Rabu, 23 Julai 2008

Apa Khasiat Tomato?

Assalamualaikum.


Apa kata hari ni kita bersembang santai pulak? Ummipun rasa nak rehat fikiran kejap dari berfikir bab penyakit. Tepu juga siang malam asyik sembang bab penyakit ni..dahlah kerja rawat penyakitpun dari pagi sampai ke malam!...Hu,hu...


Nak sembang pasal apa ya? Ha, kebetulan balik dari kerja kelmarin, terpandang buah tomato di depan rumah ummi yang sedang menguning. Fulamak, teruja juga tengok hasil pertama tanaman kami. Apa lagi, tangkap gambar le, jangan tak tangkap!


Tu dia...amacam? Laa..ingatkan sekebun yang menguning, rupanya sebijik aje? Alahai jangan le gelak pulak. Walaupun sebiji tapi rasa terujanya tu lain macam tau. Almaklum le..hasiltangan sendiri...


Cuba teka tomato ni asalnya dari benua mana? Cameron Highlands? Opss..salah le...sebenarnya tomato ni menurut sejarah berasal dari Benua Amerika. Ia merupakan sejenis tumbuhan semusim. Batang dan daun tomato ni agak berbulu. Jadi sesiapa yang jenis suka usap-usap pokok tu, tak sesuai tanam pokok tomato ni sebab bulunya bukan lembut macam bulu kucingpun. Bahagian yang boleh dimakan hanya buahnya saja. Warna buah tomato ni berbeza-beza tapi yang paling popularnya warna merahlah yang biasa kita beli kat pasar tu.


Soalan cepumas dari ummi...kenapa buah tomato berwarna merah? Anak ummi jawab mudah aja..dah Allah berkehendakkan tomato tu warna merah, jadi warna merahlah dia. He,he..pandai anak ummi. Dari sudut saintifiknya, ia adalah disebabkan oleh kandungan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato.


Agak-agaknya apa khasiat buah tomato ni?


Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi kandungan likopena dalam buah tomato itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.


Selain daripada itu, kandungan airnya yang tinggi, lebih daripada 90 %, menjadikannya sebagai ‘diuretic’ yang baik untuk mengalirkan toksin keluar daripada badan ketika berdiet. Jadi sesiapa yang tengah excited berdiet tu, apalagi..jom kita pakat-pakat tanam tomato dan makan sendiri! He,he...


Ada sesiapa yang nak kongsi khasiat lain buah tomato? Mari kita bincang di ruangan ulasan...


*************************************************************************************

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..
best ler artikel akak nih...

hehehehee... khasiat sayur sayuran lain plak kak... ngeh3...

Marwa Dinni berkata...

terima kasih ummi utk artikel ummi ni... mawar baru sebulan mengamalkan jus tomato.. dah mengamalkan baru nak cr ape kebaikannya.. hehehe.. rupanya tomato ni bagus utk diet.. hmmm.. mmg mawar tgh berdiet... hehehe.. mawar cr info sbb mawar nak share nak blog mawar tntg petua2 dan tips utk cantik, lawa dan sehat... (^_^) izinkan mawar kutip info dr blog ummi ye... jenguk2lag blog mawar... ;)

Nur haura afeeya berkata...

Salam

Nur haura afeeya berkata...

Radang Paru-paru Copd.

Saya Abd Kadir bin Sumardi, 42 tahun. Saya disahkan mengidap radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit saya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakala nya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta , batuk tetap tak baik, sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
Banyak rawatan alternatif dari produk luar saya ambil tapi tak berkesan. Kemudian saya buat x-ray dan mendapatkan rawatan hospital. Doktor pun mengesahkan saya mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia. Untuk makluman, saya bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Setelah itu sahabat saya telah terlihat di facebook berserta testimonial pesakit. Lalu dia pun memperkenalkan kepada saya untuk mencuba produk tersebut. Saya pun menghubungi pengasas produk tersebut En. Zuhairi dan mendapatkan nasihat daripada beliau. Beliau mengesyorkn saya untuk mencuba. Alhamdulillah dalam 2 minggu dah terasa perubahan .Batuk samakin berkurang. Saya terus mengamalkan 2 jenis jus itu selama beberapa bulan sampai masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Menurut En. Zuhairi, masalah saya ini ialah paru-paru copd iaitu sakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini saya terus mengamalkan. Syukur pada Allah mengenalkan saya dengan En. Zuhairi
Semoga beliau berjaya membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh dengan produk ini.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser gout kronik dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring