Khamis, 31 Julai 2008

Hidung Berdarah...Jangan Panik!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, pagi ini blog klinikummi kembali 'bernyawa'! Baru le boleh hantar 'new posting'. Terimakasih banyak-banyak pada Buletin Papisma Trg punya blog yang sudi menumpangkan posting Hidung Berdarah ni kelmarin..terimakasih daun keladi, kena lock tumpang lagi! He,he...

Ok, kembali kita kepada sembang-sembang penyakit pula. Beberapa kali ummi didatangi pesakit yang datang dalam keadaan panik kerana masalah pendarahan hidung. Di kalangan masyarakat kita sememangnya apa-apa yang berkait dengan pendarahan, mudah aja kita menjadi panik. Mungkin disebabkan kurangnya kefahaman kita terhadap asas-asas pertolongan cemas atau mungkin orang kita ni lemah semangat tengok darah? Entahlah...apa-apapun, kebanyakan kes hidung berdarah ni lebih merupakan sesuatu yang mengacau dan mengganggu, bukan membahayakan...tetapi perlu diingat, ada juga yang menakutkan dan kadang-kadang terdapat kes yang boleh mengancam nyawa! Jom kita sembang bab hidung berdarah (epistaxis)!

Apakah Fungsi Hidung?

Sebelum kita bersembang lebih jauh, mari kita meneliti terlebih dahulu apakah fungsi utama hidung yang dicipta oleh Pencipta yang Maha Agung ;

1. Rerambut dan mukus di tepi dinding hidung - menjalankan proses penapisan udara dengan memerangkap habuk. Pada masa yang sama udara juga akan dihangatkan. Sebagaimana yang kita maklum, udara pernafasan yang tercemar atau dingin adalah berisiko mengancam kesihatan manusia.
2. Tulang nasal – secara istimewanya dibentuk untuk memanipulasi pergerakan udara supaya hanya kandungan udara yang telah menjalani kitaran di bahagian hidung dan yang telah dihangatkan sahaja yang masuk ke dalam paru-paru.

Subhanallah. Sudah tentulah rekaan yang sedemikian bijaksana datangnya daripada Pencipta yang Maha Hebat!

Kenapa Hidung Boleh Berdarah Dengan Mudah?

Permukaan dalaman hidung dilapisi membran mukosa (lapisan lembap yang menggalas struktur berongga seperti saluran pernafasan) supaya kulit sentiasa lembap. Membran mukosa ini mempunyai banyak salur darah yang sensitif dan mudah luka.

Apakah Pula Punca Berlakunya Pendarahan?

Antara punca yang seringkali menyebabkan pendarahan hidung:

1. Trauma atau Kecederaan

• Berlaku akibat:
- mengorek hidung dengan kuku tajam atau jari pada mukosa hidung yang radang
- bersin atau menghembus hidung terlalu kuat
- jangkitan seperti selsema
- cuaca yang terlampau panas atau sejuk sehingga menyebabkan kekeringan lapisan mukosa hidung
- patah hidung
• Trauma membawa kepada luka pada lapisan membran hidung yang kaya dengan saluran darah.
• Tahap pendarahan bergantung kepada saiz dan jenis pembuluh darah terbabit. Jika satu arteri besar yang terbabit, maka pendarahan menjadi serius dan tidak terkawal

2. Penyakit Hidung

(a) Rhinitis atau Resdung

• Berlaku akibat:
- radang pada membran mukosa yang diserang virus atau bakteria
- tindak balas kepada alahan.
• Hingus yang keras dan melekat pada membran mukosa akan menyebabkan luka bila hidung dikorek.
• Kerap berlaku kepada kanak-kanak.
• Pendarahan biasanya sedikit dan berhenti dengan sendiri tetapi boleh berulang.
• Pendarahan boleh dicegah dengan mengubati penyakit rhinitis.

(b) Kanser Nasofarinks (pangkal hidung)

• Kerap berlaku di Malaysia, terutama kepada masyarakat keturunan Cina yang berumur empat atau lima puluhan ke atas.
• Gejala paling biasa adalah hidung berdarah.

