Hari ni cuaca begitu mendung sekali. Bukan sahaja di luar klinik, malah di dalam klinikpun mendung! Apa tak mendungnya...pagi ni, Abi belikan Ummi cermin mata separa gelap untuk dipakai bila mengadap komputer! Huwaaaa...Tak selesanya. Sebenarnya ikhtiar untuk mengurangkan masalah retinal migraine Ummi yang akhir-akhir ini makin kerap menyerang. Uishhh...tak pernah hayat pakai cermin mata, rasa semacam aja. Dah tu kena gelak oleh staff klinik pulak. "Alamak doktor! Macam mak datinlah!" Hi,hi,hi....sekali-sekala jadi mak datin. Tapi kalau patient datang, tak kuasa le Ummi nak pakai cermin mata gelap ni. Dikatakan buang tebiat pulak doktor ni, kan ke haru!
Posting kali ni - Sambutan Majlis Hari Lahir kakak Amirah dan adik Atiqah serta Majlis Penganugerahan Baiti Jannati! Lagi sekali Ummi kena spendkan masa untuk download gambar-gambar upacara majlis. Aduhai...nampak gaya lepas ni Ummi kena tukar profesionlah pulak.
19 Nov: Sambutan Hari Lahir Amirah & Atiqah
Kakak Amirah dan Adik Atiqah sebenarnya merupakan kembar tak sama tahun! Dah ditakdirkan kedua-duanya dilahirkan pada tarikh yang sama (19 November) dan hari yang sama (Jumaat) walaupun beza tahunnya adalah 5 tahun.
Kakak Amirah dan Adik Atiqah sebenarnya merupakan kembar tak sama tahun! Dah ditakdirkan kedua-duanya dilahirkan pada tarikh yang sama (19 November) dan hari yang sama (Jumaat) walaupun beza tahunnya adalah 5 tahun.
Maka setiap tahun, hari lahir mereka akan disambut bersama. Kali ni Ummi tak sempat nak buat 2 kek. Yang satu nipun siap dalam keadaan bahan yang tak cukup dan resipi yang diubahsuai. Apa taknya, malam sebelum sambutan kena hadir meeting, balik dah tengah malam. Esoknya dah janji dengan anak-anak nak buat sambutan di awal pagi! Huhuhu....
Acara dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Abi. Mudah-mudahan anak-anak membesar sebagai mujahid dan mujahidah.
Happy Birthday Kakak Amirah & Adik Atiqah! Hmm..tak de tiup-tiup lilin tau. Niat diadakan majlispun untuk doa selamat dan tautan hati antara ahli keluarga.
Acara Penyampaian Hadiah Hari lahir Untuk Adik Atiqah
Pemberiah hadiah dari kakak Aisyah untuk adik Atiqah. "Bestlah adik dapat hadiah. Birthday Kak Aisyah lambat lagi!" Biasalah ayat tu keluar dari mulut Aisyah. He,he...
"Yang ini dari kakak untuk adik. Lepas ni adik kena bagi kat kakak juga tau!" Agaknya gitulah kakak bisik kat telinga adiknya tu kot...
"Hah! Yang Angah kasi ni paling besar tau! Lain kali giliran hari lahir Angah, adik kena kasi yang lagi besar!" Uisyhh..betul ke Angah cakap cam tu? Hihi...
"Yang dari Ummi ni mestilah lagi special!" Alahai Ummi...patut le selalu sakit belakang. Cara kasi hadiah tupun dah tak betul! Mana boleh terbongkok-bongkok macam tu.
Hadiah dari Abi pula untuk Atiqah. Apa agaknya tu, ya? Hahh..ni baru cara yang betul. Tak de le jadi sakit belakang cam Ummi. Uihh! Steady sokmo Abi kita ni..he,he...
Acara Penyampaian Hadiah Hari Lahir Untuk Kakak
"Hahhh..nasib baik adik kasi hadiah juga kat kakak. Kalau tak, siap adik!" Hi,hi..kakak mesti marah Ummi tulis gini ni. Saja je kakak. Suka tengok kakak marah. Hihi...
