Isnin, 28 Julai 2008

Ikrar Doktor Muslim...Tahniah Dr.Mohamed Osman!

Inilah Ikrar Kami...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dengan nama Allah yang Amat Pemurah lagi Amat Mengasihani

Saya bersumpah demi Allah ... Yang Agung


Bahawa saya akan mengingati Allah di dalam menjalankan tugas saya


Bahawa saya akan melindungi nyawa manusia di semua peringkat dan di dalam semua keadaan, melakukan dengan seberapa daya saya untuk menyelamatkannya dari maut, penyakit, kesakitan dan kegelisahan ..


Bahawa saya akan menjaga kehormatan semua orang, melindungi perkara-perkara peribadi dan mengunci rahsia mereka ..


Bahawa saya akan sepanjang masa memperhambakan diri kepada belas kasihan Allah, memberikan khidmat perubatan saya kepada yang dekat dan yang jauh, yang baik dan yang berdosa serta kawan dan lawan ..

Bahawa saya akan berusaha di dalam mengejar pengetahuan dan menggunakannya untuk menafaat dan bukan untuk merosakkan manusia ..


Bahawa saya akan menghormati guru saya, mengajar doktor di bawah saya dan menjadi saudara kepada pengamal perubatan lain dan bekerjasama di dalam semangat ketaqwaan dan kebajikan ..


Bahawa saya akan menghidupkan keimanan saya semasa berseorangan atau di khalayak ramai, mengelakkan perkara yang boleh mencemarkan saya pada pandangan Allah, RasulNya dan orang beriman yang lain.


Semoga Allah menjadi saksi kepada ikrar ini.

Sengaja ummi nukilkan kembali ikrar ini sebagai permulaan bicara terhadap kekaguman ummi kepada sahabat seIslam kita..Dr.Mohamed Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi di atas kejujuran, keikhlasan, ketegasan dan kepatuhan beliau sebagai seorang Professional Islam yang memegang amanah bukan sahaja terhadap sesama manusia tetapi yang lebih utama adalah tanggungjawabnya kepada Allah SWT. Semoga menjadi contoh buat kita semua yang kelak pasti akan dihadapkan di hadapan Rabbul Jalil dan dipersoalkan…apakah kita telah berjaya merealisasikan ikrar yang diucapkan???

Ummi bukanlah orang yang selayaknya untuk berbicara lanjut terhadap ‘kes besar’ yang sedang berlaku di negara kita ini..cukuplah ummi ‘paste’kan kembali terjemahan artikel yang dibuat oleh Raja Petra (Malaysia Today)..Doctor on the run: police want him to fabricate evidence against Anwar.

(Terjemahan) Pada 21 Julai, aku tulis tentang Konspirasi AG dan IGP. Dalam posting tu, aku ada tulis yang ini.

Hangpa tau, depa minta seorang doktor dari sebuah hospital untuk melakukan pemeriksaan terhadap Saiful. Doktor tu pun buat dan dalam laporannya, dia kata tidak ada bukti Anwar melakukan liwat terhadap anak muda ini. Polis kemudian menahan doktor ini selama tiga hari. Walaupun polis cuba memaksa doktor ini untuk menukar laporannya untuk membabitkan Anwar, doktor tersebut enggan melakukannya.

Sehingga hari ini, doktor tersebut tetap dengan pendiriannya mengatakan tidak ada bukti terhadap Anwar. Dia tahu dia terpaksa membayar harganya tapi dia tidak peduli. Dia tidak akan menukar laporannya dan mengatakan Anwar meliwat saiful, walau apapun terjadi kepadanya. Kecewa dengan ini, polis terpaksa membebaskan Anwar dengan jaminan polis. Doktor tersebut enggan menukar laporannya dan Anwar enggan memberikan contoh DNA nya.

Sebenarnya, doktor tersebut ialah Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi dan dia bersama seluruh anggota keluarganya telah bersembunyi kerana polis sedang mencari mereka dan mahukan doktor ini mengubah laporan perubatan yang dibuatnya.

