Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

Selasa, 11 Ogos 2009

"Lindungilah Kami, Ya Allah..."

Assalamualaikum.

Dah beberapa hari Ummi tenggelam dalam kesibukan bersama pesakit. Kebanyakannya datang kerana fobia terhadap wabak H1N1 yang sedang melanda.

Hari ini Ummi pula diserang selsema dan sakit tekak. Badan dah mula seram sejuk. Bila timbul gejala sebegini, barulah teringat, dah agak lama rupanya Ummi tinggalkan amalan pengambilan madu dan habbatus sauda'.

Maka pagi ini kembali Ummi menjenguk botol bijirin habbatus sauda' dan madu yang selalu dilupakan sewaktu sihat...sungguh tak patut!

"Sesungguhnya Al- Habbatus Sauda' boleh menyembuh segala penyalit kecuali Al-Sam". Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, "Al-Sam itu ialah maut" (Riwayat Bukhari)

"Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan." (An Nahl ; 69)

Mudah-mudahan Allah menjauhkan diri ini dari segala penyakit dan wabak yang merbahaya.

*************************************************************************************

Rabu, 22 Julai 2009

Pasal Tongkat Ali Pulak...

Assalamualaikum


“Doktor, pakcik ni pengamal kopi tongkat ali. Bagus ke tidak kopi tongkat ali tu doktor?”

“Tongkat ali tu sendiri memang banyak khasiatnya pakcik tapi masalahnya kopi tu pulak banyak mudaratnya. Kita bimbang lebih banyak mudarat yang dapat berbanding manfaatnya nanti.”

Dalam senario yang lain ;

“Abi, cuba tengok tu. Banyaknya tongkat ali! Kopi ni ada tongkat ali, kopi tupun ada tongkat ali. Isyyyhhh semua sekali tu ada kandungan tongkat ali! Kat Malaysia ni banyak sangat ke ladang tongkat ali Abi?”

Sembang Ummi bersama Abi pada suatu hari di sebuah kedai makan.

“Itulah pasal. Rasa macam tak logik aja. Entah-entah diaorang masukkan tongkat ali tu seto’et (secubit) je tapi dah bising sebut ini minuman berkhasiat tongkat ali.” Jawab Abi spontan.

Entahlah, macam-macam jenama minuman berkhasiat pulak sekarang ini. Yang harunya, segala macam khasiat yang dimaksudkan tu digabungkan dengan bahan kafein yang kita sendiri maklum banyaklah pula mudaratnya. Kita bimbang, bila ‘susu dicampurkan nila’…punah-ranahlah jadinya. Siapa berani cakap susu tu masih berkhasiat?

Hari ini terbaca pulak Ummi artikel ini. Sama-samalah kita membuat penilaian yang terbaik…

Antara khasiat dan mudarat tongkat ali
Oleh LAUPA JUNUS

"Orang Malaysia cepat terpengaruh ingin cantik cepat, ingin langsing, kuat tenaga dan ingin cepat kaya, seterusnya tertipu dengan gimik iklan atau produk yang ditawarkan. Kenapa?"

Itu soalan yang dilontarkan oleh Pengarah Loji Pepandu Kejuruteraan Kimia (CEPP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Ramlan Aziz yang ditanya mengenai obsesi rakyat negara kita terutama orang Melayu dengan produk prosesan hasilan herba.

Orang Melayu kata beliau, cepat terpengaruh dengan gimik iklan pelaris jualan yang menunjukkan kehebatan produk tertentu tanpa meneliti terlebih dahulu akan kebenarannya.

Pengguna juga mudah dan cepat mendapat hasil diingini tanpa mengira kesan sampingan produk yang mereka gunakan.

Beliau yang ditanya mengenai khasiat tongkat ali dan kacip fatimah untuk meningkatkan kehebatan dan tenaga berkata, kajian menunjukkan memang produk berasaskan tumbuhan tersebut mempunyai kesan positif tetapi ada pihak mengambil kesempatan mengkomersialkannya dengan cara yang salah.

''Saya tidak nafikan ada kajian mengesahkan khasiat kedua-dua herba popular itu, malangnya ia menjadi momokan dan permainan gimik.

Malah katanya, beliau kagum dengan orang terdahulu yang berjaya menemui khasiat produk tersebut sedangkan belum ada kecanggihan peralatan ketika itu untuk meneroka khasiatnya.

Namun kini, ada dua persoalan besar yang menjadi masalah pokok iaitu sama ada produk berasaskan tongkat ali dan kacip fatimah diproses dengan cara yang betul untuk menjadikannya minuman bertenaga dan kedua, adakah produk tersebut mencapai tahap minimum kandungan sebenarnya.

Katanya, cara memproses, boleh menimbulkan persoalan kerana ada pihak mungkin hanya mengisar tongkat ali berkenaan untuk dicampurkan dalam minuman. Sedangkan katanya, cara terbaik ialah mengekstraknya terlebih dahulu secara kimia dan ditulenkan kerana ini cara betul untuk menjadikannya satu ramuan.

''Jika kita kisar sahaja, ia ibarat memasukkan habuk kayu dalam minuman dan ini membahayakan tubuh pengguna,'' katanya.

Malah orang Melayu kata beliau, boleh pupus jika menggunakan produk yang memudaratkan kerana ia boleh merosakkan organ peranakan.

Persoalan kedua ialah adakah kandungan tongkat ali atau kacip fatimah tersebut mencukupi untuk melayakkannya digelar minuman daripada tongkat ali sedangkan kuantitinya sangat sedikit.

Kajian awal oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menunjukkan kandungan tongkat ali dalam kopi campuran adalah jauh daripada dos minuman yang memberi manfaat kepada kesihatan. Malah, ada jenama yang gagal dikesan kandungan tongkat ali dalam produk berkenaan.

Justeru beliau mahu agensi berkaitan, mengambil langkah perlu untuk menetapkan peraturan supaya jumlah minimum tertentu diperlukan bagi mengesahkan minuman tersebut memang mengandungi tongkat ali sebagai contoh dan mana-mana pihak yang tidak mematuhinya dianggap penipu.

Lebih mendukacitakan, sesetengah syarikat menggunakan testimoni untuk mengesahkan kehebatan produk mereka dan inilah yang mengundangkan minat pengguna.

Beliau berkata, trend ini semakin menjadi-jadi apatah lagi terdapat tawaran tertentu untuk menjadikan penggunanya kaya.

Beliau berkata, menggunakan produk berasaskan bahan semula jadi memang semakin menjadi trend di peringkat global disebabkan kecenderungan manusia kini untuk melakukan pencegahan penyakit berbanding rawatan, khususnya herba.

Dalam hal ini, Malaysia mempunyai kelebihan kerana memiliki kekayaan hutan atau biodiversiti yang boleh dimanfaatkan.

Bagaimanapun, menjadi cabaran saintis Malaysia untuk menjalankan lebih banyak penyelidikan mengenai khasiat tumbuhan herba dan peruntukan untuk tujuan tersebut perlu ditambah.

Satu lagi masalah yang timbul ialah perbuatan pengilang yang mencampurkan banyak jenis herba dalam satu jenis produk dengan mendakwa mampu merawat pelbagai jenis penyakit.

''Adakah ini telah dibuktikan secara saintifik atau hanya ilmu tradisional sedangkan kajian mengenainya perlu dilakukan terlebih dahulu," ujar Ramlan.

Perbuatan untuk mengkomersialkannya secara melulu ini ibarat menculik ilmu yang sepatutnya dipelajari terlebih dahulu.

Satu lagi penyelidikan yang perlu diperhebatkan ialah menghasilkan sebatian piawai yang boleh dijadikan rujukan dalam menghasilkan produk tongkat ali dan kacip fatimah pada masa akan datang.

Berdasarkan kajian kata Ramlan, tongkat ali mempunyai banyak khasiat antaranya meningkatkan hormon lelaki dan dikatakan mampu membantu menguruskan badan.

Khasiat tongkat ali

Khasiat ini disokong oleh satu kajian di Amerika Syarikat. Justeru, pada mana-mana produk, ia sepatutnya sama kemujarabannya walaupun diambil daripada pokok herba tertentu dari sumber yang menggunakan ekstrak piawai yang berlainan.

Sementara itu, salah sebuah institusi penyelidikan yang terlibat dalam kerja-kerja makmal mencari khasiat tongkat ali ialah FRIM.

Tongkat ali (Eurycoma longifolia) adalah dari famili Simaroubaceae telah digunakan secara tradisional oleh kaum Melayu di Malaysia sejak dahulu lagi.

Ia digunakan secara tradisional sebagai agen penggalak seks (apphrodiasiac) dan untuk meningkatkan kesihatan badan.

Penyelidikan tersebut dijalankan di bawah projek utama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu Program Perkongsian Bioteknologi Malaysia-Institut Teknologi Massachusetts (MIT).

Menurut Pengarah Kanan Bahagian Tumbuhan Perubatan FRIM, Dr Rasadah Mat Ali, penyelidikan tersebut bermula pada 1999 yang mana pihaknya terlibat mengkaji bahan kimia dan juga genetik tumbuhan tersebut.

"Hasil kajian kita mendapati penanda kimia tongkat ali sejenis bahan di namakan eurikomanon dan juga sebatian aktif," katanya.

