Memaparkan catatan dengan label Didiklah Anakmu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Didiklah Anakmu. Papar semua catatan

Rabu, 4 Julai 2012

Hadiah Kecemerlangan!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dalam peperiksaan OTI 1 dan OTI 2 baru-baru ini anak-anak Ummi, Aisyah dan Atiqah masih berjaya mengekalkan kedudukan tempat pertama di kelas masing-masing. Sebagai ganjarannya, Ummi Abi belikan scooter untuk mereka! Hehehe...anak perempuanpun dapat scooter? Bukan apa, asyik tengok diaorang terperap kat dalam rumah aja setiap petang, risau juga Ummi dibuatnya. Nak main basikal dah bosan agaknya. Semenjak Ummi belikan scooter ni, setiap petang Aisyah dan Atiqah kembali turun bermain di halaman rumah.

Tahniah Aisyah dan Atiqah atas kecemerlangan kalian!

Belajar, belajar jugak. Main tetap main...

Tengok diaorang main, Ummipun rasa teringin nak naik scooter ni...hehehe.

Memandu scooter sampai ke halaman belakang!
Belajar rajin-rajin ya, anak-anak Ummi. Mencari ilmu itu adalah kewajipan kita sebagai seorang khalifah di muka bumi Allah ini. Untuk menjadi manusia yang mulia, kita perlu mencari ilmu. Tanpa ilmu kita akan hina bukan sahaja di sisi manusia tetapi juga di sisi Allah SWT. Hadiah yang Ummi Abi berikan hanyalah sebagai ganjaran untuk anak-anak Ummi lebih bersemangat tetapi niat kita belajar bukan semata-mata untuk dapatkan hadiah. Kita belajar untuk mendapatkan Rahmat dan kasih sayang Allah kerana Allah sangat mencintai hamba-hambaNya yang menuntut ilmu.

Jom hari ini kita hafaz doa yang sangat bagus dalam kita menuntut ilmu!

 
 "Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, amalan yang diterima dan rezeki yang baik. Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak dimakbulkan serta amalan yang tidak diterima."



Selasa, 19 Jun 2012

Didiklah Anakmu : Siri 1

Assalamualaikum.

Hari ini, tinggallah Ummi dan Abi berdua sahaja di rumah. Dahlah anak-anak cuma tinggal dua orang sahaja lagi di rumah yang masih bersekolah di peringkat rendah. Kena pula hari ini kedua-duanya akan mengikuti Kem Ibadat selama 3 hari di Rantau Abang anjuran pihak sekolah. Pastinya Ummi dan Abi akan terasa kesunyian yang amat!

Aisyah nampak happy aja. Dah biasa sangat mengikuti kem ini dan kem itu anjuran pihak sekolah...

Atiqahpun bukan main excited lagi sejak malam tadi...
Alhamdulillah, anak-anak Ummi bab berkemas pakaian memang dah boleh dilepaskan. Tak perlu mengharapkan Ummi atau bibik membantu. Tengok aja agenda program, pandailah  mereka mengira berapa helai baju siang, berapa helai baju malam dan apa keperluan yang perlu dibawa. Semenjak peringkat pra sekolah lagi, masing-masing dari mereka Ummi dah biasakan berkemas sendiri pakaian dan keperluan untuk di bawa pulang ke kampung atau bercuti.

Solat

"Bila Ummi mula wajibkan anak-anak tak tinggal solat?"

Ramai yang bertanyakan Ummi soalan sedemikian. Aduhai, Ummipun tak perasan bila tapi seingat Ummi seawal peringkat pra sekolah, Ummi dan Abi sentiasa memastikan mereka tak tinggal solat, sekalipun di waktu Subuh.

Rasa kasihan nak kejutkan anak-anak di awal pagi? Alhamdulillah, perasaan sedemikian sentiasa Ummi atasi dengan rasa bimbang dan rasa risau sekiranya mereka akan lebih sukar nak menjaga solat jika tidak dilatih semenjak dari kecil. Begitu juga dalam soal penjagaan aurat dan puasa di bulan Ramadhan. Sememangnya kita tidak boleh memaksa tetapi dengan kesungguhan dan kata-kata motivasi yang sentiasa kita ucapkan pada mereka, kewajipan itu tidak akan menjadi suatu bebanan buat mereka. Percayalah! Melatih anak semenjak dari kecil untuk mereka tidak meninggalkan solat 5 waktu sehari semalam, berpuasa penuh di bulan Ramadhan serta sentiasa menutup aurat di hadapan bukan mahram bukanlah suatu perkara yang sukar sekiranya kita mampu membuang 'rasa kasihan' jika anak tidak cukup tidur, panas memakai tudung atau letih kerana berpuasa!

Doa

Disebalik asuhan semenjak kecil, jangan lupa untuk kita sentiasa berdoa. Apalagi doa dari seorang ibu untuk anak-anaknya yang diiktiraf oleh Allah sebagai doa yang pasti dimakbulkan. Berdoalah agar mereka menjadi anak-anak yang soleh. Berdoalah agar Allah menjadikan kita dan anak-anak  kita sebagai seorang yang sentiasa mendirikan solat. Bukankah solat itu yang akan mencegah diri kita dan anak-anak kita dari melakukan kemungkaran? Berdoalah! 

Bismillahirrahmanirrahim
"Ya Tuhanku, jadikanlah aku seorang yang mendirikan sembahyang, begitupun anak-anakku. Ya Tuhan kami, Dan perkenanlah doaku." -rujuk surah Ibrahim 13:40
Doa dari seorang ibu atau ayah, tidak sekadar doa selepas selesai solat. Berdoalah di setiap ketika. Anak melangkah turun ke sekolah, berdoalah untuk keselamatan mereka. Keselamatan di dunia, juga keselamatan di akhirat. Anak melangkah tangga sekolah, berdoalah agar Allah menerangkan hati mereka, melapangkan dada mereka, memperkuatkan ingatan mereka serta memberikan kejayaan buat mereka di dunia dan di akhirat. Tidak perlu menunggu untuk berdoa secara formal dengan menadah tangan. Berbisiklah di hati. Sungguh Allah sentiasa mendengar akan bisikan hamba-hambaNya.