Salam.
"Ummi, Along cadangkan Ummi buat post kosong dulu kat blog Ummi tu. Kalau tak, tiap-tiap hari Ummi bukak blog, tengok gambar Wan, Ummi terus tak jadi nulis. Ummi mesti sedih lagi, kan?"
Entahlah...mungkin benar kata-kata Along.
Hari ni Ummi kena ikut cakap Along. Mudah-mudahan Ummi bakal kembali menulis dengan aktif. Dah 100 hari lebih Wan tinggalkan kita. Ummi masih rasa macam tak percaya. Tapi itulah hakikatnya. Teringat kembali pesanan Wan pada Ummi..."Jangan tinggalkan jihad. Berjihadlah melalui apa juga cara yang kita mampu. Tak mampu dengan tenaga, berjihadlah dengan harta. Tak mampu dengan harta, berjihadlah dengan kata-kata..."
Ya Allah, kurniakanlah aku kekuatan untuk melaksanakan jihad melalui kata-kata penulisan....
Memaparkan catatan dengan label Muhasabah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muhasabah. Papar semua catatan
Isnin, 31 Oktober 2011
Rabu, 28 Julai 2010
Terkilan...
Assalamualaikum.
Kalau diikutkan perancangan asal, sepatutnya kelmarin lagi Along dan Angah dah tiba di Malaysia. Namun kita manusia hanya mampu merancang, Allah jua yang berkuasa menentukan. Tiba-tiba Ummi dapat timbal balik dari anak-anak yang memaklumkan bahawa tiket balik 27 Julai dah penuh. Ada tak ada Ustaz cakap 10 Ogos baru diaorang dapat balik ke Malaysia.
Hmmm....memang susah sangat ke nak dapat tiket balik dari Mesir ke Malaysia ni? Apa komen anda?
Yang Ummi terkilannya, kalau dah awal lagi dibuat perancangan nak balik pada tarikh sekian dan sekian, kenapa tiket tak dibeli awal? Kenapa dah sampai tarikh tu baru nak beli? Dan lagi kenapa jauh sangat tempoh masa dari 27hb, nak kena tunggu sampai 10 Ogos pulak?
Ummi tak reti sistem di sana. Cuma kalau ada sesiapa yang berpengalaman belajar dan tinggal di Mesir, bolehlah kasi pandangan dan nasihat pada Ummi agar perkara sedemikian tak berulang lagi di tahun hadapan atau di lain masa.
Ataukah mereka yang mengambil cakna urusan pembelian tiket anak-anak ni yang kurang cakna?
Kata Abi..."Sabarlah Ummi. Pasti ada hikmahnya tu.."
InsyaAllah Ummi masih boleh bersabar tapi kalau kelembapan pengurusan maa'had yang menyebabkan terjadi apa yang tidak patut terjadi...agak terkilan juga hati ini.
"Ya Allah, permudahkanlah urusan balik anak-anakku dan rakan-rakan mereka. Semoga mereka nanti dapat pulang dengan selamat dalam perjalanan yang diredhaiMu..."
Rabu, 21 Julai 2010
Menghitung Hari...
Assalamualaikum.
Anak-Anak Yang Dirindui :
Ummi giat menghitung hari.
Hanya seminggu sahaja lagi InsyaAllah Ummi akan bertemu kembali dengan anak-anak lelaki Ummi yang sekian lama dirindui. Meski baru 9 bulan terpisah, hati seorang ibu terasa bagaikan 9 ribu tahun. Malah lebih dari itu. Rindu yang tak terungkap di lidah serta kerisauan yang tak terpancar di wajah...
"Anak-anakku, mudah-mudahan kalian selamat dan dipermudahkan dalam perjalanan..."
Sungguh perjuangan di bumi anbiya' tidak semudah apa yang tergambar di kepala. Selama 9 bulan pertama di sana, Ummi banyak berbincang dengan ustaz yang menjaga. Cabaran yang tidak sedikit rupanya!
Mengapa tahap pencapaian hafazan mereka agak lemah?
"Banyak dugaannya kak..." kata Ustaz.
Seorang hafiz perlukan bi'ah yang soleh dalam membantu mempertingkatkan tahap hafazan mereka namun bi'ah di sana? Terkadang lebih teruk dari suasana di Malaysia apabila di lihat dari segi pemakaian minah-minah Arabnya, suasana bandarnya yang semakin hanyut dengan arus kemodenan dan tempoh penyesuaian diri anak-anak yang juga dalam peringkat perubahan dari alam kanak-kanak kepada alam remaja.
Ummi mengerti...
Namun bagaimana Ummi dapat membantu? Hanya kata-kata semangat buat mereka...
"Di manapun jua kamu berada, maka di sana cabaran telah sedia menunggumu..."
Bagaimana mungkin kehidupan seorang manusia itu dapat lepas dari kesusahan, musibah dan ujian? Namun jika kesusahan, musibah dan ujian itu diterima dan ditafsirkan dengan penerimaan dan tafsiran yang betul, maka ia akan berubah menjadi satu kekuatan baru kepada kita dalam menghadapi hari-hari yang mendatang.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata 'Kami beriman' sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."
(Al-Ankabut : 2-3)
Semoga kalian akan terus tabah dalam menghadapi segenap ujian yang mendatang. Mohonlah pertolongan Allah dengan solat dan doa...
Ramadhan Yang Didambakan :
Ummi giat menghitung hari.
Hanya 20 hari sahaja lagi, Ramadhan, bulan yang mulia lagi suci akan kembali menemui kita, hambaNya.
Mampukah diri ini memanfaatkan bulan yang penuh barakah ini dalam menghampirkan diri kepadamu Ya Allah? Mampukah bulan yang suci ini menjadi titik tolak pembersihan jiwaku yang penuh noda dan dosa ini?
"Ya Allah, kurniakanlah kekuatan buatku, hambaMu yang hina ini mendekatkan diri kepadaMu, menghampirkan diri kepadaMu dengan sepenuh-penuh hati dan ketulusan jiwa.."
Kematian Yang Pasti Tiba :
Ummi giat menghitung hari.
Semakin hari semakin terasa lemahnya diri ini. Kekuatan di waktu muda telah beransur pergi. Sebagaimana beransur kendurnya keanjalan kulit, begitulah juga beransur kurangnya ketajaman penglihatan...
Hari demi hari yang berlalu menyebabkan kita mula merenungi diri. Alangkah singkatnya kehidupan di dunia ini. Namun telahkah kita bersedia untuk menghadapi hari yang teramat panjangnya, yang tidak akan ada penghabisannya di yaumul akhirah nanti?

Sabtu, 17 Julai 2010
Mesyuarat Oh Mesyuarat...
Assalamualaikum.
"Tidak kecewa orang yang istikharah (minta pilihan kepada Allah), tidak menyesal orang yang bermusyawarah, dan tidak melarat orang yang hemat."
(Diriwayatkan oleh Ath-Thabarani dalam Ash-Shaghir dan Al-Ausath)
Suatu hadis yang tidak dapat disangkal lagi akan kepentingan beristikharah, bermusyawarah dan berhemat.
Namun apa yang ingin Ummi tekankan dan perkatakan di sini adalah berkaitan musyawarah atau mesyuarat.
Semenjak dulu lagi Ummi perhatikan, acapkali perjalanan mesyuarat berjalan tanpa disiplin di kalangan kita, baik di peringkat jabatan mahupun di peringkat jemaah. Kalau sekadar di peringkat jabatan, Ummi tidak hairan kerana ahli mesyuaratnya terdiri daripada pelbagai golongan. Yang faham Islam, yang kurang faham dan yang tidak faham. Namun apabila perjalanan mesyuarat berjalan tanpa disiplin di peringkat jemaah, ini amat merisaukan dan mendukacitakan.
Apakah kesilapan yang seringkali berlaku dalam mesyuarat? Teramat banyak. Namun yang ingin Ummi perkatakan di sini hanya dua perkara.
Pertamanya, mesyuarat dikendalikan secara meleret dan panjang-lebar. Pengerusi mensyuarat seringkali lari dari agenda sehingga membawa kepada perbincangan yang juga lari daripada topik yang sepatutnya.
Ini seringkali berlaku dalam mesyuarat yang dikendalikan oleh muslimat. Namun tidak kurang juga berlaku di kalangan muslimin.
Kesilapan kedua, agak sensitif untuk diperkatakan. Namun izinkan Ummi untuk meluahkannya juga agar segala kelemahan dapat diperbaiki.
Natijahnya, ahli mesyuarat yang selama ini istiqamah dalam menunaikan solat malam atau qiamullail, mula luput qiamullailnya. Ahli mesyuarat yang selama ini tidak pernah ketinggalan dalam menunaikan solat jemaah di masjid, akhirnya terpaksa berjemaah di rumah sahaja kerana lewat terjaga lantaran pulang ke rumah terlalu lambat.
Mungkin ada yang memberikan alasan; "Sekali-sekala seronok juga berkopitiam bersama-sama sahabat. Inilah masanya untuk merapatkan ukhuwwah."
Ummi langsung tidak bersetuju dengan alasan sedemikian kerana syaitan selalunya akan menggoda umat Muhammad dengan fikiran-fikiran sedemikian. Sekali luput qiamullail, lama-kelamaan tidak mustahil solat yang wajib pula boleh luput akibat ketiadaan disiplin dalam menjaga waktu!
Kesilapan kedua ini sudah tentunya seringkali berlaku di peringkat kaum muslimin.
Di pihak muslimat, pengalaman mengajar Ummi bahawa mereka selalunya akan cuba seboleh mungkin untuk menghabiskan masa menyuarat secepat mungkin lantaran tanggungjawab di rumah yang masih menunggu. Bukan niat Ummi untuk membela muslimat dan bukan juga niat Ummi untuk memburukkan muslimin.
Segala apa yang Ummi nukilkan ini adalah sebagai muhasabah untuk diri kita sendiri sebagai penggerak Islam.