Pelbagai sebatian kimia dalam tongkat ali telah diasingkan dan dikenalpasti. Pencirian dan penentuan struktur sebatian kimia tersebut dilakukan menerusi kaedah spektroskopi.

Beberapa sebatian kimia telah dipilih sebagai sebatian penanda ekstrak tongkat ali.

Sebatian penanda tersebut berperanan penting untuk memastikan identiti, integriti dan kualiti serta keseragaman produk yang berasaskan tongkat ali.

Eurikomanon yang merupakan sebatian utama (major) telah dipilih sebagai sebatian penanda untuk akar tongkat ali.

Peratus pemulangan pengekstrakan eurikomanon daripada akuas ekstrak akar tongkat ali adalah tidak kurang daripada 1.7 peratus.

Terkini, FRIM telah menawarkan perkhidmatan teknikal kepada industri farmaseutikal, nutraseutikal dan makanan, untuk penilaian kualiti ekstrak dan produk tongkat ali.

Penentuan kualiti juga dapat dihasilkan dengan teknologi sensor bau dan rasa yang telah digunakan sebagai peralatan penjanaan finger-printing untuk aktiviti pempiawaian tumbuhan ubatan, ekstrak dan herba produk.

Dengan adanya penanda kimia tersebut, ia sebagai 'cap jari' tongkat ali yang mengesahkan kehadirannya dalam mana-mana campuran pun.

Ditanya mengenai kegilaan golongan lelaki yang minum tongkat ali untuk menambah tenaga terutama untuk tujuan seks, beliau berkata, kajian mengenainya telah dibuktikan tetapi biasanya pada dos yang disyorkan.

''Pengguna sihat secara umumnya hanya memerlukan 100 miligram sehari sahaja," ujar Rasadah.

Katanya, memang benar ada kajian mengenai kandungannya yang dikenali sebagai kesan apphrodisiac tetapi kesannya bergantung kepada dos.
Kajian kimia mendapati kewujudan sebatian aktif seperti eurikomanon, eurikomalakton dan eurikomanol (qussinoids) yang banyak di dalam akar.

Sebatian ini telah dikenal pasti berkeupayaan untuk meningkatkan penghasilan hormon testosterone (androgenic) yang diperlukan dalam fungsi kelelakian.

Sebatian yang menyebabkan aktiviti tersebut telah dikenal pasti berpotensi untuk dibangunkan sebagai produk nutraseutikal atau farmaseutikal untuk rawatan masalah hormon dan kesuburan.

Apa yang penting dalam pengambilan tersebut, dos penggunaan perlu diambil kira kerana ada kemungkinan ia mengundang risiko kepada pengguna.

Hasil kajian juga mendapati bahawa tongkat ali mempunyai sebatian aktif anti malaria dan anti kanser tetapi kajian lanjut mengenai tumbuhan herba tersebut masih dijalankan.

Ditanya mengenai bahagian mana pada pokok tersebut yang paling banyak sebatian bioaktif, Rasadah berkata, khasiatnya banyak tersimpan di bahagian akar selain daun dan batang.

Orang Melayu kata beliau hanya mengetahui rahsia khasiat pada 1990-an dan ketika itu mereka menggunakannya dengan merebus bahagian yang dikatakan mempunyai banyak khasiat.
Dengan kata lain, apa yang dilakukan oleh saintis hari ini ialah untuk membuktikan atau mengesahkan apa yang telah dilakukan oleh orang terdahulu.

Pembuktian secara saintifik itu perlu bagi menguji keberkesanan, kualiti dan keselamatannya.
Malah FRIM telah menawarkan perkhidmatan memproses kepada industri herba dalam penghasilan produk daripada tongkat ali menerusi kilang Amalan Pengilangan Baik (GMP) di Pusat teknologi Herba (HTC) FRIM di Kepong.

Namun katanya, apa yang membimbangkan ialah kecenderungan segelintir pihak yang suka mencampurkan tongkat ali dengan bahan lain untuk menambah khasiat sesautu formulasi herba tersebut

''Kita tidak tahu apakah bahan-bahan yang dicampurkan ini bertindak balas sesama sendiri dan menimbulkan risiko lain," katanya.

*************************************************************************************

Khamis, 9 Julai 2009

"Adik Merokok...?"

Assalamualaikum.

Sambil tangan dan segala pancaindera ligat memeriksa dan menanda borang pemeriksaan kesihatan, sambil mulut berceloteh, "adik merokok?"

"He,he,he...merokok juga doktor tapi tak derlah banyak."

"Agak-agak boleh berhenti tak dari merokok?"

"Isyhhh...payah tu doktor!"

"Setakat pengetahuan adik, apa hukum merokok ni?"

Dalam gelisah, adik tadi tetap menjawab meskipun dalam bentuk pertanyaan.

"Makruh jer kan doktor?"

"Macamana kalau doktor kata haram?"

"Isyhh..doktor mana boleh buat fatwa!"

"Kalau fatwa haram ni datang dari ulamak? Macamana pulak?"

"He,he,he...ambik yang ringan jerlah doktor. Dah ada yang cakap makruh, tak perlah."

"Okay,kalau doktor beritahu adik yang merokok ni terlalu banyak mudaratnya dan sangat membahayakan kesihatan...'fatwa' doktor ni boleh pakai tak?"

"Hah..yang tu boleh pakailah sebab doktor ni doktor,kan? Mestilah tau pasal-pasal penyakit ni."

"Aha! Kalau macam tu adik kena terimalah hujah doktor yang mengatakan merokok ni lebih menjurus kepada haram."

"Eh, apasal pulak doktor?"

"Yalah. Bukankah ulamak mensabitkan fatwa pengharaman merokok ini berdasarkan hujah bahaya dan mudarat mengikut pandangan doktor atau pakar dalam bidang penyakit?"

Kali ini dia benar-benar terdiam. Ummi mengambil kesempatan ini untuk lebih memberikan pencerahan kepadanya.

"Setahu doktor, hujah hukum makruh dibuat hanya berdasarkan 'gangguan asap rokok' kepada awam, tidak di atas hujah bahaya dan komplikasi yang diakibatkan oleh bahan-bahan yang ada dalam tembakau atau rokok itu sendiri. Kerana itulah majoriti ulamak telah meletakkan hukum merokok ini sebagai haram berdasarkan kekuatan pandangan dan hujah mereka yang pakar mengenai bahaya merokok."

Dia terus terdiam dan merenung Ummi dengan sebuah pandangan yang menampakkan suatu pencerahan. Akhirnya dia bersuara.

"Kalau gitu doktor, merokok ni memang haramlah?"

Tanpa menunggu jawapan seterusnya dari Ummi, dia bersuara lagi...

"Kalau dah haram, maknanya saya merokok ni berdosalah doktor? Isyhhh, macamana ni doktor?"

Jelas sekali wajah kerisauan mula timbul pada riak airmukanya.

"Habis tu, agak-agak adik boleh berhenti merokok tak?"

"Memang kena berhentilah kalau macam tu doktor."

"Bagusnya adik ni! Doktor teringat kisah zaman sahabat. Bila turun aja ayat yang mengatakan arak itu haram, terus sahabat-sahabat yang duk teguk arak, gi pecahkan ruyung dan tempayan arak walaupun diaorang begitu ketagih dengan arak pada masa itu. Tidak ada kompromi dan tidak ada alasan lagi dah. Yang penting bagi mereka, seruan Allah wajib disahut, larangan Allah wajib ditinggalkan. Kalau adikpun macam tu, ya Allah besarnya ganjaran pahala untuk adik tau, masyaAllah..."

Selesai pemeriksaan, adik tadi keluar dengan ucapan terimakasih yang bertalu-talu buat Ummi yang hanya mampu menyampaikan...sesungguhnya yang baik adalah dari Allah dan apa yang khilaf adalah dari kelemahan diri Ummi sendiri.

Berhenti selepas 35 tahun merokok

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Foto WAHIDAH

Zainal Abidin berkongsi pengalaman kejayaan beliau berhenti merokok pada kempen 'Tanpa Tembakau' di Pusat Perubatan Tropicana.

Dia seorang ikon yang popular dengan genre muzik afro-asian. Kini, sekali lagi penyanyi tanah air ini berkongsi pengalaman yang mungkin turut dialami jutaan rakyat Malaysia. Tubuh badannya yang semakin sihat walaupun mencecah separuh umur ini mengundang tanda tanya, apa resipi penjagaan kesihatannya. Ironinya, dia juga seperti orang lain, ada tabiat merokok yang memberi pelbagai impak terhadap kesihatan.

Ingin memperbaiki kesihatan diri, Zainal Abidin, 51 berjaya secara berperingkat-peringkat meninggalkan tabiat tersebut. Bekas penyanyi Headwind ini melakukannya atas inisiatif sendiri dan bukan atas desakan sesiapa.

35 tahun merokok bukan suatu rutin yang mudah untuk dilupa.

"Jika kita ingin berhenti merokok, jangan fikir tentang orang lain. Lakukan demi diri sendiri," katanya.

Seperti kebanyakan remaja hari ini, Zainal juga sudah mencuba untuk merokok pada usia awal iaitu ketika berumur 13 tahun.

Berkongsi pengalaman, pada awalnya Zainal pernah cuba berhenti merokok menggunakan sejenis ubat kapsul tetapi hanya separuh jalan.

Kini setelah berhenti merokok berperingkat-peringkat, dia dapat bertahan selama tiga tahun untuk tidak merokok sehingga sekarang.

Zainal mengakui, ia memberi kesan yang baik kepada kesihatan.

Malah, katanya, dia semakin seksi selepas berhenti merokok.

"Mungkin pada awal, kita tidak dapat rasa kesan buruknya. Namun lama-kelamaan, kita akan tahu sendiri. Bayangkan dulu saya boleh menyanyikan 44 buah lagu tanpa henti selama empat jam," katanya di majlis ceramah sempena kempen Tanpa Tembakau anjuran Pusat Perubatan Topicana, Kota Damansara baru-baru ini.

Lebih mengejutkan penyanyi yang tidak pernah diserang penyakit ini, diuji apabila dia tiba-tiba diserang penyakit jantung kira-kira tiga bulan lalu.

"Doktor mengesahkan ketika itu arteri utama jantung saya ada masalah serius. Akhirnya, saya akur untuk menjalani pembedahan membesarkan saluran arteri saya. Mungkin sebelum ini, Alhamdulillah saya dianugerahkan kesihatan yang baik walaupun merokok. Namun, pengalaman ini benar-benar menguji saya sekeluarga," katanya yang menjalani rawatan jantung di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur.

Dengan perlahan dia menambah, punca sebenar penyakitnya adalah kerana terlalu lama merokok.

Sebelum diserang penyakit berbahaya ini, Zainal sering mengalami sesak nafas namun kerana faktor persekitaran, dia tidak berhenti merokok.

"Ternyata sebagai artis bukan mudah untuk berhenti merokok. Apatah lagi dikelilingi dengan ramai perokok. Bayangkan 50 peratus rakyat Malaysia adalah perokok. Sebab itulah ramai yang mudah termakan pujuk untuk menghisap semula. Tapi kita perlu berazam untuk mencuba. Hakikatnya, mencegah lebih baik daripada merokok," katanya.

Zainal mengakui banyak perbezaan dan kebaikan berhenti merokok.

"Kini saya dapat rasakan makanan lebih sedap. Bukan itu sahaja diri sendiri lebih selesa. Jika dulu kulit kepala, rambut dan badan kering. Saya masih ingat lagi dulu baju saya tidak boleh dipakai berjam-jam. Jika tidak kulit saya akan bermasalah sehingga keluar panau," jelasnya.

Nasihat Zainal kepada orang ramai yang tidak menghisap rokok, janganlah cuba untuk merokok.
Dia mengumpamakan ia sebuah hubungan yang susah untuk bercerai kerana jalinan ini tiada istilah talak.

Tip berhenti merokok:

1. Buat keputusan untuk berhenti merokok dan maklumkan kepada ahli keluarga dan sahabat anda. Perasaan mahu berhenti merokok akan menjadi lebih mudah dengan sokongan serta galakan mereka.

2. Buang semua rokok, mancis, pemetik api dan bekas abu rokok


3. Belajar menolak tawaran orang lain untuk merokok. Jauhi orang yang sedang merokok


4. Tarik nafas panjang-panjang untuk menenangkan perasaan, minum air sejuk atau mandi sekiranya berasa gian untuk merokok.


5. Kuatkan semangat anda. Jangan mudah menyerah kalah


6. Minum lebih banyak air, elakkan minuman keras, kopi dan lain-lain minuman yang boleh merangsang anda untuk merokok


7. Makan lebih banyak sayur-sayuran serta buah-buahan


8. Libatkan diri dengan hobi atau kegiatan luar seperti berenang, berjalan, joging dan sebagainya untuk memenuhi masa lapang.


*************************************************************************************

Selasa, 7 Julai 2009

"Acchumm...!"

Assalamualaikum.

“Acchumm!”…tak sempat nak bersalam dengan Ummi, Atiqah dah terbersin dulu kat muka Ummi…huwaaa. Bukan ada selsemapun, awalnya saja nak pura-pura terbersin, tengok-tengok betul-betul bersin yang keluar! He,he,he…budak-budak, macam-macamlah eksperimennya.

Alang-alang, Ummipun tulis ajalah topik bersin pulak hari ni.

Apa itu bersin?

Mengikut takrifan, bersin adalah hembusan angin yang kuat melalui hidung dan mulut yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak disengajakan. Bersin adalah mekanisme pertahanan diri untuk mengeluarkan bahan iritasi dari hidung. Pada umumnya, ia tidak serius tetapi boleh mengganggu kehidupan seharian sekiranya berlaku terlalu kerap.

Penyebab yang biasa

Alergi / alahan
• Debu
• Kutu haiwan
• Debunga
• Kulat dll

Jangkitan virus
• Selsema
• Jangkitan saluran pernafasan

Bahan iritasi kepada hidung
• Bedak
• Asap
• Bau yang kuat dll

Apakah yang perlu dilakukan?

1. Jumpa doktor sekiranya

(a) Bersin disertai dengan gejala seperti ;
- Sakit kepala
- Hidung tersumbat
- Sesak nafas

(b) Bersin disertai mata gatal, sukar bernafas dan ruam badan.

(c) Demam.

2. Dapatkan rehat secukupnya.

3. Minum banyak air.

Nota :

- Virus selesema amat mudah berjangkit sekiranya anda bersin. Oleh itu gunalah tisu atau tangan untuk menutup mulut ketika bersin.
- Basuh tangan dengan kerap kerana virus selsema boleh merebak melalui sentuhan tangan.
- Sekiranya bersin disebabkan alergi, cuba kurangkan pendedahan anda kepada bahan alergi dan dapatkan rawatan dari doktor.
- Rawatan boleh didapati dalam bentuk tablet dan alat semburan hidung

Tip untuk mengurangkan pendedahan di kawasan alergi / alahan

• Jauhi haiwan peliharaan berbulu
• Guna penapis udara untuk mengurangkan debunga atau bahan alergi dari udara
• Elakkan dari merokok dan asap
• Elak dari terdedah kepada orang yang dijangkiti selsema
• Tukar atau cuci penapis udara secara berkala
• Cuci karpet dengan penyedut hampa gas secara berkala
• Jangan menggunakan penyapu untuk mencuci rumah, gunakan penyedut hampa gas ("vacum cleaner")

Rawatan

Kenal pasti punca bersin dan hilangkan punca bersin sekiranya boleh. Ubat "Antihistamine" digunakan sebagai rawatan pertama untuk bersin disebabkan alergi. Semburan hidung dari ubat steroid boleh digunakan untuk penyakit kronik. "Nasal decongestants" boleh memberi kelegaan sementara tetapi kegunaan yang berpanjangan boleh menyebabkan gejala lebih teruk.

Doa Ketika Bersin


Rasulullah SAW bersabda :

Apabila seseorang di antara kamu bersin, hendaklah mengucapkan:
الْحَمْدُ لِلَّهِ
(Segala puji bagi Allah)

Lantas saudara atau temannya mengucapkan:
يَرْحَمُكَ اللهُ
(Semoga Allah memberi rahmat kepadaMu)

Bila teman atau saudaranya mengucapkan demikian, bacalah:

يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ
(Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu)

Hikmah Dibacakan Doa Ketika Bersin

Subhanallah. Sungguh indah ajaran Islam. Ianya benar-benar menggambarkan tatacara kehidupan seorang islam yang keseluruhan waktu dan situasinya penuh dengan lafaz-lafaz kesyukuran dan pengharapan seorang hamba kepada khaliqnya.

Bersin secara saintifiknya bertindak menghilangkan bahan iritasi serta kotoran dari hidung. Maka sudah sewajarnya untuk kita melafazkan syukur kepada Allah SWT sebagai tanda terimakasih kita kepada Allah yang telah menyelamatkan kita dari sesuatu yang memudaratkan.

Lafaz-lafaz doa ini pula benar-benar mengandungi hikmah yang mengikat antara sesama muslim. Bahkan ia turut menyebarkan makna cinta dan kasihsayang antara manusia. Ia merupakan nuansa yang tersendiri bagi sebuah kehidupan yang mendorong mengutamakan kebaikan serta menghalau kesengsaraan dari kehidupan bermasyarakat. Ia malah menghilangkan egoisme individu terhadap kedengkian dan kebencian dan ia turut membatalkan aqidah jahiliyah yang menganggap bersin itu sebagai sesuatu yang sial.

Semoga dapat kita sama-sama mengamalkan doa ini.

Wallahua’lam.

*************************************************************************************

Isnin, 29 Jun 2009

Jom Bersenam!

Assalamualaikum.

Alright everybody, lets exercise together! Ha,ha,ha....bukan nak buang tebiat. Saja nak kasi idea kat pengunjung, alternatif lagu latarbelakang aerobik!

Di samping itu, untuk adik-adik yang bakal mengikuti program National Ibnu Sina Convention & Community Engagement (NICE) 2009 anjuran PAPISMA di Kuala Terengganu pada 13 sehingga 16 Ogos nanti...sila bersedia! Kita bakal sama-sama beraerobik Ruhul Jadid di sana! Best!!!