"Alahhh kakak. Lain kali kakak sambut birthday sama Aisyahlah pulak..." Kih,kih,kih. Tiap-tiap tahun Aisyah cakap : "Tak acilah Atiqah boleh sambut hari lahir sama-sama dengan kakak. Aisyah tak boleh..." Huhuhu...apa nak buat...
"Lepas ni, kalau ada hadiah lebih tu, kongsi-kongsilah dengan Angah ya. He.he.."
Hmmm..nasib baik yang si kakak ni ada sikit tinggi dari adik dia. Taklah terbongkok sangat Ummi.
Amacam? Sebijik macam rupa Abi tak? Jowo mari nih! Hahaha...
Anugerah Kecemerlangan Baiti Jannati
Akhirnya tiba saat yang sangat-sangat di tunggu oleh Angah terutamanya. Acara tahunan penyampaian hadiah kecemerlangan untuk anak-anak. Angah menerima hadiah pelajar terbaik tahap 4 Madrasah Ahsanul Ulum. Ummi Abi sangat-sangat menghargai pencapaian Angah ini kerana walaupun dalam usia yang termuda di kelasnya, Angah telah berjaya mengatasi rakan-rakan lain yang beza usianya jauh lebih tua dan lebih lama berada di madrasah tersebut. Alhamdulillah. Semoga kecemerlangan Angah ini menjadi perangsang untuk dirinya terus cemerlang di masa akan datang. Sebagaimana yang selalu Ummi Abi ingatkan - 'Biarlah kejayaan yang dicapai di dunia ini menjadi jambatan untuk kejayaan yang kekal di akhirat sana'. InsyaAllah...
Kali ini kakak menerima hadiah kecemerlangan Pelajar Terbaik SRIP Tahun 3 sesi 2008 di peringkat Baiti Jannati pula. Wah! Banyak le kakak kumpul hadiah.
Hah! Aisyah bukan main lagi tak sabar-sabar tunggu giliran namanya pulak dipanggil. Tapi kali ni tak de pentas le, ya Aisyah. He,he. Aisyah menerima hadiah dari Ummi dan Abi untuk Pelajar Terbaik Pra Sekolah TISPIN Sesi 2008.
Tersenyum lebar Angah dengan piala dan hadiah yang diterimanya.
Kakak tetap cool and steady...
Aisyah tersenyum simpul dengan piala dan hadiah galakan dari Ummi dan Abi...
Tunggu apa lagi. Buka ajalah hadiah tu! Detik yang betul-betul menggembirakan semua anak-anak. Ummipun tumpang senang hati tengok anak-anak gembira...
Penat dah Abi tangkap gambar. Abipun nak join buka hadiah juga!
Angah bersama piala dan hadiah kecemerlangan...excellent!
Tu dia kakak bersama piala dan hadiah birthday serta hadiah kecemerlangan...seronoknya!
Aisyah bersama piala dan hadiah kecemerlangan...best!
Alamak! Ini doktor mana pulak yang duk memancing ni? Haru, haru...
Piala-Piala Kecemerlangan Baiti Jannati...!
"Dalam banyak-banyak hadiah, hadiah piala inilah yang paaaaaaaling Angah suka dan tak akan Angah lupakan!" Itulah kata-kata Angah. Alhamdulillah. Semoga menjadi pendorong dan semangat buatmu, anakku.
Akhir sekali, Ummi tumpang main hadiah untuk kakak - mosaic sticking game! Haha...amacam? Cantik tak itik yang Ummi buat ni?
*************************************************************************************
11 ulasan:
Askum Kak Han..
MasyaALlah, gembira dan sejuknya hati lihat gambar-gambar ini. Terasa tenang sangat. Kagum bagaimana Kak Han dan suami mendidik dan membesarkan anak-anak penuh baik sekali. Ada tips yang ingin dikongsi?
Betul kak.
Ni aunite Sumayyah (Ke akak) hehe kena bagi adik-adik ni hadiah. Kena balas hadiah anak Kak Han hari tu. InshAllah. :)
Paling menarik sekali idea anugerah baiti jannati. Erm, kena tiru ni bila dah ada anak. Baru anak-anak rasa kebersamaan dalam satu keluarga dan mendapat ransangan dari family macam ni. Ada sense of acknwoledgment.