Jangan kerana sedikit kesilapan yang sepatutnya boleh dielakkan itu menjadi penyebab kepada terhakisnya iman kita sedikit demi sedikit.
Mohonlah daripada Allah agar Dia sentiasa menyedarkan kita akan segala kekhilafan yang berlaku.
Ummi cukup terharu dengan apa yang pernah dinukilkan oleh Professor Dr Muhammad Kamil akan betapa besarnya kerugian yang dirasai akibat tertinggal qiamullail. Bagaimana dengan kita?
Bacalah artikelnya di sini...
Ummi sendiri sedang berusaha untuk mengubah diri. Selama ini keletihan bekerja dan penyakit migrain yang dihadapi seringkali dijadikan alasan untuk luput dari qiamullail.
"Ya Allah, kurniakanlah diri ini kekuatan untuk menghampirkan diri kepadaMu..."
(Diriwayatkan oleh Ath-Thabarani dalam Ash-Shaghir dan Al-Ausath)
Suatu hadis yang tidak dapat disangkal lagi akan kepentingan beristikharah, bermusyawarah dan berhemat.
Namun apa yang ingin Ummi tekankan dan perkatakan di sini adalah berkaitan musyawarah atau mesyuarat.
Semenjak dulu lagi Ummi perhatikan, acapkali perjalanan mesyuarat berjalan tanpa disiplin di kalangan kita, baik di peringkat jabatan mahupun di peringkat jemaah. Kalau sekadar di peringkat jabatan, Ummi tidak hairan kerana ahli mesyuaratnya terdiri daripada pelbagai golongan. Yang faham Islam, yang kurang faham dan yang tidak faham. Namun apabila perjalanan mesyuarat berjalan tanpa disiplin di peringkat jemaah, ini amat merisaukan dan mendukacitakan.
Apakah kesilapan yang seringkali berlaku dalam mesyuarat? Teramat banyak. Namun yang ingin Ummi perkatakan di sini hanya dua perkara.
Pertamanya, mesyuarat dikendalikan secara meleret dan panjang-lebar. Pengerusi mensyuarat seringkali lari dari agenda sehingga membawa kepada perbincangan yang juga lari daripada topik yang sepatutnya.
Ini seringkali berlaku dalam mesyuarat yang dikendalikan oleh muslimat. Namun tidak kurang juga berlaku di kalangan muslimin.
Apa kesilapannya? Mesyuarat seringkali di'sambung' agendanya ke warung-warung atau kedai-kedai kopi sehingga memakan masa yang agak tidak munasabah. Apa yang Ummi maksudkan, mesyuarat yang sepatutnya berakhir paling lewat jam 12 malam, akhirnya membawa kepada perbincangan di luar topik di warung-warung sehingga ke jam 1 atau 2 pagi!
Natijahnya, ahli mesyuarat yang selama ini istiqamah dalam menunaikan solat malam atau qiamullail, mula luput qiamullailnya. Ahli mesyuarat yang selama ini tidak pernah ketinggalan dalam menunaikan solat jemaah di masjid, akhirnya terpaksa berjemaah di rumah sahaja kerana lewat terjaga lantaran pulang ke rumah terlalu lambat.
Mungkin ada yang memberikan alasan; "Sekali-sekala seronok juga berkopitiam bersama-sama sahabat. Inilah masanya untuk merapatkan ukhuwwah."
Ummi langsung tidak bersetuju dengan alasan sedemikian kerana syaitan selalunya akan menggoda umat Muhammad dengan fikiran-fikiran sedemikian. Sekali luput qiamullail, lama-kelamaan tidak mustahil solat yang wajib pula boleh luput akibat ketiadaan disiplin dalam menjaga waktu!
Kesilapan kedua ini sudah tentunya seringkali berlaku di peringkat kaum muslimin.
Di pihak muslimat, pengalaman mengajar Ummi bahawa mereka selalunya akan cuba seboleh mungkin untuk menghabiskan masa menyuarat secepat mungkin lantaran tanggungjawab di rumah yang masih menunggu. Bukan niat Ummi untuk membela muslimat dan bukan juga niat Ummi untuk memburukkan muslimin.
Segala apa yang Ummi nukilkan ini adalah sebagai muhasabah untuk diri kita sendiri sebagai penggerak Islam.
Jangan kerana sedikit kesilapan yang sepatutnya boleh dielakkan itu menjadi penyebab kepada terhakisnya iman kita sedikit demi sedikit.
Mohonlah daripada Allah agar Dia sentiasa menyedarkan kita akan segala kekhilafan yang berlaku.
Ummi cukup terharu dengan apa yang pernah dinukilkan oleh Professor Dr Muhammad Kamil akan betapa besarnya kerugian yang dirasai akibat tertinggal qiamullail. Bagaimana dengan kita?
Bacalah artikelnya di sini...
Ummi sendiri sedang berusaha untuk mengubah diri. Selama ini keletihan bekerja dan penyakit migrain yang dihadapi seringkali dijadikan alasan untuk luput dari qiamullail.
"Ya Allah, kurniakanlah diri ini kekuatan untuk menghampirkan diri kepadaMu..."
Rabu, 16 Disember 2009
Bukan Sekadar Cinta Fitrah...
Assalamualaikum.
Sekadar muhasabah diri….buat diriku yang bernama isteri dan buat dirimu yang bernama suami ;
Masa bercinta mungkin warna sebenar (true colours) pasangan kita tidak nampak ketara. Dia rela mengikut selera, minat dan jalan hidup kita atau kita juga rela mengikutnya. Tetapi semakin lama berumahtangga, maka semakin ketara kelemahan dan kekurangannya. Ah, bagaimana hendak mengekalkan cinta? Apakah ia umpama bulan yang dipuja dari kejauhan tetapi botak dan berlopak di mata angkasawan?
Kata bijak pandai, sesuatu akan berakhir mengikut bagaimana ia bermula. Mukaddimah banyak menentukan natijah. Untuk mengekalkan cinta sampai ke hujung (hujungnya di syurga), ia mesti diperkukuh dari pangkalnya. Perkahwinan dimulakan dengan percintaan, tetapi disempurnakan dengan tanggungjawab. Dan sebaik-baik cinta ialah cinta yang didasarkan oleh tanggungjawab. Sebab itu ramai ahli psikologi mendefinisikan cinta sebagai ‘rasa ingin bertanggungjawab kepada seseorang!’
Janganlah hendaknya cinta dan rumahtangga dibina hanya sekadar untuk memenuhi kehendak fisiologi dan biologi. Atau mengejar status sosial. Atau lebih hina lagi hanya untuk memenuhi keperluan fizikal dan material semata. Jika rumahtangga hanya dibina untuk makan-minum, perlindungan (rumah), pengangkutan (kereta), berkelamin (seks), kawan (sosial), kesihatan dan penghargaan diri (ego)…apa bezanya cinta kita dengan cinta haiwan. Ingat kata Farabi, “Cinta yang didorong untuk memenuhi kehendak seks ialah cinta yang diilhamkan oleh Tuhan untuk binatang!” Itulah cinta kelas dua.
Jika tidak, itu menunjukkan cinta kita sudah tersasar. Sekali-sekala jika terjadi pertembungan kehendak Allah dengan kehendak isteri atau suami, yang mana satu didahulukan? Jika didahulukan kehendak pasangan, sah itu petanda cinta telah tersasar. Hakikatnya, inilah yang banyak berlaku dalam alam berumahtangga kini. Dan inilah punca mengapa ramai pasangan suami isteri berpisah sekalipun di kalangan pasangan yang saling cinta-mencintai. Berpisah, bukan kerana mereka tidak cinta, tetapi cinta mereka telah meminggirkan cinta Allah.
Cinta yang meminggirkan cinta Allah adalah rendah mutunya dan tidak tahan uji. Cinta hanya semata-mata berasaskan fitrah, adalah cinta kelas bawah. Cinta jenis ini dikurniakan secara semulajadi (fitrah) oleh Allah kepada semua manusia, yang Islam dan bukan Islam, malah binatangpun mendapatnya. Hanya dengan cinta kategori ini, sebuah rumahtangga tidak akan dapat bertahan dengan perubahan fizikal. Bila wajah kendur, cinta luntur. Bila kemudaan hilang, sayang melayang. Sebaliknya cinta Allah mampu mengekalkan, malah boleh meningkat lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku, justeru tapak cinta itu di hati, bukan di mata. Ingat, cinta itu buta. Itu ada kebenarannya. Bila sudah cinta, semuanya indah sahaja.
Tegasnya, cinta yang berdasarkan fitrah semata-mata akan runtuh dipukul badai alam rumahtangga. Ketika itu perkahwinan akan menjadi pusara percintaan. Sebaliknya cinta yang dibina atas dasar cinta Allah akan menjadikan perkahwinan sebagai taman atau kebun percintaan. Mungkin sekali-sekala bergolak jua, tetapi atas dasar ibadah, tanggungjawab, cinta dapat dibina semula…rumahtangga akan dipacu ke arah cinta selamanya, di syurga!
“Cinta kelas pertama bukan ditentukan oleh urat, daging dan kulit…yang akan kedut dan mereput, tapi ditentukan oleh hati, yang menilai iman, kasih, sayang, akhlak dan budi. Nilai-nilai ini tidak akan reput. Ya, kedut kelopak mata isteri kita, dia dah tua…tapi itu pandangan mata cuma. Hati kita memandang lain…mata itulah yang pernah menangis bersama kesusahan kita. Ya, telah putih uban di kepala suami kita…tapi si isteri seolah-olah tidak melihatnya, yang di’pandang’nya ialah kepala itulah yang selama ini memikirkan bagaimana nak membahagiakan rumahtangga!”
Firman Allah SWT:
“Pergaulilah isteri-isterimu dengan baik dan apabila kamu tidak lagi menyukai (mencintai) mereka (jangan putuskan tali perkahwinan), kerana boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, tetapi Allah menjadikan padanya (di sebalik perkara itu) kebaikan yang banyak.”
(an-Nisa: 19)

Petikan Daripada Buku :
Satu Rasa Dua Hati
(Pahrol Mohd Juoi)
Satu Rasa Dua Hati
(Pahrol Mohd Juoi)
*************************************************************************************
Selasa, 8 Disember 2009
Jangan Sampai SMS Mengundang Bala!
Assalamualaikum.
3 hari komputer Ummi masuk bengkel. Banyak kerja tergendala dan tertangguh. Alhamdullillah hari ini dah ok. Terlintas di hati, hilang satu kemudahanpun, pelbagai urusan dah tergendala. Bagaimanakah agaknya jika hilangnya salah satu nikmat pancaindera yang Allah anugerahkan pada kita? AllahuAkbar! Alangkah tak terhitungnya nikmat dari Allah untuk kita selama ini.
Alang-alang bercakap pasal kemudahan, suka Ummi nasihatkan. Gunakanlah apa jua kemudahan untuk kebaikan. Jangan sampai disalahgunakan sehingga mendatangkan kemudharatan.
Acapkali Ummi mendengar luahan dari pesakit, yang terganggu kerukunan rumahtangganya hanya kerana kemudahan SMS masakini. Bagaimana?
Ada isteri yang terguris hati hanya semata-mata kerana suami asyik bermain sms. Ada isteri yang merajuk kerana masa bersama mereka diganggu dengan panggilan tak henti-henti dari rakan sekerja suami. Walaupun kesetiaan suami tidak mereka ragui, namun jauh di sudut hati, mereka kecewa kerana terasa seperti tidak dihiraukan. Lebih mengecewakan lagi, ada si suami yang bersms sehingga berjam-jam sambil tersenyum-senyum, sambil ketawa sendirian, tanpa langsung memaklumkan kepada isteri dengan siapa dia berinteraksi. Kalau beginilah halnya, memang layak untuk seorang isteri mencemburui suaminya. Apa salahnya kalau si suami memaklumkan sepatah pada sang isteri, “Abang tengah bersms dengan kawan lama abang, si fulan bin si fulan ni Yang…” Tidaklah sang isteri menaruh prasangka yang bukan-bukan. Kena pulak time mereka bersms tu tengah-tengah malam.
Entahlah, macam-macam kisah yang Ummi dengar. Klinik Ummi ni dah jadi macam klinik kaunseling pulak. Mungkin ada sedikit ketidakadilan dari kisah yang Ummi ceritakan ini sebab semua kesalahan seolah-olah diletakkan di pihak yang bernama suami. Dah memang pengunjung Klinik Ummi ni majoritinya perempuan, maka yang mengadunyapun semestinya perempuan. Tak tahulah Ummi kot ada juga pihak suami yang menghadapi masalah yang sama kerana isteri asyik bersms. Wallahua’lam.
Namun Ummi amat bersetuju sekiranya dipihak suami-isteri saling berterus-terang. Tak salah untuk seorang suami atau isteri berterus terang dengan pasangannya, dengan siapa mereka berinteraksi. Hal ini walaupun nampak remeh namun amat penting dalam menjaga keintiman hubungan antara suami dan isteri. Jangan dilakukan sesuatu yang boleh menimbulkan prasangka antara suami isteri.
Masa bersama antara suami isteri kalau boleh janganlah diganggu dengan aktiviti-aktiviti sms atau berborak panjang dengan rakan sekerja. Masa-masa sebegini sepatutnya dibina untuk keintiman hubungan antara suami dan isteri. Tidak kiralah bagi suami dan isteri yang kedua-duanya bekerja atau bagi isteri yang tidak bekerja. Masa untuk mereka bertemu dan bercerita itu dan ini hanya sebentar cuma. Kalau dihabiskan pula dengan aktiviti bersms, maka akan hilang mood pasangannya untuk bermesra dan membina hubungan. Lama kelamaan mereka sendiri akan terbiasa dengan aktiviti sendiri-sendiri. Suami dengan hal suami. Isteri dengan hal isteri. Maka hilanglah roh sakinah, mawaddah dan rahmah yang dicari-cari.
Semoga sedikit bebelan dari Ummi hari ini menjadi muhasabah untuk diri Ummi sendiri dan kita semua. Jangan sampai SMS mengundang bala dalam kerukunan hidup berumahtangga…
*************************************************************************************
Alang-alang bercakap pasal kemudahan, suka Ummi nasihatkan. Gunakanlah apa jua kemudahan untuk kebaikan. Jangan sampai disalahgunakan sehingga mendatangkan kemudharatan.
Acapkali Ummi mendengar luahan dari pesakit, yang terganggu kerukunan rumahtangganya hanya kerana kemudahan SMS masakini. Bagaimana?
Entahlah, macam-macam kisah yang Ummi dengar. Klinik Ummi ni dah jadi macam klinik kaunseling pulak. Mungkin ada sedikit ketidakadilan dari kisah yang Ummi ceritakan ini sebab semua kesalahan seolah-olah diletakkan di pihak yang bernama suami. Dah memang pengunjung Klinik Ummi ni majoritinya perempuan, maka yang mengadunyapun semestinya perempuan. Tak tahulah Ummi kot ada juga pihak suami yang menghadapi masalah yang sama kerana isteri asyik bersms. Wallahua’lam.
Namun Ummi amat bersetuju sekiranya dipihak suami-isteri saling berterus-terang. Tak salah untuk seorang suami atau isteri berterus terang dengan pasangannya, dengan siapa mereka berinteraksi. Hal ini walaupun nampak remeh namun amat penting dalam menjaga keintiman hubungan antara suami dan isteri. Jangan dilakukan sesuatu yang boleh menimbulkan prasangka antara suami isteri.
Semoga sedikit bebelan dari Ummi hari ini menjadi muhasabah untuk diri Ummi sendiri dan kita semua. Jangan sampai SMS mengundang bala dalam kerukunan hidup berumahtangga…
*************************************************************************************
Rabu, 25 November 2009
Selamat Berpuasa...
Assalamualaikum
Ingatkan hari ini Ummi nak cerita pasal kelebihan Puasa Hari Arafah, tup-tup bila bukak blog anak Ummi, dah ada diceritakan rupanya. Hmmm...best pulak baca artikel kakak dalam blog barunya. Jom kita sama-sama hayati apa yang diperkatakan di sini....
Selamat Berpuasa Esok Hari...!
***************************************************************************************
Jumaat, 19 Jun 2009
MC Yang Merugikan!
Assalamualaikum.
“Doktor tolong bagi MC (Medical Certificate) kat anak saya sampai hari Isnin ni, ya.”
Terkejut kucing Ummi! (Saja nak elakkan penggunaan perkataan terkejut beruk..he,he)
Apa tak terkejutnya. Hari pesakit jumpa Ummi adalah hari Khamis. Ini bermakna cuti sakit yang dipohon adalah selama 5 hari! Walhal anaknya yang dah Tingkatan 2 tu cuma mengadu demam & batuk ringan sahaja.
Bila diperiksa, demampun tak sampai 38 darjah celcius. Aduhai…
Yang Ummi sedihnya bukan apa. Kalau seorang dua sahaja ibubapa yang request, bolehlah tahan kira, kata orang Terengganu. Malangnya, trend sekarang nampak pada gayanya, kebanyakan ibubapa beriya-iya mintak cuti sakit lebih-lebih untuk si anak sedangkan sakit si anak tak seberapa sangat. Tak ke merugikan pembelajaran anak-anak mereka sendiri?
“Maaf ya kak. Dari pemeriksaan, InsyaAllah anak kak ni bila dah makan ubat nanti, akan sembuh dalam masa 2 hari dengan izin Allah. Hari ni hari Khamis, saya bagi surat cuti sakit untuk hari ini. Jumaat dan Sabtu memang dah cuti sekolah, kan? InsyaAllah sempatlah sembuh tu.”
“Alahhh…doktor buat jerlah MC sampai hari Isnin. Kan kalau melarat, kesian dia.”
Bila dah didesak macam tu, terasalah juga Ummi nak smash…huhuhu….(boleh tahan juga Dr Ummi ni.)
“Kak, anak-anak ni kan, jangan diajar manja sangat. Nanti bila dah besar, diaorang dah tak tahan nak menghadapi cabaran hidup. Lagilah di zaman yang serba mencabar ni. Anak-anak saya sendiri kak, saya tak pernah kasi MC kalau demam. Diaorang pulak cukup faham betapa ruginya matapelajaran yang ditinggalkan bila diaorang terpaksa ponteng atau cuti sakit. Sebab apa? Sebab kita ibubapa selalu beri penekanan perihal pentingnya sekolah. Sampaikan setiap kali demam, yang masih prasekolahpun akan bawa sendiri ubat ke sekolah setelah dipastikan bila masanya dos ulangan ubat perlu diambil.”
Waduh! Panjang lebar juga rupanya Dr Ummi smash! Huwaa….
Rupanya bila Ummi dah cakap macam tu, kakak ni terus terdiam dan tersipu-sipu.
“Kalau gitu, tak apalah doktor. Cukuplah MC hari ini. Terimakasih ya doktor.”
Bila kakak tadi keluar dari bilik doktor, Ummi termenung sendiri.
Kita ibubapa di zaman milennium, seringkali keliru. Ya, memang keliru! Keliru di antara menyayangi dan mendidik. Benarkah erti sayang yang dicurahkan kepada anak-anak sehingga pendidikan terabai? Perlukah kita menyerlahkan rasa kasihsayang pada anak-anak di setiap detik dan ketika sehingga anak tidak lagi kuat menghadapi dugaan tanpa sokongan kedua ibubapa? Ataukah didikan keras yang kita terapkan pada anak-anak untuk membiasakan mereka menghadapi gelombang arus kehidupan yang tidak menentu ini memberi maksud terkorbannya rasa kasihsayang kita pada anak-anak?
Sungguh Ummi gerun menghadapi cabaran ini…..