Ar-Ruhul Jadid

Arruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa

Kami petualang mencari kebenaran
Mencari makna serta hakikat manusia
Kami berjuang menegakkan kehormatan
Hidup mulia atau mati sebagai syuhada

Kami berbekal alquran hakiki
Meneruskan cita dan risalah para nabi
Kami sandang julukan generasi ghuraba
Biar saatnya datang kami pimpin dunia

Kami semangat baru siap maju hancur semua musuh
Kami tentera Allah siap korbankan harta bahkan jiwa

Kami serahkan semua hidup pada Allah
Kami tekadkan untuk ikuti rasulullah
Usung panji ilahi iman kuat membaja
Hadapi tirani bebaskan umat dunia

*************************************************************************************

Sabtu, 27 Jun 2009

Benarkah Ubat Dan Durian Memabukkan...?

Assalamualaikum.

Janji dengan Abi, hari Khamis baru beli durian. Kenapa tunggu hari Khamis? Sebabnya Khamis malam dan Jumaat kami tak kerja. Jadi bolehlah tumpang bedal sama anak-anak. He,he. Bukan apa, kalau makan durian time hari kerja, tak tahan bau sendawanya , boleh pitam pesakit nanti! Ha,ha,ha. Ada tak ada, tunggu ajalah hari Khamis. Aduhai...

Akhirnya tiba juga Khamis yang dinanti-nantikan.

Tu dia! Satu lori durian baru diturunkan.

Abipun apa lagi...pilih, pilih, jangan tak pilih! Tak minat Abi dengan durian yang baru diturunkan dari lori sebab yang itu durian import dari Johor. Lagi best durian tempatan.

Akhirnya hati terpaut, janji termetri, durianpun terbeli...keh,keh,keh. Kali ini durian dijual timbang. RM4 sekilo! Murah ke mahal tu ek?

Ditakdirkan Allah, hari yang Ummi mengidam (mengidam tak ada isi...he,he) nak makan durian tu, hari tulah juga kena serangan migrain. Aduhai...Tapi tak mengapa. Biasanya kalau dah telan ubat, dalam masa beberapa jam sakit kepala akan hilang, InsyaAllah.

Selesai aja berbuka puasa, terus telan ubat. Dah janji dengan anak-anak, "Lepas Isyak kita turun makan durian, okay?" "Yahoo, bestnya!" Ha,ha,ha....dah semuanya hantu durian, apa nak buat?

Antara waktu maghrib dan Isyak, kepala semakin berdenyut kuat. Barangkali kerana terpaksa menangguhkan pengambilan ubat dari pagi lantaran berpuasa. Tak tertahan, lagi sekali Ummi telan ubat. Fuh! Anak-anak dah risau, takut Umminya tak boleh join makan durian. Mana seronok?

Lepas Isyak, sepertimana yang dijanjikan walaupun kepala masih berdenyut-denyut, 'jamuan durian' tetap diteruskan! Kena pulak, isinya cantik-cantik dan lemak manis tak terkata rasanya. Alhamdulillah.

Bila dah kekenyangan membedal durian, barulah teringat, "Eh, kan ke orang cakap, makan durian dengan ubat memabukkan?"

He,he,he...Sebenarnya dalam perubatan, tak adapun pantang larang sebegitu. Malangnya masyarakat kita terlalu banyak taboonya. Ini tak boleh, itu tak boleh. Yang senang, disusahkan. Yang dah susah, lagilah disusahkan! Sudahnya, semua jadi susah.

Ummi tak nak komen banyak pasal ini kerana bab-bab taboo ni, berbuih mulutpun kita cakap, susah orang nak terima. Betullah masyarakat kita ni, kalau dah percaya pada sesuatu, sukar nak diubah.

Pernah satu ketika, ada ahli keluarga yang bertanya. "Kalau kita dah makan durian, berapa lama kita kena jarakkan masa untuk makan ubat ek?"

Jawab Ummi, "Tak payah tunggu berapa lama makcik. Makcik taruk ubat tu kat dalam durian, lepas tu telan! Macam tupun tak apa."

"Hahh????" Terlopong makcik ni dengar Ummi jawab.

"Biar betul?"

"Betullah tu!" Tergelak Ummi melihat kekagetan makcik yang bertanya.

"Selalu sangat kita orang buat macam tu makcik. InsyaAllah tak apa-apa. Yang penting, minda kita percaya bahawa ianya tak memabukkan. Mana ada bukti saintifik cakap durian dan ubat memabukkan."

Dengar aja Ummi explain cam tu, terus aja suami makcik tadi yang baru sahaja telan ubat darah tinggi dan kencing manis, mengambil durian yang terhidang di hadapan mata dan ngap!!! Hihihi....Alhamdulillah, tidak ada perkara yang burukpun berlaku selepas itu.

Jadi, nak percaya ke tidak?

Hmmm...bagus juga kalau Ummi boleh dapatkan pandangan ramai berkaitan isu makan ubat dengan durian ni.

Wallahua'lam.

*************************************************************************************

Rabu, 17 Jun 2009

Untuk Ibu : Jagaan Selepas Bersalin...

Assalamualaikum.

Soalan :

Assalamualaikum Ummi. Boleh tak Ummi post kan pasal penjagaan selepas bersalin bagi kelahiran normal dan pembedahan? Syukran.

Jawapan :

Melalui beberapa sumber rujukan dan pengalaman sendiri, Ummi perjelaskan beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian berkaitan penjagaan selepas bersalin.

Penjagaan Selepas Bersalin Bagi Kelahiran Normal

Sejurus selepas bersalin :
  • Suhu badan, denyutan nadi dan tekanan darah ibu akan diambil, terutamanya jika wujudnya masalah sebelum ini, seperti pra-eklampsia (darah tinggi semasa mengandung) atau pendarahan yang banyak.
  • Jika ibu melalui pembedahan Episiotomi, atau kelahiran tersebut telah menyebabkan berlakunya koyakan pada faraj, maka luka tersebut akan diperiksa setiap hari semasa ibu berada di hospital.
  • Nasihat mengenai senaman dasar pelvis dan mengempiskan perut mungkin akan diajar kepada ibu bersama-sama dengan nasihat mengenai perancang keluarga.
Setelah keluar dari hospital :
  • Pemeriksaan akan diteruskan oleh bidan atau jururawat masyarakat semasa ia membuat lawatan ke rumah untuk memeriksa keadaan kesihatan bayi.
  • Ibu juga akan ditanya mengenai lokia (lelehan darah dan puing tisu yang keluar dari rahim selepas bersalin) yang seharusnya bertukar warna dari merah ke perang dan akhirnya kepada putih.
Enam minggu selepas bersalin :
  • Ibu akan diminta untuk berjumpa doktor atau datang ke klinik untuk pemeriksaan terakhir.
  • Berat badan ibu akan diambil dan pemeriksaan fizikal sepenuhnya akan dibuat bagi memastikan tiada sebarang komplikasi yang wujud yang mungkin terlepas perhatian.
  • Pada masa yang sama, bayi juga akan diperiksa bagi memastikan ia juga sihat.
  • Doktor akan mengambil tekanan darah ibu dan mengambil sampel air kencing.
  • Payudara, abdomen dan jahitan jika ada, akan diperiksa.
  • Pemeriksaan dalaman akan dilakukan untuk memeriksa saiz dan kedudukan rahim anda
  • PAP Smear akan diambil jika telah sampai masanya.
  • Ibu boleh berbincang dengan doktor berhubung dengan perancang keluarga.
Senaman selepas bersalin

Selepas bersalin perut ibu akan menggeleber dan kendur kerana kelemahan otot dan kulit yang teregang di abdomen. Melakukan senaman yang lembut dan perlahan selepas bersalin akan membantu menguatkan otot dan mengembalikan kekejapan otot abdomen dan faraj.

Senaman juga boleh mengembalikan bentuk badan ibu dan menjadikannya lebih cergas.

Senaman untuk menguatkan dasar pelvis adalah antara senaman-senaman penting yang perlu diamalkan oleh ibu-ibu. Otot dasar pelvis mengampu organ-organ seperti pundi kencing, rahim dan rektum. Oleh yang demikian, adalah mustahak kedudukan organ-organ ini dipulihkan kembali setelah mengalami kelasakan bersalin.

Lelehan dari faraj

Berikutan kelahiran bayi, ibu akan mengalami lelehan faraj yang dipanggil lokia. Ianya kelihatan seolah-olah seperti kedatangan haid yang banyak. Ia akan keluar untuk beberapa hari dan beransur-ansur hilang dan seterusnya berhenti dalam seminggu dua.

Gunakan lampin bersalin atau tuala lampin yang lebih besar untuk menyerapkan lelehan yang keluar dengan banyak itu kerana ditakuti akan berlakunya jangkitan. Risiko jangkitan adalah tinggi jika tampon digunakan di awal-awal minggu selepas bersalin.

Pengecutan Rahim

Rahim akan mengambil masa selama 6 minggu untuk kembali ke saiz asalnya. Jika ibu menyusu anaknya dengan susu badan, ia akan terasa organ tersebut mengecut semasa ia sedang menyusu.

