Sabtu, 12 Julai 2008

Aduhh...Sakitnya Kepalaku!

Assalamualaikum.

Dah lama sebenarnya ummi nak menulis artikel perubatan tapi kesibukan yang melampau menghalang ummi daripada berbuat demikian. Hari ni, InsyaAllah walaupun masih dalam kategori sibuk tapi taklah terlalu melampau, ummi cuba luangkan sedikit masa untuk bersembang bab penyakit pulak...sesuai dengan bidang kerjaya ummi sendiri sebagai seorang doktor dan juga sebagai seorang hamba Allah yang tidak dapat lari dari ditimpa penyakit.

Kenapa sakit kepala menjadi pilihan pertama ummi dalam memulakan ruangan sembang penyakit ini? Sebabnya ummi sendiri merupakan seorang penghidap sakit kepala yang kronik. Entah sejak bila ianya bermula, ummipun dah lupa. Mungkin sejak zaman bersekolah dulu lagi kot. Tapi yang pasti, bila dah masuk era bekerja, lagilah sakit kepala tu menjadi-jadi..almaklum le,kan?

Macamana Rasanya Sakit Kepala?

Ada di kalangan ahli keluarga ummi yang pernah bertanya, macamana rasanya sakit kepala? MasyaAllah..terdetik dihati ummi, beruntungnya si penanya yang tak pernah ditimpa sakit kepala. Sedangkan ummi, setiap kali diserang sakit kepala terbayang macamana peritnya Rasulullah saw sewaktu hampir ajalnya. Serangan sakit kepala yang ditimpakan kepada Rasulullah saw menyamai 2x ganda sakit paling berat yang dirasai oleh manusia biasa! Walhal sakit yang kita rasai inipun dah tak tertahan rasanya...terasa mahu dihantuk-hantuk kepala ke dinding...Astaghfirullahal’azim.

Kalau mengikut takrifan biasa, sakit kepala ialah rasa sakit dalam kepala. Ia boleh digambarkan seperti rasa yang berdenyut-denyut, seperti ditekan-tekan, seperti ’kembang kepala’ atau payah sangat nak menggambarkannya, senang sebut, rasa macam nak pecah kepala! Ia merupakan masalah kesihatan yang paling lazim berlaku dan paling banyak jenisnya.

Jenis-Jenis Sakit Kepala Dan Ciri-Cirinya

Sakit kepala disebabkan ketegangan ( tension headache)

• Sakit jenis ini biasanya dirasai di belakang kepala dan leher dan biasanya tidak terhad pada sebelah bahagian sahaja.

• Sakit mungkin berlarutan selama beberapa hari hingga beberapa minggu dengan masa lega yang singkat di antara serangan. Walau bagaimanapun tahap keterukannya mungkin berubah-ubah.

• Menyerang pada bila-bila masa.

• Kesakitannya selalu digambarkan seperti satu 'ikatan kuat' yang menekan, tetapi jarang sekali berdenyut-denyut dan tidak pernah disertai dengan demam.

Sakit kepala migraine (migranous headache)

• Berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas.

• Sakit dirasai di sebelah bahagian kepala sahaja pada satu-satu masa, tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala.

• Sakitnya berdenyut-denyut dan selalunya berlaku secara perlahan-lahan dan menjadi lebih teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jam atau lebih lama.

• Sakit mungkin menyerang sekali dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu atau langsung tiada untuk beberapa bulan. Migrain biasanya berlarutan selama beberapa jam tetapi jarang melebihi satu atau dua hari.

• Sakit yang mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alkohol, atau sesetengah jenis makanan seperti coklat dan seringkali disertai rasa loya dan muntah-muntah. Tidur dapat melegakan sakit kepala jenis ini. Sakit ini juga boleh berlaku semasa haid.

• Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap migrain.

Sakit kepala yang bertumpu (cluster headache)

• Sakit kepala jenis ini biasanya berlaku di kalangan lelaki pertengahan umur, manakala migrain tipikal lebih biasa berlaku di kalangan wanita.

• Sakitnya hanya meliputi sebelah bahagian kepala sahaja. Sakit biasanya terjadi di belakang mata dan biasanya berlaku pada mata yang sama.

• Sakit yang menyerang secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran.

• Sakit yang memuncak dalam tempoh 5 hingga 10 minit dan mungkin berlarutan sehingga beberapa jam.

• Sakit yang menyebabkan seseorang terbangun daripada tidur dan berlaku beberapa kali sehari untuk beberapa minggu dan kemudian berhenti.

• Menyerang hampir pada waktu yang sama setiap hari, untuk beberapa minggu atau bulan.

• Sakit yang mungkin berkaitan dengan sebelah bahagian rongga hidung tersumbat dan mata yang berair.

Keradangan sinus

• Sakit yang biasanya bermula semasa atau selepas demam selsema yang teruk, terutamanya jika berlaku titis postnasal (pengaliran lendir berlebihan dari kawasan hidung ke dalam farinks).

• Sakit yang tertumpu pada satu kawasan tertentu pada muka atau kepala, dan menyerang dalam masa yang singkat.

• Sakit yang teruk pada waktu pagi sebelum mukus (lendir) berpeluang untuk mengalir keluar.

• Sakit yang menjadi lebih teruk apabila batuk, bersin atau menggerakkan kepala dengan tiba-tiba.

• Sakit yang menjadi lebih teruk dengan pengambilan alkolhol, perubahan suhu yang mendadak, semasa musim sejuk dan keluar dari bilik yang panas ke kawasan luar yang sejuk.

• Menpunyai sejarah demam hay (rinitis alergik) dan alahan.

Arteritis temporal

• Sakit yang biasanya berlaku di kalangan warga tua yang berumur lebih daripada 50 tahun.

• Sakit yang berkaitan dengan bahagian kepala dan pelipis yang sensitif (mudah terasa sakit apabila disentuh) dan sakit rahang

• Penglihatan terganggu.

• Sakit-sakit pada seluruh badan

• Kemungkinan berkait dengan demam ringan yang berlaku sekejap-sekejap.

• Dikaitkan dengan penurunan berat badan pada sesetengah orang.

• Sakit kepala jenis ini dianggap sebagai kes kecemasan perubatan - pesakit perlu dirawat di hospital dengan segera.

Faktor-faktor lain yang menyebabkan sakit kepala

• Demam selsema yang biasa, influenza
• Demam yang disebabkan oleh virus
• Terlalu sedikit atau terlalu banyak tidur
• Makananan seperti pemanis tiruan, pisang, minuman beralkohol, kopi, teh, daging yang telah diawet, dan monosodium glutamate(bahan perisa)
• Kecederaan pada kepala/post-traumatik
• Berlaku jangkitan di kepala atau leher
• Pendedahan terhadap bahan kimia atau pencemaran
• Keracunan
• Kesan-kesan sampingan daripada ubat-ubatan seperti Indomethacin, nitrat dan agen vasodilasi (agen yang menyebabkan salur darah menjadi lebih besar).
• Perubahan hormon contohnya sindrom sebelum haid(PMS)
• Tekanan
• Gigi bernanah
• Kesan-kesan akibat berhenti mengambil kopi, ubat-ubatan simpatomimetik atau ubat-ubatan lain
• Kesan akibat berhenti daripada mengambil dadah jalanan
• Pengambilan alkohol yang melampau

Penjagaan sendiri untuk mengawal sakit kepala anda.

• Cari penyebab atau pencetus sakit kepala anda dan cuba elakkannya.
• Elakkan daripada mengambil makanan dan minuman yang boleh menyebabkan sakit kepala.
• Minta bantuan seseorang untuk mengurut otot-otot yang tegang.
• Makan ubat penahan sakit seperti Acetaminophen, ibuprofen atau aspirin untuk mengurangkan sakit kepala anda.
• Berehat dengan menutup mata dan menarik nafas panjang dengan perlahan-lahan.
• Mandi.
• Tutup mata anda dengan kain basah.

Hubungi doktor jika..

• Sakit kepala yang teruk atau kuat menyerang tiba-tiba.
• Sakit kepala yang semakin lama semakin teruk atau dikaitkan dengan masalah penglihatan, percakapan yang tidak jelas, masalah mengerakkan tangan dan kaki, atau masalah-masalah yang seumpamanya.
• Sakit kepala yang dikaitkan dengan demam dan leher terasa tegang.
• Sakit kepala yang dikaitkan dengan kecederaan kepala.
• Sakit kepala yang paling teruk pernah anda alami dan menyerang dengan tiba-tiba.
• Sakit kepala yang berlarutan lebih beberapa hari.
• Sakit kepala yang teruk pada waktu pagi dan tiada gejala-gejala lain yang timbul.
• Sakit kepala yang sering berlaku dan tidak diketahui penyebabnya seperti alahan atau sinusitis yang kronik.
• Terdapat perubahan ciri-ciri sakit kepala daripada yang biasa anda alami.
• Anda merasa mungkin anda menghidap arteritis temporal.

Kaedah Doa

Aik..doktorpun percaya kaedah ni? Tidak dinafikan bahawa perubatan allopathy buat masa ini merupakan pilihan utama manusia moden untuk menyembuhkan penyakit. Hospital dan klinik yang dilengkapkan dengan segala kemudahan dan kepakaran menjadi tempat tumpuan rawatan yang utama. Akan tetapi, suatu hal yang amat nyata, tidak semua penyakit dapat disembuhkan dengan cara tersebut. Masih banyak penyakit yang belum dapat ditemui ubatnya oleh pakar-pakar perubatan moden. Maka kembalilah kita kepada maksud firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 82:

”Dan Kami turunkan di atas (isi) al-Qur’an, sesuatu yang menyembuhkan dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.”

Maka di sini, ummi selitkan sebuah testimoni yang ummi dapat daripada e-group di mana sakit kepalanya Alhamdulillah berjaya dikurangkan hanya dengan amalan doa...tapi testimoni ni dalam bahasa ’orangputeh’ le, ummi nak terjemahkan ke melayu nanti alunan bunyi dan kesungguhan ceritanya tu jadi lain pula..maaflah ya.

Testimoni

Alhamdullillah. ....I'm an acute migraine sufferer to the extent of vomitting and becoming imbalance. Every time it happens, I have to take antacid & synflex. Antacid is to line the stomach before taking synflex which is a stronger pain killer than panadol.

This is to let you know the strength of synflex that so much so I have to take antacid prior to swallowing synflex. This worries me quite a bit as taking pain killers posed other health concerns later.. I've tried many times to manage it without swallowing synflex but it got worst. Hence, I'm resigned to probably take synflex for the rest of my life at that time!

Then, one day, one of you have so kind-heartedly emailed me the ways and how to cure headache by one Singaporean Ustazah (sorry can't remember the name of the sender as well as the Ustazah). The method includes reading this ayat Quran. I've tried it and Alhamdullillah, being a bad migraine sufferer I'm amazed at the miraculous cure! However, you have to do it repeatedly.

For once in my life, I did not need to take synflex anymore! You see, strangely about migraine sufferer, we can feel when the attacks are coming and when it starts to ebb away. So, friends, save this method onto your handphone "Notes" or "To-do List" so that when you have a headache and with strong conviction, do the method, InsyaAllah, it will work!

1. Read Al-Fatihah (1x)
2. Read Surah Al-Ikhlas (3x)
3. Read Surah Yassin ayat ke 58 "Salaamun Qaulan Minrabbirrahim" (3x)
4. Read Selawat Nabi (3x)

What I did was, I blew it on my palms and put my palms on my head for a while. After that, I repeat the whole process again.

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah, dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.

Sekadar itu sahaja sembang-sembang peyakit dari ummi untuk kali ini. InsyaAllah kita jumpa lagi dalam sembang-sembang penyakit yang lain pula.

Siiru ’ala baarakatillah...

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Ummi, membaca tulisan Ummi, walaupun sekali-sekala cukup berinformasi. Lengkap dengan alternatifnya. Tak ramai doktor yang boleh beri ilmu dan pengalaman macam ni.

Tahniah Ummi, I'm waiting for the next article.

Teruskan usaha Ummi...ia usaha yang mulia.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Ummi,trima kasih atas segala maklumat berinformasi ini.Segala mklumat yg umi berikan ini sngt brmakana wat saya..
Umi saya nak tnya saya ada migraine dan baru-baru dr diagnose saya kena asthma coz saya kena batuk dah lebih 2 minggu.Pastu dr telah brikan saya ubat batuk ventolin dan prednisolone.Apa yang mmbimbangkan saya ialah spnjng saya makan ubat prednisolone saya mengalami pening kepala n then saya berhenti makan ubat tersebut tetapi saya still rasa pening kepala setiap hari.Adakah ubat tersbut mmberi kesan ke atas fisiologi badan saya ? Saya harap umi dpt membantu saya.

alafiza berkata...

Info yang sangat berguna.. forward info ini kepada kwn yg selalu migrain yg sgt teruk..tak sanggup nk tgk dia menahan sakit..thanks ummi

Tanpa Nama berkata...

salam ummi,

tlg check pd link2 dr ummi yg lain. ada malware detected..