Selasa, 22 Julai 2008

Tiap-Tiap Bulan Senggugut?

Assalamualaikum.

Bertemu kembali kita dalam ruangan sembang-sembang penyakit. Baru-baru ni ada pengunjung blog ummi yang minta diberikan nasihat berkaitan masalah senggugut. InsyaAllah dengan serba sedikit pengetahuan yang ummi ada, jom kita sembang bab senggugut pula. Ummi percaya, dalam sebuah keluarga, kalaupun kita tak pernah menghidapinya, mungkin ada di kalangan ahli keluarga kita yang lain pula yang menghidapinya.

Apa Itu Senggugut?

Senggugut ialah rasa sakit yang dialami ketika datang haid. Kebiasaannya diterjemahkan oleh pesakit seperti rasa kejang atau ’cramp’ di bahagian bawah perut, sekitar ari-ari, pinggang dan juga di bahagian tulang pinggul. Dalam bahasa perubatannya, ia dipanggil ’dysmenorrhoea’.

Apakah Penyebabnya?

• Memiliki paras bahan kimia badan yang tinggi seperti prostaglandin yang dikeluarkan oleh rahim semasa haid.
• Saluran pangkal rahim yang sempit.
• Penyakit-penyakit perkakas peranakan.

Gejala-Gejala Biasa

• Kekejangan otot di bahagian bawah abdomen dan sakit pinggang serta belakang
• Kelesuan
• Loya dan muntah, kadangkala cirit-birit
• Sakit kepala
• Keletihan dan pening
• Kerap membuang air kencing
• Dalam beberapa kes, kesakitan tersebut merebak hingga ke bahagian sulit seperti bahagian peha dalam hingga kedua-dua kaki terasa lenguh.

Jenis-Jenis Senggugut

Primer:

• Sering berlaku di kalangan remaja yang baru mula datang haid dan anak gadis di sekitar lingkungan umur 16 hingga 25 tahun, terutamanya yang belum berkahwin.
• Senggugut jenis ini tidak berpunca dari sesuatu jenis penyakit.
• Rasa sakit yang berlaku adalah disebabkan oleh:
(a) kuncupan rahim yang begitu kuat sekali (hasil tindakan hormon yang digelar prostaglandin) untuk mengeluarkan ketulan darah haid.
(b) pengeluaran darah haid yang perlu melalui saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit di kalangan gadis remaja.
• Kesakitan ini biasanya akan berkurang atau hilang selepas berkahwin atau selepas melahirkan tetapi jika kesakitan masih ditahap yang teruk, kemungkinan senggugut tersebut dari jenis sekunder. Ada juga sesetengah wanita, senggugutnya hanya hilang apabila menopaus (memanglah hilang sebab dah tak ada haid!)
• Senggugut jenis primer ini biasanya tidak menyebabkan kemandulan.
• Tahap kesakitan dan jangka waktu sakit adalah berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain. Kebanyakannya mengalami senggugut pada hari pertama haid dan hanya untuk satu ataupun dua hari sahaja.

Sekunder:

• Biasanya dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak.
• Lazimnya senggugut ini lebih teruk dan lebih panjang waktunya.
• Antara punca penyebabnya adalah:
(a) Jangkitan kuman pada perkakas peranakan
(b) Ketumbuhan dalam rahim seperti endometriosis, adenomyosis dan fibroid
(c) Rahim yang terbalik (retroverted uterus)
• Senggugut jenis ini jika dibiarkan boleh membawa kesan yang buruk dalam jangkamasa panjang seperti masalah kurang subur, mudah keguguran, pendarahan yang berlebihan dan berpanjangan atau senggugut yang sangat teruk.

Penjagaan Sendiri

• Baring melentang dengan meletakkan bantal di bawah lutut anda sebagai pengampu/penyokong.
• Letakkan pad panas atau botol air panas di atas abdomen anda atau di bahagian bawah belakang anda.
• Mandi dengan air suam.
• Urut di bahagian yang sakit.
• Lakukan senaman ringan untuk meningkatkan pengaliran darah dan mengurangkan sakit pelvis.
(a) Teknik-teknik relaksasi
(b) Banyakkan berehat
(c) Atasi stress anda. Katakan 'tidak' kepada tekanan.
- Dapatkan tidur yang berkala/tetap ketika hendak datang haid.
- Pengawalan pemakanan
(d) Tingkatkan pengambilan serat dan minum lebih banyak air untuk mencegah sembelit.
(e) Minum secawan teh pudina panas untuk melegakan kesakitan anda.

Rawatan Perubatan

Rawatan perubatan yang boleh didapati termasuklah:

• Ubat penahan sakit seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex, Ibuprofen dan lain lain yang boleh diambil sebelum atau semasa haid. Walaubagaimanapun, anda perlulah juga mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan ini.
• Pil-pil perancang keluarga atau kontraseptif yang diambil secara oral (menelan) boleh mengurangkan senggugut primer.

Senggugut sekunder memerlukan nasihat doktor secara spesifik untuk rawatan yang berkesan.

Petua Tradisional

Ummi perturunkan juga di sini beberapa petua tradisional untuk mengatasi senggugut yang ummi petik daripada website. Tiada bukti kajian saintifik disertakan kerana kebanyakan amalan yang diperturunkan di sini adalah berdasarkan testimoni. Keberkesanannya, Allahua’lam tapi tak salah untuk kita mencuba, kan? Nasihat ummi, apapun kaedah rawatan yang kita ikhtiarkan, yakinlah bahawa sesungguhnya yang berkuasa menyembuhkan adalah Allah SWT jua.

• Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap, barulah diminum, dimulai dengan selawat.
• Teh pahit tanpa gula juga dikatakan dapat meringankan senggugut. Teh ini diminum segelas ketika sakit senggugut memuncak. Jangan tambah gula kerana ini akan menghilangkan kesannya.
• Buah petola yang biasa ditanam di kampung-kampung juga dipercayai dapat mengurangkan kesakitan senggugut. Ia dapat diamalkan dengan mudah sekali kerana kita cuma perlu memakan sebarang masakan dari petola ini selama seminggu sebelum kedatangan haid.
• Ada juga yang mengamalkan pengambilan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam seminggu sebelum kedatangan haid.

Begitulah serba-sedikit sedikit yang dapat ummi kongsikan bersama pengunjung-pengunjung blog. Mudah-mudahan memberi manfaat buat semua.

Siiru ’ala baarokatillah.

*************************************************************************************

19 ulasan:

MamaZie berkata...

Assalam Ummi,

Boleh tak saya ambil sedikit info dari sini untuk dimuatkan di blog saya?tq

CeqGu berkata...

mintak izin share ye dr ummi

Tanpa Nama berkata...

adakah senggugut ada kaitan dengan masalah rahim ke belakang? apa saranan dr bg hamba Allah yg telah berkahwin jika mempunyai msalah rahim kebelakang dan senggugut?

Atia An-Nur berkata...

ohh, rasanya saya yang primer tu. saya pernah dengar, kalau datang sakit kita perlu berada dalam keadaan sujud. berkesanlah jugak.

Tanpa Nama berkata...

Asalam...

Tanpa Nama berkata...

Salam..Saya nak tanya Saya setiap bulan akan mengalami sengugut yang teruk..Saya telah Makan ubat beberapa tahun yang lepas tapi affect NY haid Saya jadi tidak teratur.jadi Saya mengambil keputusan untuk berhenti memakan ubat.lalu saya mencuba setiap Kali kedatangan haid saya Cuba minum air susu suam Dan air suam untuk melegakn kesakitan tetapi..ia nye tidak brkesan..jadi ape patut saya buat?? Ketika sy kdtagan haid??

Tanpa Nama berkata...

