Ceriakan pagi anda dengan senyuman


Ptg kelmarin, balik dari ziarah mak ayah..dari dalam kereta, ternampaklah sesuatu yang mengkagumkan nun di atas sana..apa dia? Sabaq, sabaq. Hah! Cuba tengok gambar kat bawah, ada apa-apa yang pelik tak?

Tak nampak apa-apa? Tengok sekali lagi kat atas pokok tu! Sudahlah hang..kalau tak nampak jugak, prepare yourself 40 days from now



Laa..itu ke bendanya? Aik



Hah? Burung berkepala empat? Jawapan anda tersasar! Sebenarnya ini adalah gambar seekor ibu ayam yang sedang melindungi 3 ekor anak ayam di bawah kepaknya yang dikembangkan! Subhanallah. ..haiwanpun tahu melindungi anak-anaknya. Paling mengkagumkan, dek kerana bimbangnya ia kalau-kalau anaknya diganggu oleh haiwan yang melata dibumi, maka dibawanya mereka bertenggek di atas pohon yang tinggi. Macamana cara ia membawa anak-anaknya itupun tak terfikir oleh kita. Sayang sekali kami 'miss' adegan angkut ni, kalau tak, pasti kami dah videokan.
Moral Of The Story
Kalau haiwanpun tahu nak melindungi anak-anak mereka dari 'malapetaka' dan 'gangguan-gangguan luar', maka kenapakah manusia yang dikurniakan akal fikiran oleh Allah SWT sanggup membiarkan anak-anak mereka bebas berkeliaran tanpa perlindungan, tanpa tunjukajar, tanpa bimbingan dan tanpa kasihsayang. .???

Tiada ulasan:
Catat Ulasan