Kesakitan

Jika perineum (kulit di antara faraj dan dubur) terluka semasa kelahiran atau jika terdapatnya jahitan atau apa-apa sahaja yang memberi tekanan kepada bahagian tersebut, ia akan menimbulkan kesakitan.

Kesakitan ini boleh dilegakan dengan menuamkan bahagian perineum dengan pek ais (ketulan-ketulan kecil ais yang dibalut dalam kain yang bersih) atau mencurahkannya dengan air suam.

Keringkan bahagian itu dengan menggunakan pengering rambut yang disetkan ke bahagian sejuk. Jangan menggunakan tuala mandi untuk mengelapkannya. Jangan memegang pengering rambut itu terlalu dekat dengan kulit.

Lakukannya di dalam bilik tidur bukannya dalam bilik air. Menambah sedikit garam ke dalam air mandian boleh juga melegakan keadaan.

Diet

Walaupun ibu akan kehilangan berat badannya apabila rahimnya mengecut dalam minggu keenam selepas bersalin, ibu perlu menjaga makanannya untuk mengembalikan bentuk badannya seperti dahulu. Cuba makan secara berkala dan sihat. Elakkan dari mengambil snek yang mengandungi terlalu banyak kalori seperti gula-gula, kuih-muih yang manis dan minuman.

Jangan berdiet apabila anda menyusu anak dengan susu badan kerana ini akan menganggu sistem badan anda.

Kemurungan selepas bersalin (Meroyan)

Dua tiga hari selepas bersalin anda berkemungkinan mengalami rasa sedih dan murung. Ini dikenali sebagai "muram hari ketiga" (third day blues) atau muram susu, kerana ia datang serentak dengan penghasilan susu di dalam payudara. Perasaan ini disebabkan oleh kesemua perubahan hormon yang berlaku di dalam badan.

Ia akan hilang selepas beberapa hari kemudian. Jika tidak, anda perlu berbincang dengan doktor atau jururawat anda. Kemungkinan anda sedang mengalami kemurungan selepas bersalin atau dalam masyarakat Melayu disebut sebagai Meroyan. Keadaan ini jika dibiarkan tanpa rawatan boleh berlanjutan hingga berbulan-bulan.

Gejalanya:
• Terasa sedih dan sugul.
• Kerengsaan dan keletihan.
• Tidak boleh tidur.
• Hilang minat terhadap makanan atau makan terlalu banyak, kemudian merasa kesal atas perbuatan tersebut.

Meroyan merupakan salah satu dari penyakit yang sangat biasa berlaku selepas bersalin. Kemungkinan ianya disebabkan oleh perubahan besar kepada hormon di dalam badan yang berlaku semasa hendak bersalin. Masalah ini masih tidak jelas kenapa ia berlaku di kalangan sesetengah wanita begitu teruk sekali tetapi tidak kepada yang lain.

Jika anda merasakan anda mengalami masalah ini, jangan merasa malu atau segan. Jangan menidakkan keadaan ini. Anda memerlukan pertolongan. Semakin cepat anda mendapat pertolongan semakin cepatlah anda terlepas dari seksaan ini dan mampu mengembalikan kehidupan anda seperti biasa.

Penjagaan Selepas Bersalin Secara Pembedahan

Jagaan selepas pembedahan cesarean adalah seperti juga jagaan waktu pantang selepas bersalin atau jagaan selepas pembedahan daripada penyakit jenis lain dalam perut.

Apa yang penting sekali ialah dalam dua minggu pertama ketika luka daripada pembedahan dan kelahiran bayi mulai pulih, badan memerlukan banyak sumber protein daripada makanan. Oleh itu makanlah makanan yang berkhasiat lagi seimbang yang terdiri daripada bahan-bahan karbohidrat, protein serta vitamin daripada sayur-sayuran dan buah-buahan.

Lantaran itu jugalah, dalam waktu pantang ini, khususnya selepas pembedahan cesarean, janganlah sekat pengambilan makanan berkhasiat disebabkan kepercayaan dan amalan budaya kita ataupun disebabkan desakan dari orang orang tua kita. Walaubagaimanapun makanan tertentu yang diketahui boleh menyebabkan masalah seperti alahan (allergy) patut dijauhkan.

Kurangkan sedikit bahan-bahan yang kaya dengan minyak dan lemak serta bahan manisan yang mengandungi banyak gula seperti coklat dan ais-krim. Pil vitamin dan zat besi (iron) yang dimakan ketika mengandung patut diteruskan sehingga habis pantang khususnya bagi mereka yang menyusukan kerana proses penyusuan memerlukan bahan bahan vitamin khususnya kalsium dalam pembentukan susu.

Biasanya luka pada perut akan kering dan rapat setelah dua minggu. Ketika ini pesakit boleh melakukan aktiviti dan kerja rumah.

Amalan menggunakan bengkung dan juga bertungku tidak dicegah.

Mengurut pada badan juga tidak dicegah, tetapi jika boleh jangan disentuh bahagian perut khususnya pada luka pembedahan tersebut.

Makan makanan tambahan yang diluluskan oleh KKM untuk mempercepatkan proses pemulihan luka juga tidak dicegah, malah digalakkan.

Jarak kehamilan

Soalan :

Berapa lamakah sepatutnya seseorang wanita yang telah menjalani pembedahan cesarean boleh hamil lagi?

Jawapan :

Pada kebiasaannya kita mencadangkan jarak masa di antara satu hingga dua tahun.

Soalan :

Apakah kemungkinan yang berlaku jika seseorang wanita termengandung lebih awal dari itu? Misalnya enam bulan selepas pembedahan ataupun sejurus selepas pantang ia terus mengandung.

Jawapan :

Sebenarnya luka pembedahan akan pulih dalam masa dua minggu, tetapi ia menjadi kuat dalam masa satu hingga dua bulan. Apabila sampai ke tiga bulan atau lebih parut akan menjadi lebih kuat dan tidak ada bezanya antara kekuatan parut cesarean selepas tiga bulan ataupun selepas setahun.

Oleh itu jika seseorang itu dengan tidak sengaja hamil, ini bukan satu sebab ia patut menggugurkan kandungannya. Sebaiknya ia perlu diteruskan. Lagi pun tidak kesemua kes pembedahan mesti perlu diulang. Ia bergantung kepada punca pembedahan yang pertama, misalnya kalau rongganya sempit, barulah ia perlu diulang.

Wallahua'lam.

Sumber Rujukan :
- infosihat.gov.my
- www.hamidarshat.com


*************************************************************************************

Sabtu, 13 Jun 2009

Imunisasi - Salah Faham Lagi?

Assalamualaikum.

Soalan :

Saya sedang mencari info berkaitan vaksin dan imunisasi bayi. Harap Dr Ummi boleh membantu.

Jawapan :

Oleh kerana soalan yang ditujukan berbentuk umum, maka Ummi perturunkan di sini beberapa permasalahan berkaitan vaksin dan imunisasi yang pernah ditimbulkan.

*************************************************************************************

IMUNISASI KANAK-KANAK
(Rujukan : MyHEALTH Portal)

Pengenalan

Imunisasi merupakan satu proses memberi vaksin kepada bayi bertujuan untuk mencegah penyakit-penyakit berjangkit. Vaksin ialah virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan. Imunisasi boleh diberi secara suntikan (melalui otot atau di bawah kulit) atau melalui mulut. Kesan sampingan vaksinasi adalah perkara biasa dan pada kebiasaannya adalah ringan dan tidak membahayakan.

Komplikasi penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi

1. Tibi (batuk kering)

- Menyebabkan jangkitan yang serius pada radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak (meningitis) dan terus merebak kepada organ lain.

2. Difteria

- Toksik dikeluarkan oleh bakteria disebabkan oleh saluran pernafasan yang tersumbat atau pneumonia (radang paru-paru).

3. Pertusis (batuk kokol)

- Ia akan menyebabkan batuk kokol dan kekurangan oksigen ke otak.

4. Tetanus (Kancing gigi)

- Keracunan bakteria menyebabkan kekejangan pada otot-otot badan dan keupayaan membuka rahang (kancing gigi).

5. Haemophilus influenzae jenis (Hib)

- Bakteria ini menyebabkan jangkitan kepada paru-paru (pneumonia), saluran pernafasan dan radang saraf otak (meningitis).

6. Hepatitis B

- Virus ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada hati dan mempengaruhi individu mendapat kanser hati pada masa depan.

7. Polio

- Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak dan kecacatan kekal pada otot kaki.

8. Campak

- Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) and paru-paru (pneumonia).

9. Beguk

- Virus ini menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) dan testis (orchitis) dan boleh membawa kepada kemandulan.

10. Rubella

- Virus rubella merebak di kalangan manusia, ibu hamil, terutamanya kehamilan bagi tiga bulan yang pertama dan boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan pada otak, sistem pendengaran dan penglihatan serta kerosakan hati. (terutamanya PDA patent ductus arteriosus hyperli)

Nota - Semua penyakit di atas sangat berbahaya dan boleh membawa kematian.

