Selasa, 23 Disember 2008

Usaha Kecantikan Yang Membawa Padah!

Assalamualaikum.

Siapa beliau? Beliau adalah Han Mi Ok, selebriti dari Korea yang dikenali sebagai ‘Fan Lady’ setelah berlaku malapetaka terhadapnya kesan daripada suntikan dan pembedahan kosmetik. Akibat terlalu menurut hawa nafsu, beliau telah menjadi obses dan ketagih dengan suntikan serta pembedahan plastik hanya semata-mata untuk kelihatan cantik! Malah beliau sanggup melakukan sendiri suntikan muka di rumah. Akibatnya…adalah apa yang anda lihat sekarang! Han Mi Ok akhirnya terpaksa melalui 15 siri pembedahan dalam usaha membaik-pulih kecacatan.

Bagaimanakah rupa beliau yang sebenar sebelum kejadian ini?

Subhanallah...Seorang yang cukup jelita, cantik dan menawan!

Gambar di bawah pula menunjukkan Han Mi Ok di hadapan kamera dalam siri pendedahan beliau yang ke-500: ‘Shocking Stories Of The World’! Tabik hormat untuk Han Mi Ok di atas kesanggupan mendedahkan wajah beliau yang terkini! Pendedahan beliau itu pastinya akan memberi kesedaran kepada mereka di luar sana yang masih mengimpikan wajah cantik sehingga sanggup mengubah hasil ciptaan Allah yang telah sedia sempurna…


Masih ingat dengan berita ini?


Suntikan Botox Haram - Pakar Syariah
(Utusan Malaysia - 14 Julai 2006)




Kecantikan paras rupa adalah bersifat sementara dan kekedutan pada wajah adalah lumrah apabila usia meningkat. Wanita harus menerima hakikat ini. Apa yang lebih penting, mereka harus sedar kecantikan sebenar adalah dari dalam diri yang kemudian diterjemahkan melalui tingkah lalu dan adab sopan.

*************************************************************************************

5 ulasan:

Unknown berkata...

Masha-Allah... Itulah kita ni jangan suka-suka nak ubah kejadian Allah. Di Korea memang mereka obses dengan pembedahan kosmetik (dari apa yang Chik baca) tambah-tambah dipopularkan oleh artis terkenal negara tu. Tapi kat negara kita pun sudah menular perbuatan ni. Rasanya 2 hari lepas ada tengok iklan rancangan Amboi-Amboi Azwan Ali yg interviu Zahida Rafik, terkejut Chik tengok muka dia yg sungguh lain dr dulu & dia mengaku pernah suntik. Agaknya artis kita tak baca suratkhabar & tak ambik tau hal hukum dalam agama kita ni. Bagaimana nak dakwah golongan macam tu ya?

Solehah Muhammad berkata...

innalillah.. sebuah n3 yg sgt menyedarkan..

Tanpa Nama berkata...

itulah zaman sekarang...manusia mementingkan paras rupa...
bukanlah paras rupa itu tidak penting tapi bersyukurlah dgn apa yang ada...bukannya diperlakukan macam2 yang tidak perlu...

salah satu tabiat perempuan zaman sekarang yang dianggap remeh, mencukur bulu kening...
saya tengok, yang berpendidikan agama pun terlalu ramai buat benda tu, apatah lagi yang kurang pendidikan agamanya...

sedarlah wahai manusia, kita semua sudah Allah jadikan cantik, cuma kita yang tidak menjaga kecantikan yang Allah beri itu...

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

assalamualaikum..

Akak apa khabar?

Masyaallah...begitu sekali wajahnya..

Allah telah memberikan kecantikan kepada manusia..cukup cantik dengan anugerah Allah..kita sebagai hamba Allah hendaklah selalu bersyukur atas kurniaNYA..

semoga ini menjadi pengajaran kepada kita semua..:)

eL berkata...

Allah...takutnya. Alhamdulillah apa yg ada.