Suatu hari semasa Ali memberi syarahan dalam suatu majlis ilmu, datang 10 orang lelaki yang hendak menguji kehebatan ilmunya.
“Wahai Ali, benarkah Rasulullah berkata, saya adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya?” Tanya salah seorang daripada lelaki itu.
“Memang benar…” Jawab khalifah Ali bin Abi Talib.
Lelaki pertama bertanya, “Wahai Ali, manakah yang lebih baik antara ilmu dengan harta?”
“Sudah tentu ilmu itu lebih baik daripada harta.” Jawab Ali.
“Apa dalilnya, wahai Ali?” Tanya lelaki itu lagi.
“Wahai saudaraku, ilmu itu adalah warisan para nabi dan rasul. Harta itu warisan Qarun, Firaun, Syaddad dan lain-lain.” Jawab Ali.
Lelaki kedua pula bertanya, “Wahai Ali, manakah yang lebih baik antara ilmu dengan harta?”
“Tentulah ilmu itu yang lebih baik daripada harta.” Jawab Khalifah Ali. Dia tidak menunjukkan rasa marah.
“Apa dalilnya?” Tanya lelaki kedua itu lagi.
“Wahai saudaraku, ilmu itu menjaga kamu tetapi harta itu kamu yang menjaganya.” Jawab Khalifah Ali.
Lelaki ketiga pula bertanya, “Wahai Ali, manakah yang lebih baik antara harta dengan ilmu?” Maka dijawab oleh Khalifah Ali, “Wahai saudaraku, orang yang mempunyai banyak harta akan mempunyai ramai musuh. Tetapi orang yang banyak ilmu mendapat ramai kawan.”
Lelaki keempat juga bertanya soalan yang sama. Jawapan Ali, “Wahai saudaraku, harta itu apabila dibelanjakan ia akan berkurang. Tetapi ilmu itu jika diamalkan akan bertambah.”
Lelaki kelima juga bertanyakan soalan yang sama. Maka dijawab oleh Ali, “Wahai saudaraku, orang yang banyak harta biasanya kedekut dan tidak dihormati. Mereka yang banyak ilmu pemurah dan dihormati.”
Lelaki keenam pula bertanya lalu dijawab oleh Khalifah Ali, “Pemilik harta akan dihisab di hari kiamat. Ilmu pula akan memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat.”
Khalifah Ali memandang ke arah lelaki yang ketujuh lalu berkata, “Harta menjadikan pemiliknya keras hati, tetapi ilmu menjadikan pemiliknya terang hati.”
Kepada lelaki kelapan Khalifah Ali berkata, “Harta semakin lama disimpan ia semakin usang tetapi ilmu tidak usang dan tidak lapuk.”
Kemudian Khalifah Ali terus berkata, “Pemilik harta akan berkata harta itu milik dia. Pemilik ilmu pula berkata ilmu itu milik Allah.”
Akhirnya 10 lelaki yang hendak menduga ilmu Khalifah Ali bin Abi Talib itu beredar. Orang ramai berasa kagum kerana Khalifah Ali dapat menjawab banyak jawapan dengan hanya satu soalan.
“Sekiranya 100 orang yang datang bertanya satu soalan yang sama aku boleh memberi 100 jawapan yang berbeza.” Kata Khalifah Ali bin Abi Talib.
*************************************************************************************
“Doktor tolong bagi MC (Medical Certificate) kat anak saya sampai hari Isnin ni, ya.”Terkejut kucing Ummi! (Saja nak elakkan penggunaan perkataan terkejut beruk..he,he)
Apa tak terkejutnya. Hari pesakit jumpa Ummi adalah hari Khamis. Ini bermakna cuti sakit yang dipohon adalah selama 5 hari! Walhal anaknya yang dah Tingkatan 2 tu cuma mengadu demam & batuk ringan sahaja.
Bila diperiksa, demampun tak sampai 38 darjah celcius. Aduhai…
Yang Ummi sedihnya bukan apa. Kalau seorang dua sahaja ibubapa yang request, bolehlah tahan kira, kata orang Terengganu. Malangnya, trend sekarang nampak pada gayanya, kebanyakan ibubapa beriya-iya mintak cuti sakit lebih-lebih untuk si anak sedangkan sakit si anak tak seberapa sangat. Tak ke merugikan pembelajaran anak-anak mereka sendiri?
“Maaf ya kak. Dari pemeriksaan, InsyaAllah anak kak ni bila dah makan ubat nanti, akan sembuh dalam masa 2 hari dengan izin Allah. Hari ni hari Khamis, saya bagi surat cuti sakit untuk hari ini. Jumaat dan Sabtu memang dah cuti sekolah, kan? InsyaAllah sempatlah sembuh tu.”“Alahhh…doktor buat jerlah MC sampai hari Isnin. Kan kalau melarat, kesian dia.”
Bila dah didesak macam tu, terasalah juga Ummi nak smash…huhuhu….(boleh tahan juga Dr Ummi ni.)
“Kak, anak-anak ni kan, jangan diajar manja sangat. Nanti bila dah besar, diaorang dah tak tahan nak menghadapi cabaran hidup. Lagilah di zaman yang serba mencabar ni. Anak-anak saya sendiri kak, saya tak pernah kasi MC kalau demam. Diaorang pulak cukup faham betapa ruginya matapelajaran yang ditinggalkan bila diaorang terpaksa ponteng atau cuti sakit. Sebab apa? Sebab kita ibubapa selalu beri penekanan perihal pentingnya sekolah. Sampaikan setiap kali demam, yang masih prasekolahpun akan bawa sendiri ubat ke sekolah setelah dipastikan bila masanya dos ulangan ubat perlu diambil.”Waduh! Panjang lebar juga rupanya Dr Ummi smash! Huwaa….
Rupanya bila Ummi dah cakap macam tu, kakak ni terus terdiam dan tersipu-sipu.
“Kalau gitu, tak apalah doktor. Cukuplah MC hari ini. Terimakasih ya doktor.”
Bila kakak tadi keluar dari bilik doktor, Ummi termenung sendiri.
Sungguh Ummi gerun menghadapi cabaran ini…..
*************************************************************************************
Suatu hari semasa Ali memberi syarahan dalam suatu majlis ilmu, datang 10 orang lelaki yang hendak menguji kehebatan ilmunya.“Wahai Ali, benarkah Rasulullah berkata, saya adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya?” Tanya salah seorang daripada lelaki itu.
“Memang benar…” Jawab khalifah Ali bin Abi Talib.
Lelaki pertama bertanya, “Wahai Ali, manakah yang lebih baik antara ilmu dengan harta?”
“Sudah tentu ilmu itu lebih baik daripada harta.” Jawab Ali.
“Apa dalilnya, wahai Ali?” Tanya lelaki itu lagi.
“Wahai saudaraku, ilmu itu adalah warisan para nabi dan rasul. Harta itu warisan Qarun, Firaun, Syaddad dan lain-lain.” Jawab Ali.Lelaki kedua pula bertanya, “Wahai Ali, manakah yang lebih baik antara ilmu dengan harta?”
“Tentulah ilmu itu yang lebih baik daripada harta.” Jawab Khalifah Ali. Dia tidak menunjukkan rasa marah.
“Apa dalilnya?” Tanya lelaki kedua itu lagi.
“Wahai saudaraku, ilmu itu menjaga kamu tetapi harta itu kamu yang menjaganya.” Jawab Khalifah Ali.
Lelaki ketiga pula bertanya, “Wahai Ali, manakah yang lebih baik antara harta dengan ilmu?” Maka dijawab oleh Khalifah Ali, “Wahai saudaraku, orang yang mempunyai banyak harta akan mempunyai ramai musuh. Tetapi orang yang banyak ilmu mendapat ramai kawan.”Lelaki keempat juga bertanya soalan yang sama. Jawapan Ali, “Wahai saudaraku, harta itu apabila dibelanjakan ia akan berkurang. Tetapi ilmu itu jika diamalkan akan bertambah.”
Lelaki kelima juga bertanyakan soalan yang sama. Maka dijawab oleh Ali, “Wahai saudaraku, orang yang banyak harta biasanya kedekut dan tidak dihormati. Mereka yang banyak ilmu pemurah dan dihormati.”
Lelaki keenam pula bertanya lalu dijawab oleh Khalifah Ali, “Pemilik harta akan dihisab di hari kiamat. Ilmu pula akan memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat.”
Khalifah Ali memandang ke arah lelaki yang ketujuh lalu berkata, “Harta menjadikan pemiliknya keras hati, tetapi ilmu menjadikan pemiliknya terang hati.”Kepada lelaki kelapan Khalifah Ali berkata, “Harta semakin lama disimpan ia semakin usang tetapi ilmu tidak usang dan tidak lapuk.”
Kemudian Khalifah Ali terus berkata, “Pemilik harta akan berkata harta itu milik dia. Pemilik ilmu pula berkata ilmu itu milik Allah.”
Akhirnya 10 lelaki yang hendak menduga ilmu Khalifah Ali bin Abi Talib itu beredar. Orang ramai berasa kagum kerana Khalifah Ali dapat menjawab banyak jawapan dengan hanya satu soalan.
“Sekiranya 100 orang yang datang bertanya satu soalan yang sama aku boleh memberi 100 jawapan yang berbeza.” Kata Khalifah Ali bin Abi Talib.
*************************************************************************************
Isnin, 25 Mei 2009
Warkah Buat Along...
Assalamualaikum.
Anakandaku tercinta, Along ;
Kejadian semalam kembali mengingatkan Ummi untuk memuhasabahkan diri Ummi sendiri dan memuhasabahkan anak-anak Ummi yang dikasihi.
Sebagaimana perbualan kita di telefon semalam, sungguh Ummi bersyukur kehadhrat Allah SWT di atas nikmat keselamatan yang dikurniakan Allah ke atas Along semasa kejadian ragut itu.
