Memaparkan catatan dengan label Keluarga: Maafkan Aku Wahai Suami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keluarga: Maafkan Aku Wahai Suami. Papar semua catatan

Khamis, 18 Jun 2009

Maafkan Aku Wahai Suami!

Assalamualaikum.


Tak tahu apa ucapan penghargaan yang terbaik dapat Ummi nukilkan buat Abi di atas bermacam-macam hadiah yang telah Abi berikan pada Ummi tahun ini. Bermula dari hadiah sempena birthday, sempena ini dan sempena itu...entah apa-apa sempena lagi. Sungguh ianya amat-amat bermakna dan amat-amat Ummi hargai! Terimakasih tak terhingga dari Ummi untuk Abi yang sentiasa di hati....

Terbaru, Abi hadiahkan pula sebuah laptop untuk Ummi bagi memudahkan kerja-kerja mem'blogging'. Nampak gaya Ummi dah dapat sokongan penuh dari Abi ni! He,he.... InsyaAllah Abi, Ummi pasti akan menggunakannya untuk perkara yang bermanfaat dan pahalanya pasti akan kita kongsi bersama!

Oleh kerana Ummi ini bukanlah kategori insan yang reti bermadah pujangga dan berkata puisi, maka Ummi cedok nukilan sajak dari sifu Ummi, Pahrol Md. Juio bagi menggambarkan apa yang tersirat dihati, ternukil di minda...

dengan tajuk :

Maafkanku Wahai Suami

Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta

Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena

Kadang-kadang kubersuara tanpa berfikir
Semua perkataanku menjadi salah

Datanglah ke sini dan pegang tanganku
Sementara kucerita kehidupan isteri
Harap dimengertikan

Kadang-kadang kusakiti hatimu
Bila kutolak sentuhanmu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangimu...
Tekanan terlalu

Kadang-kadang aku berubah pada pandanganmu
Tapi sayang, itu tidak benar

Tiada apa yang paling kuhargai
Daripada kehidupan manis bersamamu

Kadang-kadang kufikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat

Hanya kuberitahumu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku...
Kau kepunyaanku

Kadang-kadang berjauhan denganmu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita...
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini...
Maafkan aku wahai suami!

*************************************************************************************