(c) Kanser Rongga Hidung

• Sejenis ketumbuhan di pangkal hidung yang boleh berlaku kepada kanak-kanak lelaki berumur belasan tahun.
• Hidung boleh berdarah dengan banyak.

3. Penyakit Lain

(a) Tekanan Darah Tinggi

(b) Penyakit Darah seperti myeloma, leukimia dan limfoma yang menyebabkan pembuluh darah tidak mengecut

4. Kesan Sampingan Ubat-Ubatan

Penggunaan ubat seperti aspirin, warfarin dan ubat antikeradangan bukan steroid (NSAIDs) boleh juga menyebabkan pendarahan.

Dua Jenis Hidung Berdarah :

A. Hidung berdarah dari depan (anterior)

Pendarahan jenis ini bermula pada bahagian septum iaitu dinding yang memisahkan dua lubang pada hidung. Septum mempunyai banyak salur darah yang mudah luka apabila kita menghembus nafas terlalu kuat, terkena objek tajam seperti hujung kuku, cuaca yang terlalu panas dan kering sehingga membran hidung menjadi ’retak’, menggelupas dan berdarah.

Kriterianya adalah:

• Hidung berdarah berlaku dari depan bahagian hidung
• Darah keluar daripada salah satu lubang hidung atau kedua-duanya sekali
• Walau dalam keadaan pesakit sedang berdiri ataupun bangun.

B. Hidung berdarah dari belakang (posterior)

Pendarahan jenis ini jarang berlaku.

Kriterianya adalah:

• Hidung berdarah berlaku jauh ke dalam hidung
• Darah mengalir keluar melalui bahagian belakang mulut dan tekak
• Walau dalam keadaan pesakit sedang berdiri ataupun bangun.

PENJAGAAN SENDIRI

Untuk menghentikan hidung berdarah dari depan

• Bertenang, duduk menegak (jangan baring), tundukkan sedikit kepala dan picit bahagian hidung yang lembut dengan menggunakan jari telunjuk dan jari ibu - tekan dengan kuat menghala ke muka dan mampatkan bahagian hidung yang dipicit sehingga menampan tulang muka.
• Tahan selama 5-10 minit (bernafas hanya melalui mulut sahaja dan jika perlu boleh meludah darah yang mungkin keluar dari mulut).
• Lepaskan picitan selepas 10 minit dan tengok sama ada pendarahan sudah berhenti.
• Jika pendarahan belum berhenti, ulang picitan sekali lagi.
• Letakkan ais (yang dihancurkan dalam kain bersih) ke dahi dan pipi.

Untuk mencegah hidung berdarah semula setelah berhenti

• Jangan picit atau menghembus hidung
• Jangan kesat atau korek darah beku di dalam rongga hidung
• Jangan membeban atau membongkokkan badan untuk mengangkat sesuatu yang berat
• Jangan tunduk atau meletakkan kepala di bawah paras jantung untuk jangka masa yang lama.
• Usah biarkan hidung menjadi terlalu kering (anda mungkin perlukan ubat sapu antibiotik pada hidung atau sentiasa membasahkan hidung dengan air)
• Jangan memasukkan sesuatu ke dalam hidung seperti kertas tisu atau mengorek dengan jari.

JUMPALAH DOKTOR JIKA...

• Hidung masih berdarah dan tidak mahu berhenti atau telah berhenti tetapi datang semula
• Pendarahan semakin cepat atau terlalu banyak darah yang keluar
• Jika anda terasa letih atau pitam kerana kemungkinan ianya disebabkan oleh kehilangan darah yang banyak
• Darah mula mengalir melalui bahagian belakang tekak dan tidak dari bahagian depan hidung

Langkah seterusnya yang dilakukan di hospital atau klinik ialah memberi resusitasi kepada pesakit serta melakukan pemeriksaan endoskopi hidung untuk mencari tempat dan saiz pendarahan serta puncanya.

Langkah ini mungkin memerlukan pemeriksaan lanjut seperti pemeriksaan fizikal pesakit, tekanan darah, ujian darah dan pemeriksaan radiologi jika perlu.

Demikianlah adanya....faham ke tak faham ni? Susah juga nak dapatkan respons dari pembaca ni ek? Setidak-tidaknya, responslah sikit kat cbox tu. Macam ummi sembang sorang-sorang je boring juga. Kan ada yang merajuk malas nak sembang dah lepas ni, baru tahu! He,he...

**************************************************************************************

66 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mama saya hidungnya berdarah.
awal2nya panik, tp mudah2an tidak terjadi yang serius.

lalu sekarang konsumsi cryptomonadales, dan insyaallah lebih baik sekarang.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih Atung atas perkongsian. Mudah-mudahan masalah hidung berdarah mama Atung tak berulang lagi. Kalau masih berterusan juga,bawalah berjumpa doktor,ya.

Tanpa Nama berkata...

salam..akhir2 ni,blh dikatakan setiap hari hidung sy berdarah..kdg2 slps bersin,kdg2 pabila bgn tido dan kdg2 ia mengalir sndiri.sy krg fhm wlpn sy dh bce ttg epistaxis.=farhana(far_ati@y.c.my)

Marshila Arbain berkata...

Assalamaualaikum dr ummi...
pagii ni anak kedua saya mengalami hidung berdarah...sambil saya cuba membantu anak, suami sya search di internet berkaitan hidung berdarah...lantas terjumpa page dr...terima kasih dr, dr penerangan dr...dptlah kami aplikasikan pada anak....Alhamdulillah...setelah megikuti step2 yg dr berika, akhirnya pendarahan telah berhenti....

Ummi To Marsila berkata...

Marsila, Alhamdulillah. Senang hati Ummi kerana dapat membantu melalui penulisan.Ummi doakan mudah-mudahan masalah anakanda tu takkan berulang lagi,InsyaAllah.

Muhamad Fitri berkata...

Assalamualaikum Dr. Ummi,
Saya baru shj baik dari selesema. Selang beberapa hari, saya rasa berat pada hidung saya. Bila saya hembuskan nafas dgn kuat, keluar dari hidung saya hingus yg berupa darah dengan banyak. Bila sy hembuskan kali kedua, masih lagi keluar darah, tapi lebih sedikit dari yg pertama. Boleh Dr ulaskan sedikit. Satu lagi, dlm post Dr kat atas ni tidak dinyatakan cara untuk menghentikan hidung berdarah dari belakang. terima kasih

qistina_irdina berkata...

Assalamualaikum Dr.. saya ada satu persoalan mengenai hidung berdarah ni...anak saya berusia 5 tahun selalu hingus berdarah..rasanya kadang-kadang jadi almost every week! Nak kata panas, maybe la juga, tapi kalau selalu sangat ni, confuse juga la saya..pernah makan antibiotik..and during 7 days makan antibiotik tu hilang la darah dia, but once ubat habis, darah keluar balik. so every night bila anak saya macam tersumbat hidung saya dah tau itu mesti sign hidung dia akan berdarah esok paginya. And darah yang keluar tu kadang2 cair bersama hingus and adakalanya berketul-ketul bersama hingus..so saya nak tahu adakah ianya merbahaya..sebab kalau merbahaya saya nak bawa anak saya jumpa Pakar ENT untuk checkup.

Lynda berkata...

saya pun panic,kelmarin ank sy tengah syok tido terus bangun dan tengok darah menitik2 kat hidung,the next day pergi sekolah dia kata ada dot darah keluar bersama kahak dia...panic sy tp bila dah baca artikel akak ni serba sedikit hilang rasa panic saya ni..tp ank sy kerap jugak hdung berdarah..maybe cuaca panas kan..kan?

Tanpa Nama berkata...

terima kasih atas informasi yg berguna ini...sekurang2 nya tak panik lg bila hidung berdarah.....

Tanpa Nama berkata...

tq ummi, dah baca blog ummi ni baru saya tak panik....risau betul bila anak hidung berdarah ni...:)

Unknown berkata...

ummi, nak share di blog saye boleh?

fiezza2730 berkata...

Semenjak kandungan saya memasuki 7bln,saya sering dapati hidung saya kerap berdarah..namun darah tersebut bkn darah cair..sebaliknye darah yg mengental bercampur dgn mukus...saya perasan ianya bercampur darah apabila bangun tidur dan mahu membersihkan hidung ketika mandi...klinik ummi bantu lah tenangkan saya yg kerisausn ini...

fiezza2730 berkata...

Semenjak kandungan saya memasuki 7bln,saya sering dapati hidung saya kerap berdarah..namun darah tersebut bkn darah cair..sebaliknye darah yg mengental bercampur dgn mukus...saya perasan ianya bercampur darah apabila bangun tidur dan mahu membersihkan hidung ketika mandi...klinik ummi bantu lah tenangkan saya yg kerisausn ini...

fiezza2730 berkata...

Semenjak kandungan saya memasuki 7bln,saya sering dapati hidung saya kerap berdarah..namun darah tersebut bkn darah cair..sebaliknye darah yg mengental bercampur dgn mukus...saya perasan ianya bercampur darah apabila bangun tidur dan mahu membersihkan hidung ketika mandi...klinik ummi bantu lah tenangkan saya yg kerisausn ini...

Tanpa Nama berkata...

Anak saya kerap hidung berdarah.. Saya agak kurang pengetahuan
. Tapi lepas baca risalah di atas saya tahi bagaimana nak menanganinya dan puncanya... terima kasih...

pancingboleh berkata...

Salam, minta penjelasan anak saya selsema dan pada malam hari sering bersin sebelum hidung berdarah . Sekrg hidung anak saya dan membengkak . Minta nasihat.tq

Affy Afiqah berkata...

Ummi, tunang saya sejak akhir-akhir nie ada mengalami hidung berdarah. Saya agak risau. Katanya tak banyak darah keluar tapi 2-3hari jugakla berdarah. Perlu ke saya suruh dia ke klinik??

Sha berkata...

Assalam. Boleh mintak tlg bg penjelasan mengenai faktor cuaca bole menyebabkan seseorg itu hidung berdarah. Pg ni hidung sy berdarah secara tiba2. Mlm smlm sy rase rasa x sedap bdn mcm nk demam. Utk pengetahuan ummi sy br saja berpindah ke negara 4 musim. Skrg adalah musim bunga.

wati berkata...

Salam,

anak sy berusia 3 thn kerap mengalami hidung berdarah.dia tak demam.adakah perlu utksy bw dia berjmpa doc.?

HIDAYAHBOUTIQUE berkata...

Salam.. Sudah seminggu hidung saya berdarah non-stop. Puncanya saya mgalami selsema. Mungkin saya terhembus dgn kuat hingga myebabkan kedua2 belah hidung saya bdarah. Masalah skg apa yg saya terkejut apabila mdapati ada darah dlm kahak saya baru2 ini.

Tanpa Nama berkata...

Tq ummi atas message yg disampsikn...

Tanpa Nama berkata...

pagi ni anak saya masih mengalami hidung berdarah.kali ni agak banyak.yang menjadi persoalan saya, ketika darah mengalir anak saya memberitahu ada benda macam tersekat kat lubang hidung.bila saya suruh dia cuba hembus dengan perlahan tetiba saya panik.yang keluar tu bukan tahi hidung tapi ketulan yang agak panjang.nak kata darah..ia sedikit keras.bercmpur dengan warna merah kehitam-hitaman.adakah normal?

Unknown berkata...

saya mengalami selesema,,
dalam masa minggu saya selesema ada darah sedikit pada hingus dan ada sekali saya hembus hingus bewarna coklat gelap seperti darah beku,,
perlu ke saya pergi ke klinik@hospital untuk membuat pemeriksaan,,

Tanpa Nama berkata...

Hidung sy brdarah ea kluar skaly nhn hinguz y dihmbus olh sy,,kdg2 ea mmbuat sy skit kpale y amat sakit ,,dn mmbuat bdn sy lemah

Unknown berkata...

terima kasih umi :)

mawarputihibu berkata...

Assalammualaikum. ..dr.ummi..boleh ke klau hidung berdarah kite dongak kan kepalanye...mohon penjelasan

Tanpa Nama berkata...

salam dr ummi..sy trut mngalami masalah hidung berdarah selepas trauma bersin kuat sangat sehingga hidung sy brdarah dan drah berketul keluar dri mulut brsama kahak dan air liur.selepas merujuk pakar hidung di serdang keadaan masih sama selepas antibiotik yang dr bg habis.skrg ni hidung masih berdarah tapi lebih pd darah berketul terutamanya dri mulut. sudah 5 bulan masalah sy brlarutan,sy jadi malas sudah nk brjumpa dr memandangkan hidung tidak sakit tapi selalu brdarah terutamanya waktu malam .sekian, minta pendapat dr ummi.

Tanpa Nama berkata...

boleh emel sy ayabambam@gmail.com

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

hidung sye rasa sakit semalam then hari ni rasa mcm nk demam selesema tiba2sye bersin keluar darah beku kenapa ye

Tanpa Nama berkata...

Arwah ayah sy pernah hidung berdarah. Disahkn kanser peparu

Cik Bett berkata...

Assalamualaikum Ummi..

Terima kasih utk posting info penting untuk orang yang tak tahu mcm sy..hehe

Pertama kali sy alami hidung berdarah ketika selsema. Panik! Mcm kenyataan Ummi jgk. Panik sbb xde pengetahuan. Terus google info berkenaan punca hidung berdarah. Maka terjumpalah blog ini.

InsyaAllah sy akan kenal pasti punca & gunakan teknik spt Ummi cadangkan jika berlaku lagi..

- cikbett -
www.lensasihatcantik.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum Dr Ummi ... pertama kali hidung berdarah waktu malam kelmarin ... kemudian tengah hari semalam dan kali ketiga jam 1 pagi tadi ... kali ke4 jam 4 pagi tadi .... tertelan 2 kali baru perasan hidung berdarah lagi ... saya agak risau dan panik sbb tak pernah berlaku begini ... saya baru pulang dari Langkawi 2 hari lepas ... bahaya ke hidung berdarah ... tiba2 mengalir darah ... saya terus basahkan kepala ... agak lama juga baru reda ...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ..ummi saya sering berhadapan dgan masalah selsema kmudian keluar darah ...dan hal sebegini kerap terjadi ...adakah selsema sebegini bahaya ?

Unknown berkata...

asalamualaikum umi...
sy punyai masalah hidung berdarah setiap kali mandi waktu pagi.. hal ini sangat merisau kn saya.. boleh dikatakan setiap hari .. adakah ia bahaya.. apakah yg perlu sy lakukan..

Tanpa Nama berkata...

sy rase mcm ade lendir kat dlm hidung tp sebelah atas lelangit...bile ludah keluar air liur dgn mcm darah tp warna coklat...hari2 ade...dh 2 minggu...tolong...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum, saya nak tanye pada bulan ogos tahun 2000 saya diserang penyakit "stroke" selepas keluar hospital saya perginberurut selama 2 bulan dan akhirnye alhamdullillah sayabnoleh berjalan, bercakaap walaupun tidak begitu normal, ketika mendapat rawatan di hospital saya telah menjalani beberapa jenis rawatan dan ujian termasuk mri kalau saya tak silap dan doktor pakar neuorologi yg merawat sya ada memberitahu ada sedikit kesan darah beku di otak sebelah kanan saya, saya diserang "storke" pada sebelah kiri badan saya. Selepas sethn doktor juga mengatakan jantung saya lemah mungkin sebab penyakit stroke saya. Sekarang ini pula sudah lebih kurang 3 bulan hidung saya kerap berdarah , ianya keluar melalui depan hudung dan juga melalui belakang iaitu dari atas lelangit yg biasa keluardengan pekat dan bewarna merah kehitaman kadang kala setiap hari 1dia akan keluar tetapi berhenti selepas beberapa minit kadang kala ambil masa yang lama untuk berhenti, saya makn antenollol utk penyakitdarah tinggi saya, tlg saya doktor ape nasihat doktir untuk saya

Unknown berkata...

Punca Hidung Berdarah
http://lemangpanas90.blogspot.com/2015/07/punca-hidung-berdarah.html

Azeni Ahmad berkata...

Memang kalau kerap berdarah hidung wajib bawa pergi hospital kan.
sebab takut ada perkara yang serius berlaku.
Selain itu, hidung verdarah menandakan badan kita kekurangan vitamin c dan vitamin K.

Unknown berkata...

Kakak saya mengalami hidung berdarah semalam darah dia keluar xbhenti2 dia da kena lebih setahun arini nak buat mri untuk tahu punca knpe selalu hidung berdarah

Unknown berkata...

Kakak saya mengalami hidung berdarah semalam darah dia keluar xbhenti2 dia da kena lebih setahun arini nak buat mri untuk tahu punca knpe selalu hidung berdarah

Rina berkata...

Assalamualaikum doc.nk tnye ...serious sgt x penyakit ni...sebab memang sejak kecil hidung sy kerap berdarah...da da buat tampal aluran hidung yg kembang tu..tp masih keluar darah berketul2 sebesar duit syiling 50sen. selepas tu effect mesti sakit kepala migrain...Harap doc.dpt meberikan pndangan....

Tanpa Nama berkata...

Anak perempuan saya umur 1thn 9bln kerap keluar darah dari hdung dan ambil msa lama untuk berhenti. Darah yg kluar pula banyak smpai saya jdi panik sedap2 jerr anak saya tdur tau2 bila dia bangun terus nangis sbab darah keluar. Tak ada kerr cara untuk menyembuhkn hdung berdarah ne dr. Sbb kesian n takut jugak bila ank saya kerap keluar darah. Saya dah rujuk tahun lepas ke bahagia pakar hdung hospital kerajan spnjng dlm perhatian doktor pakar tidak lah selalu sangat keluar darah tpi setelah perjanjian trakhir 31hb disember 2015 masuk ke bln januari 2016 dah keluar balik darah dari hdung anak saya kdang dlm smngu tu hampir setiap hari risau sangat saya dan suami memikirkn nya. Smpai2 kita tak bleh nak tdur kena perhatikan anak tdur takut2 darah keluar dari hdung waktu dia sdg nyenyak tdur kn..

Klinik Ummi berkata...

Salam. Maaf atas kelemahan Ummi yg tidak mampu menjawab pelbagai persoalan di atas lantaran blog ini lama dibiarkan bersarang sebenarnya.

Berita baik untuk semua! Terkini, kakak-kakak, abang-abang dan adik-adik boleh mengajukan pelbagai persoalan kesihatan ni di twitter.

Buka aja twitter, cari #MedTweetMY... lepas tu pilihlah doktor-doktor yg ada kat situ utk bertanya soalan. Ada 36 pakar pelbagai bidang di situ.

Semoga maklumat Ummi ini dapat membantu semua pengunjung blog Ummi yang Ummi kasihi...:-)

Klinik Ummi berkata...

Salam. Maaf atas kelemahan Ummi yg tidak mampu menjawab pelbagai persoalan di atas lantaran blog ini lama dibiarkan bersarang sebenarnya.

Berita baik untuk semua! Terkini, kakak-kakak, abang-abang dan adik-adik boleh mengajukan pelbagai persoalan kesihatan ni di twitter.

Buka aja twitter, cari #MedTweetMY... lepas tu pilihlah doktor-doktor yg ada kat situ utk bertanya soalan. Ada 36 pakar pelbagai bidang di situ.

Semoga maklumat Ummi ini dapat membantu semua pengunjung blog Ummi yang Ummi kasihi...:-)

Unknown berkata...

Assalamualaikum... td saya maen bola sepak, nk tndk bola pastu terkena kaki kawan... so hidung berdarah.. ape2 bleh terjadi ke??

Unknown berkata...

umi... anak saya berusia 8 tahun.. semlm dia kejutkan saya pada pukul 3 pagi dgn darah hidungnya yg byk.
katanya dia jatuh katil.. dahinya merah dek kesan jatuh.. lepas saya mandikan.. dan bg dia minum air.. darahnya sudah berhenti.. apa patut saya buat dr..

Unknown berkata...

umi... anak saya berusia 8 tahun.. semlm dia kejutkan saya pada pukul 3 pagi dgn darah hidungnya yg byk.
katanya dia jatuh katil.. dahinya merah dek kesan jatuh.. lepas saya mandikan.. dan bg dia minum air.. darahnya sudah berhenti.. apa patut saya buat dr..

Unknown berkata...

Umi....ank sy berumur 4thn mase nk tido tiba2 hidung ia keluar darah....risau sy....mungkin faktor cuaca ke umi....sy x prnah alami....ank2 yg lain pon x pernah...ini 1st time.....

fifi shop berkata...

Informasi berguna.
Dulu biasanye bila hidung berdarah sy sumbat sireh dalam hidung n berkesan.
Tp mlm ni, x de sireh. Of coz emergency.. 😊
Anak sy tetiba bgn kul 1 pagi, n berdiri d bilik air sorang2.. Nasib sy terbangun.. Tngk2 hidung dia berdarah kedua2...
Rawatan pertama,sy bersihkan dia n suruh dia baring sambil sumbat tisu d hidung. Dng harapan darah hilang,tp dia asyik bersin. ( dia selsema n demam).
So apa lg mr google tempat terbaik cari informasi, jumpa entri ni. Sy ikut step...
Alhamdulillah menjadi.. Tq.

kukukaki berkata...

Just nk cite pengalaman...6 mei..sedang tidur tiba2 terjaga...rupa2nya hidung berdarah....first time dlm hidup setelah 37 tahun hidup di dunia ni. Bangun...mandi...darah stop...pukul 3 pagi sedar....berdarah semula...tekan hidung....mandi...basahkan kepala...darah keluar mcm air paip...dari mulut lagi banyak keluar setelah tekan hidung....akhir sekali...dari mata keluar darah!!!!! Kejutkan suami...pergi unit kecemasan...di bawa ke yellow zone...pukul 6ptg di masukkan ke ward..rupanya pembuluh darah pecah kerana tekanan darah terlalu tinggi 170/110....duk ward 5 hari....mc sampai hari ni...doc suruh rehat...suara pun hilang...x merasa sambut hari guru tahun ni...so...klw berdarah hidung..ikut mulut pun membuak2...ikut mata pun keluar darah....cepat2 gi hospital

Unknown berkata...

Salam.. saya ingin bertnya,Bila saya tarik hingus melalui hidung, kerap kali sya akn dapat tengok darah pada hingus saya.. kenapa mcam tu ye.. tolong jelaskan...

Unknown berkata...

Salam.. saya ingin bertnya,Bila saya tarik hingus melalui hidung, kerap kali sya akn dapat tengok darah pada hingus saya.. kenapa mcam tu ye.. tolong jelaskan...

Unknown berkata...

Nk mnta penjelasan..keadaan sy lebih kurang sama mcm zikru namaku..tetapi darah bercampur dgn darah ni jd lepas sy mngalami sakit kepala yg kuat..sebelah kiri..mula dri pangkal leher muka pun rasa mcm bengkak..bangun pagi td kahak pun berdarah..apa yang jf dkt sy sebenarnye skrg.. tlg sy..time kasih

tun Mart berkata...

Ramai jugak masalah sama macam saya hingus bersama darah..sakit kepala, bila tersumbat p bilik air hembus hingus mesti warna merah..Ya Allah, minta2 takda apa yg serius..

Unknown berkata...

Kalau baring jd effect apa dr? Baru ja jadi.. Lpas da stop, cuba google punca hidung berdarah..sbb banyak pulak.. Jd risau..;)

Unknown berkata...

Baru ank berdarah hidung...
Harap xde apa..mungkin cuaca panas.

Unknown berkata...

Baru ank berdarah hidung...
Harap xde apa..mungkin cuaca panas.

Nurbaya berkata...

Saya pun sama. Anak umur 8 Thn baru baru ni keluar darah banyak ikut hidung n mulut darah ketul ketul
Serius panik then bawa jumpa pakar ckp salur darah dlm hidung pecah ..ni dah 2 minggu masuk sekolah musim panas keluar juga sikit sikit ..risau betul .. pada yang nak kongsi pengalaman anak jadi mcm ni boleh Text 0196578869 mugkin ade cara untuk stop kan bleeding .. tq

Zawen Kitun A berkata...

Wah.. ummi.. lps 10 tahun baca artikel ni... 2017 pun ada org komen lg... jumpa blog ni gara2 td tgh korek hidung tgk jari ada darah yg basah... adehh panik trus cari kenapa hidung boleh bdarah.. dah 3 hari, dlm hidung ni ada taik hidung bdarah tp kering, rasa tak selesa punya pasal pegi korek, bersihkan.. masuk hari ketiga, tgk jari darah basah.. tp takda keluar cecair la... risau jgk knp jd cmni.. bkn pulak pertama kali.. selalu sgt kena taik hidung berdarah tp darah tu dah jadi kering dlm hidung.. dan tak pernah lagi keluar darah cecair dr hidung... baca blog ummi ni bru faham.. patutnya tak boleh korek, jgn hembus hingus kuat2 (sblm ni ada demam selesema & sakit tekak, baru je sembuh 5 hari lepas), jadi dah tabiat hembus hingus... habis tu klu takleh korek, mcmana nak bersihkan.. kadang2 rasa tak selesa bnafas mcm rasa pernafasan tersekat sbb taik hidung rasa cam besar je dlm hidung... maaf guna bahasa kasar, *taik hidung* nak bg org faham.. saya taktau istilah dia ... tak reti...

Zawen Kitun A berkata...

Nak tambah lagi, td baca komen2 terbaca ada yg selalu,ada yg pertama kali... kes saya, saya selalu kena, tp jarang mksdnya tempoh kena semula tu panjang la... mgkn faktor cuaca panas juga.. tp kali ni takda rasa panas... rasa sejuk je... kat opis kena econ tak panas.. balik rmh econ lg.. saya jadi tertanya2 kenapa saya selalu kena? Mcm takda penyelesaian.. saya cuba sejukkan badan dgn minum air putih jgk, tak berkesan.. hidung akan berdarah kering (tak keluar cecair darah tp taik hidung bdarah)... sblm ni dlm bulan Feb, saya kena demam yg teruk... badan saya sentiasa panas, malam saya minum panadol solubel, rasa kesejukan tapi badan saya panas gila sehingga keluar ruam.. tapi hidung tak berdarah... cuma rasa panas sgt tak boleh nak tidur... dada pun rasa tak boleh bernafas... masa ni cuma selesema sikit dan sakit tekak sikit.. tp demam selesema yg panas...

Ryansyah berkata...

Hidung saya kerap berdarah..apabila saya meneran utk membuang air besar...tpi saya meneran xlah tlampau teran..

Ryansyah berkata...

Hidung saya kerap berdarah..apabila saya meneran utk membuang air besar...tpi saya meneran xlah tlampau teran..

Unknown berkata...

Assalamualaikum..
Dah dua hari sya demam dan hari ke 3 sya naik flight masa di atas flight tiba2 sya rsa sakit sangat di bahagian hidung telinga dan last skli sakit tu sampai ke kepala sya dan sya menahan sakit tu dalam 5 mnit dan selepas tu sakit tu hilang. Bila sya touchdown di klia sya segera ke bilik air untuk buang sya punya kahak dan hingus dan saya dapati sya punya hingus sya berdarah. Jadi sya pun berulang kli buang hingus dri hidung sya untuk sya nak hilangkan darah tapi kadang2 ada darah dan kadang tiada darah. Situasi ini berulang smpai ke hari ni. Maknanya situasi ni berulang dah cukup 24 jam. Jadi apa yg patut sya buat..terima kasih

Unknown berkata...

Assalamualaikum
Sy terjaga dari tidur tengok2 suami dah penuh dengan darah. Hidungnya tiba2 berdarah banyak x berhenti2.. Allah,susahnya hati sy. Dah kerap juga jadi. Tp dia degil tak nak jumpa doktor. kali ni mmg buat sy jd takut. Sampaikan buang kahak pun keluar darah. Semoga dipelihara dari perkara2 buruk.

Unknown berkata...

assalamualaikum
dari bulan 3 sehingga bulan 10, hidung sye berdarah sbnyk 8 kli . sye perasan hidung sye akan brdarah bila cuaca terllu sjuk dan pnas . sya dh 2 kli prgi klinik , tpi doktor cakap tiada apa2, mungkin disebabkn hidung kering dan brpunca dari sye korek hidung . msalahnya xkan la xkorek kan klau hidung dh rasa mcam tercucuk2