Pada 2.00 petang, 28 June 2008, mohd. Saiful Bukhari Bin Azlan telah pergi menemui Dr. Mohamed Osman dan mengadu tentang kesakitan di bahagian dubur yang dialaminya. Saiful memberitahu doktor tersebut bahawa dia di "perkosa' oleh seorang yang sangat penting - maknanya, Anwar Ibrahim.

Dr. Mohamed Osman memeriksa Saiful tetapi mendapati tiada bukti bahawa dia diliwat, sama ada oleh Anwar Ibrahim ataupun sesiapa saja. Laporan doktor (boleh dilihat di sebelah) mengatakan TIADA kesan luka pada kulit, TIADA pendarahan, TIADA kesan-kesan nanah dsb - secara asasnya bermakna tidak mungkin dia mengalami kesakitan diduburnya, seperti yang didakwa.

Pemeriksaan doktor menolak kemungkinan Saiful telah diliwat. Dengan lain perkataan, Mohd. Saiful Bukhari Bin Azlan tidak mengalami apa-apa kesakitan diduburnya, dan tidak juga diperkosa atau diliwat.

Saiful kemudiannya memberitahu bahawa dia mahu membuat laporan polis, lantas Dr. Mohamed Osman mencadangkan dia (Saiful) pergi untuk membuat pemeriksaan kedua di hospital kerajaan. Saiful kemudiannya pergi kehospital kerajaan dan doktor di situ juga mendapati perkara yang sama. Walaubagaimanapun, Saiful masih membuat laporan polis di pondok polis yang terdapat di hospital.

Disebalik semua pengesahan doktor yang mengatakan Saiful tidak pernah diliwat, polis masih meneruskan kes ini. Anwar Ibrahim kemudiannya telah ditangkap oleh kira-kira 20 anggota UTK yang bersenjata dan memakai topeng di hadapan rumahnya walaupun dia telah bersetuju untuk melapor diri ke balai polis pada pukul 2.00 petang seperti yang dijanjikan.

Polis kemudiannya telah menahan Anwar di dalam lokap sehingga keesokan harinya, malah telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan mencuba untuk memperolehi sampel bagi tujuan profil DNA walaupun polis sudah pun mempunyai profil DNA Anwar pada tahun 1998 dan doktor-doktor dari dua buah hospital telah mengesahkan Saiful tidak diliwat.

Sudah jelas, kerajaan sedang mencuba untuk memalsukan bukti terhadap Anwar dan mencuba untuk membuktikan Anwar bersalah, melalui tuduhan liwat palsu.Dan siapakah di belakang konspirasi ini, kalau bukan AG dan IGP, dua pelakon yang sama dengan konspirasi 1998.

Laporan doktor amat jelas. Saiful TIDAK pernah diliwat, sama ada oleh Anwar atau sesiapa pun. Mengapa kerajaan masih meneruskan kes ini terhadap Anwar? Dan mengapa mereka masih mencari doktor itu bersama keluarganya yang sekarang terpaksa bersembunyi?

Pertubuhan-pertubuhan masyarakat, NGO dan Majlis Peguam tidak seharusnya berdiam diri. Polis telah pun menahan doktor tersebut selama tiga hari tetapi masih enggan memalsukan laporannya. Anwar tidak meliwat Saiful dan laporan doktor melaporkan dengan begitu jelas dan polis juga mempunyai salinan laporan yang sama seperti yang disiarkan supaya mereka tahu apa yang aku tahu. Dan sekarang, rakyat Malaysia sudahpun mengetahui apa yang polis dan aku tahu.... iaitu Saiful tidak pernah diliwat oleh sesiapa pun.

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

*************************************************************************************

1 ulasan:

Piirah berkata...

Sejauh mana jujurnya anda...Dalam profesion??? Dalam Poliitik???