Tak dapat Ummi bayangkan, kalaulah Along bersetuju masuk ke kereta mereka untuk menunjukkan arah Pantai Sabak. Ummi tahu Along anak yang baik. Siapapun yang bermasalah, Along cuba rungkaikan permasalahan mereka. Kejadian semalam menjadi muhasabah dan peringatan untuk Along, adik-adik dan rakan-rakan Along, agar selepas ini lebih berhati-hati dalam memberikan pertolongan.
Bukan ajaran Islam untuk kita bersikap lokek dalam memberikan bantuan dan pertolongan kepada insan yang memerlukan…namun dalam suasana dunia yang penuh dengan penipuan ini, amat wajar bagi kita untuk lebih bersikap hati-hati dan berjaga-jaga!
Tak dapat juga Ummi bayangkan, bagaimana kiranya si hamba Allah yang meragut Along ini menghunuskan pisau pada Along di waktu Along cuba melawan! Ya Allah, betapa besar kurniaan keselamatan yang telah Engkau berikan buat anakku ya Allah…
Along yang sangat-sangat Ummi kasihi ;
Ummi pohon untuk Along kembali memuhasabahkan diri di atas kejadian yang baru berlaku ini. Usah Along terkilan dengan kehilangan telefon bimbit yang dipinjamkan Allah sementara waktu untuk Along. Ummi pasti ada hikmah yang besar di sebalik kejadian itu!
Doa dari Ummi dan Abi tidak pernah lekang dari bibir agar anak-anak Ummi dan Abi menjadi anak-anak yang soleh dan solehah serta bakal menjadi ulamak yang muktabar, pejuang agama Allah!
Sehubungan itu, ingin Ummi bertanya pada Along…
Pernahkah Along leka dengan pemilikan telefon bimbit yang Ummi Abi hadiahkan dengan niat untuk memudahkan perhubungan di antara seorang anak dan kedua ibubapanya itu? Pernahkah Along menggunakan telefon itu ke arah perkara yang lagha sehingga Along mengabaikan solat di awal waktu atau sehingga secara tidak sedar Along telah mengurangkan masa bersama Allah? Atau telefon itu lebih kepada alat untuk Along berinteraksi sesama rakan dalam perkara yang lagha berbanding tujuannya yang asal sebagai alat untuk memudahkan hubungan dan mengeratkan hubungan antara ahli keluarga?
Ummi tidak terkilan dengan wang yang melayang atas asbab hilangnya telefon bimbit itu, malah Ummi bersyukur ke hadhrat Allah SWT kerana asbab kehilangan ini telah menyebabkan kita kembali berfikir dan kembali memuhasabahkan diri.
Along anakku tercinta ;
Apa jua mudharat yang berlaku dalam persekitaran hidup ini, kembalilah kepada Allah. Bersujud syukurlah kepada Allah atas keselamatan yang telah dikurniakannya buat Along dan mohonlah taubat dari Allah SWT di atas segala kelalaian dan kelekaan kita selama ini kerana sesungguhnya ujian yang Allah berikan pada kita ini adalah kaffarah ke atas dosa-dosa kita yang tidak kita sedari.
Ingatlah Allah, kembalilah kepada Allah, wahai anak-anakku tercinta…
Semoga kalian hidup sebagai insan yang pandangan, pendengaran dan perbuatannya di atas dasar taqwa, yang taat kepada perintah Allah, yang mencintai dan setia kepada kekasihNya, yang memusuhi dan membenci musuh-musuhNya…
Ameen Ya Rabbal ‘Alamin.
Salam Kasih Cinta Tak Bersyarat ;
Ummi...
(25 Mei 2009)
*************************************************************************************
Anakandaku tercinta, Along ;
Kejadian semalam kembali mengingatkan Ummi untuk memuhasabahkan diri Ummi sendiri dan memuhasabahkan anak-anak Ummi yang dikasihi.Sebagaimana perbualan kita di telefon semalam, sungguh Ummi bersyukur kehadhrat Allah SWT di atas nikmat keselamatan yang dikurniakan Allah ke atas Along semasa kejadian ragut itu.
Tak dapat Ummi bayangkan, kalaulah Along bersetuju masuk ke kereta mereka untuk menunjukkan arah Pantai Sabak. Ummi tahu Along anak yang baik. Siapapun yang bermasalah, Along cuba rungkaikan permasalahan mereka. Kejadian semalam menjadi muhasabah dan peringatan untuk Along, adik-adik dan rakan-rakan Along, agar selepas ini lebih berhati-hati dalam memberikan pertolongan.
Bukan ajaran Islam untuk kita bersikap lokek dalam memberikan bantuan dan pertolongan kepada insan yang memerlukan…namun dalam suasana dunia yang penuh dengan penipuan ini, amat wajar bagi kita untuk lebih bersikap hati-hati dan berjaga-jaga!
Tak dapat juga Ummi bayangkan, bagaimana kiranya si hamba Allah yang meragut Along ini menghunuskan pisau pada Along di waktu Along cuba melawan! Ya Allah, betapa besar kurniaan keselamatan yang telah Engkau berikan buat anakku ya Allah…
Along yang sangat-sangat Ummi kasihi ;
Ummi pohon untuk Along kembali memuhasabahkan diri di atas kejadian yang baru berlaku ini. Usah Along terkilan dengan kehilangan telefon bimbit yang dipinjamkan Allah sementara waktu untuk Along. Ummi pasti ada hikmah yang besar di sebalik kejadian itu!Doa dari Ummi dan Abi tidak pernah lekang dari bibir agar anak-anak Ummi dan Abi menjadi anak-anak yang soleh dan solehah serta bakal menjadi ulamak yang muktabar, pejuang agama Allah!
Sehubungan itu, ingin Ummi bertanya pada Along…
Pernahkah Along leka dengan pemilikan telefon bimbit yang Ummi Abi hadiahkan dengan niat untuk memudahkan perhubungan di antara seorang anak dan kedua ibubapanya itu? Pernahkah Along menggunakan telefon itu ke arah perkara yang lagha sehingga Along mengabaikan solat di awal waktu atau sehingga secara tidak sedar Along telah mengurangkan masa bersama Allah? Atau telefon itu lebih kepada alat untuk Along berinteraksi sesama rakan dalam perkara yang lagha berbanding tujuannya yang asal sebagai alat untuk memudahkan hubungan dan mengeratkan hubungan antara ahli keluarga?
Ummi tidak terkilan dengan wang yang melayang atas asbab hilangnya telefon bimbit itu, malah Ummi bersyukur ke hadhrat Allah SWT kerana asbab kehilangan ini telah menyebabkan kita kembali berfikir dan kembali memuhasabahkan diri.
Along anakku tercinta ;Apa jua mudharat yang berlaku dalam persekitaran hidup ini, kembalilah kepada Allah. Bersujud syukurlah kepada Allah atas keselamatan yang telah dikurniakannya buat Along dan mohonlah taubat dari Allah SWT di atas segala kelalaian dan kelekaan kita selama ini kerana sesungguhnya ujian yang Allah berikan pada kita ini adalah kaffarah ke atas dosa-dosa kita yang tidak kita sedari.
Ingatlah Allah, kembalilah kepada Allah, wahai anak-anakku tercinta…
Semoga kalian hidup sebagai insan yang pandangan, pendengaran dan perbuatannya di atas dasar taqwa, yang taat kepada perintah Allah, yang mencintai dan setia kepada kekasihNya, yang memusuhi dan membenci musuh-musuhNya…
Ameen Ya Rabbal ‘Alamin.
Salam Kasih Cinta Tak Bersyarat ;
Ummi...
(25 Mei 2009)
*************************************************************************************
Ahad, 1 Mac 2009
Janji Yang Keji...
Assalamualaikum.
Sebak? Sesal? Kesal? Geram? Entah seribu macam rasa yang sukar diungkapkan. Hakikatnya itulah yang Ummi rasai sekarang.
Semestinya boikot itu bukan merupakan suatu kesukaran, namun untuk mencari galang gantinya seribu satu permasalahan. "Gunalah Produk Tempatan!" "Sokonglah Syarikat Muslim!" Namun seringkali berlaku, syarikat tempatan dan syarikat muslim inilah juga yang telah menghancurkan kepercayaan pelanggan tempatan dan pelanggan muslim!
Sampai begitu sekali tanggapan Ummi terhadap syarikat tempatan? Maaf…sebagai seorang doktor a.k.a ahli perniagaan, hati ini sentiasa berkobar-kobar untuk merealisasikan usaha memartabatkan syarikat tempatan vs muslim berbanding syarikat luar negara! Sayangnya seringkali cita-cita itu terpadam dan terus mendap tanpa sedar atas sikap dan khidmat paling buruk yang ditonjolkan.
Bayangkan!
“Dr, tolong masukkan duit segera,ya. Lepas dr masuk duit, kita akan terus hantaq barang.”
Pada hari yang sama (30 November 2008), transfer online dibuat - RM2,940.00.
Sebaik sahaja pembayaran selesai ;
“Dr, saya lupa nak habaq tadi. Kita ada juga jual produk …... Baguih kalau dr ambik sekali. Kita offer…..”
Setelah timbang-kira dibuat, persetujuan dicapai, esoknya…
“Dr, dah masuk duit belum? Kita nak hantaq barang hari ni.”
“Okay, sekejap lagi saya transfer.”
Maka pada tarikh 1 Disember 2008, tambahan pembayaran sebanyak RM642.00 dibuat. Selesai…
Nak tahu bila produk sampai?
20 hari kemudiannya iaitu pada tarikh 20 Disember 2008! Itupun yang sampai hanya sejumlah RM1,380.00 sedangkan produk berbayar adalah sebanyak RM 3,582.00.
Apabila ditanya, jawabnya:
“Tak pa doktor. Minggu ni kita hantaq.”
Tak sampai juga…
“Tak pa doktor. Khamis ni kita hantaq.”
Tak sampai juga…
“Sabtu ni sampai.”
