Sabtu, 19 Jun 2010

Percutian Yang Bermakna...

Assalamualaikum.

Cuti sekolah kali ini benar-benar padat dengan aktiviti. Aktiviti yang penuh bermakna! Mudah-mudahan Allah mengiranya sebagai suatu amalan yang mendatangkan pahala.

Jumaat Pertama (4 Jun 2010) :

Kami ke Merdeka Beach Resort, Kedah untuk menghadiri Konvensyen PAPISMA kali ke-7. Sungguh mengujakan dapat bertemu kembali dengan sahabat-sahabiah. Ikatan yang dibina atas dasar iman tidak memungkinkan kami untuk mencipta seribu alasan bagi membenarkan ketidakhadiran kami dalam konvensyen yang amat bermakna ini. Apalagi dengan amanah yang digalas sebagai bendahari agung. Buat teman-teman, adik-adik, abang kakak seperjuangan...kemaafan jua dipohonkan sekiranya terdapat sebarang kekhilafan yang berlaku sepanjang amanah ini digalas. Hanya sekadar itu yang terbaik yang dapat disumbangkan buatmu PAPISMA.


Oleh kerana Abi dan anak-anak dah bercerita panjang lebarpun tentang pengkisahan sepanjang konvensyen ini, Ummi hanya perlu link kan sahaja ke blog mereka. Jangan lupa baca di sini ya :

1. Blog Buletin Papisma Terengganu
2. Blog Sesuci Kejora

Sepulangnya kami dari konvensyen yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu, terus kami melencong ke Georgetown Pulau Pinang untuk program ziarah. Dah lama Abi tak jumpa adik bongsunya yang tinggal di sana. Kami bermalam di rumah beliau sambil menikmati panorama bandar Georgetown dari tingkat 23! Gayat habis....! Nak tengok gambarnya? Jom ziarah blog anak Ummi yang rajin bercerita tu di sini...

Dari hari Jumaat sampai hari Isnin, kami sekeluarga bercuti. Nasib baiklah ada pengganti kat klinik. Itupun time malam aja. Sekarang ni nak cari doktor ganti siang-siang hari cukup payah sebab doktor kerajaan tak mau cuti.

Hari Selasa masuk klinik, hari Jumaat cuti lagi! Sakan....

Jumaat Ke-2 (11 Jun 2010) :

Ke mana pulak hari ini? Ke mana lagi kalau tak ke Muktamar Agung PAS di Putik, Kelantan. Bertolak awal subuh. Alhamdulillah sesampainya kami di sana, pembentangan ucapan dasarpun bermula. Ramainya manusia tak terkata. Parking kereta cukup jauh sekali. Nasib baiklah terserempak dengan YDP PAS Kawasan Kuala Trg yang membunyikan hon kat kami dan langsung menumpangkan kami terus ke pintu depan dewan! Jadi VIP lah pulak..hehehe. Tulah berkat namanya kan. Susah payah kita berusaha nak datang ke sini, Allah pasti kurniakan kemudahannya buat kita.

Sayangnya Ummi terlupa nak ambik gambar masa kat sini. Yang ada cuma gambar anak-anak yang enjoy sakan kat rumah bapa saudaranya. Budak-budak, kalau dah dapat jumpa sepupu sepapa macam tak ingat dunia..huhuhu. Jom kita layan tengok gambar anak-anak Ummi pulak kat blog sesuci kejora...

Jumaat Ke-3 (18 Jun 2010) :

Minggu ni Ummi dipertemukan dengan sahabiah lama Ummi masa sekolah menengah dulu. Ya Allah...dah 17 tahun tak bertemu! Kali terakhir kami berjumpa adalah semasa majlis perkahwinan beliau. Sekarang masing-masing dah ada 5 orang anak! Masa sekolah dulu, Ummi dan dia cukup rapat. Boleh dikatakan kemana-mana sahaja sentiasa bersama. Macam belangkas. Tak sangka bila dah habis SPM kami terpaksa berpisah. Masing-masing membawa haluan diri demi sekelumit ilmu.

Inilah dia best friend Ummi masa kat SESMA (Sekolah Sultan Mahmud,K.Trg) dulu...Wan Fatimah Azdee bersama anak bongsunya.

Keesokannya, tibalah masa untuk Ummi berceramah. Dah lama Ummi dapat jemputan untuk berceramah dalam seminar kesihatan yang dianjurkan oleh Nisa'. Mulanya teragak-agak juga nak berikan persetujuan tapi bila Abi cakap..."Terima jerlah Ummi..untuk jemaah." Akhirnya Ummi bersetuju. Dah tua-tua ni (hehe...) Ummi tak seaktif dulu dah berceramah. Saja nak kasi peluang kat orang-orang muda. Tapi setiap kali kita menolak setiap kali tulah pula pihak penganjur cakap orang muda payah nak kasi persetujuan. Pulak? Orang tua harapkan orang muda tapi orang muda entah ke mana pula perginya. Mudah-mudahan generasi pelapis PAPISMA (Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia) mampu menyediakan orang-orang muda yang bersedia menyumbangkan tenaga untuk masyarakat pada bila-bila masa sahaja.

Kali ni Ummi bawa anak Ummi yang Ummi panggil kakak tu ke tempat ceramah. Kakakpun bukan main bersemangat lagi nak dengar Ummi ceramah. Ummi cerita kat kakak, "Masa kakak kecik dulu, Ummi selalu bawa kakak sekali ke tempat Ummi berceramah. Selalu Ummi letakkan kakak di sebelah Ummi. Harap-harapnya bila kakak besar nanti, kakakpun pandai berceramah."

Bila tiba masanya Ummi dijemput untuk berceramah, Ummi tengok muka kakak dah pucat putih. "Eh, kenapa kakak?" "Amirah rasa berdebarlah Ummi. Macam Amirah pulak yang nak berceramah." "Laa...apalah kakak ni. Ummi yang nak ke depan, bukan kakak. Hihihi..." Macam-macam pulak kakak ni.

Sambil-sambil Ummi berceramah, kakak dah Ummi tugaskan jadi camerawoman. Inilah dia hasil 'tangkapan' gambar dari kakak..hehe...

Ummi sedang memasang LCD untuk persembahan

Ceramah baru bermula. Masih semangat lagi tu..hehe...

Kakak tersandar kat dinding sambil menunggu Ummi siap berceramah. Satu hari nanti Ummi pulak yang nak bersandar kat dinding sambil mendengar kakak berceramah...boleh kan kakak?

Itulah alkisahnya sepanjang percutian kali ini. Bukan kitapun yang bercuti. Anak-anak yang cuti sekolah memanjang. Esok dah mula sekolah. Maka kembalilah kita kepada rutin kesibukan yang biasa. Awal pagi hantar anak ke sekolah, masuk kerja, keluar kerja, pergi bank, beli itu beli ini, ambik anak, balik rumah, gi kerja lagi, balik kerja, tidur. Isyhh..ruginya kalau di celah-celah kesibukan itu kita tidak meluangkan masa untuk akhirat juga, kan? Sambil bawak kereta, sambil dengar kuliah agama. Sambil tunggu suami ke bank, sambil baca buku. Sambil rehat sekejap di waktu tengahari, sambil bertafakur. Sambil itu, sambil ini dan macam-macam sambil lagi. Tentunya masih ada ruang-ruang kosong untuk kita mencari pahala...InsyaAllah.

Okay..sehingga bertemu kembali. Doa-doakanlah Ummi agar rajin-rajin menulis...

Tiada ulasan: