Tok Guru Dato’ Nik Abd Aziz Nik Mat dalam buku bertajuk ‘Taqwa’)

Rasulullah SAW sangat menganjurkan umatnya agar suka mengadakan jamuan, walaupun hanya sepotong roti kering. Kerana itu budaya jamuan sewajarnya menjadi amalan hidup. Mengadakan jamuan juga mempunyai hubungan rapat dengan saranan Rasulullah SAW agar seseorang itu menjalin hubungan silaturrahim sesama saudara Islam.

Rasulullah SAW sering mengadakan jamuan terutama kepada golongan ahli suffah yang tinggal di masjid Nabi. Baginda juga tidak pernah mengabaikan jemputan ke majlis jamuan, walaupun jamuan itu hanya sup kaki kambing sahaja. Yang penting ialah jalinan persaudaraan yang akan lebih erat hasil daripada mengadakan jamuan itu.


*************************************************************************************

3 ulasan:

nasikerabupetro berkata...

Alamak...

Terharunya....Huhu...
Nanti kita buat Tranungkite Bloggers United ye kak...

Ralat betul tak dapat amik gambar bersama-sama...

Tapi, akak betul tentang berdebar tu... heheh...

amdang81 berkata...

berdebar ke nak jumpa? amdang berdebar kot-kot ada yang komen masakan teruk je. ;)

Nafastari berkata...

I should have bee there, too!
Rugi laa...