Tak sampai juga…
“Okay doktor. Kita pos hari ini…”
Tak sampai juga…
Begitulah seterusnya sehingga ke tarikh entry ini diposkan…tepat 3 bulan lamanya! Ummi masih menunggu dan menunggu…
Yang terakhir, sempat Ummi mumuhasabahkan si hamba Allah ini..bukankah seorang Islam, apabila dia berjanji dan dia memungkiri janjinya, maka dia tergolong dalam golongan orang-orang munafik?
Malah janji terakhir dari beliau adalah dengan ucapan ‘saya berjanji dengan bersaksikan Allah…’.
Sayangnya, dia tetap memungkiri janji…
Bukan duit lesap yang kurisaukan, namun sikap pengusaha melayu yang mengaku muslim itulah yang menjadi kebimbangan…berapa ramai lagi antara kita yang terlalu mudah membuat janji dan kemudiannya menerjunkan diri ke kancah munafik??? Itulah janji yang paling keji!
*************************************************************************************
*************************************************************************************
Sebak? Sesal? Kesal? Geram? Entah seribu macam rasa yang sukar diungkapkan. Hakikatnya itulah yang Ummi rasai sekarang.Semestinya boikot itu bukan merupakan suatu kesukaran, namun untuk mencari galang gantinya seribu satu permasalahan. "Gunalah Produk Tempatan!" "Sokonglah Syarikat Muslim!" Namun seringkali berlaku, syarikat tempatan dan syarikat muslim inilah juga yang telah menghancurkan kepercayaan pelanggan tempatan dan pelanggan muslim!
Sampai begitu sekali tanggapan Ummi terhadap syarikat tempatan? Maaf…sebagai seorang doktor a.k.a ahli perniagaan, hati ini sentiasa berkobar-kobar untuk merealisasikan usaha memartabatkan syarikat tempatan vs muslim berbanding syarikat luar negara! Sayangnya seringkali cita-cita itu terpadam dan terus mendap tanpa sedar atas sikap dan khidmat paling buruk yang ditonjolkan.
Bayangkan!
“Dr, tolong masukkan duit segera,ya. Lepas dr masuk duit, kita akan terus hantaq barang.”
Pada hari yang sama (30 November 2008), transfer online dibuat - RM2,940.00.
Sebaik sahaja pembayaran selesai ;
“Dr, saya lupa nak habaq tadi. Kita ada juga jual produk …... Baguih kalau dr ambik sekali. Kita offer…..”
Setelah timbang-kira dibuat, persetujuan dicapai, esoknya…
“Dr, dah masuk duit belum? Kita nak hantaq barang hari ni.”
“Okay, sekejap lagi saya transfer.”
Maka pada tarikh 1 Disember 2008, tambahan pembayaran sebanyak RM642.00 dibuat. Selesai…
Nak tahu bila produk sampai?
20 hari kemudiannya iaitu pada tarikh 20 Disember 2008! Itupun yang sampai hanya sejumlah RM1,380.00 sedangkan produk berbayar adalah sebanyak RM 3,582.00.
Apabila ditanya, jawabnya:
“Tak pa doktor. Minggu ni kita hantaq.”
Tak sampai juga…
“Tak pa doktor. Khamis ni kita hantaq.”
Tak sampai juga…
“Sabtu ni sampai.”
Tak sampai juga…
“Okay doktor. Kita pos hari ini…”
Tak sampai juga…
Begitulah seterusnya sehingga ke tarikh entry ini diposkan…tepat 3 bulan lamanya! Ummi masih menunggu dan menunggu…
Yang terakhir, sempat Ummi mumuhasabahkan si hamba Allah ini..bukankah seorang Islam, apabila dia berjanji dan dia memungkiri janjinya, maka dia tergolong dalam golongan orang-orang munafik? Malah janji terakhir dari beliau adalah dengan ucapan ‘saya berjanji dengan bersaksikan Allah…’.
Sayangnya, dia tetap memungkiri janji…
Bukan duit lesap yang kurisaukan, namun sikap pengusaha melayu yang mengaku muslim itulah yang menjadi kebimbangan…berapa ramai lagi antara kita yang terlalu mudah membuat janji dan kemudiannya menerjunkan diri ke kancah munafik??? Itulah janji yang paling keji!
*************************************************************************************
*************************************************************************************
Isnin, 23 Februari 2009
Peliharalah Solatmu...
Assalamualaikum.
Semalam Ummi berchatting bersama anak sulung Ummi dan tiba-tiba Along mengirimkan Ummi sebuah sajak…
Apasal kau malas sembahyang,
Tuhan kasi engkau jasad siap-siap dengan bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh siang malam.......
Apasal kau malas sembahyang,
Hidup dah best hatipun senang,
Negarapun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit kau tak boleh luang??....
Apasal kau malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya kau tak bengang,
Tuhan bagi akal bokeh fikir susah dan senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa engkau tidak kenang????
Apasal la kau malas sembahyang,
Main bola kau sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert kau sanggup sampai petang,
Apa kau ingat masuk syurga boleh berhutang...???
Apasal la kau malas sembahyang,
Kau kena ingat umur kita bukan panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang.....(nauzubillah)
Apasal la kau malas sembahyang,
Seksa neraka cubalah kau bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tiada siapa boleh halang!!!!!
Ingatlah wahai rakan dan taulan,
Sematkanlah di hati wahai kawan-kawan,
Fikirkanlah sejenak pada orang tua pesan,
SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN....
Ya Allah..sebaik sahaja selesai membacakan sajak ini, Ummi terasa ringan. Benar, memang benar..inilah jawapan terhadap kegusaran hati Ummi dalam beberapa hari ini. Memang ada sesuatu yang menggusarkan hati Ummi dan inilah jawapannya!
Menjadi seorang doktor yang tidak lepas dari tanggungjawab sebagai seorang da’ie sememangnya amat menggusarkan. Apatah lagi dalam keadaan ilmu di dada yang terlalu cetek. Semoga Allah sentiasa membuka peluang untuk diri ini menggarap ilmu dan kalam Allah yang terlalu luas itu…
Beberapa hari lepas, sekali lagi Ummi dikunjungi oleh anak gadis yang datang untuk mendapatkan rawatan. Masalah yang diutarakan: Tidak datang haid selama 3 bulan. Jauh di sudut hati, kucuba untuk bersangka baik. Malah sememangnya sangat-sangat kuharapkan agar diagnosis yang bakal kutemui nanti hanyalah disebabkan oleh faktor gangguan hormon.
Setelah mendengar aduan pesakit, kucadangkan agar pesakit membuat pemeriksaan ultrasound. Apatah lagi sewaktu pendaftaran sebentar tadi, ibu pesakit menolak mentah-mentah screening airkencing dijalankan terhadap anaknya atas alasan anaknya masih belum berkahwin. Sememangnya rutin di klinikku, air kencing akan diambil terlebih dahulu untuk aduan-aduan tertentu sebelum doktor melakukan pemeriksaan dan ujian lanjut. Okay…staffku menerima alasan itu dengan hati yang lapang…
Sebaik sahaja ujian ultrasound dijalankan setelah mendapat persetujuan pesakit, apa yang kuharapkan tidak terjadi, sememangnya terjadi…pesakit disahkan hamil 3 bulan! Ya Allah…sungguh amat-amat kuharapkan agar diagnosis ini tidak kutemui. Sementelahan pula dalam situasi si gadis yang langsung tidak menunjukkan reaksi penyesalan atau dengan kata lain, reaksi seseorang yang telah melakukan dosa besar!
Tidak tegar rasanya untuk Ummi mengulas lanjut. Namun apa yang ingin Ummi kongsikan..rata-rata si gadis yang terlibat dengan penzinaan ini apabila ditanya “Adik sembahyang ke tidak? Adik pernah tak tinggal sembahyang?” Apa jawapan mereka? Sememangnya mereka tidak pernah menjaga solat yang diwajibkan Allah SWT lima kali sehari semalam!
Ya Allah, amat benar sekali FirmanMu yang bermaksud:
“Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al-Kitab (Al-Qur’an) dan dirikanlah solat. sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain) dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”
(Al-‘Ankabuut: 45)
Apalagi yang mampu Ummi coretkan? Hanya pesanan untuk diri sendiri, anak-anak yang Ummi kasihi dan semua para ibubapa…Peliharalah solatmu, Peliharalah solatmu, Peliharalah solatmu SERTA Peliharalah solat anak-anak kita, Peliharalah solat anak-anak kita, Peliharalah solat anak-anak kita…!!!
Berdoalah sentiasa, berdoalah…agar diri kita dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang sentiasa memelihara solat…
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku dan zuriat keturunanku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
*************************************************************************************
Semalam Ummi berchatting bersama anak sulung Ummi dan tiba-tiba Along mengirimkan Ummi sebuah sajak…
Apasal kau malas sembahyang,
Tuhan kasi engkau jasad siap-siap dengan bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh siang malam.......
Apasal kau malas sembahyang,
Hidup dah best hatipun senang,
Negarapun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit kau tak boleh luang??....
Apasal kau malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya kau tak bengang,
Tuhan bagi akal bokeh fikir susah dan senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa engkau tidak kenang????
Apasal la kau malas sembahyang,
Main bola kau sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert kau sanggup sampai petang,
Apa kau ingat masuk syurga boleh berhutang...???
Apasal la kau malas sembahyang,
Kau kena ingat umur kita bukan panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang.....(nauzubillah)
Apasal la kau malas sembahyang,
Seksa neraka cubalah kau bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tiada siapa boleh halang!!!!!
Ingatlah wahai rakan dan taulan,
Sematkanlah di hati wahai kawan-kawan,
Fikirkanlah sejenak pada orang tua pesan,
SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN....