Kesan sampingan dan keselamatan vaksin

Semua vaksin yang diberi adalah selamat dan berkesan selaras dengan cadangan World Health Organization (WHO). Kesan sampingan adalah ringan mempunyai batasannya sendiri. Ini termasuk demam, bengkak ringan dan sakit pada tempat yang disuntik. Jika ini berlaku, sila beri ubat (paracetamol).

Kesan sampingan yang serius adalah jarang berlaku. Segeralah berjumpa dengan doktor, jika berlaku keadaan berikut :

* Menangis berterusan, mengantuk, pucat, berlaku otot kecutan otot dalam tempoh 48 jam selepas suntikan
* Berlaku ruam panas, kesukaran bernafas dan mengantuk yang serius

Langkah berjaga-jaga dan tanda-tanda semasa imunisasi adalah biasa

1. Penjagaan berikut perlulah diberi perhatian :

* Kesakitan yang sedikit tanpa demam bukan merupakan tanda imunisasi
* Reaksi yang sedikit selepas mengambil telur bukan merupakan tanda suntikan campak
* Walau bagaimanapun, jika bayi anda mempunyai kesakitan yang teruk dengan suhu badan yang melebihi 38°c, imunisasi akan ditangguhkan sehingga bayi sihat.
* Jika bayi mempunyai lebam yang jarang berlaku, suntikan akan menyebabkan pendarahan pada otot.

2. Situasi dan tanda-tanda berikut jarang berlaku semasa imunisasi :

* Vaksin hidup (OPV, MMR adalah kontra indikasi untuk bayi-bayi yang mempunyai daya tahan tubuh yang lemah disebabkan oleh penyakit serius atau penggunaan ubat-ubat tertentu (penggunaan steroid jangka panjang, rawatan kanser). Bagaimanapun apabila bayi telah sihat, imunisasi boleh diberikan.
* Kanak-kanak yang telah dikenalpasti alah terhadap pemberian imunisasi yang lalu (anaphylaxis)

Tips imunisasi

* Pencegahan penyakit melalui imunisasi jauh lebih baik daripada rawatan, jika penyakit itu berlaku. Pastikan bayi mendapat imunisasi yang lengkap mengikut jadual imunisasi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
* Vaksin adalah berkesan dan kesan sampingan yang dialami adalah perkara biasa dan tidak serius.
* Sila berjumpa doktor, jika bimbang mengenai tanda-tanda kontra indikasi pada bayi selepas imunisasi.

Fatwa Tentang Pelalian/Vaksinasi
(Rujukan: Al-ahkam.net)

Pertanyaan :

(i) Apakah pandangan Islam tentang pelalian/vaksinasi?

(ii) Sesetengah pelalian/vaksinasi itu dikatakan membahayakan tubuh badan. Apakah sikap Islam tentang hal ini.

Jawaban :

al-Quran dan Sunnah memberi garis panduan tentang penggalakan penjagaan kesihatan tubuh badan/fizikal pada manusia. Islam menghendaki umatnya supaya mengambil langkah-langkah perlu untuk menghindari penyakit dan supaya sentiasa sihat tubuh badan. Nabi saw dilaporkan bersabda "Allah telah menurunkan penyakit dan ubatnya, dan setiap penyakit itu ada ubatnya. Jadi ambillah ubat-ubatan dan jangan gunakan sesuatu yang haram sebagai ubat." (riwayat Abu Dawud).

Dalam hal ini, kami akan menyebut untuk anda fatwa berikut yang dikeluarkan oleh al marhum sarjana Saudi Sheikh Abdul-`Azeez Ibn Baz (semoga rohnya dirahmati Allah).

Di dalam fatwanya al marhum berkata:

"Tidak ada apa salahnya memberi rawatan bersifat pencegahan jika wujud kekhuatiran sebenar bahawa penyakit itu boleh berlaku lantaran epidemik/wabak atau lantaran faktor lain yang boleh membawa punca berlakunya penyakit berkenaan. Juga, tidak ada apa salahnya untuk memberi ubat-ubatan bagi tujuan menghindari penyakit yang ditakuti kerana Nabi saw dilaporkan bersabda: "Barang siapa memakan tujuh biji kurma Madinah pada sebelah pagi, dia tidak akan dibahayakan oleh sihir atau racun." Ini merupakan sejenis kaedah menghindari sesuatu masalah sebelum masalah itu berlaku. Jadi terdapat kekhuatiran atau ketakutan sebenar akan wujudnya penyakit dan seseorang itu perlu diberi pelalian bagi mencegah sesuatu jangkitan yang wujud di negaranya atau di tempat lain, maka tidak ada apa salahnya dengan tindakan itu kerana ia merupakan sejenis perlindungan.

Berhubung dengan bahaya yang dialami oleh mereka yang diberi pelalian, yakni demam singkat atau kesan sampingan lainnya, kesan-kesan ini boleh saja dikesampingkan melihat pada bahaya yang telah dapat dihindari, iaitu penyakit yang boleh membunuh atau yang boleh menyebabkan bahaya kepada kesihatan seseorang.

Prinsip am dalam Syariah dalam perkara ini ialah bahawa dalam keadaan daruri/darurat (iaitu dalam keadaan yang amat mendesak/amat perlu), jika sesuatu permasalahan itu mengandungi dua kejahatan, maka melakukan satu kejahatan yang lebih kecil kesannya bagi menghindari kejahatan yang lebih besar, adalah dibolehkan.(Al-Ashbah wal-Naza’ir oleh Al-Subki, 1/45)

Bagaimanapun, jika telah terbukti dari segi perubatan bahawa sesuatu pelalian tertentu itu membahayakan tubuh badan atau bahayanya melebihi kesan positif ubat-ubatan itu dalam usaha menghindari penyakit tertentu, maka tidaklah dibenarkan untuk menggunakannya kerana Nabi saw dilaporkan bersabda: "Tidak boleh ada bahaya mahupun saling membahayakan."

WA

Inti patinya diiterjemah dari Islamonline. Teks penuh bahasa Inggeris boleh dirujuk di:
http://www.islamonline.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=94376

Betulkah Vaksin Yang Disuntik Kepada Bayi Atau Kanak-Kanak Tidak Halal?
(Rujukan : Buletin PPIM)

Pertanyaan :

Salam

Saya nak cari maklumat berkenaan dengan perkara ini. Betulkan vaksin yang disuntik kepada bayi-bayi kita mengandungi kandungan yang tidak halal serta apa implikasi jika kita membuat keputusan untuk tidak memvaksinasi bayi kita? Harap ada yang dapat memberi jawapan kepada isu ini.

Yang haram itu jelas dan yang halal itu jelas. Adakah vaksin bayi dikategorikan sebagai ubat dalam keadaan darurat?

Jawaban :

Persoalan mengenai fatwa sepatutnya diajukan kepada yang berhak mengeluarkan fatwa seperti majlis fatwa kebangsaan atau mufti untuk mengelakkan kecelaruan kefahaman dan amalan apatah lagi apabila ia membabitkan permasalahan halal haram. Dari segi usul, semua perkara adalah harus kecuali yang diharamkan manakala dalam hal ibadat pula semua perkara adalah haram kecuali yang diperintahkan Allah dan Rasulnya.

Berikut sebahagian daripada pertanyaan kepada sebuah badan Majlis Fatwa Luar Negara:

Fatwa No. : 96530
Fatwa Title : Taking vaccinations which contain impure ingredients
Fatwa Date : 14 Jumaadaa Al-Uolaa 1428 /

Question

Asselamu aleikum,dear scholars! Maybe I bore you with my questions but there is nobody to be asked about. (Note I'm converted Muslim from Bulgaria). My question is about vaccination. Is it permissible to be put on our children? Some Muslims in UK deny it. They say that the vaccines are haram cause are made on animal or even embryo 's tissues and one of the components is gelatine (made from pork bones). So their fatwa is not to vaccine the children. Please, give us-me and my Muslim brothers and sisters in Bulgaria your point of view and advice. Thank you very much

Fatwa

All perfect praise be to Allaah, The Lord of the Worlds. I testify that there is none worthy of worship except Allaah, and that Muhammad sallallaahu `alayhi wa sallam ( may Allaah exalt his mention ) is His slave and Messenger.

First of all, all perfect praise be to Allaah, Who guided you to Islam and we ask Him to make you firm and steadfast on His Religion until the day you meet Him, and may He increase your zeal in performing more good deeds.

As regards vaccination, we have already issued Fataawa 92651 and 85750 clarifying that it is a permissible means (for treatment). However, if there is a doubt about the ingredient of a medicine which is used in vaccination, then one should consult the trustworthy Muslim doctors. If it is confirmed that it contains impure ingredients, then, it is forbidden in principle to vaccinate with it unless this impurity is totally transformed, in a way that nothing remains of it, because the jurists may Allaah have mercy upon them stated that transformed impure items are pure. However, if this ingredient is not transformed and there is another permissible alternative, then it is not permissible to use this vaccine. Nonetheless, if there is no other permissible alternative, then there are some details about the issue. If there is a preponderant probability for the children who are not vaccinated to become sick and that the disease is very serious, in a way that it is feared to cause death or a permanent handicap, then it appears that this case is like a dire necessity that would permit using such impermissible vaccine; Allaah Says (what means): {…while He has explained in detail to you what He has forbidden you, excepting that to which you are compelled.}[Quran 6:119]. However, if one of the conditions is not met [the probability of sickness, and the disease being serious] then in our view (in Islamweb) it is not permissible to be vaccinated with something impure unless it is transformed.
Allaah Knows best.

