21 Mac 2010, seawal jam 6.20 pagi, Ummi menerima panggilan telefon kecemasan dari ayahanda yang menyatakan bahawa bonda berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Berkali-kali ayahanda kejutkan bonda untuk solat Subuh namun tiada respons dari bonda...mata terpejam rapat, mulut tak menyahut...
Sesampainya Ummi di sana, jelas bonda masih tidak sedarkan diri namun keadaannya tidak sepertimana mereka yang diserang angin ahmar. Bonda seolah-olah tidur dalam keadaan yang teramat lena. Sungguh lena sekali!
Segera Abi menelefon ambulans dan bonda diberikan rawatan kecemasan. Alhamdulillah bonda kemudiannya sedar sepertimana mereka yang baru terjaga dari tidur namun dalam keadaan terlalu letih dan tak bermaya. Paling menyedihkan, beberapa kali bonda bersuara meminta agar dirinya di hantar ke hospital tanpa menyedari bahawa dirinya sekarang sedang dirawat di hospital. Hanya beberapa patah perkataan yang dilafazkan dan bonda kemudian kembali lena dalam dunianya...
Pemeriksaan tekanan darah dan gula dalam darah berada pada tahap normal. Punca sebenar masalah masih dalam kekaburan...
Hanya doa yang Ummi harapkan dari sahabat sahabiah pengunjung blog Ummi buat bonda tercinta....