Communities Sunfield is located just [url=http://menpoloshirts.webstarts.com/]men polo shirts[/url] won't change the regular monthly payment [url=http://christianlouboutinoutletstore2013.webstarts.com]christian louboutin outlet store 2013[/url] service and support to its customer right [url=http://christianlouboutinchaussurespub.WebStarts.com]christian louboutin chaussures pub[/url] required to make reservationsFor more [url=http://monclersoutlet.webstarts.com/]moncler outlet[/url] Increases your ranged unit's defense & [url=http://poloshirt.webstarts.com/]polo shirt[/url] shapes of strip by changing the mould on the [url=http://menpoloshirts.webstarts.com/]men polo shirts[/url] Seatings plus so much more With amazing [url=http://christianlouboutinspikes.WebStarts.com]christian louboutin spikes[/url] Recharge Restores up to 3 friendly unit's http://www.burchjp.com already there the smell What is the secret
to block the system's ventilation You can [url=http://poloshirt.webstarts.com/]polo shirt[/url] first assault ***They are both passive [url=http://christianlouboutinshoe.WebStarts.com]christian louboutin shoe[/url] after 5060 Skills Beast Summon Summons [url=http://monclermenjacket.webstarts.com/]moncler jackets for men[/url] online using the eStore from Avon and it [url=http://christianlouboutinsneakers2013.webstarts.com/]christian louboutin sneakers 2013[/url] to accomplish these things without the ASUS [url=http://christianlouboutinad.WebStarts.com]christian louboutin ad[/url] file for Bankruptcy relief under the [url=http://monclermenjacket.webstarts.com/]moncler jackets for men[/url] of the California State Bar and all services [url=http://christianlouboutinspikes.WebStarts.com]christian louboutin spikes[/url] muggy just raise up your legs to raise the [url=http://monclersoutlet.webstarts.com/]moncler outlet[/url] insted of using the byutton You have to hold

Tanpa Nama berkata...

Saya sering sengugut tiap bulan haid.. Saya telah banyak cara.. Tetapi smua itu hanya sementara.. Adakah saya akan mngalami pnyakit ya serious?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum saya Nazirah dan bru 14. Kali pertama kena senggugut tahun lepas dlm bulan 3 and time tuh camping. sejak dari kejadian tuh setiap bulan datang senggugut then period 2 minggu selang seminggu setengah dy dtg balik. dahlah sakit tuh bukan sket2. sakit yg amat smpai nak bangun pon payah.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih banyak banyak ummi lepas baca ni barulah saya rasa lega kerana baru saya tahu senggugut saya hanyalah pada tahap primer , terima kasih sekali lagi ummi ulasan yg amat padat

Shaiful Omar berkata...

Biasanya senggugut ni menyerang gadis-gadis sunti yang belum berumahtangga. Kalau dah kawin pun masih kena senggugut tak tahu nak kata apa. Tapi takkan nak dibiarkan aje senggugut tu? Kalau suami-suami prihatin macam saya confirm dah tak senang duduk tengok bini menggelupur camtu. Nak cari gak kot-kot ada penawar senggugut lepas kahwin ni. Ada testimoni senggugut yang too good to be true takmo lah. Nak cari yang real punya.. huhu.

Ummi Jual Vitamin berkata...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Hilangkan senggugut dan masalah period tak teratur

Nizam berkata...

Encik Epul sudah mencuba minyak kelapa dara? Alhamdulilah berdasarkn feedback dri pengguna kami kpd penggunaan produk minyak kelapa dara yg dihasilkn oleh syarikat kami, especially utk pesakit yang mempunyai penyakit berkaitan dengan kitaran haid dan senggugut, alhamdulillah positive, jika tuan berminat boleh hubungi saya di talian 011-21201609, tq Admin

Ibnu Ramadhan berkata...

Atasi masalah senggugut dengan ERC! Klik untuk lebih lanjut info ERC https://m.facebook.com/kokmie.erc/

Ibnu Ramadhan berkata...

Minta izin untuk share info di page sy. Terima kasih.

Ibnu Ramadhan berkata...

Minta izin untuk share info di page sy. Terima kasih.

Yutii berkata...

Maaf saya mau tanya, saya suda beberapa hari ngerasakan sakit di perut bagian bawah pusat, perut mulas" serasa di putar" dan ngerasakan perut kejang apa itu juga senggugut ? Dan semestinya 4 atau 5 hari yg lalu saya suda haid . Saya takut akan terjadi bahaya

Yutii berkata...

Maaf saya mau tanya, saya suda beberapa hari ngerasakan sakit di perut bagian bawah pusat, perut mulas" serasa di putar" dan ngerasakan perut kejang apa itu juga senggugut ? Dan semestinya 4 atau 5 hari yg lalu saya suda haid . Saya takut akan terjadi bahaya

Yutii berkata...

Maaf saya mau tanya, saya suda beberapa hari ngerasakan sakit di perut bagian bawah pusat, perut mulas" serasa di putar" dan ngerasakan perut kejang apa itu juga senggugut ? Dan semestinya 4 atau 5 hari yg lalu saya suda haid . Saya takut akan terjadi bahaya