Ya Allah..sebaik sahaja selesai membacakan sajak ini, Ummi terasa ringan. Benar, memang benar..inilah jawapan terhadap kegusaran hati Ummi dalam beberapa hari ini. Memang ada sesuatu yang menggusarkan hati Ummi dan inilah jawapannya!Menjadi seorang doktor yang tidak lepas dari tanggungjawab sebagai seorang da’ie sememangnya amat menggusarkan. Apatah lagi dalam keadaan ilmu di dada yang terlalu cetek. Semoga Allah sentiasa membuka peluang untuk diri ini menggarap ilmu dan kalam Allah yang terlalu luas itu…
Beberapa hari lepas, sekali lagi Ummi dikunjungi oleh anak gadis yang datang untuk mendapatkan rawatan. Masalah yang diutarakan: Tidak datang haid selama 3 bulan. Jauh di sudut hati, kucuba untuk bersangka baik. Malah sememangnya sangat-sangat kuharapkan agar diagnosis yang bakal kutemui nanti hanyalah disebabkan oleh faktor gangguan hormon.
Setelah mendengar aduan pesakit, kucadangkan agar pesakit membuat pemeriksaan ultrasound. Apatah lagi sewaktu pendaftaran sebentar tadi, ibu pesakit menolak mentah-mentah screening airkencing dijalankan terhadap anaknya atas alasan anaknya masih belum berkahwin. Sememangnya rutin di klinikku, air kencing akan diambil terlebih dahulu untuk aduan-aduan tertentu sebelum doktor melakukan pemeriksaan dan ujian lanjut. Okay…staffku menerima alasan itu dengan hati yang lapang…
Sebaik sahaja ujian ultrasound dijalankan setelah mendapat persetujuan pesakit, apa yang kuharapkan tidak terjadi, sememangnya terjadi…pesakit disahkan hamil 3 bulan! Ya Allah…sungguh amat-amat kuharapkan agar diagnosis ini tidak kutemui. Sementelahan pula dalam situasi si gadis yang langsung tidak menunjukkan reaksi penyesalan atau dengan kata lain, reaksi seseorang yang telah melakukan dosa besar!Tidak tegar rasanya untuk Ummi mengulas lanjut. Namun apa yang ingin Ummi kongsikan..rata-rata si gadis yang terlibat dengan penzinaan ini apabila ditanya “Adik sembahyang ke tidak? Adik pernah tak tinggal sembahyang?” Apa jawapan mereka? Sememangnya mereka tidak pernah menjaga solat yang diwajibkan Allah SWT lima kali sehari semalam!
Ya Allah, amat benar sekali FirmanMu yang bermaksud:
“Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al-Kitab (Al-Qur’an) dan dirikanlah solat. sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain) dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”(Al-‘Ankabuut: 45)
Apalagi yang mampu Ummi coretkan? Hanya pesanan untuk diri sendiri, anak-anak yang Ummi kasihi dan semua para ibubapa…Peliharalah solatmu, Peliharalah solatmu, Peliharalah solatmu SERTA Peliharalah solat anak-anak kita, Peliharalah solat anak-anak kita, Peliharalah solat anak-anak kita…!!!Berdoalah sentiasa, berdoalah…agar diri kita dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang sentiasa memelihara solat…
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku dan zuriat keturunanku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
(Surah Ibrahim: 40)
*************************************************************************************
Ahad, 22 Februari 2009
Tag Muhasabah Boikot !
Assalamualaikum.
He,he,he...rasanya Ummilah orang yang paling malas apabila di'tag'. Macam-macam alasan akan dicipta untuk melepaskan diri dari di'tag'. Namun kali ini Ummi rasa Ummi tidak berupaya lagi untuk melepaskan diri kerana 'tag' yang diberikan kepada Ummi oleh sahabiah tersayang, Baity
adalah 'tag' berunsur dakwah. Maka tidak wajar rasanya untuk Ummi mengabaikannya...
Terimakasih Baity...
. Siapa pula yang bakal menjadi mangsa Ummi untuk di'tag'? Jangan risau...InsyaAllah usaha anda dalam menjawab 'tag' ini pasti ada ganjarannya di sisi Allah...
He,he,he...rasanya Ummilah orang yang paling malas apabila di'tag'. Macam-macam alasan akan dicipta untuk melepaskan diri dari di'tag'. Namun kali ini Ummi rasa Ummi tidak berupaya lagi untuk melepaskan diri kerana 'tag' yang diberikan kepada Ummi oleh sahabiah tersayang, Baity
Terimakasih Baity...
Apa 'tag' nya?
Senaraikan 5 produk dari senarai panjang di bawah yang telah anda boikot, dan senaraikan 5 produk yang anda cuba untuk boikot. Akhir sekali, senaraikan juga 5 produk yang anda dapati amat sukar untuk diboikot. Kemudian, tag 5 orang sahabat blogger anda yang lain.
Tag ini bertujuan memastikan mereka yang memperolehnya mengenalpasti produk yang dipakai yang telah memberi kesan kepada hidup mereka dan hidup rakyat Palestin! Secara tidak sedar rupanya kita juga seolah-olah telah berpihak kepada Israel!
Anda juga boleh membandingkan senarai anda dan senarai rakan anda: Jika mereka boleh memboikot sesuatu produk yang anda belum boikot, kenapa anda tidak boleh memboikotnya juga?
Syarikat : Phillip Morris
Produk : Rokok dan Makanan
Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince
Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut - KFC
Produk : Minuman
Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper
Syarikat : Nestle
Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips, Milo
Syarikat : Disney
Produk : Disneyland, Euro-Disney
Jenama : Disney, Kartun, Filem
Syarikat : Delta Galil Industries Ltd.
Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut
Jenama : JC Penney , Carrefour, Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca
Syarikat : Nokia
Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik
Syarikat : Danone
Produk : Makanan, minuman dan biskut
Jenama : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette, Biskut Tiger, Oreo
Syarikat : Johnson & Johnson
Produk : Kesihatan
Syarikat : Revlon
Produk : Kosmetik
Syarikat : AOL Time Warner
Produk : Media Elektronik dan Cetak
Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine
Syarikat : IBM
Syarikat : L’Oreal
Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson
Syarikat : Intel
Produk : Perkakasan computer
Syarikat : Estee Lauder
Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila
Syarikat : News Corporation
Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins
Syarikat : Kimberly-Clark
Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex
Syarikat : Sara Lee
Produk : Pakaian, Kesihatan
Jenama : Hanes, Playtex, Champion, Leggs, Douwe Egberts, Bryan, DIM, Ambi Pur, Bali, Superior Coffee, Just My Size, Kiwi, Maison Cafe, Nur die, Pilao, Lovable, Outer Banks, Wonderbra, Sanex, Pickwick, Gossard, Body Mist, Brylcreem, Aqua Velva, Mandian Radox, Glade
Syarikat : Procter and Gamble
Produk : Kesihatan, sabun, syampu
Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, Colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean
MARS INC - Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies
HASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger
GILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman
COLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic
Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz
Caltex
####################################################################
5 Produk Yang Dah Lama Ummi Boikot :
1. Coca-Cola / Pizza Hut / KFC (Wah! Yang ini cabarannya cukup kuat. Tahu-tahu jelah siapa yang ada anak-anak kecil. Walaubagaimanapun oleh kerana A&W tak termasuk dalam senarai, kadang-kadang cingluk juga le pergi bawa anak-anak lepas gian. Ada sesiapa tahu A&W ni masuk senarai boikot ke tidak?)
2. Colgate (Hmm..sama macam Baity. Dah lama boikot sejak diorang sombong nak declare halal! Sekarang Kak Ummi guna ubat gigi Halagel….)
3. Tisu Kleenex (Jenama ni memang bagus tapi masih banyak alternatifnya..Alhamdulillah. Kak Ummi guna Compact - tak masuk senarai produk Yahudi, kan?)
4. Sabun & Syampoo keluaran Procter & Gamble (Tak payahlah nak pakai syarikat ni punya. Berlambak lagi pilihan lain. Beli barangan harian ni, Abi cukup-cukup strict! Pastikan ada cop Halal Jakim & bukan keluaran Yahudi! Hmm..terimakasih Abi. Kalau harapkan Ummi aja, kadang-kadang tak terlawan juga nafsu. Almaklum..perempuan ni kan suka sangat yang wangi-wangi dan yang berjenama..huhuhu...)
5. Nestle (Yang paling akhir berjaya Ummi boikot adalah Milo. Fuh! Yang ini memang paling sukar. Apa taknya, dah banyak kali cuba jenama yang lain tapi masih anak-anak reject kerana kesedapannya yang tak setaraf. Namun akhirnya berjaya juga produk milo ini diboikot kerana bila dah lama tangguh beli, anak-anakpun tak merengek lagi. Malah ada pulak yang ingatkan Ummi..'Kan Ummi kata Milo tak boleh minum? Yahudi!'
5 Produk Yang Masih Dalam Percubaan Memboikot :
1. Danone - Biskut Tiger, Jacob, Oreo (Sepatutnya dah lama boikot tapi sebab tak perasan selama ni..rupanya yang inipun termasuk dalam senarai produk Yahudi??? Terimakasih Baity kerana men'tag' Kak Ummi. InsyaAllah Kak Ummi rasa tak susah nak memboikot yang ini kerana kita masih ada banyak pilihan yang lain..)
2. Kotex (Alamak..yang inipun? InsyaAllah, pasti boleh! Masih banyak alternatif lain...)
3. Sara Lee - Ambi Pur, Glade (Waduh! Baru aja terbeli yang ini..untuk mewangikan klinikku yang selalu disinggahi tetamu dengan bau-bau yang menyesakkan hidung! (He,he..sorry...
4. GILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman (Waa..ingatkan pisau gilette aja yang perlu boikot, rupanya Braun, Duracell, Oral-B, Paper-Mate pun dia punya? Boikot, boikot, boikot...Ummi pasti boleh!)
