Memaparkan catatan dengan label Keluarga: Hadiah OTI 2 2011. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keluarga: Hadiah OTI 2 2011. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Jun 2011

Dalam Susah Ada Senang, Dalam Duka Ada Ria...

Assalamualaikum.

Kata pujangga; dalam kesusahan ada kesenangan, dalam kedukaan ada keriangan. 3 hari setelah rumah dipukul ribut dan dalam keadaan kami sibuk dengan aktiviti pemulihbaikan, hari itu anak-anak pulang dari sekolah dengan senyuman lebar dan hati yang berbunga-bunga. Naik hairan Ummi jadinya.

"Hah, apa sengih-sengih ni?Ada berita apa kat sekolah?" tanya Ummi kehairanan.

"Ummi, Ummiii...Ummi tau tak? Kita semua dah dapat nombor periksa dannnnn kita semua dapattttt nombor satu!!!!" Jawab anak-anak serentak.

"Ya ke?Alhamdulillah....syukur padamu Ya Allah. Tahniah,tahniah! Mari sini Ummi nak cium dan peluk..."

Seorang demi seorang menghampiri Ummi bagi mendapatkan hadiah ciuman dan pelukan dari seorang ibu. Hmmm....bau badan tak usah nak katalah time balik sekolah ni tapi semua tu dah jadi 'wangi' dek kerana happynya Ummi.

Makanya, hujung minggu baru-baru ini berkunjunglah Ummi ke sebuah restoran di sini bagi meraikan kejayaan anak-anak perempuan Ummi. Kebetulan ketiga-tiganya memang suka makan chicken-chop. Jadinya senang aja Ummi nak raikan diaorang. Bawak aja ke restoran chicken-chop...happy bukan main lagilah 3 dara Ummi ni..hehe.

Dah lama sebenarnya tak berkunjung ke sini. Kali terakhir, semasa Along dan Angah masih di Malaysia.

"Wahh..bestnya!Kakak dah dapat..." kata Aisyah.

Nampak gaya, Ummi kena belajar masak chicken-cop jugalah lepas ni. Nampak simple aja, kan?

Sup cendawan untuk Ummi dan Abi...hehe

Yang peliknya, tiga-tiga dara nipun gemarkan air buah yang sama...honeydew juice!

Alhamdulillah...Atiqah dah kenyang. "Lain kali kita datang sini lagi, ya Ummi" "Boleh,boleh..nanti next OTI Atiqah dapat nombor satu, Ummi bawak ke sini lagi, InsyaAllah" ...Hehe, ada aja target yang Ummi tetapkan untuk anak-anak...

Keesokan paginya, bagi memenuhi janji Ummi untuk anak-anak kalau dapat nombor satu...jeng, jeng, jeng...hadiah kasut cantik sorang sepasang! Hahaha..puas hati habislah kakak ni...

Aisyahpun sama. Happy sakan dapat kasut baru!

Atiqah pulak dapat kasut sport cantik! Hmm...semua dah ikut style Ummi, kemana-manapun pakai kasut sukan..hehehe...selesa, kemas dan ringkas!

Buat anak-anak Ummi :