Semoga mereka membesar menjadi anak-anak soleh dan solehah, murabi di jalan Allah hendaknya. Amin.
Salam sayang buat mereka dari Auntie( ke akak hihi).
Lagi satu, kat mana nak beli mosaic game tu, cadang nak hadiah pada adik-adik juga. Cantik, dan cute itik tu. Ada bakatlah Kak Han ni ye...hehe
Resepi kek tu boleh share ke? Nampak sedap dan menyelerakan je.
Wkmslm Auntie Sumayyah.He,he...anak Kak Han nak panggil auntie pun tak sampai hati.Muda sangat lagi auntie sorang ni!Tapi tak pelah..kira pangkat org dah kahwin,ya dik. Hihi...
Tips?Alahai..apa yang Kak Han boleh kongsi ek?Ni soalan yang payah nak dijawab ni.Apapun,InsyaAllah doa yang berterusan dari Ummi dan Abinya serta komunikasi yang berkesan antara kedua-dua pihak-itulah antara perkara yang sangat perlu dititikberatkan,InsyaAllah.Malu lah nak jawab soalan dari alQasam ni.Huhuhu...Kak Hanpun masih bertatih lagi dik.Cabaran menghadapi anak-anak yg masih kecil pasti tak sama berbanding apabila mereka dah dewasa nanti,kan?Semoga Allah permudahkan kita semua dlm urusan mendidik anak-anak, moga anak-anak membesar sebagai hambaNya yang soleh dan solehah, murabbi di jalan Allah.Ameen...
Mosaic sticking game tu Kak Han beli kat Pustaka Seri Intan.Memang best main tu dik..org Trg kata 'ghalik' (asyik).He,he..
Resipi kek..nanti Kak Han kasi yang lagi best.Yg kat gambar ni tak best sangat-tak cukup bahan!Hmm..bila lak kita nak jumpa ya?
assalamualikum....ni dr zaihan ker?tak snagke dr ni ade blog jugak..ingat dr sume sibuk.....saya ni hafizah....dr gribbles pathology kuala terengganu....xde la nak promote2 lab...tp tertnye juga..dr dah serik ke nak pakai gribbles?hehe.sori mengganggu....
Wkmslm Hafizah.He,he.Tu soalan sensored.Hmmm..rasanya memang pernah serik tu tapi dah lupa lak pasal apa.Hihi..
Salam perkenalan utk Hafizah!
assalamualaikum..
Akak..apa khabar?..lamanya huda tak ziarah ke sini..baru habis exam dan sekarang bercuti di kg..
Alhamdulillah seronoknya tengok akak dan anak-anak...semoga ia menjadi contoh kepada ibu bapa yg lain di luar saya...semoga akak sekeluarga hingga ke akhir hayat..:)
Wkmslm.Akak Alhamdulillah.Ooo..Huda baru habis exam ya.Cuti sakanlah ni ek.
Terimakasih Huda doakan Kak Ummi.InsyaAllah moga Huda juga berbahagia sehingga ke akhirat sana.Ameen.
assalamualaikum dr zaihan....nak tanye soalan sesajer bleh tak?dr abi tu dr roslan ker?saya selalu sembang ngan dr roslan tp xkenal rupa....dr pun..saya bleh kenal muka semalam la..tu pun tgk dalam blog je....nak promote lebih2 pasal gribbles pun...xtau la...harga tgh mahal sket skang nie....tahun depan mungkin ade perubahan...br saya promote kat dr bertul2....tp ape ape pun...tiada paksaan.....hehe.....
syukran kak...:)
Gembiranya anak-naka Kak Ummi dapat hadiah ulang tahun & penghargaan. Kalau Chik jadi anak-anak tu tentu Chik gembira yang amat kerana dapat hadiah banyak buku... Tahniah ya Kak Ummi untuk sebuah keluarga yang bahagia gini.
seronok tgk kuarga yg bhgia semoga dilimpahi rahmat dan maghfirah... ameen...
Catat Ulasan