5. Intel (Ada ke Abi? Ummi bab perkakasan komputer ni ada siket kabur..he,he)
5 Produk Yang Amat Sukar Untuk Di Boikot :
1. Nokia (Haii..tak tahu nak cakap yang ini. Sebelum ni Abi dah cuba boikot dan guna yang lain untuk pihak dirinya, tapi macam-macam masalah yang timbul, lebih banyak kons dari pro. Lastly balik kepada Nokia juga. Macamana ya?)
2. Caltex (Sebenarnya tak susah nak boikot yang ini. Cuma masalahnya kat tempat Ummi ni, Petronas tu tuannya Yu..Em..En..O (UMNO) pulak..bimbangnya duit yang masuk kat dia lebih banyak digunakan untuk menentang Islam (maaf kalau ada yang tak bersetuju dengan kenyataan ini), sedangkan yang Caltex tu pulak tuan punyanya PAS yang duit masuknya banyak disumbangkan untuk Islam! Mana yang lebih patut diboikot??? Please help me...
Tiga lagi tak perlu Ummi senaraikan sebab yang lain InsyaAllah memang tak susah dan tak pernah gunapun.
5 Orang Yang Ummi Nak Tag :
(Senang aja pilih...5 yang terakhir singgah di C-Box Klinik Ummi..he,he..nasib le...jangan mare...)
1. antusufi
2. ukhuwahfisabilillah87
3. nora twin
4. syed izham
5. vimmiyasmin
Semoga ianya benar-benar membantu usaha kita dalam menentang kezaliman Israel. Ameen...
*************************************************************************************
Sabtu, 21 Februari 2009
Keikhlasan Dicari, Kesabaran Dituntut...
Assalamualaikum.
Seminggu dua ini kesabaran Ummi benar-benar teruji. Entah kenapa semenjak dua menjak ni (guna ayat rock sikit..he,he) Ummi asyik terima pesakit yang datang dengan kerenah yang kurang disenangi. Maaf sebab terpaksa juga Ummi gunakan ayat sebegini walaupun hakikatnya dalam apa jua kerjaya atau perniagaan, pelanggan adalah raja! Bayangkan...
1. Di saat kita (doktor) sedang memberikan konsultansi atau melakukan pemeriksaan terhadap pesakit, tiba-tiba handphone pesakit berdering, lantas dilayannya panggilan itu sedang kita terpaksa menunggu, mendengar dan melihat gelagatnya sehingga beberapa lama, tanpa langsung ikhtiar dari si pesakit untuk menamatkan perbualannya dalam masa yang singkat! Dah tu..pesakit di luar bukan main ramai lagi yang sedang menunggu giliran...
2. Di saat ibu yang sedang sakit masuk berjumpa doktor di bilik rawatan, tiba-tiba si ayah di luar klinik 'menghalau' anak-anaknya masuk sama ke bilik rawatan doktor atas alasan yang cukup mudah; "Anak-anak nak ikut maknya ni. Kat luar nangis pulak..". Maka beronda-rondalah anak-anak masuk ke bilik rawatan dan si ayah dengan nafas leganya duduk bersantai di luar sambil menikmati hidangan berita dari suratkhabar atau majalah. Malangnya kami di dalam bukan sahaja terpaksa menadah telinga, memusatkan fikiran kepada masalah si ibu tetapi mata terpaksa meliar mengawasi anak-anak yang langsung tidak duduk diam..yang sorang dengan pantasnya berlari menuju ke peti sejuk simpanan ubat imunisasi, seorang lagi berlari membuka almari ubat-ubat suntikan, yang sorang tu pula naik melompat ke katil dengan gaya stunt yang tak pernah kulihat sebelum ini..masyaAllah...!
3. Datang seorang pesakit yang mengadu mengalami sakit yang pelbagai..puas di periksa sana dan sini, namun tak kutemui punca penyakit yang dialami. Puas nasihat diberikan namun sentiasa dibantah oleh pesakit dengan pelbagai macam alasan..tak boleh makan ubat itu, tak boleh makan ubat ini. Puas juga semangat diberikan, namun masih juga tak diterima oleh pesakit dengan sikap bantahan yang ditunjukkan..Akhirnya bila ditanya, "Kakak nak MC ke?" "Hah! Memang le tujuan saya datang ni nak MC dari doktor tapi saya tak nak ubat!". Astaghfirullahal'azim. "Ya Allah, kurniakanlah kesabaran buat hambaMu ini.."
Pagi ini, seperti biasa, samada Ummi yang menelefon atau bonda yang menelefon untuk bertanyakan khabar...entah mengapa pesanan dari ibu sangat menyentuh hati dan perasaan..."Mak nak pesan ni, kalau tengok pesakit tu, sentiasalah jaga hati. Kita bekerja biar benar-benar ikhlas, mudah-mudahan rezeki yang kita perolehi menjadi berkat dan anak cucu generasi kita nanti akan jadi orang-orang yang soleh.."
Ya Allah..pesanan yang sungguh tepat pada masanya. Ikhlas dalam bekerja tentu sekali menuntut kesabaran yang tinggi dalam melaksanakannya. Malah pagi ini juga kuterima nota kecil dari Peti Aduan di klinikku yang berbunyi :
Alhamdulillah..bekerja sendiri tiada ukuran pangkat untuk dinilai. Kalau dulu bagus atau tidak cara bekerja ada yang menilai melalui nilaian SKT tetapi penilai buat diriku kini adalah secara langsung dari pelanggan. Namun penilai yang paling berkuasa tentunya dari yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana, tidak lain dan tidak bukan adalah Allah, Tuhanku. Nilaian terbaik dari Dialah yang seharusnya kukejar kerana sesungguhnya ganjaran dan nikmat yang tersedia di sebalik nilaian tersebut adalah ganjaran dan nikmat yang tiada tandingannya!
Semoga Allah memperkuatkan kesabaranku dalam usaha diri ini mencari dan membina keikhlasan...
*************************************************************************************
Seminggu dua ini kesabaran Ummi benar-benar teruji. Entah kenapa semenjak dua menjak ni (guna ayat rock sikit..he,he) Ummi asyik terima pesakit yang datang dengan kerenah yang kurang disenangi. Maaf sebab terpaksa juga Ummi gunakan ayat sebegini walaupun hakikatnya dalam apa jua kerjaya atau perniagaan, pelanggan adalah raja! Bayangkan...
1. Di saat kita (doktor) sedang memberikan konsultansi atau melakukan pemeriksaan terhadap pesakit, tiba-tiba handphone pesakit berdering, lantas dilayannya panggilan itu sedang kita terpaksa menunggu, mendengar dan melihat gelagatnya sehingga beberapa lama, tanpa langsung ikhtiar dari si pesakit untuk menamatkan perbualannya dalam masa yang singkat! Dah tu..pesakit di luar bukan main ramai lagi yang sedang menunggu giliran...
2. Di saat ibu yang sedang sakit masuk berjumpa doktor di bilik rawatan, tiba-tiba si ayah di luar klinik 'menghalau' anak-anaknya masuk sama ke bilik rawatan doktor atas alasan yang cukup mudah; "Anak-anak nak ikut maknya ni. Kat luar nangis pulak..". Maka beronda-rondalah anak-anak masuk ke bilik rawatan dan si ayah dengan nafas leganya duduk bersantai di luar sambil menikmati hidangan berita dari suratkhabar atau majalah. Malangnya kami di dalam bukan sahaja terpaksa menadah telinga, memusatkan fikiran kepada masalah si ibu tetapi mata terpaksa meliar mengawasi anak-anak yang langsung tidak duduk diam..yang sorang dengan pantasnya berlari menuju ke peti sejuk simpanan ubat imunisasi, seorang lagi berlari membuka almari ubat-ubat suntikan, yang sorang tu pula naik melompat ke katil dengan gaya stunt yang tak pernah kulihat sebelum ini..masyaAllah...!
3. Datang seorang pesakit yang mengadu mengalami sakit yang pelbagai..puas di periksa sana dan sini, namun tak kutemui punca penyakit yang dialami. Puas nasihat diberikan namun sentiasa dibantah oleh pesakit dengan pelbagai macam alasan..tak boleh makan ubat itu, tak boleh makan ubat ini. Puas juga semangat diberikan, namun masih juga tak diterima oleh pesakit dengan sikap bantahan yang ditunjukkan..Akhirnya bila ditanya, "Kakak nak MC ke?" "Hah! Memang le tujuan saya datang ni nak MC dari doktor tapi saya tak nak ubat!". Astaghfirullahal'azim. "Ya Allah, kurniakanlah kesabaran buat hambaMu ini.."Pagi ini, seperti biasa, samada Ummi yang menelefon atau bonda yang menelefon untuk bertanyakan khabar...entah mengapa pesanan dari ibu sangat menyentuh hati dan perasaan..."Mak nak pesan ni, kalau tengok pesakit tu, sentiasalah jaga hati. Kita bekerja biar benar-benar ikhlas, mudah-mudahan rezeki yang kita perolehi menjadi berkat dan anak cucu generasi kita nanti akan jadi orang-orang yang soleh.."
Ya Allah..pesanan yang sungguh tepat pada masanya. Ikhlas dalam bekerja tentu sekali menuntut kesabaran yang tinggi dalam melaksanakannya. Malah pagi ini juga kuterima nota kecil dari Peti Aduan di klinikku yang berbunyi :
Alhamdulillah..bekerja sendiri tiada ukuran pangkat untuk dinilai. Kalau dulu bagus atau tidak cara bekerja ada yang menilai melalui nilaian SKT tetapi penilai buat diriku kini adalah secara langsung dari pelanggan. Namun penilai yang paling berkuasa tentunya dari yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana, tidak lain dan tidak bukan adalah Allah, Tuhanku. Nilaian terbaik dari Dialah yang seharusnya kukejar kerana sesungguhnya ganjaran dan nikmat yang tersedia di sebalik nilaian tersebut adalah ganjaran dan nikmat yang tiada tandingannya!
Semoga Allah memperkuatkan kesabaranku dalam usaha diri ini mencari dan membina keikhlasan...
*************************************************************************************
Langgan:
Catatan (Atom)