Sabtu, 9 Mei 2009

Apa Puncanya & Apa Nasihat Anda?

Assalamualaikum.

Hari itu Ummi benar-benar keletihan. Letih yang teramat sangat! Namun janji tetap janji. Apalagi janji pada seorang ibu dan janji untuk menziarahi saudara yang sakit. Maka yang wajib menjadi bertambah wajib.

Keluarga yang sakit diziarahi. Namun dek kerana terlalu penat, Ummi tak bermaya untuk berceloteh. Bahkan membuka kelopak matapun dalam keadaan terpaksa. Letih yang membawa kepada rasa kantuk yang terlalu amat! Mujurlah ibu ada bersama. Diam Ummi tidak menjadi terlalu ketara lantaran celoteh dari ibu mengawal suasana.

Sepulangnya Ummi dari ziarah, tiba-tiba kepala terasa pusing. “Ya Allah!” Serentak dengan itu, perut terasa bergelora dan “Uwekkk!” Segala isi perut terkeluar tanpa dapat ditahan-tahan lagi!

Bermula Maghrib sehingga ke Isyak, Ummi muntah berulang kali!

Hanya selepas Isyak, muntah berhenti dan kepala tidak lagi pusing. Alhamdulillah. Namun badan langsung tak bermaya lantaran muntah yang berterusan tadi.

Apakah punca yang menyebabkan Ummi pening dan muntah secara tiba-tiba dan apa nasihat anda?

Oppss…jangan cakap Ummi pregnant ya..he,he. Buat masa ini, yang itu sudah terkeluar dari senarai kemungkinan penyakit (differential diagnosis).

Jom kita bincang…!

Saja nak menghidupkan suasana perbincangan dan ukhuwwah..ha,ha.

*************************************************************************************