Rabu, 3 Disember 2008

Alamak! Monsoon Blogger Award?

Assalamualaikum.

Petang ini, sebaik sahaja habis merawat pesakit, terus Ummi buka blog. Tengok kat ruangan chatting...Wah! Ada mesej dari Baity yang tertulis: "Kak... ada award untuk akak.. akak sorang je tau... :biggrin: "Uih! Dapat award lagi? Di alam siber ni rupanya penganugerahan award tak putus-putus, mengalahkan selebriti! He,he...

Ummipun apa lagi. Ambik award jangan tangguh-tangguh. Nak tengok apa award Ummi dapat? Ni dia....



Monsoon Blogger Award! Huwaaaaaa...Baity, sampai hati ngko ya...mentang-mentang le Kak Ummi lama tak update blog kerana kesejukan di musim tengkujuh! Huhuhuhuhu...

Tapi bila tengok dan renung betul-betul gambar tu...Uih! Memang sebijik macam yang Kak Ummi bayangkan dan angan-angankan.."kalaulah dapat berselimut litup kat bilik doktor ni..bestnya!" Kah,kah,kah,kah...nakal betul le Baity ni. I really like this picture and enjoy this award very much!!!

Oh ya! Cuma ada satu yang Kak Ummi nak komen. Cermin mata tu kena lukis besar sikit Baity, baru nampak macam 'mak datin'! Hihihi...Yang lain, perfect! Sebijik macam bilik Kak Ummi bertugas dah tu, apalagi dengan tudung hijau dan baju hijau kegemaranku. Ha,ha,ha. Aduhhh! Rasa nak pecah perut Kak Ummi ketawa ni. Nak kena berenti tulis dulu...sejukkkkkkkkkkkk.

*************************************************************************************

4 ulasan:

Muna 'Izzah Fadzil berkata...

hahaa, kelakar la kak ummi and baity ni. so cute

Unknown berkata...

comelnya award kak ummi, kena dengan suasana tu... bilik doc selalunya ber'aircond'... aaaaacccum!!

kita pulak naik bersin, adeh.

Tanpa Nama berkata...

Hihihi..Baity ngan Kak Ummi ni memang dah satu kepala,Muna!Memang suka usik mengusik.Tapi award yang Baity kasi kat Kak Ummi ni memang le cute sangat-sangat dan melucukan!Aduhhh..sakit perut Kak Ummi ketawa!Seronok sekali-sekala ada teman yang 'menghiburkan' hati.Kan Muna? Terimakasih dik singgah blog Kak Ummi.Bilalah dapat usik Muna pulak ni.He,he...

Tanpa Nama berkata...

Alamak!Chik pulak ke yang terkena penangan sejuk ni?Cepat Chik..gi telan vitamin C,ikhtiar utk cegah selsema! He,he..