Assalamualaikum.
Jadi GP (General Practitioner) ni kalau tak boleh bagi ‘education’ pada pesakit rasa tak puas. Ummi tertunggu-tunggu juga kot ada permintaan dari pengunjung blog nak minta ummi sembang pasal apa-apa masalah...he,he...dah tak de permintaan (macam tak laku je blog aku ni..hu,hu), kasi can lah ummi melalut aja ya. Macamana kalau kita sembang bab ‘kerahsiaan profesional’? Dengan macam-macam kes yang berlaku di negara kita sekarang, ramai pula yang berminat nak tahu bab kerahsiaan di antara seorang pesakit dengan seorang doktor.
Sememangnya telah menjadi kewajipan seorang doktor itu merahsiakan seketat-ketatnya segala maklumat yang diperolehinya daripada pesakit sama ada melalui penglihatan, pendengaran atau
apa jua kesimpulan yang diambilnya ke atas pesakit. Malah semangat keIslaman lebih-lebih lagilah menekankan hak seorang pesakit bagi dilindungi rahsia mereka yang telah diluahkan kepada doktor. Pengkhianatan ke atas amanah ini sudah pastinya akan menjejaskan imej amalan perubatan selain daripada menjauhkan kumpulan tertentu daripada mendapatkan bantuan rawatan perubatan.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman sentiasa diperintahkan untuk menyimpan rahsia orang lain ... lebih-lebih lagi jika orang itu seorang doktor. Seorang pesakit akan memberitahu rahsia dan meluahkan perasaan mereka kepada doktor dengan rela hati kerana yakin dengan kerahsiaan profesional yang dipegang oleh profesion perubatan semenjak di awal zaman lagi. Rasulullah s.a.w bersabda bahawa tiga ciri-ciri orang munafik ialah: "Bila dia bercakap dia bohong, bila dia berjanji dia mungkir dan bila disuruh memegang amanah dia khianati".
Merenung kepada hadith di atas...sepanjang praktis, dilema yang ummi hadapi bukannya keperluan untuk ummi membohongi, memungkiri janji atau mengkhianati pe
sakit tetapi kehendak sebahagian kecil pesakit, ummi ulangi..sebahagian kecil (tidak semua) yang datang berjumpa ummi, meminta supaya dipalsukan kos rawatan, sebahagian kecilnya datang meminta supaya dibuatkan laporan perubatan palsu bagi berbagai tujuan atau kepentingan sendiri dan ada juga yang datang serta merayu-rayu mohon dilaporkan penemuan (findings) yang berbeza kepada ahli keluarga, juga atas kepentingan sendiri! Astaghfirullahal’azim...bukankah itu juga tergolong dalam amanah yang dikhianati? Amanah Allah terhadap diri ini! Kalaulah tidak kerana ikrarku...
Bahawa saya akan menghidupkan keimanan saya semasa berseorangan atau di khalayak ramai, mengelakkan perkara yang boleh mencemarkan saya pada pandangan Allah, RasulNya dan orang beriman yang lain...
Maka terkadang terlintas di hati ini...bagaimana sekiranya dalam satu situasi yang tidak dijangka, dalam kita berusaha menegakkan kebenaran
serta dalam usaha kita mempertahankan keimanan terhadap Allah dan RasulNya, tiba-tiba tidak ada cara lain lagi yang boleh membantu kita mempertahankannya selain daripada kita terpaksa membuka sebahagian kecil ’kerahsiaan profesional’ yang sentiasa dipertahankan itu? Ya Allah...jauhkanlah diri ini daripada sebarang fitnah dunia dan fitnah akhirat...
Semoga para pengunjung blog yang ummi raikan mampu memberikan pandangan, cadangan, luahan dan ungkapan untuk perkongsian bersama...
Siiru ’ala baarakatillah...
Jadi GP (General Practitioner) ni kalau tak boleh bagi ‘education’ pada pesakit rasa tak puas. Ummi tertunggu-tunggu juga kot ada permintaan dari pengunjung blog nak minta ummi sembang pasal apa-apa masalah...he,he...dah tak de permintaan (macam tak laku je blog aku ni..hu,hu), kasi can lah ummi melalut aja ya. Macamana kalau kita sembang bab ‘kerahsiaan profesional’? Dengan macam-macam kes yang berlaku di negara kita sekarang, ramai pula yang berminat nak tahu bab kerahsiaan di antara seorang pesakit dengan seorang doktor.
Sememangnya telah menjadi kewajipan seorang doktor itu merahsiakan seketat-ketatnya segala maklumat yang diperolehinya daripada pesakit sama ada melalui penglihatan, pendengaran atau
apa jua kesimpulan yang diambilnya ke atas pesakit. Malah semangat keIslaman lebih-lebih lagilah menekankan hak seorang pesakit bagi dilindungi rahsia mereka yang telah diluahkan kepada doktor. Pengkhianatan ke atas amanah ini sudah pastinya akan menjejaskan imej amalan perubatan selain daripada menjauhkan kumpulan tertentu daripada mendapatkan bantuan rawatan perubatan.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman sentiasa diperintahkan untuk menyimpan rahsia orang lain ... lebih-lebih lagi jika orang itu seorang doktor. Seorang pesakit akan memberitahu rahsia dan meluahkan perasaan mereka kepada doktor dengan rela hati kerana yakin dengan kerahsiaan profesional yang dipegang oleh profesion perubatan semenjak di awal zaman lagi. Rasulullah s.a.w bersabda bahawa tiga ciri-ciri orang munafik ialah: "Bila dia bercakap dia bohong, bila dia berjanji dia mungkir dan bila disuruh memegang amanah dia khianati".Merenung kepada hadith di atas...sepanjang praktis, dilema yang ummi hadapi bukannya keperluan untuk ummi membohongi, memungkiri janji atau mengkhianati pe
sakit tetapi kehendak sebahagian kecil pesakit, ummi ulangi..sebahagian kecil (tidak semua) yang datang berjumpa ummi, meminta supaya dipalsukan kos rawatan, sebahagian kecilnya datang meminta supaya dibuatkan laporan perubatan palsu bagi berbagai tujuan atau kepentingan sendiri dan ada juga yang datang serta merayu-rayu mohon dilaporkan penemuan (findings) yang berbeza kepada ahli keluarga, juga atas kepentingan sendiri! Astaghfirullahal’azim...bukankah itu juga tergolong dalam amanah yang dikhianati? Amanah Allah terhadap diri ini! Kalaulah tidak kerana ikrarku...Bahawa saya akan menghidupkan keimanan saya semasa berseorangan atau di khalayak ramai, mengelakkan perkara yang boleh mencemarkan saya pada pandangan Allah, RasulNya dan orang beriman yang lain...
Maka terkadang terlintas di hati ini...bagaimana sekiranya dalam satu situasi yang tidak dijangka, dalam kita berusaha menegakkan kebenaran
serta dalam usaha kita mempertahankan keimanan terhadap Allah dan RasulNya, tiba-tiba tidak ada cara lain lagi yang boleh membantu kita mempertahankannya selain daripada kita terpaksa membuka sebahagian kecil ’kerahsiaan profesional’ yang sentiasa dipertahankan itu? Ya Allah...jauhkanlah diri ini daripada sebarang fitnah dunia dan fitnah akhirat...Semoga para pengunjung blog yang ummi raikan mampu memberikan pandangan, cadangan, luahan dan ungkapan untuk perkongsian bersama...
Siiru ’ala baarakatillah...
*************************************************************************************