Sementara dalam majmu’ atau koleksi fatwa sedunia, inilah yang fatwa yang ada yang boleh dijadikan sandaran kerana ia hampir sama dengan apa yang ditanya. Wallahu a’lam

Fatwa Mengenai Penggunaan Vaksin Polio Khusus (IPV)

Keputusan fatwa Komisi Fatwa Majelis Ulama Indonesia tentang penggunaan Vaksin Polio Khusus (IPV).

Komisi Fatwa Majelis Ulama Indonesia (MUI) setelah menimbang :

a. bahwa anak bangsa, khususnya Balita, perlu diupayakan agar terhindar dari penyakit Polio, antara lain melalui pemberian vaksin imunisasi;

b. bahwa dalam program Pekan Imunisasi Nasional (PIN) tahun 2002 ini terdapat sejumlah anak Balita yang menderita immunocompromise (kelainan sistem kekebalan tubuh) yang memerlukan vaksin khusus yang diberikan secara injeksi (vaksin jenis suntik, IPV);

c. Vaksin khusus tersebut (IPV) dalam proses pembuatannya menggunakan enzim yang berasal dari porcine (babi), namun dalam hasil akhir tidak terdeteksi unsur babi, dan belum ditemukan IPV jenis lain yang dapat menggantikan vaksin tersebut;

d. bahwa oleh karena itu, Komisi Fatwa MUI memandang perlu menetapkan fatwa tentang status hukum penggunaan IPV tersebut, sebagai pedoman bagi pemerintah, umat Islam dan pihak-pihak lain yang memerlukannya.

Mengingat :

1. Hadis-hadis Nabi, antara lain :

- "Berobatlah, karena Allah tidak membuat penyakit kecuali membuat pula obatnya selain satu penyakit, yaitu pikun"
(HR. Abu Daud dari Usamah bin Syarik).

- "Allah telah menurunkan penyakit dan obat, serta menjadikan obat bagi setiap penyakit; maka, berobatlah dan janganlah berobat dengan benda yang haram"
(HR. Abu Daud dari Abu Darda ').

- "Sekelompok orang dari suku 'Ukl atau 'Urainah datang dan tidak cocok dengan udara Madinah (sehingga mereka jatuh sakit); maka Nabi s.a.w. memerintahkan agar mereka diberi unta perah dan (agar mereka) meminum air kencing dari unta tersebut..."
(HR. al-Bukhari dari Anas bin Malik).

- "Allah tidak menurunkan suatu penyakit kecuali menurunkan (pula) obatnya." (HR. al-Bukhari dari Abu Hurairah).

- Sabda Nabi s.a.w. yang melarang penggunaan benda yang terkena najis sebagaimana diungkapkan dalam hadis tentang tikus yang jatuh dan mati (najis) dalam keju: "Jika keju itu keras (padat), buanglah tikus itu dan keju sekitarnya, dan makanlah (sisa) keju tersebut; namun jika keju itu cair, tumpahkanlah" (HR. al-Bukhari, Ahmad, dan Nasa'i dari Maimunah isteri Nabi s.a.w.)

2. Kaedah-kaedah fiqh :

• "Dharar (bahaya) harus dicegah sedapat mungkin."

• "Dharar (bahaya) harus dihilangkan. "

• "Kondisi hajat menempati kondisi darurat. "

• "Darurat membolehkan hal-hal yang dilarang. "

• "Sesuatu yang dibolehkan karena darurat dibatasi sesuai kadar (kebutuhan)-nya."

3. Pedoman Dasar dan Pedoman Rumah Tangga MUI periode .

4. Pedoman Penetapan Fatwa MUI.

Memperhatikan :

1. Pendapat para ulama; antara lain:

• "Imam Zuhri (rv. 124 H) berkata, "Tidak halal meminum air seni manusia karena suatu penyakit yang diderita, sebab itu adalah najis; Allah berfirman : '...Dihalalkan bagimu yang baik-baik (suci)... '(QS. al-Matidah [5J: S)";

• dan Ibnu Mas'ud (w 32 H) berkata tentang sakar (minuman keras), Allah tidak "menjadikan obatmu pada sesuatu yang diharamkan atasmu" (Riwayat Imam al-Bukhari).

2. Surat Menteri Kesehatan RI nomor: 1192/ MENKES/ IX /2002, tanggal 24 September 2002, serta penjelasan Direktur Jenderal Pemberantasan Penyakit Menular dan Penyehatan Lingkungan Pemukiman Departemen Kesehatan, Direktur Bio Farma, Badan POM, LP. POM-MUI, pada rapat Komisi Fatwa, Selasa, 1 Sya'ban 1423 / 8 Oktober 2002; antara lain:

1) Pemerintah saat ini sedang berupaya melakukan pembasmian penyakit Polio dari masyarakat secara serentak di seluruh wilayah tanah air melalui program Pekan Imunisasi Nasional (PIN) dengan cara pemberian dua tetes vaksin Polio oral (melalui saluran pencernaan)

2) Penyakit (virus) Polio, jika tidak ditanggulangi, akan menyebabkan cacat fisik (kaki pincang) pada mereka yang menderitanya.

3) Terdapat sejumlah anak Balita yang menderita immunocompromise (kelainan sistem kekebalan tubuh) yang memerlukan vaksin khusus yang diberikan secara injeksi (vaksin jenis suntik, IPV).

4) Jika anak-anak yang menderita immunocompromise tersebut tidak diimunisasi, mereka akan menderita penyakit Polio serta sangat dikhawatirkan pula mereka akan menjadi sumber penyebaran virus.

5) Vaksin khusus tersebut (IPV) dalam proses pembuatannya menggunakan enzim yang berasal dari porcine (babi), namun dalam hasil akhir tidak terdeteksi unsur babi.

6) Sampai saat ini belum ada IPV jenis lain yang dapat menggantikan vaksin tersebut dan jika diproduksi sendiri, diperlukan investasi (biaya, modal) sangat besar sementara kebutuhannya sangat terbatas.

3. Pendapat peserta rapat Komisi Fatwa dalam rapat tersebut; antara lain:

1) Sejumlah argumen keagamaan (adillah di niyyah: al-Qur'an, hadits, dan qawa'id fiqhiyyah) dan pendapat para ulama mengajarkan; antara lain:

a. setiap penyakit dan kecacatan yang diakibat-kan penyakit adalah dharar (bahaya) yang harus dihindarkan (dicegah) dan dihilangkan (melalui pengobatan) dengan cara yang tidak melanggar syari'ah dan dengan obat yang suci dan halal;

b. setiap ibu yang baru melahirkan, pada dasamya, wajib memberikan air susu yang pertama keluar (colostrum, al-liba') kepada anaknya dan dianjurkan pula memberikan ASI sampai dengan usia dua tahun. Hal tersebut menurut para ahli kesehatan dapat memberi-kan kekebalan (imun) pada anak;

2) Dalam proses pembuatan vaksin tersebut telah terjadi persenyawaan / persentuhan (ilhtilath) antara porcine yang najis dengan media yang digunakan untuk pembiakan virus bahan vaksin dan tidak dilakukan penyucian dengan cara yang dibenarkan syari'ah (tathhir syar'an ). Hal itu menyebabkan media dan virus tersebut menjadi terkena najis (mutanadjis).

3) Kondisi anak-anak yang menderita immunocompromise, jika tidak diberi vaksin IPV, dipandang telah berada pada posisi hajah dan dapat pula menimbulkan dharar bagi pihak lain.

Dengan bertawakkal kepada Allah SWT,

MEMUTUSKAN

Menetapkan :

FATWA TENTANG PENGGUNAAN VAKSIN POLIO KHUSUS

Pertama :


Ketentuan Hukum


1.Pada dasamya, penggunaan obat-obatan, termasuk vaksin, yang berasal dari - atau mengandung -benda najis ataupun benda terkena najis adalah haram..

2. Pemberian vaksin IPV kepada anak-anak yang menderita immunocompromise, pada saat ini, dibolehkan, sepanjang belum ada IPV jenis lain yang suci dan halal.

3. Fatwa ini berlaku sejak tanggal ditetapkan dengan ketentuan jika di kemudian hari temyata terdapat kekeliruan, akan diperbaiki dan disempurnakan sebagaimana mestinya.

Kedua :

Rekomendasi (Taushiah)

1. Pemerintah hendaknya mengkampanyekan agar setiap ibu memberikan ASI, terutama colostrum, secara memadai (sampai dengan dua tahun).

2. Pemerintah hendaknya mengupayakan secara maksimal, serta melalui WHO dan negara-negara berpenduduk muslim, agar memperhatikan kepentingan umat Islam dalam hal kebutuhan akan obat-obatan yang suci dan halal.

Ketua : K.H Ma’ruf Amin

Sekretaris : Hasanudin

Jakarta, Indonesia

1 Sya'ban 1423 H - 8 Oktober 2002 M.

KOMISI FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA

Negara asal : Indonesia
Negeri : Jakarta
Badan yang mengisu fatwa : Komisi Fatwa Majelis Ulama Indonesia
Penulis/Ulama : K.H Ma’ruf Amin

Salah faham mengenai imunisasi
Date 22, Aug 2008 | Topic: INFO KESIHATAN

VAKSIN merupakan kaedah utama dalam mengurangkan kadar kematian akibat penyakit berjangkit di kalangan penduduk dunia.

Ekoran daripada itu, amat penting untuk ibu bapa melindungi anak-anak daripada penyakit berjangkit melalui program imunisasi dengan pemberian suntikan vaksin.

Cuba fikirkan masa yang digunakan menjaga anak yang sakit, masa berjumpa doktor, masa tidak bekerja, kesusahan memberi anak makan ubat juga memakan masa. Jika anak masuk hospital, tanggungjawab dan kebimbangan makin meningkat. Justeru, vaksinasi penting untuk meningkatkan daya tahan melawan penyakit berjangkit anak.

Ibu bapa perlu sentiasa membawa anak untuk mendapatkan vaksinasi untuk kebaikan anak-anak. Ia penting untuk membina imunisasi anak iaitu daya tahan melawan penyakit berjangkit. Ini kerana penyakit berjangkit merupakan penyebab utama berlakunya kecacatan dan kematian di kalangan kanak-kanak. Imunisasi adalah cara yang efektif dalam mencegah dan mengurangkan penyakit ini. Selain itu, imunisasi adalah satu cara melindungi kanak-kanak daripada beberapa penyakit tertentu secara mudah, selamat dan berkesan. Ini dilakukan melalui pemberian vaksin bagi pembentukan antibodi untuk membina daya ketahanan badan. Vaksin merupakan virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan dan diberikan secara suntikan atau melalui mulut. Semua kanak-kanak berhak mendapat imunisasi yang lengkap. Dengan itu adalah penting untuk ibu bapa melengkapkan diri dengan pengetahuan terbaru mengenai perkembangan tentang imunisasi. Imunisasi adalah satu cara yang paling efektif dalam mengawal penyakit-penyakit berjangkit seperti difteria, pertussis (batuk kokol), tetanus (kancing gigi), polio, tibi, hepatitis B, measles, mumps, rubella dan jangkitan meningitis Haemophilus, influenzae jenis b.

Kebanyakan vaksin yang diberikan adalah untuk penyakit yang kini amat jarang sekali berlaku.

Menurut Pakar Pediatrik Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Kamaruddin Ahmad, sekiranya kita berhenti daripada memberi suntikan vaksin, bayi mudah terjangkit dengan penyakit. Faktor utama keperluan vaksinasi kerana penyakit-penyakit berjangkit ini tidak akan berhenti.

“Walaupun vaksin mengurangkan kebarangkalian mendapat penyakit, masih lagi terdapat risiko rendah dijangkiti penyakit yang sama. Apabila vaksin digunakan dengan meluas, insiden penyakit ini dapat dikurangkan,” jelasnya.

Dr. Kamaruddin menjelaskan, jika imunisasi tidak berkesan, maka negara kita akan menghadapi wabak pelbagai jenis penyakit berjangkit.

“Tidak semua individu mempunyai sistem daya tahan melawan penyakit dan tidak ada cara terbaik untuk kita mengenal pasti individu tersebut. Maka adalah penting setiap individu diberi imunisasi lengkap supaya individu mendapat perlindungan sepenuhnya,” tambahnya.

Maksudnya, hanya dengan vaksin kita dapat melindungi anak-anak daripada penyakit berjangkit dan bukan dengan menjauhi diri mereka daripada kanak-kanak lain. Adalah tidak wajar untuk mengasingkan anak anda.

“Sebenarnya bakteria atau virus ini bukan hanya dibawa atau disebar oleh kanak-kanak bahkan juga orang dewasa,” katanya.

Contohnya, bakteria tetanus yang terdapat di dalam tanah juga menjangkiti kanak-kanak melalui luka ringan yang sekali gus menyebabkan risiko mendapat penyakit tetanus.

“Sebenarnya program imunisasi bayi itu penting untuk membina daya tahan kanak-kanak. Ia berbeza dengan orang dewasa yang mungkin lebih kuat,” jelasnya.

Di samping itu, vaksinasi adalah selamat kerana kesemua vaksin telah diuji keberkesanan dan keselamatannya. Tahap kesan tindak balas sampingan terhadap imunisasi telah diuji dan pemantauan berterusan dijalankan.

“Kini, kesan sampingan terhadap tindak balas imunisasi juga berkurangan dan ia lebih baik daripada mendapat penyakit itu sendiri."

"Perlu diingat, vaksin seperti ubat lain, pun ada kesan sampingan tetapi ramai kanak-kanak yang diberi imunisasi tanpa mengalami masalah langsung," jelasnya.

Tambah Dr. Kamaruddin, seperti vaksin lain yang diberi melalui suntikan, kesan sampingan yang kerap berlaku termasuk kemerahan dan bengkak di tempat suntikan atau demam.

Masalah ini tidak serius dan jika berlaku, tidak berpanjangan. Kesan sampingan yang serius jarang berlaku dengan vaksin moden dan risiko daripada vaksinasi adalah lebih rendah daripada risiko tidak diberi vaksin.

“Antara kesan yang selalu dialami ialah bengkak pada kawasan suntikan tetapi kawasan tersebut tidak perlu diusik. Selain itu, kemungkinan bayi akan demam selepas disuntik tetapi itu jarang berlaku. Kesan sampingan hanya wujud sepuluh peratus sahaja dan selebihnya tidak mengalaminya langsung,” jelasnya.

Dr. Kamaruddin memberitahu, imunisasi perlu diberikan sejak lahir lagi dan setiap ibu bapa perlu membawa anak mengikut jadual imunisasi baru yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Adalah penting untuk melengkapkan imunisasi anak anda mengikut jadual imunisasi baru."

"Penyakit sewaktu alam kanak-kanak boleh menyumbang kepada akibat buruk. Tiada seorang pun kanak-kanak yang boleh dibiarkan tanpa vaksinasi. Ingatlah bahawa adalah lebih mudah, murah dan selamat untuk menggunakan vaksin daripada merawat sesuatu penyakit," katanya.

Selain itu, sistem daya pertahanan badan manusia boleh menerima beberapa vaksin yang diberi pada masa yang sama.

Beliau menjelaskan, sistem imunisasi seorang kanak-kanak lebih berkebolehan daripada jangkaan ibu bapanya.

"Anak anda menggunakan sistem pertahanan badannya tiap-tiap hari apabila terdedah kepada benda-benda asing seperti parasit, selesema boleh merangsang sistem imunisasi supaya mengeluarkan antibodi-antibodi yang akan berlawan dengan virus tersebut." “Dengan cara yang sama, vaksin juga akan merangsang tubuh anak anda untuk mengeluarkan antibodi tanpa jangkitan. Inilah cara vaksin memberi perlindungan kepada anak anda tanpa menyebabkan mereka menjadi sakit.,” ujar beliau.

Adalah penting bayi diberi vaksin awal kerana sistem imunisasi belum lagi matang untuk melawan jangkitan penyakit-penyakit seperti meningitis dan campak.

Jelas beliau lagi, sebaik sahaja antibodi dihasilkan dalam tindak balas terhadap vaksin, ia akan menjadi antara bahagian paling kukuh dalam sistem imunisasi.

Namun, kanak-kanak yang dibiarkan terdedah kepada jangkitan semulajadi, antibodi pula akan bertindak melawan jangkitan tersebut.

"Seseorang kanak-kanak yang telah menerima vaksin dapat membantu mencegah perebakan penyakit. Itu sebabnya, semakin ramai kanak-kanak yang diberi vaksin, semakin besarlah lingkungan perlindungan yang diperoleh semua orang," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, kebanyakan vaksin akan diberikan sejak zaman kanak-kanak lagi. Ini kerana sebahagian besar penyakit adalah lebih umum pada awal usia memandangkan sistem imunisasi kanak-kanak masih membangun. Justeru, dos ekstra mungkin perlu terus diberikan bergantung kepada keadaan fizikal dan usia.

Dalam pada itu, Dr. Kamaruddin turut menjelaskan tentang perlunya kanak-kanak mendapat perlindungan pneumokokus.

“Virus ini mungkin tidak termasuk di dalam program imunisasi kanak-kanak tetapi mengambil vaksinnya adalah satu langkah pencegahan yang selamat. Ia merupakan satu pilihan untuk ibu bapa kerana keadaan dan persekitaran pada hari ini antara faktor kanak-kanak mudah dijangkiti penyakit,” katanya.

Penyakit pneumokokus ialah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh sejenis kuman bakteria yang dinamakan Streptococcus pneumoniae atau pneumokokus. Ianya merupakan jangkitan serius yang melibatkan kanak-kanak, lebih-lebih lagi mereka yang berusia dua tahun ke bawah. Kuman ini boleh menyebabkan penyakit meningitis (radang selaput otak atau urat saraf tunjang), pneumonia (jangkitan paru-paru), bakteremia (jangkitan darah) dan otitis media (jangkitan telinga tengah, sebahagian dalam gegendang telinga).

*************************************************************************************