Hari Jumaat hujung minggu adalah hari perjumpaan keluarga kami di Terengganu, Keluarga Haji Salleh. Biasanya kami berkumpul di rumah Mak Teh Malisa kerana Ki tinggal di sana. Sekali-sekala bertukar angin ke rumah Che Su Zaihan dan Ayah Chik Jafree.
| Bergambar beramai-ramai di rumah Mak Teh |
Di bawah ni pulak gambar masa berkumpul di rumah Che Su Zaihan.
| Geng muslimat makan di bawah... |
| Gulai ayam kampung trademark jamuan di rumah Che Su...hihi... |
| Ada 3 keluarga jer kali ni. Tu tak ramai gentleman... |
Jamuan sempena sambut pengantin baru yang tak berapa baru dah jugak ni..hehe. Dah lama Che Su nak ajak pengantin kita, Kak Long Asmaa dan Syed Aiman makan-makan di rumah, ni baru berkesempatan. Baarakallahulakuma wabaaraka'alaikuma wajamaabainakuma fiikhair...
Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kami sekeluarga dan kelak kami semua dihimpunkan kembali di syurga Firdausi...Aamin ya Rabbal'alamin.