Khamis, 13 November 2008

Luluh Hati Seorang Ibu...

Assalamualaikum.

Astaghfirullahal’azim...Kumulakan penulisan ini dengan istighfar, memohon pengampunan dariMu, ya Allah.

Bagaimana mungkin seorang anak sanggup mengecilkan hati seorang ibu sehingga airmata dan esak tangis yang kudengari tadi begitu menyentap jantung hatiku. Ya Allah…tak dapat kutahan lagi airmata ini dari turut terhambur keluar. Kuandaikan diriku yang berada di pihak ibu itu. Belum tentu sanggup untuk diri ini menahan kepedihan dan luluhnya hati dengan sikap seorang yang bernama anak, hanya kerana perasaan hasad dan dengki sesama sedarah sedaging! Luluh dan hancur hati dan jiwa ibu itu sehingga terkeluar dari bibir yang sudah sekian lama menahan derita… "Suatu hari nanti biar anaknya pula buat perkara yang sama pada dirinya!”

“Ya Allah, lindungilah diri ini dari segala perasaan hasad dan dengki serta lindungilah diri ini dari berbuat sesuatu yang boleh menyakitkan hati kedua ibubapaku. Ampunilah segala dosa-dosaku ya Allah...”

Ku ulang dan kuulangi lagi mendengar patah demi patah pesanan dan peringatan dari Ustaz Hasrizal. Moga jiwaku sentiasa tenang dalam redha Allah dan redha kedua ibubapaku…





*************************************************************************************

Tiada ulasan: