Lain anak, lain ragamnya. Tersenyum sendiri Ummi mengingatkan ragam anak ke-4 Ummi kali ini, Aisyah Farihah. Semenjak dari awal persekolahan, yang Ummi perasan, Adik Aisyah ini memang tak sama dengan kakaknya, Amirah Zahidah.
Lain pula di pihak adiknya, Aisyah. Seawal usia 5 tahun, Ummi hantar Aisyah ke sebuah prasekolah. Tapi tak sampai 3 bulan di situ, Aisyah mula menghantar isyarat kepada Ummi :
“Ummi, cuba tengok kaki Aisyah ni.” Sambil menghampirkan sebelah kakinya ke sebelah kaki Ummi.
“Kenapa dengan kaki Aisyah?” Tanya Ummi.
“Ummi tengoklah kaki Aisyah tu. Kan kecik lagi kaki Aisyah daripada kaki Ummi!”
“Memanglah kecik. Dah Aisyah kecik lagi…”
“Hahh! Maknanya Aisyah tak payah sekolah lagilah. Ummi tunggulah kaki Aisyah besar dulu, baru hantar Aisyah ke sekolah.”
Ya Allah, rupanya ke situ maksud dia! Dicampur dengan pelbagai ‘helah politik’ yang lain, maka berakhirlah di situ era persekolahan Aisyah di usia 5 tahun. Macam-macam ragam dan macam-macam kisah….
Peperiksaan penggal pertama dan kedua, Aisyah gagal memperoleh tempat terbaik di kelas. Puas Ummi dan Abi tercari-cari formula memotivasikan Aisyah untuk bersikap lebih rajin. Macam-macam cara dan macam-macam kaedah serta macam-macam janji yang diberikan. Kalau Aisyah rajin berusaha dan dapat tempat terbaik, nak ajak Aisyah naik kapalterbanglah, nak kasi hadiah itulah, nak kasi inilah…tapi Aisyah tetap macam itu juga. Sehingga akhirnya...
Selepas solat Maghrib di suatu malam, Ummi cakap kat kakak Amirah:
“Kakak, kakaklah pulak bagi semangat kat Aisyah tu. Puas dah Ummi nasihat.”
Pantas kakak berpaling ke arah adiknya, Aisyah dan bersuara :
Sebaik saja mendengar kata-kata kakaknya, terbeliak biji mata Aisyah dan terus dia menjawab :
“Hah??!! Kalau Aisyah dapat nombor satu Aisyah boleh naik atas pentas macam kakak? Betul ke kakak?”
“Iya! Betul dik!!!”
“Eiii…bestnya! Ummi, Ummi! Kakak kata, kalau Aisyah dapat nombor satu, Aisyah boleh naik atas pentas! Aisyah nak nombor satu! Yeahhh!!! Aisyah nak nombor satu!”
Terpana Ummi melihat gelagat Aisyah! Ya Allah, rupa-rupanya ‘naik atas pentas’ tu yang jadi hot-button dia! Dan kakak dia lebih tahu dari Ummi! Subhanallah…tak tertahan Ummi tengok gelagat Aisyah bila dah hot-buttonnya tertekan!!! Malam tu, Abi dan Ummi ketawa tak henti-henti bila Ummi ceritakan kisah Aisyah nak naik pentas. Ketawa kepada diri sendiri yang selama ini tak berupaya meneka dan mengagak di mana titik uja motivasi si anak.

Semalam, balik dari kerja…
“Ummi, Ummi! Aisyah dapat nombor satu! Aisyah dapat nombor satu! Aisyah boleh naik pentas! Aisyah boleh naik pentas!!”
Terlompat-lompat samalah Ummi dan Abi kegembiraan di atas kejayaan Aisyah yang akhirnya berjaya menggondol tempat pertama semata-mata untuk naik ke pentas bagi menerima hadiah!
Sebentar tadi, Abi sms kepada gurubesarnya :
‘Cikgu, harap ihtifal kali ini, cikgu dapat sediakan pentas, sebab anak saya Aisyah berusaha dapatkan nombor satu atas motivasi untuk naik pentas! Bimbang pula kalau tak disediakan pentas nanti, frust dia’
Aduhai anakku Aisyah…ku tunggu hari ihtifalmu nanti untuk melihat dirimu melangkah gagah dan penuh bersemangat ke pentas idamanmu….
Moral Cerita:
1. Selalu-selalulah intai dan cari di mana sebenarnya 'hot button' anak-anak yang mampu menguja dan meningkatkan motivasi mereka...
2. Jangan disangka tawaran hadiah besar-besar sahaja yang mampu memotivasikan anak-anak. Kadang-kadang kitapun tak terfikir perkara yang nampak kecil dan remeh itulah sebenarnya titik uja motivasi mereka!
3. Hargailah keinginan anak-anak selagi ianya memberi kebaikan buat mereka...
Hmm..apa lagi ya? Ada sesiapa nak tambah lagi moral cerita ini?
*************************************************************************************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan