
Alhamdulillah, pagi ini Ummi bangkit dalam keadaan kepala yang lebih ringan dari biasa dari sebuah tidur yang lena. Walhal semenjak awal Syawal, setelah hampir sebulan setengah lamanya, tidur malam tak pernah lena dek serangan batuk yang bertalu-talu dan bekerja di siang hari dalam keadaan kepala yang sentiasa berdenyut dek serangan migraine.
Ya Allah, dalam keadaan diri yang baru sembuh dari kesakitan ini, begitu terasa sekali betapa besarnya nikmat kesihatan yang Engkau kurniakan. Amatlah benar sekali bait yang menyebut bahawa hampir seluruh kebahagiaan dan kenikmatan hidup bergantung pada kesihatan. Makanan yang lazat tidak lagi memberi erti apabila diri dalam kesakitan. Tilam yang empuk tidak lagi membawa makna dalam keadaan diri yang tidak berupaya melelapkan mata. Maha suci Allah. Terlalu besar nikmat sihat itu rupanya!
Doktorpun Sakit Juga?
Ada yang menanyakan Ummi : “Doktorpun sakit juga?”
Bukankah doktor juga seorang manusia biasa? Malah doktorlah manusia yang paling layak diuji Allah dengan kesakitan. Seorang doktor yang pernah merasai kesakitan akan lebih memahami keperitan yang diluahkan oleh seorang pesakit. Bukan kita memohon sakit tetapi apabila Allah menghantarkan kesakitan itu buat kita, pasti ada hikmah di sebaliknya. Namun jarang sekali antara kita mampu bersabar dengan kesakitan yang menimpa.

“Ya Allah, ampunilah diri ini yang terlalu lemah menghadapi ujian yang Engkau kurniakan walhal ujian itu adalah anugerah dariMu untuk penghapusan dosa-dosaku.”
*************************************************************************************
2 ulasan:
salamz..
seronok bace blog ni..ragam dan karenah anak2 yg pasti kita rindu bila mereka membesar!!!
Wkmslm.Terimakasih dik IdzaRis kerana singgah ke blog Kak Ummi.Betul tu!Ragam dan kerenah anak-anak...pasti kita akan merinduinya bila anak dah dewasa nanti,apatah lagi bila anak dah merantau jauh menimba ilmu,kan?
Catat Ulasan