Ahad, 7 Disember 2008

"Mengapa Adik Demam, Ibu?"

Assalamualaikum.



Buku ini adalah antara hadiah kecemerlangan untuk anak Ummi, Aisyah Farihah. Dalam masa beberapa hari sahaja, Aisyah dah mengkhatamkan kesemua cerita setebal 169 mukasurat ini. Hmm..bila dilihat pada tajuk buku ‘Bacakan Saya Satu Cerita’ bermakna Ummilah yang perlu membacakan satu cerita setiap hari buatnya, kan? Namun dek kerana Umminya yang selalu sibuk berulang-alik ke klinik siang dan malam, maka apa yang berlaku, si anaknya pulalah yang membacakan Ummi satu cerita setiap hari! Hihihi..apa nak buat. Tapi memang betullah tu. Bacakan saya satu cerita tu untuk anak yang belum tahu membaca. Bagi anak yang dah tahu membaca, memang patutlah dibacakan satu cerita pada Umminya setiap hari, kan?

Aisyah memang suka sangat berceloteh dan bercerita. Sambil-sambil Ummi bersiap nak pergi kerjapun, sempat lagi diceritakan balik pada Ummi apa yang dah dibacanya. Lebih menakjubkan, habis sahaja diceritakan pada Ummi, Abi pula yang dicarinya untuk diulangi cerita yang sama dari awal sampai akhir! MasyaAllah…memang Aisyah tak pernah penat bercerita.

Suatu hari, terpana Ummi mendengar sebuah cerita yang ada kaitannya dengan bidang perubatan. Cukup ringkas dan cukup mudah jalan ceritanya tetapi memberikan kesan yang mendalam buat Ummi untuk memikirkan kembali betapa besarnya peluang seorang doktor untuk menyampaikan mesej dakwah kepada pesakitnya dalam bentuk perbualan yang santai. Nak dengar ceritanya?

Sketsa Allah Sayangkan Kita
(Oleh: Izzah Ahmad)

“Mengapa adik demam, ibu?”

“Allah yang beri adik demam.”

“Mengapa Allah bagi adik demam?”

“Sebab Allah sayangkan adik.”

“Sebab apa Allah sayangkan adik, kemudian Allah bagi adik demam?” Jiji hairan mendengar jawapan umi.

“Apabila adik demam, adik akan ingat Allah. Apabila adik ingat Allah, Allah juga akan ingatkan adik.” Terang umi lagi.

“Tunggu sekejap ya adik, ibu suapkan ubat.”



Jiji yang takut makan ubat terus berubah wajah. “Mengapa adik kena makan ubat, ibu?’

“Sebab Allah suruh kita berusaha untuk sihat. Makan ubat adalah satu usaha untuk sihat. Apabila badan adik sihat barulah adik kuat hendak bekerja, belajar, bermain dan buat semua perkara.”

“Oh…sekiranya adik makan ubat adik akan sihat.”

“InsyaAllah dengan izin Allah adik akan sihat, tetapi kadang-kadang sekiranya makan ubatpun badan tidak sihat juga.”

“Habis tu ibu, bagaimana badan kita boleh sihat?”

“Berdoalah kepada Allah di samping berusaha dengan makan ubat.”

“Betulkah dengan berdoa dan makan ubat adik boleh sihat?”

“InsyaAllah sekiranya kita yakin, Allah sayangkan kita!”

Hari ini Ummi benar-benar memperolehi sesuatu yang berharga dari sebuah cerita kanak-kanak yang diceritakan oleh seorang kanak-kanak!

*************************************************************************************

4 ulasan:

kin hashim berkata...

salam k han... saya pun terasa 'sesuatu' bila baca cerita nih... maklumlah, 'fresh' lagi pengalaman jadi org sakit kat hospital...hehhehe...

Unknown berkata...

Salam Aidil Adha Kak Ummi. Memang ceritanya bagus sangat. Chik rasa kan, elok Kak Ummi cetak besar-besar tampal kat klinik, ataupun buat macam poster A4 bagi kat ibu-ibu yang bawa anak sakit ke klinik. Agaknya bolehlah tolong ibu-ibu bagi anak-anak senang makan ubat. Chik pun nak buat untuk kakak2 dan adik. W/pun kat rumah ada 3 doc tapi nampaknya belum ada yang guna pendekatan macam ni.

Tanpa Nama berkata...

Kin,Kak Han tunggu cerita dari Kin.Memang betul kan Kin? Bila sakitlah selalunya kita ingatkan Allah...

Tanpa Nama berkata...

Hmm..bagus cadangan Chik ni.T.kasih Chik.InsyaAllah,Kak Ummipun nak cuba buat macam yang Chik cadangkan ni.

Jazakillahukhair Chik...