Sabtu, 16 Jun 2012

Travelog Percutian 1: Balik Johor...


Assalamualaikum.

Cuti penggal persekolahan selama 2 minggu kali ini benar-benar terisi dengan pakej percutian pada setiap hujung minggu. Bermula pada awal percutian, pakej ke KL-Seremban-Melaka-Johor untuk menjemput bibik, sekaligus menghadiri majlis perkahwinan anak saudara di Johor. Diikuti kemudiannya pada hujung minggu pertama pakej percutian ke Pulau Kapas dan penutup cuti minggu kedua di De Rhu Resort, Kuantan untuk acara hari keluarga besar kami. Sungguh mengujakan!

Menjemput Bibik (25 Mei 2012)

Sebulan bibik balik bercuti di Indonesia. Elok-elok sekolah mula bercuti barulah bibik kembali ke Malaysia. Terasa sekali kehilangan pembantu yang benar-benar membantu. Alhamdulillah pada 25 Mei bibik kembali kepangkuan kami (ewah..) setelah bercuti lama menghilangkan kerinduannya pada keluarga di seberang. Anak-anak cukup teruja nak menyambut kepulangan bibik!

Balai Ketibaan Antarabangsa Air Asia - Di sinilah kami menanti ketibaan bibik.
Anak-anak tak sabar menunggu bibik muncul. Habis semua orang kelihatannya macam bibik...hehehe.

Bibik menangis terharu sebaik tiba di balai ketibaan. Sampai ke tempat parkingpun belum habis lagi tangisnya. Rupanya rindu sangat bibik pada anak-anak yang selalu membuatkan suasana di rumah hiruk-pikuk dan riuh rendah.
Sanggup diusung mereka beg bibik yang begitu berat dan padat berisi dek kerana 'excited'nya dapat kembali bertemu bibik
Di Seremban (26 Mei 2012)

Setelah berehat sehari di rumah Ayah Ngah di Kota Warisan, keesokan paginya kami mula bertolak ke Johor. Dalam perjalanan, tiba-tiba suami bertanya, "Nak singgah rumah Abang Karim tak Ummi?" Laju aja Ummi menjawab, "Jom!" Hehe. Yalah, dah lama juga tak ziarah abang kepada suami yang dulunya tinggal di Johor tapi kini dah berhijrah ke Seremban semenjak beliau diserang angin ahmar.

Sebelum tiba di rumah Ayah Karim (panggilan anak-anak buat abang Karim), tiba-tiba aja Abi terasa nak mengimbau kenangan lalu di sekolah lamanya. Nak tau apa sekolah lama Abi?

Ni dia! Maktab Rendah Sains Mara Seremban kini telah dinaik taraf menjadi Kolej Mara Seremban.
Sampai kat pondok jaga, terjumpa pula staff lama yang telahpun berkhidmat di sini semenjak zaman Abi dulu! Kak Om panggilannya. Subhanallah, setia betul Kak Om di sini. Bayangkan, Abi dahpun tinggalkan MRSM semenjak 25 tahun yang lalu!
Apa lagi, bersembang sakanlah Abi mengimbau kenangan lalu yang mengusik jiwa...hehe.
Setelah puas bersembang, kami terus menghala ke rumah Ayah Karim sebagaimana yang dilokasikan melalui telefon. Janjinya, tunggu di stadium.

Stadium Paroi!
Sambil membontoti kereta Ayah Karim yang dipandu anaknya, ternampak menara berbentuk minangkabau! Anak-anak 'excited' habis sebab diaorang baru aja lepas belajar silibus adat-adat serta simbol-simbol negeri di Malaysia. "Aishh..gambar nipun Ummi nak tangkap?" kata Abi. "Mesti,mesti...masuk silibus Ummi jugak ni...ehehe."
Dah sampaipun rumah Ayah Karim.
4 beradik! Eh, silap....3 beradik bersama Umminya..hehehe.
Yang ni baru sah 2 beradik seibu sebapa! Alhamdulillah Ayah Karim dah beransur sembuh dari penyakitnya. Tinggal aja percakapannya yang agak sukar akibat serangan angin ahmar.
 Di Ayer Keroh, Melaka

Keluar dari rumah Ayah Karim, kami meneruskan perjalanan ke Johor. Oleh kerana perutpun dah berkeroncong, sampai di RR Ayer Keroh, Melaka terus kami singgah di sana untuk mengalas perut. Teringat pula Melaka yang terkenal dengan lauk asam pedasnya. Bila Abi suruh Ummi pilih lauk, apalagi, asam pedas ikan pari lah yang menjadi pilihan Ummi...hehe.

Ni dia nasi berlaukkan asam pedas ikan pari. Boleh tahan juga pedasnya.
Atiqah sempat lagi bergaya dengan abayanya sambil diperhatikan oleh bibik di belakang.

Ingat nak jamak solat sekali kat RR ni tapi punyalah kecil suraunya sampai jemaah terpaksa beratur menunggu di luar. Tak jadi Ummi solat di sini. InsyaAllah ke depan sedikit kata Abi kita singgah solat. Sempat juga beli gula Melaka dan belacan Melaka kat kiosk di RR. Sekurang-kurangnya ada juga buah tangan dari Melaka.

Di Johor

Sesampainya kami di Johor, singgah dulu di rumah abang Abi, Ayah Han. Ayah Han tinggal di kaki Gunung Ledang! Siapa-siapa yang berhajat nak kumpul 7 dulang air mata Puteri Gunung Ledang tu (ada ke permintaan macam tu dalam Hikayat Puteri gunung Ledang...hehehe), bolehlah berkunjung ke rumah Ayah Han. Kebetulan rumah Ayah Han nipun sememangnya diperuntukkan sebagai rumah persinggahan juga untuk pelancong.

Ayah Han dengan gaya terkini didatangkan dari Korea...hahaha. Gelak memanjang aja dua beradik ni kalau dah berjumpa.
Pulang dari rumah Ayah Han, barulah kami menuju ke rumah Ayah Kahar (adik beradik Abi yang ke-2). Selalu kalau balik kampung, rumah Ayah Kaharlah yang dituju sebagai tempat penginapan kami kerana suasana di sini lebih terasa akan suasana 'balik kampung'nya. Yalah, rumah arwah Yai dan Nyai (panggilan jawa untuk datuk dan nenek) dulu, di sinilah juga lokasinya sebelum dijual.

"Kita singgah kubur mak dulu, Abi. Takut esok tak sempat."....kata Ummi pada Abi.

Di sinilah bersemadinya bonda mertua Ummi, Waginam binti Sadi. Di tanah kelahirannya, Pontian. Namun takdir Allah, bapa mertua Ummi bersemadi di Terengganu kerana bapak meninggal sewaktu dalam penjagaan kami di Terengganu. Sungguh kita tidak mampu mengetahui di mana dan bilakah ajal kita akan tiba. Kerana itu, sentiasalah kita membuat persiapan untuk menghadapinya. Sungguh orang yang cerdik itu adalah orang yang sentiasa mengingati mati.
Abi di persemadian bonda tercinta.
Ummi, anak-anak dan bibik....

Sebaik selesai membacakan doa buat arwah bonda, kami mula bergerak ke rumah Ayah Kahar. Dekat aja lokasi perkuburan dengan rumah Ayah Kahar. Hanya beberapa meter.

Dah sampaipun rumah Ayah Kahar!
Wajah-wajah ceria anak-anak dapat balik kampung!




Opps..rupanya ada lagi yang lebih ceria dapat balik kampung! 3 sekawan - Violet, Kitty dan Chiko didatangkan khas dari Terengganu...hehehe.
Ayah Kahar bersama Abi sedang menikmati minum petang sambil melepaskan rasa rindu setelah sekian lama tak berjumpa.
 Bersiap Ke Majlis Perkahwinan (27 Mei 2012)

Keesokan paginya, kami mula bersiap-siap untuk ke majlis perkahwinan anak Ayah Kamil. Dalam duk bersiap-siap tu, tiba-tiba terdengar hilaian tawa dari anak-anak. Nak tahu kenapa? Rupanya Si Kitty, anak patung beruang diaorang tengah buat lagenda dengan si kucing Ayah Kahar yang nama Debab tu...

Ni dia! Hahaha...boleh pulak Si Debab tu terlena tidur atas riba Si Kitty? Tak ke pelik? Tak tahan kami ketawa melihat gelagat Si Debab!
Akhirnya kami mula beredar dari rumah Ayah Kahar. Ayah Kahar dan isteri menaiki van, manakala anak-anak daranya menaiki kancil merah. 
Selamat tinggal Pontian...diizinkan Allah nanti, kami pasti akan kembali lagi.

Nak dengar cerita kemeriahan di majlis perkahwinan pula? Nantilah, Ummi terpaksa sediakan post lain khusus untuk majlis perkahwinan anak saudara di Johor lantaran gambarnya yang terlalu banyak. Apa taknya, adik beradik Abi saja dah 12 belas orang. Nanti Ummi nak masukkan semua gambar-gambar adik beradik Abi serta sepupu sepapa anak-anak Ummi di Johor. Biar anak-anak Ummi kenal dan ingat ahli-ahli keluarga sebelah Abi yang jarang sekali dapat bertemu lantaran jarak yang memisahkan kami. Sungguh tali persaudaraan sesama keluarga wajib dipelihara. Jangan sampai kata orang, bertembung bahupun dah tak kenal antara satu sama lain walhal Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :

"Tidak ada perbuatan yang baik yang lebih cepat pahalanya daripada mempererat tali silaturrahmi, dan tidak ada dosa yang lebih pantas disegerakan siksaannya oleh Allah di dunia, di samping siksaan yang disimpan di akhirat melebihi daripada perbuatan aniaya dari memutuskan tali persaudaraan."

Tiada ulasan: