Maha suci Allah yang tidak pernah lupa. Baru Ummi teringat yang Ummi ada berjanji dengan seseorang yang singgah di blog ini untuk menulis berkaitan topik tulang belakang selepas raya. Maaf sangat-sangat dari Ummi kerana mungkin telah membuatkan seseorang 'menunggu dalam penyiksaan'. Bila sehari dua ni belakang Ummi pulak yang terasa sakit, barulah teringat nak cakap pasal topik ni!

Menurut statistik, kira-kira 80% penduduk dunia mengalami sakit belakang yang kebanyakannya melibatkan mereka yang berusia antara 30 - 40 tahun. Patut le pun. Memang dah peringkat usiaku..!
Mereka yang mudah mendapat sakit belakang

• Mereka yang mempunyai tulang belakang yang panjang dan kurus serta leher panjang seperti leher angsa atau bongkok.

• Mereka yang duduk membongkok terlalu lama di dalam persekitaran tempat kerja yang tidak selesa.
Amalan baik yang perlu dilakukan untuk mengelakkan dari mendapat sakit belakang :

• Elakkan diri dari ketegangan yang boleh menyebabkan sakit belakang.
• Kekalkan kedudukan susuk badan (posture) yang baik ketika duduk dan berdiri.


• Pelajarilah senaman yang boleh membaiki pergerakan dan kedudukan susuk badan anda.
• Jika memandu, anda perlu berhenti dan berehat seketika atau keluar dari kereta setiap 90 minit.

• Luangkan sedikit masa untuk berehat dan elakkan dari terlalu banyak membuat kerja yang membebankan untuk jangka waktu yang lama.

• Apabila duduk di atas kerusi, pilihlah tempat duduk yang dapat mengampu seluruh paha anda dan biarkan kaki anda lurus ke bawah dan memijak lantai atau bangku kecil dengan selesa.
Elakkan tabiat buruk yang boleh menyebabkan sakit belakang :
• Membongkok ke hadapan dan berpusing terutamanya ketika mengangkat atau menarik sesuatu.

• Perjalanan yang jauh tanpa berhenti rehat.
• Berdiri terlalu lama.
• Membawa barang yang beratnya tidak seimbang.
• Duduk membongkok di atas kerusi.
• Membongkokkan badan ketika batuk atau bersin.
• Memakai kasut bertumit tinggi.
Apakah yang dimaksudkan dengan osteoporosis?

Apakah itu tulang?


Siapa yang mudah mendapat osteoporosis?

Di bawah ini disenaraikan faktor-faktor yang perlu anda ketahui:

• Paras estrogen yang rendah selepas putus haid atau selepas pembuangan ovari.
• Tidak melakukan senaman atau tidak aktif.


• Pengambilan alkohol yang banyak.
• Pengambilan kafein yang banyak.
• Mengguna ubat kortison untuk jangka waktu yang sangat lama.
• Faktor ras/bangsa: keturunan Caucasian dan Asia dengan bentuk rangka tubuh yang kecil.
• Pengeluaran hormon adrenal atau tiroid yang berlebihan.
Catatan: Ini dengan sendirinya menjelaskan bahawa kaum lelaki juga boleh mengalami osteoporosis walaupun insidennya lebih rendah berbanding dengan kaum wanita.
Tanda-tanda dan Gejala

Jika wujudnya gejala, seseorang itu akan mengalami sakit pinggang atau sakit belakang di bahagian bawah. Jika keadaan bertambah teruk, mereka akan kelihatan lebih rendah dan menjadi bongkok dan bahu kelihatan berbentuk bulat.
Pengurusan sendiri
Jika anda atau mana-mana ahli keluarga anda disyaki menghidap osteoporosis, di sini diturunkan beberapa petua untuk dimanfaatkkan:
• Orang dewasa perlu dididik untuk mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang, melakukan aktiviti fisikal dan mewujudkan kawasan rumah yang bebas dari kemalangan.

• Pegang galang/susuran tangga dan pastikan ia kukuh bila naik-turun tangga rumah.

• Tidur di atas tilam yang padat dan agak keras.
• Gunakan kedudukan/bentuk badan yang betul seperti membengkokkan lutut bila mengangkat barang yang berat.
• Sekiranya anda diberikan hormon estrogen, selalulah berjumpa doktor untuk pemeriksaan pelvis, ujian PAP Smear, dan khidmat nasihat yang lain.
Redakan sakit belakang anda dengan senaman
Terdapat beberapa jenis senaman untuk mereka yang mengalami sakit belakang. Ia mudah diikuti dan dilakukan. Anda boleh melakukannya ketika berbaring melentang.
Ikutilah langkah-langkah berikut:


3. Peluk kedua-dua lutut dan bawa ke dada. Pada masa yang sama cuba duduk.
Senaman ini akan meregangkan otot pendek di bahagian bawah belakang badan secara perlahan-lahan sambil ia meregangkan otot abdomen.
Bolehkah kita menghentikan osteoporosis?
Malangnya kita tidak dapat menghentikan osteoporosis. Ia merupakan satu proses yang dinamik. Ia akan merosakkan tulang secara berterusan walaupun doktor memberikan terapi penggantian hormon ataupun menggunakan ubat-ubatan tertentu untuk menanganinya. TETAPI anda masih boleh mencegah pengalaman yang menakutkan ini dari berlaku.
"Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan"


• Kurangkan pengambilan kafein dengan meminum kopi kurang daripada 2-5 cawan sehari. Kafein akan meningkatkan pembuangan kalsium dalam air kencing.

• Merokok menyebabkan putus haid lebih awal dan meningkatkan metabolisma hormon seks endogenus dan eksogenus.
• Berhenti/kurangkan pengambilan alkohol. Alkohol menyebabkan kekurangan nutrien tertentu seperti kalsium, vitamin D dan magnesium.

• Dapatkan nasihat doktor berhubung dengan pengambilan hormon estrogen dan kalsium tambahan selepas putus haid atau selepas pembedahan membuang ovari.
*************************************************************************************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan