Assalamualaikum.
Jadi GP (General Practitioner) ni kalau tak boleh bagi ‘education’ pada pesakit rasa tak puas. Ummi tertunggu-tunggu juga kot ada permintaan dari pengunjung blog nak minta ummi sembang pasal apa-apa masalah...he,he...dah tak de permintaan (macam tak laku je blog aku ni..hu,hu), kasi can lah ummi melalut aja ya. Macamana kalau kita sembang bab ‘kerahsiaan profesional’? Dengan macam-macam kes yang berlaku di negara kita sekarang, ramai pula yang berminat nak tahu bab kerahsiaan di antara seorang pesakit dengan seorang doktor.
Sememangnya telah menjadi kewajipan seorang doktor itu merahsiakan seketat-ketatnya segala maklumat yang diperolehinya daripada pesakit sama ada melalui penglihatan, pendengaran atau apa jua kesimpulan yang diambilnya ke atas pesakit. Malah semangat keIslaman lebih-lebih lagilah menekankan hak seorang pesakit bagi dilindungi rahsia mereka yang telah diluahkan kepada doktor. Pengkhianatan ke atas amanah ini sudah pastinya akan menjejaskan imej amalan perubatan selain daripada menjauhkan kumpulan tertentu daripada mendapatkan bantuan rawatan perubatan.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman sentiasa diperintahkan untuk menyimpan rahsia orang lain ... lebih-lebih lagi jika orang itu seorang doktor. Seorang pesakit akan memberitahu rahsia dan meluahkan perasaan mereka kepada doktor dengan rela hati kerana yakin dengan kerahsiaan profesional yang dipegang oleh profesion perubatan semenjak di awal zaman lagi. Rasulullah s.a.w bersabda bahawa tiga ciri-ciri orang munafik ialah: "Bila dia bercakap dia bohong, bila dia berjanji dia mungkir dan bila disuruh memegang amanah dia khianati".
Merenung kepada hadith di atas...sepanjang praktis, dilema yang ummi hadapi bukannya keperluan untuk ummi membohongi, memungkiri janji atau mengkhianati pesakit tetapi kehendak sebahagian kecil pesakit, ummi ulangi..sebahagian kecil (tidak semua) yang datang berjumpa ummi, meminta supaya dipalsukan kos rawatan, sebahagian kecilnya datang meminta supaya dibuatkan laporan perubatan palsu bagi berbagai tujuan atau kepentingan sendiri dan ada juga yang datang serta merayu-rayu mohon dilaporkan penemuan (findings) yang berbeza kepada ahli keluarga, juga atas kepentingan sendiri! Astaghfirullahal’azim...bukankah itu juga tergolong dalam amanah yang dikhianati? Amanah Allah terhadap diri ini! Kalaulah tidak kerana ikrarku...
Bahawa saya akan menghidupkan keimanan saya semasa berseorangan atau di khalayak ramai, mengelakkan perkara yang boleh mencemarkan saya pada pandangan Allah, RasulNya dan orang beriman yang lain...
Maka terkadang terlintas di hati ini...bagaimana sekiranya dalam satu situasi yang tidak dijangka, dalam kita berusaha menegakkan kebenaran serta dalam usaha kita mempertahankan keimanan terhadap Allah dan RasulNya, tiba-tiba tidak ada cara lain lagi yang boleh membantu kita mempertahankannya selain daripada kita terpaksa membuka sebahagian kecil ’kerahsiaan profesional’ yang sentiasa dipertahankan itu? Ya Allah...jauhkanlah diri ini daripada sebarang fitnah dunia dan fitnah akhirat...
Semoga para pengunjung blog yang ummi raikan mampu memberikan pandangan, cadangan, luahan dan ungkapan untuk perkongsian bersama...
Siiru ’ala baarakatillah...

*************************************************************************************
6 ulasan:
Salam.
Membaca tulisan Dr. Ummi, saya juga terasa sedih dan pilu apabila kerana kepentingan harta dan kepentingan peribadi masih ada doktor yang sanggup menggadai prinsip dan etika mulia seorang doktor yang diberi kepercayaan tinggi oleh masyarakat. Meskipun ada yang mempertahankan bahawa doktor tidak akan menggadai prinsip dan etika profesional mereka, saya rasa tidak ada yang boleh menghalang daripada semua itu kecuali kekuatan iman dan kepercayaan kepada perkara ghaib (akhirat). Peristiwa tahun DSAI 1998 telah mencatatkan sejarah. Lihatlah dalam kes sodomi terbaru yang sangat memualkan itu, akan ada lagi doktor yang kelabu mata dengan janji wang berjuta... masya Allah... semoga Allah akan melindungi orang-orang yang teraniaya. Amiin..
Salam kak han..
Ada juga keadaan, ada pihak yg mengambil kesempatan atas keperluan seorang doktor menjaga kerahsiaan profesional nih... yg terjerat adalah dr itu sendiri...semacam teraniaya...
Waalaikummussalam.
Zafama & Kin Hashim; Setuju sangat dengan dua frasa ini...(1)Di satu pihak, ada doktor yg sanggup menggadai prinsip dan etika kerahsiaan demi kepentingan sendiri atau individu DAN (2)di satu pihak yg lain ada pula yg mengambil kesempatan atas keperluan seorang doktor menjaga kerahsiaan ini untuk kepentingan mereka!
Dilema pertama..hanya kekuatan iman dalm diri seseorang itulah yang mampu memelihara prinsip dan etika yang dipertahankan namun dalam dilema yang kedua...inilah yang digeruni kerana seringkali di sana akan berlaku pertembungan di antara mahkamah dunia dan mahkamah akhirat!
Semoga Allah sentiasa melindungi diri-diri kita dari segala fitnah dan penganiayaan...
aku rasa kerajaan be end malaysia kita ni memang bengap la... dia ingat dengan duit dia boleh buat apa saja ke. dia nak pertahankan kes sodomi dsai tu buat apa? dia yang wujudkan bidang profesional kat malaysia, lepas tu nak cabar profesionalism mereka pulak apsal. dah 2 doktor dapati finding yang serupa, peguam mana yang handal sangat nak teruskan kes ni. Mungkin Timb. Menteri Kesihatan yang bangang tu nak tawar diri kot?
He,he,he...sabar Mat Lempeng...Nilah Malaysia, negara serba boleh! Selagi Be End yang korup tu memerintah, selagi tulah mahkamah dunia akan mengatasi mahkamah akhirat! Sekarang terserah kepada Mahkamah Rakyat pula sama ada nak terus membiarkan Malaysia diperintah oleh mahkamah dunia yang penuh dengan penipuan,pembohongan dan kecelakaan!
Assalamualaikum Dr.ummi....saya berumor 58 tahun.maseh bekerja..saya bekerja di tapak binaan di negara vtnm.keadaan cuaca di sini ketika ini sejuk.Harap medapat base hat Dari dr.ummi.terima kaseh..wassalam..
Catat Ulasan